Friday, November 14, 2014

SOUTH AFRICA PART THREE

Dengan  Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Assalamualaikum,

Kali keempat memasuki Afrika Selatan.  Kali ini daripada Mbabane, Swaziland kesempadan di Ngwenga.  Dijangkakan perjalanan ini akan mengambil masa 4.30minit ke Johannesburg. Masa bukan perhitungan lagi kerana tiada lagi perjalanan jauh selepas ini. ZBA masih mempunyai masa 4H/3M untuk explore Johannesburg dan sekitarnya sebelum terbang ke Addis Ababa, Ethipia.
Setelah berhenti sekali untuk toilet stop ZBA sampai kembali ke Johannesburg Park Station sekitar jam 2.30pm.  Sebaik turun daripada kenderaan kami dihampiri oleh ulat-ulat untuk memberi perkhidmatan mengangkat beg. Dengan senyum dan ucapan terima kasih kami mengangkat sendiri memikul bacakpack memasuki Park Station yang jaraknya cuma 20 meter kebawah.  Sekali lagi kami diberi peringatan bahawa "You are not save here".  Kali terahir peringatan ini saya terima melalui SMS dari seorang teman di Cape Town petang semalam.  Katanya tumpuan penjenayah sekarang banyak ditujukan kepada pelancung asing dimana sahaja di Afrika Selatan.  
Selepas makan tengahari, kami terus membeli tiket metrorail ke station Elenfonstean.  Station terdekat ke  hotel penginapan yang terletak 3 km daripada OR Tambo International Airport. Ini bertujuan agar kami senang bergerak kesana kemari dan keselamatan yang agak terjamin. 
Pembaca adalah diingatkan agar menjauhi hotel-hotel di Johannesburg demi keselamatan kecuali hotel-hotel besar didaerah Santon.  Sebagai makluman boleh dikatakan semua hotel dan penginapan orang persaorangan akan dipagari dengan eletrical fancing. Ternyata pada ZBA yang Afrika Selatan ialah sebuah negara yang tidak selamat kepada raayatnya sendiri mahu pun pelancung asing. 
Ikuti paparan terperinci didalam "South Africa Black Day Cronology" sebagai panduan dan pedoman serta peringatan. Kisah hitam catatan "pengembara jalanan".
Semasa didalam metrorail kami berasa kelainan sekali. Almaklum  boleh  dikatakan 100%       penumpang          adalah warga  berkulit hitam.  Tidak seorang   pun  warga  kulit   putih atau bewarna kecuali kami bertiga. Kami menjadi tumpuan dari hujung rambut hingga kehujung kaki.  Teringatkan amaran "you are not save here",  ZBA menasihatkan teman yang lain agar berhati hati khususnya semasa metrorail berhenti distation.


Hari ini 05 September 2014. ZBA dan MissW mempunyai rancangan yang tersendiri selepas seorang lagi teman membuat solo ke Johannesburg. Hari pertama kami berpisah mengikut selera backpack masing-masing selepas 32 hari bersama.  
Dari Elenfonstean ZBA menuju Johannesburg dan seterusnya ke Orlando West, Soweto.  Sebuah bandar yang terkenal dengan kelahiran seorang tokoh penentang aparthied yang terkenal. 

