Tuesday, September 30, 2014

REPUBLIC OF ZAMBIA

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Assalamualaikum,
Sebuah negara diutara Botswana.  Ibu negaranya ialah Lusaka. Penduduknya berjumlah 1.7J orang  yang majoriti berkulit hitam.  Sebuah negara yang kaya dengan hasil berlian dan mempunyai National Park yang wajar dikunjungi.  
Berkongsi Sungai Zambezi dengan negara jiranya Zimbabwe yang membentuk "Victoria Falls" dengan dipisahkan oleh sebuah jambatan panjang yang dikenali sebagai "Victoria Falls Bridge". Bandar terdekat dipihak Zambia ialah Livingstone manakala dipihak Zimbabwe ialah Victoria Falls.  
Pembaca boleh melawat Victoria Falls samaada datang melalui Namibia ke Livingstone atau dari Lusaka ke Livingstone atau dari Gaborone ke Victoria Falls atau dari Harare terus ke Victoria Fall atau daripada Pretoria terus ke Victoria Falls. Dua pengangkutan utama ialah bus dan keretapi disamping dengan penerbangan ke Livingstone.  
ZBA menggunakan jalan darat daripada Windheok ke Livingstone dan seterusnya Victoria Falls.  Memasuki Zambia melalui Imigrasi Sesheke dan meneruskan perjalanan ke Livingstone.  Disempadan ZBA tidak mengalami sebarang masalah tetapi dengan merebaknya virus Ibola, semua penumpang dikehendaki mengisi satu borang khas dan diserahkan kepada pegawai perubatan tempatan.  Perjalanan kami agak tergendala disebabkan dua pengembara China yang tidak dibenarkan memasuki Zambia kerana masalah visa.  ZBA meneruskan perjalanan sekitar jam 10am dan kami sampai di Livingstone pada jam 12.30pm dan seterusnya memasuki Zimbabwe ke Victoria falls.
Zambia memang sebuah negara yang jarang dikenali oleh penduduk 1M.  Dibandar sempadan Sesheke walau pun berdebu tetapi tumbuh-tumbuhanya tidak ubah seperti di 1M. Pohon mangga tumbuh dimana-mana dan sedang berbunga lebat.  Melihat pada bentuk buahnya seiras  dengan mangga India yang manis. Disamping mangga ada juga pohon pisang ditanam dimerata-rata  tempat.  
Jalanraya menuju Livingstone agak kurang memuaskan kerana berlubang disana sini dan permukaanya agak kasar.   Walau bagaimanapun perjalanan berjalan lancar kerana jarang terdapat kenderaan diatas jalanraya.  Keadaan disekeliling ialah hutan yang pokoknya tinggi mencapai 20 kaki disamping dibawahnya belukar.  Ketika ini cuaca agak mulai panas tetapi masih sejuk. Tanahnya kering kontang dan berdebu dengan pokok-pokok gondol disana sini.
Rumputnya kering dan jarang kelihatan ternakan peliharaan. Kehidupan penduduk setempat dapat dilihat dengan jelas kerana mereka membina rumah berdekatan dengan jalanraya. Kedaifan penduduk Zambia terserlah dengan keadaan rumah-rumah tradisional mereka yang dibina dengan kayu dan diseliputi dengan tanah liat. Ada berbentuk bulat dan ada juga berbentuk empat segi. Beratapkan jerami dan kecil-kecil dan boleh memuatkan dua orang penghuni sahaja. Mereka tinggal secara berkelumpuk dengan tiada sebarang kemudahan asas.  

Adalah tidak keterlaluan jika ZBA katakan mereka adalah daripada kaum-kaum yang dilihat malas dan tidak ingin berusaha.  



Hidup mereka diibaratkan "kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang". Mereka dilihat suka berkumpul beramai-ramai diluar rumah dan menghabiskan masa dengan berbual-bual kosong.  Tiada aktiviti pertanian mahukan penternakan dilakukan.
Beginilah pemandangan sepanjang perjalanan daripada Sesheke hinggalah ke Livingstone dan seterusnya bandar sempadan Victoria Falls.





















