Monday, November 3, 2014

BOTSWANA

Dengan Nama Allah yang Pemurah lagi Maha Pengasihani

Assalamualaikum,

Blog ini  dikongsi bersama kandunganya dengan "South Africa Black Day Cronology".   
Lewat petang ZBA sampai diibu kota Botswana yang dikenali sebagai Goborone.  Lebih kurang 4 km daripada sempadan Afrika Selatan di selatan.  Proses kemasukan di Imigrasi mereka agak simple dan tiada ada masalah.  Apa pun kita kena berjalan kaki 150M melintasi garisan sempadan diantara keduanya.
Check-in dihotel yang secara kebetulan terletak 250M berhampiran Intercape Mainliner bus station. Goborone adalah sebuah pusat pentadbiran yang sederhana besar. Walau bagaimana pun Goborone dilihat agak bersih dan teratur pembangunanya. Perancangan bandarnya seperti bandar-bandar di negara-negara barat.  Berasingan diantara satu dengan yang lain.  Pusat pentadbiran lain, commersial lain dan perumahan juga berlainan tempat. Banyak shopping complex sedang dibina serba lengkap dengan segala fasilitas sebagai bandar morden. 
Pengangkutan awam amat terhad.  Tiada perkhidmatan bas seperti di negara 1M.  Mereka masih menggunakan Van sebagai pengangkutan awam. Alternatifnya kita harus menggunakan teksi untuk bergerak kesana kemari dalam jarak perbandaran.
3H/2M adalah masa yang sesuai untuk merayap dibandar ini. Negara pengeluar intan yang terkenal tetapi raayatnya kelihatan masih  miskin. Difahamkan bahawa ekonomi Botswana adalah dipegang oleh orang China sedangkan dalam bandar tiada kelihatan pun orang China.  Satu makluman yang ganjil tetapi ZBA berhadapan sendiri dengan sesaorang yang boleh dipercayai.  


 Kehidupan harian di Goborone




























Persekitaran di Parlimen House dan Perbandaran Goborone.




















































Diatas  ialah makanan tradisional masyarakat di Botwana yang dikenali sebagai "Papa". Seakan nasi himpit dan dimakan sebagaimana kita memakan nasi di Negara 1M berserta lauk-pauk dan sayur-sayuran.

 Rumah Tradisional Masyarakat Botswana


Batang-batang pokok yang disusun menegak untuk memagari kawasan rumah

Diatas ialah satu-satunya attraction yang terdapat di Goborone.  Muzium yang serba sederhana.  Selainya ialah National Parks dan Game Resort yang terletak dibahagian utara Botswana.
Goborone bukanlah sebuah bandar pelancungan.  Memadai sebagai pusat pentadbiran kerajaan Botwana.  Kepada pembaca yang membuat perancangan ke Botswana adalah dinasihatkan untuk mengunjungi "National Park" dibahagian utara negara tersebut. Cara paling mudah ialah dengan mengambil package dan memasuki Botswana daripada Fictoria Falls, Zimbabwe. 
Dari Goborone, Botswana ZBA kembali semula ke Afrika Selatan menuju Pretoria.  Malam nanti kami akan meneruskan perjalanan ke Kruger National Park yang terkenal.  Insyaallah.


WELLCOME TO KRUGER NATIONAL PARK
 

No comments:

Post a Comment