Friday, November 7, 2014

PHUKET PHIPHI AO NANG KRABI AFTER 22 YEARS

 Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum,
Satu jam kelewatan.  Apa hendak buat, menanti bagaikan buah yang  tidak gugur. ZBA pasrah kerana itulah adat dalam industri penerbangan. Pentingnya "Safety come First".  Dari KLIA2 flight menuju Phuket. Sebuah pulau peranginan terkenai di selatan Thailand. ZBA pernah kesini sebelumnya tetapi lebih 20 tahun lalu. Masa itu bersama keluarga kami membuat overland seluruh Thailand.   Canggihkan ?.  Ketika itu tiada kemudahan jaringan siber tetapi ZBA telah berjaya mengharungi suka duka dijalanan.  Pengalaman 20 tahun yang sukar dilupakan.
ZBA tiba di Phuket International Aiport (PIA) sekitar jam 19.00 waktu tempatan.  Pesawat mendarat dari atas laut dan kelihatan perkampungan nelayan dengan pantai yang bersih dan cantik.  Inspirasi pertama kepada setiap pelancung.  Itulah Thailand yang sememangnya terkenal dengan negara pelancungan di Asia Tenggara. Secara peribadi, mereka dapat menyediakan apa yang dikehendaki oleh pelancung dan semuanya bertaraf antarabangsa. Baik dari segi pengangkutan, hotel penginapan, fasilitas dan sebagainya. Pernah dari mulut seorang pengembara  German yang ZBA temui mengatakan "I was in Thailand at least 4 month every years at the same place".
Hujan menyambut ketibaan kami di PIA.  "Sawadee kapp", itu ungkapan Pegawai Imigrasi mengambut kedatangan ZBA dikaunter Imigrasi.  Kapp "sebai die wan ni". Beliau mengangguk dengan mesra disamping menurunkan cop di passport ZBA.  Kami berbalas senyuman dan ZBA berjalan ke balai ketibaan.  Sebagaimana biasa, kita mesti mendapatkan peta lokasi dan sedikir brouser  
sebelum meneruskan perjalanan. Kepada seiapa yang belum mendapatkan pertukaran wang, diharap berbuat demikian sekadar untuk tambang pengangkutan.
Sebagaimana airport-airport lain PIA,  juga tidak terkecuali daripada gangguan belukang yang seringkali ingin menjual perkhidmatan masing-masing. Tetapi kegairahan mereka tidaklah seperti di negara 1M yang serba canggih dengan auta dan penipunya.  Mereka dilihat lebih menghormati tamu dan bersedia memberi perkhidmatan dan bantuan walaupun natijahnya ialah mendapatkan sedikit kelebihan dari segi upah.  


Nasihat ZBA kepada pembaca, kita harus menerima hakikat ini dan cara untuk mengelakannya ialah dengan berehat sebentar di balai ketibaan sebelum keluar. Biarkan 30 minit agar penumpang berlalu baharulah kita keluar.   Pura-pura tunjuk pandai dan jika ada yang mengambil kesempatan, ayat terbaik katakan kita bukan orang baru disini malah 5-10 tahun lalu telah kesini. Itu tektik yang kebiasaan ZBA lakukan untuk mematikan ego dan menidakan tawaran mereka.  Insyaallah.
Hari telah hampir gelap.  ZBA tiada ada alternatif untuk memilih pengangkutan samaada ke Phuket Town atau Patong beach. Sememangnya menggunakan Airport Bus lebih murah untuk ke kedua destinasi tersebut. Teksi tambangnya B800 manakala Van B180. Dahulunya cuma B150. Perkhidmatan Van amat selisa bagi seluruh Thailand.  Van 10 penumpang ini adalah yang terbaik yang pernah ZBA  naiki.  
Tanam dalam kepala "Ini bukan Van yang digunakan sebagai pengangkutan awan dinegara-negara lain".  Mereka memberikan perkhidmatan yang terbaik sehingga ke pintu hotel. Perjalanan ZBA menuju Patong beach mengambil masa  hampir satu jam sejauh 50 km dalam hujan renyai-renyai.  Aiport bus rujuk :  www.airportbusphuket.com. 
























