ZBA meninggalkan Zambia dan memasuki Zimbabwe melalui pintu sempadan "Victoria Falls" pada jam sekitar 2.00pm. Sebelumnya ZBA check-out di Imigrasi Zambia dan berjalan kaki sejauh 10M untuk mendapatkan teksi menyeberangi Victoria Falls bridge. Sebagai makluman Zambia dan Zimbabwe dipisahkan oleh Sungai Zimbezi yang diatasnya jambatan Victoria Falls sejauh lebih kurang 1km. Pembaca boleh berjalan kaki menyeberangi jambatan tersebut yang menyediakan laluan pejalan kaki, kenderaan dan keretapi atau mengambil teksi dengan bayaran USD2.00.  
Zimbabwe lebih berkerampilan.  Peramah dan amat mesra pelancung dan pengembara. ZBA disambut dengan "wellcome" oleh para petugas sempadan tidak sebagaimana negara-negara Afrika lain yang pernah dilalui.  Proses Imigrasi berjalan cuma beberapa minit dan selepas itu sekali lagi ZBA mengambil teksi ke Victoria Falls Rest Camp & Lodges yang terletak 3Km dengan bayaran USD5.00. 3H/2M menginap di VFRC & Lodge dengan kos USD110.00 untuk sebuah bilik yang memuatkan 3 guest. 
Sebenarnya kami tewas kepada masa dalam perjalanan. Terlampau letih dan tidak bermaya. Sedangkan jarak tersebut adalah dalam jarak berjalan kaki disamping menikmati keindahan Victoria Falls daripada Victoria Falls Bridge yang amat cantik dan mengujakan. 
Rasa-rasa tidak sabar untuk melihat Victoria Falls. Itulah yang terpendam dihati ZBA. Apa tidak, penginapan ZBA sangat hampir dengan VF yang deruman airnya menusuk telinga. Diudara tidak berhenti-henti  microlight, helicopter dan kapal-kapal terbang kecil terbang rendah mengelilingi VF membawa penumpang naik dan turun sehinggalah lewat petang. Tetapi mengenangkan hari telah petang ZBA mengambil keputusan untuk bersiar-siar dibandar Victoria Falls.  VF sebuah bandar yang selamat sama ada siang atau malam.  Kita boleh membuat pergerakan bebas tanpa rasa takut   Polis pelancung mereka berkhidmat penuh profersional.  Jika kita berkehendakan maklumat, mereka tidak teraga-agak membawa kita ketempat yang hendak dituju.   Manakala masyarakat mereka juga nampak bersopan dan mesra pelancung.




Kesokan harinya pagi-pagi lagi ZBA keluar daripada VFRC  Lodge menuju VF gate yang 
terletak 30M berjalan kaki. Untuk makluman jalan ke VF gate ialah jalan dimana kita datang dan satu-satunya jalan keluar menghala ke Zambia. VF gate terletak 100M daripada pusat Imigrasi Zimbabwe.  Cuaca mulai panas tetapi tiupan angin masih kedinginan.  Ketika ini masih tiada ramai pengunjung yang memasuki dan mengunjungi VF.  Gate dibuka jam 09.00am dan bayaran masuk ke VF ialah bersamaan USD30.00 bagi semua mata wang yang digunapakai.  Satu keunikan bagi Zimbabwe kerana mereka tidak mempunyai matawang sendiri dan menggunakan USDManakala wang sen pula mereka menggunakan matawang negara-negara sahabat tetapi lebih kepada penggunaan RAN Afrika Selatan sebagai tukaran.




Sangat indah ciptaan Allah.  Maha Suci Allah.  Itulah yang dapat ZBA ucapkan tentang kejadian VF.  Satu keajaiban yang dipertontonkan untuk umat manusia ciptaanNya.
Sehari suntuk ZBA berulang alik melihat keindahan air terjun VF. Bermula dibahagian atas dimana replika  David Livingstone hinggalah dibahagian bawah menjejaki VF bridge. Ribuan manusia dari seluruh pelusuk dunia bertumpu seolah olah menuntun     satu     pertunjukan. Siap sedia dengan berbagai jenis camera untuk merakamkan gambar-gambar kenangan masing-masing di VF.  
3H/2M berahir penuh kenangan.  Deruan air terjun masih terasa ditelinga.  Jam 10.00am ZBA meninggalkan Victoria Falls dengan melintasi Victoria Falls Bridge menuju kembali ke Zambia.  Kali ini tambang teksi daripada VFRC & Lodge ke pusat Imigrasi cuma USD3.00. Dari situ ZBA berjalan kaki merentasi VFB sambil melihat aktiviti junam maut (Bunggi jump) yang diadakan silih berganti. Difahamkan bayaran bagi sekali terjun ialah USD120.00.  Mereka membuat terjunan dijurang diantara dua negara yaani Zambia dan Zimbabwe.  Perlu dimaklumkan bahawa terjunan ini tidak sebagaimana yang dilakukan di New Zealand atau dinegara-negara lain. Cara mereka agak berbedza dan lebih selamat.
Semasa disini ZBA mengambil masa sendiri disamping untuk melihat kali terahir  VF yang dikatakan salah satu pemandangan tercantik ialah daripada VFB.  
Tengahari berlalu,  kami memasuki semula Zambia dan menuju Livingstone dengan tambang teksi USD7.00. Perjalanan mengambil masa 30M sejauh 14 km. Malam ini ZBA akan meneruskan perjalanan ke Lusaka yang dijangkan pada jam 8.00 malam. Tambang bas bagi perjalanan sehala untuk 570Km ialah RM45.00 dan dijangka sampai ke destinasi sekitar jam 04.00am.
Sementara menanti malam, ZBA mengambil kesempat melawat masjid Livingstone yang terletak 2Km daripada pusat bandar.  Sebuah Masjid yang cantik bewarna hijau dan didalamnya tersedia sebuah Madrasah bagi kanak-kanak mempelajari pelajaran agama Islam.  Imam merangkap tenaga pengajar ialah  seorang Al-Hafiz bernama Tuan Hj Shuib berusia dalam lingkungan 25an.



