Seorang hero, seorang bekas banduan penghuni Robbin Island dan tokoh kulit hitam pertama yang menjadi Presiden Afrika Selatan yang disegani dan disanjungi diseluruh dunia. Beliau ialah Nelson Mandela. 
Manusia serba sederhana dalam kehidupan tetapi mencapai tahap ketokohan dunia yang disanjung bukan daripada kalangan raayat Afrika Selatan malah seluruh dunia amnya.
Metrorail yang kami tumpangan tidak ramai penumpang kerana kami bergerak diluar waktu pejabat. Dari station Johannesburg ke tempat yang dituju cuma mengambil masa 30 minit perjalanan.  ZBA berhenti distation yang terdekat, Orlando West dan berjalan kaki sejauh 100M ke Hector Pieterson Muzium yang terletak di 8287 Khumalo Street tidak jauh daripada Hector Pieterson ditembak mati dan bermulalah rusuhan Anti Aparthied. Sebelumnya dalam perjalanan dikiri kanan trek metrorail kami dapat melihat dengan jelas kehidupan masyarakat di Johannesburg. Kehidupan kaum kulit hitam amat dhaif jika dibandingkan dengan pendatang kulit bewarna dan berkulit putih.  
ZBA melawat Hector Pieterson Muzium.  Bayaran masuk ialah RAN30 dan didalamnya kita dilarang sama sekali mengambil gambar.  Muziumnya serba ringkas tetapi mempunyai keistimewaan tersendiri.
Belum pernah dalam sejarah ZBA menghabiskan masa hampir empat jam melawat mana-mana muzium setakat ini dan membaca kisah-kisah sejarah yang dipaparkan.  Tetapi tidak kepada sesiapa yang melawat Muziun Hector Pieterson. Kita akan berasa tertekan malah berasa simpati  diatas peristiwa yang menimpa "Hero kecil" ini.  
MissW mengalirkan air mata kesedihan membaca peristiwa yang dicatatkan.  Satu teladan yang baik untuk panduan jenerasi akan datang.  Satu persatu peristiwa   ZBA teliti dengan perasaan yang menyayat hati.  Geram, marah, demdam dan sebagainya tersemat dihati. Bagaimana manusia sanggup memperlakukan dengan sesuka hati keatas manusia lain tanpa mempunyai sedikit pun rasa peri kemanusiaan. Sungguh pun demikian, manusia "Hitam" ini masih tidak sedarkan diri dihamba abdikan tetapi mereka-mereka juga kini bersikap lebih daripada "binatang".
Dari Hector Pieterson Muzium kami memberani diri berjalan kaki disatu kawasan perumahan sejauh lebih kurang 200 meter kerumah asal dimana Nelson Mandela dilahir dan dibesarkan.   Rumah teres setingkat yang serba sederhana. Didalamnya kini tersimpan segala khazanah beliau dan juga menjadi salah satu daripada tempat tumpuan pelancung ke Soweto.  Rasa-rasa ZBA tiada ada pelancung persaorangan sebagaimana kami berdua yang berani berbuat demikian.  100% daripada mereka datang ditemani guide daripada tours company.   Secara ihklas,  ZBA juga seram sejuk apabila memasuki Soweta yang dikenali kawasan 100% kaum kulit hitam dan sejak dulu dianggap sebagai kawasan  "Hitam" bagi kaum kulit putih.
Demi keselamatan, ZBA dan MissW cuma mengambil masa kurang 45 minit sahaja disini. Kami beredar dan terus menuju ke Orlando Station Metrorail dan kembali semula ke Johannesburg.
Sampai ke Johannesburg kami terus kesebuah restoran Pakistan yang terletak 200 meter daripada Park Station.  Disini juga terdapat sebuah Masjid.  Selesai makan tengahari dan solat ZBA pulang semula ke Elenfontain Station dan kehotel penginapan.  Sebagai makluman kawasan restoran Pakistan yang kami makan tengahari ialah kawasan kommersial sebagaimana di Tunku Abdul Rahman di KL.  Tetapi suasana agak seram kerana dikelilingi oleh orang kulit hitam.  Walau bagaimana pun kawasan ini terdapat ramai orang kulit bewarna Muslim daripada India, Pakistan, Bangladesh, Kenya, Tanzania dan sebagainya.  Kebanyakan daripada mereka merupakan peniaga yang berjaya.
Besoknya 06 September 2014, sekali lagi ZBA dan MissW keluar ke Johannesburg. Perancangan awal ialah untuk melihat seluruh Johannesburg dengan Hop on off bus. Tapi kami memilih menaiki Basbus (Metro sebagaimana di Jakarta). Setengahari ZBA merayap melihat Johannesburg dari dekat. 
Tengahari,  kerana gilakan Nasi Briyani dan Capati Pakistan kami sekali lagi ke Restoran Pakistan di luar Park Station.  Selepas solat ZBA merayap sebentar  lebih kurang 15 minit disekitarnya dan dalam perjalanan 100m menuju Park Station , "kami dirompak".  Mereka datang daripada belakang tanpa disedari dan mencekik kami dari belakang hingga kelemasan.     Melarikan apa yang mereka dapati daripada kami.  Ratusan manusia memerhati, tiada siapa berani berbuat apa-apa. Pengalaman yang menyayat hati bagi perayap jalanan yang sukar dilupakan.  Ikuti  kisahnya dalam  "South Africa Black day Cronology".
07 September 14, kami fobia dengan kejadian yang berlaku.  Tekak sakit yang teramat sangat dan sukar menelan apa saja.  Suara masih samar-samar kedengaran.  Seharian ZBA dan   MissW  berkurung   diri  dengan   seorang   lagi   teman    yang    bersimpati.  Besoknya 
08 September 2014 rasa tidak sabar untuk kami meninggalkan bumi celaka ini.  MiisW menaiki penerbangan Qatar Airways menuju Dubai dan Bangkok.  Manakala ZBA dengan penerbangan Ethiopian Airlines menuju Addis Ababa, Dubai dan Singapore.
 (Semua gambar-gambar yang diambil di Johannesburg, Pretoria dan 10 negara-negara lain hilang bersama dirompak)

YOU !
HAVE BEEN WARNED

No comments:

Post a Comment