Patong hari ini telah agak padat tidak seperti 20 tahun dahulu.  Seagul Cottage telah tiada lagi tetapi telah digantikan dengan hotel mewah bertaraf 5*. Rempuhan tsunami menyemarakan lagi pembangunan Patong beach. Segala-galanya berubah mengikut pembangunan. Kalau dulu tuk-tuk boleh dinaiki kemana-mana dengan B10-20 sahaja. Tapi kini tiada lagi perkhidmatan begitu malah digantikan dengan cara penyewaan.  Sejengkal pun bunyinya sehingga B100.  Cara terbaik untuk kemudahan termurah ialah bas yang menghubungkan Patong dengan Phuket Town.  Tambang ditetapkan B30 seorang untuk satu hala perjalanan. Manakala yang turun dipertengahan jalan tambang bergantung kepada keadaan.  

Perlu diingat jika pembaca menumpang bas ini diluar daripada perhentian asal, pembaca harus berhati-hati kerana kenderaan yang digunakan adalah dari jenis bas dan lori.  Ingatan ini agar pembaca tidak terlepas pandang dan terpaksa menunggu dalam jangkamasa  yang lama gara-gara ketinggalan bas sedangkan lori tersebut adalah bas penumpang.  ZBA mengambil kesempatan menumpang bas ini semasa membuat lawatan kebandar lama Phuket.
Secara umumnya Phuket ialah untuk  sesiapa yang berminat dengan pantai.  Hiburan malam, bersosial disamping masakan Thai.  Amat sesuai kepada pasangan yang berhanimun mungkin.  Snorkeling jika mengambil package melawat pulau-pulau ke selatan Phuket.
Bandar Phuket adalah sebuah pekan lama yang dibangunkan semula sebagai bandar peranginan yang antik. Kedai-kedai lama diubahsuai dijadikan boutiqe hotel, bar, cafe dan sebagainya.  
Kebanyakan daripada kedai-kedai lama ini pemilik asalnya adalah daripada kaum China yang telah berkurun menghuni pekan Phuket. Mereka merupakan pedagang yang berjaya dan kaya raya.
Sebelum berpindah daerah dikesempatan ini ZBA ingin menasihati sedikit kepada semua pembaca khusus tentang makanan Halal di Patong Beach. Ini adalah dari hasil komunikasi ZBA dengan penduduk tempatan dalam bahasa Thai.  Tidak semua makanan yang berlebel Halal di Patong Beach menepati piawaian Halal.  Oleh yang demikian dinasihat kepada semua pembaca memilih yang terbaik dan elakan syubahah.
3H/2M, ZBA di Patong Beach sekadar mengimbau kembali perjalanan 20 tahun lalu disini. Diawal pagi ZBA  meninggalkan Rassada Harbour,  Phuket menuju  Phi Phi Island.   Tepat jam 0900 am, ferry yang kami tumpangi berlepas dan setelah berhenti didua "View point", ZBA sampai di Phi Phi Island jam 1200pm.  Phi Pihi salah sebuah pulau pelancungan terkenal di Thailand.  Ribuan pengunjung mengunjungi pulau ini saban hari.  

Mereka datang sama ada dari Ao Nang, Krabi, Phuket, Langkawi  dan pulau-pulau lain dipersekitarannya.  Ferry-ferry besar keluar masuk disamping bot-bot laju dan long tail boat yang sarat dengan penumpang khusus peminat snorkeling.  Waktu tengahari, Phuket menjadi tumpuan ratusan boat-boat pelancung yang datang dan pulang daripada melawat tempat-tempat tumpuan pelancung untuk makan tengahari.

 Dari analisa ZBA kapisiti pelancung mungkin lebih ramai daripada penduduk asal Puket dalam satu-satu masa.



























