Monday, November 3, 2014

KRUGER NATIONAL PARK SOUTH AFRICA

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani

Assalamualaikum,
Waktu menunjukan jam 04.00 pagi semasa ZBA sampai di Nelspruit.  Cuacanya sejuk melampaui tahap ketahanan orang ASEAN.  Difahamkan cuaca pagi ini sekitar 02 celcius.  Sejuk sehingga ke tulang hitam.  2J lagi matahari akan terbit tetapi oleh kerana terlampau sejuk ZBA mengambil keputusan terus ke hotel penginapan walaupun akan disembelih oleh belukang yang menunggu.  Teksi yang kami tumpangi beserta seorang pengembara daripada Zimbabwe
cuma mengenakan tambang RAN 100 sahaja untuk mencabar cuaca malam yang hitam pekat ke Ingwe GH yang terletak 20 minit perjalanan.  Diawal pagi ZBA disambut dengan mesra oleh seorang wanita kulit putih pemilik GH tersebut. Difahamkan beliau dahulunya yang juga seorang pengembara  berasal daripada England.  Kerana tertarik dengan keadaan sekeliling beliau telah melucutkan kerakyatan British dan membeli sebuah rumah dan menetap di Nelspruit sejak 17 tahun yang lampau.  Kini katanya beliau bahagia tinggal disini disamping menyewa sebahagian daripada rumah miliknya sebagai GH.
National Kruger Park (NKP) terletak 66 km daripada Nelspruit.  Dengan kenderaan persendirian vs pemandu vs guide, kami mengambil masa 45 minit untuk sampai kelokasi. Pemandangan untuk ke NKP amat cantik sepanjang perjalanan.  Sewa bagi sebuah kenderaan persendirian ialah RAN1500 untuk aktiviti sepanjang hari.  Pemandu akan membawa kita meronda keseluruhan NKP disamping berhenti untuk satu lunch stop. 
Sebagai makluman, pemanduan di NKP ialah 10-20 ksj dan membunyikan hon adalah dilarang.  Kita juga dilarang keluar daripada kenderaan semasa terserempak dengan binatang-binatang liar.  Jika melanggar peraturan ini kita boleh didenda RAN5000.  "Ini bermakna pemanduan campion daripada Negara 1M tidak dibenarkan masuk kesana takaut-takut banyak binatang mati dilanggar".
Jam 10.30 pagi ZBA memasuki KNP daripada Gate Utama (Numbi gate).  Bayaran masuk ialah USD 30.00 seorang.  Cuaca masih sejuk walaupun pun matahari panas diatas. Kenderaan kami bergerak perlahan memasuki KNP. Sebenarnya telah ramai pelancung berada didalam taman negara tersebut samaada yang baru datang atau yang mengambil kesempatan menginap dibeberapa "Game Resort" didalamnya.
KNP ketika ini dilihat kering kontang.  Tumboh-tumbohan disini sebenarnya tidak tinggi, memadai ZBA katakan sekitar 15 kaki sahaja.  Manakala dibawahnya resam dan rumput kering seakan-akan daun lalang kering.  Hutannya pula bukan tebal sebagaimana hutan dinegara-negara khatulistiwa.  Hutan, tetapi terang dan dengan senang pemandangan 100M kehadapan masih boleh dilihat dengan jelas.  Ketika ini musim kering dan kebanyakan tempat di NKP terdapat kesan-kesan kebakaran disana sini.  Walau bagaimanapun ini merupakan suatu idea mungkin untuk menggalakan pertumbuhan rumput yang baru dan sebagai tarikan binatang-binatang memasuki taman NKP.
Nasib menyebelahi ZBA hari ini. Dalam 10 minit perjalanan sahaja dari Numbi Gate, kami telah diketemukan dengan sekelumpuk kecil Springbox yang sedang meragut ditepi jalan. Mereka dilihat tidak kisah dengan kehadiran pengembara malah memberikan pos istimewa untuk Canon 18-200MM mendekatkan muncung kedalam camera.  Sebenarnya semua binatang-binatang liar yang kita saksikan di dalam "National Geografik" selama ini,  ada didalam NKP.  Kehadiran mereka hanya bergantung kepada takdir dan nasib sesaorang.  Jika bernasib baik, kita akan dapat melihat secara live kehidupan sebenar hidupan liar di NKP.   










Diatasnya tak pernah lihat, dikiri Springbox, dikanannya Kerbau liar dan dibawahnya Zirafah.






























Kumpulan Zirafah, Badak Air.
sekumpulan seakan Ayam Belanda berada dalam jarak 100M sahaja semasa dirakamkan

 
Hasrat untuk melihat raja segala binatang tidak kesampaian.  Sang Singa dimaklumkan tidak keluar pada waktu tengahari. Mereka akan berehat ketika itu dan memburu ketika petang hari.  Walau bagaimana pun jika ada diantara pembaca yang ingin melihat kelibat singa, waktu yang terbaik ialah diawal pagi.  Pembaca dikehendaki bermalam di NKP dan diawal pagi akan ditemani oleh Renjer NKP ke lokasi  tertentu.
ZBA sungguhpun tidak menemui singa tetapi setidak-tidaknya dapat juga melihat Cheetah walau pun seimbas lalu. Cheetah sebenar ialah binatang paling licik, cerdik dan pantas. Penonjolannya hanya sekejab itu pun bergantung kepada nasib sesorang.  Selalunya cheetah di NKP akan berada diatas busut-busut dan bergerak dari masa kesemasa dari satu tempat ke suatu tempat. 
2J berlalu bagi sessi pagi, ZBA mengambil rehat diatas sebuah bukit didalam KNP. Terletak pada ketinggian 20 meter daripada dataran dan merupakan kawasan selamat daripada binatang liar.  Disini pembaca boleh melihat KNP dari semua arah. Saujana mata memandang ibarat kawasan resam kering yang tiada memberi apa-apa manfaat samaada bercucuk tanam atau adanya kehidupan binatang buas disana.  Tetapi hakikatnya itulah kawasan penghuni bagi ratusan specis binatang buas yang terkenal di Afrika Selatan.
Selepas berehat sebentar ZBA meneruskan perjalanan menuju kawasan berikutnya sebelum berhenti di Park Center yang menempat resort, restorant, pusat barangan kraf dan sebagainya.  Selepas makan tengahari ZBA bergerak semula dan kali ini menghala kelaluan lain yang merupakan laluan keluar daripada KNP.  Perjalanan ini mengambil masa hampir 2 jam sebelum ZBA sampai di Numbi Gate.


Maaf ZBA tidak mengenali binatang dikiri dan kanan gambar ini.  Specis agak sama antara satu sama lain.





























5J berlalu ZBA menyelongkari  rahsia Taman Negara KNP kini kami dipenghujung
 perjalanan.  ZBA amat bersyukur pada hari ini 31 Ogos 2014, dengan Taufik dan InayahNya, kami diperlihatkan kepada binatang-binatang buas yang menjadi penghuni KNP.   Satu pengalaman yang amat berharga dan menjadi kenangan seumur hidup.   
Dengan rasa sayu  bersama kenangan manis ZBA meninggalkan KNP dan kembali semula ke Nelspruit bagi perjalanan 45 minit akan datang.  As Salam.


Besok ZBA mengakhiri pengembaraan di NKP dan akan meneruskan perjalanan menuju SWAZILAND.

No comments:

Post a Comment