Phi Phi hanya mempunyai sebuah pekan kecil dipergentingan pulau tetapi psarananya memang dikhususkan kepada pelancung.  Tiada kereta, motosikal kecuali basikal.  Itu pun boleh dibilang dengan jari. Pulau bebas polution.  Green Island.  
Penduduk asalnya ialah Muslim Thai.  Tetapi dengan kecantikan, pulau ini telah mengundang ramai penduduk daripada tanah besar berkunjung dan bermastautin disini. Dua buah Masjid sebagai lambang kedatangan Islam dibina dan kelihatan jelas jika dilihat daripada laut.  Malam ini ZBA menginap di Ibiza Phi Phi Don dan malangnya disebelah petang hujan lebat dan ZBA sekadar menghabiskan masa di FB chit chet. 
Phi Phi Don hanya sebuah pulau kecil.  Keindahan pantainya sukar dinafikan. Menjadi transit kepada pengunjung daripada pulau-pulau yang lain.  Pekannya padat dengan kos hidup yang serba mahal. 3/4  daripada manusia diatas pulau ini adalah pelancung.  Secara umumnya Phi Phi merupakan destinasi pelancungan pantai yang serba lengkap. 



2H/1M ZBA berada di Phi Phi Dom.  Masa yang terlampau pendek kerana ZBA sekadar berehat dan tidak melakukan apa-apa aktiviti kelautan.  Jam 1430 pm ZBA bertolak ke Ao Nang.  Perjalanan dengan ferry mengambil masa hampir 3 jam dengan satu persinggahan di luar pantai di Railey Beach. Keseluruhan dalam ferry ada pelancung kecuali kakitangan ferry.  Sebagai makluman ada dua perkhidmatan ferry ke laluan ini.  Satu ke Ao Nang dan satu lagi ke Krabi.  Sebagai makluman perkhidmatan www.aonangferry.com akan berhenti di Ao Nang Jetty dan dari sana mereka menyediakan perkhidmtan Van gratis untuk sesiapa yang ingin ke Krabi yang jaraknya sekitar 40 km. Satu inisitif yang baik walaupun tiketnya sedikit mahal jika dibandingkan ferry terus ke Krabi.  Pemilik Ao Nang ferry ialah seorang Muslim Thai yang mempunyai rangkaian perkhidmatan  ferry dan hotel termasuk yang bertaraf 5* di Ao Nang.
Raja rempet Ao Nang di kala senja.


Bullet train Ao Nang 



















Ao Nang.  Destinasi pelancungan tepi pantai yang mengkagumkan.  Semuanya disediakan. Tepuk dada tanya selira dan keluarkan duit.  Sebanarnya Ao Nang lebih kepada pekan transit untuk pelancung melawati kepulau-pulau berhampiran.  Acomodasi sebut sahaja pilihan masing-masing dari serendah dom hinggalah ke 5*.  Makanan Halal tiada menjadi masalah atau controvasi disini.  Ao Nang sebenarnya sebuah perkampungan masyarakat Muslim Thai sejak turun temurun termasuk

juga Krabi.  Makanan mereka juga sama jika dibandingkan dengan kita.  Masjid berada dimana-mana dan lelaki berkopiah putih dan wanita berjubah dan bertudung adalahpandangan biasa dikedua bandar ini.

ZBA sekadar menghabiskan masa bersantai suka-suka 3H/2M di Ao Nang dan Krabi. 6H/5M berahir di Krabi dan ZBA pulang melalui Krabi ke Kuala Lumpur.  Perjalanan merentas laut daripada KL-Phuket-Phi Phi Dom-Railey Beach-Ao Nang-Krabi dan KL.   Diawal pagi ZBA menaiki teksi B350 menuju Krabi Airport.  Jika daripada Ao Nang tambag teksi ialah B500.
Seperti ketika ETD di KL tergendala 1J dan kini ETD Krabi juga tergendala hampir dua jam.  Seperti yang ZBA lihat, kabus rendah dan tebal serta jarak penglihatan terhat menyebabkan gangguan penerbangan. 




























WELL COME TO SOUTH THAILAND PARADISE





































































No comments:

Post a Comment