Perjalanan malam,  tidak apa yang kelihatan walaupun bulan agak terang. Dek kerana keletihan petang tadi ZBA mengambil kesempatan tidur dan berehat sepenuhnya. Tetapi dari terang bulan itu, sekali sekala kelihatan juga keadaan muka bumi Zambia.  Tidak banyak perubahan dan ZBA menempuh beberapa perhentian dibandar-bandar kecil sebelum kami sampai di International Bus Terminal Lusaka tepat jam 0400 pagi. Kami mengambil tempat dibawah lampu yang terang demi keselamatan dan ZBA mengambil kesempatan tidur sebentar bersama-sama penduduk tempatan di "Stesyen Hotel Lusaka". Cuaca amat sejuk diluar tetapi 2 jam lagi fajar akan menyinsing.  Keesokan paginya dengan menaiki teksi ZAM20.00 ZBA menuju tempat penginapan Flinstones Backpackers yang jaraknya lebih kurang 2Km daripada bus station.


 ZBA akan berada di Lusaka selama 3H/2M.  Satu masa yang mencukupi kerana Lusaka tidak mempunyai apa-apa tempat menarik untuk dilawati.  Pekannya berdebu, kotor dan tidak menggambarkan sebagai sebuah Ibu Negara. Apa yang digambarkan sebagai tempat-tempat menarik adalah gimik kecuali sebuah perkampungan tradisi yang dikenali sebagai "Kabwata Culture Village" yang terletak 3Km daripada pusat bandar.  Disana mereka mengukir, mempamir dan  menjual barangan kraf tetapi harganya agak mahal.  Pada ZBA mereka amat kreatif untuk menghasilkan kerjatangan yang cantik dan kemas dengan senitangan yang halus.
Tempat-tempat lain khususnya pasar dan kawasan tumpuan ramai, kami tidak digalakan untuk berkunjung kerana "Jenayah" berada ditahap yang tertinggi sebagaimana dimaklumkan oleh staf dihotel penginapan.  Tetapi dengan niat untuk melihat, ZBA gagahi juga tetapi sekadar dengan memberhentikan kenderaan dan mengambil gambar. Sungguhpun Zambia dikatakan sebagai negara perlombongan intan tetapi pada hakikatnya, ra'ayat rata-ratahidup dibawah taraf kemiskinan.  Sedih melihat keadaan mereka tetapi itulah hakikat sebenar sebuah kehidupan.











Seintas lalu mengenai Zambia. ZBA dimaklumkan dan oleh sesaorang yang boleh dipercayai. Katanya "Zambia sebuah negara pengeluar Intan terkenal dunia tetapi ra'ayatnya miskin". Manakala ekonominya dikuasai oleh orang China. Bunyinya seolah-olah ganjil dan tiada ada orang China kelihatan dalam bandar kecuali dan sememangnya diketahui ramai kaum kulit bewarna menguasai ekonomi Zambia.  Katanya dengan tegas "Yes, belief me brother".  
Penduduk Zambia sebenarnya mempungai kurang lebih 60 etnik yang berlainan budaya dan hidup bertaburan seluruh Zambia dan kebanyakanya masih nomad dan primitif. Makanan mereka adalah jagung yang dikisar halus dijadikan tepung dan dimasak sebagaimana nasi. Rasanya dan seakan-akan nasi himpit, bewarna putih dan dinamakan sebagai "Papa". Dimakan dengan lauk pauk sebagaimana kita memakan nasi.  Di Kentucky mereka menggantikan nasi dengan papa dan dimakan bersama ayam goreng kentucky.  ZBA pernah merasakan makanan ini dan rasanya sedap sambil dikepal-kepal dan dimakan sebagaimana penduduk Thailand memakan pulut dengan lauk-lauk lain.
Adat perkahwinan. Kebanyakan mereka berkahwin diusia 25an. Lelaki akan meminang pengantin perempuan dan berlaku tawar menawar dalam menentukan hantaran oleh kedua-dua pihak keluarga bakal pengantin. Anehnya mereka tidak menggunakan wang sebagai hantaran tetapi ditentukan oleh "Lobolo".  Lobolo adalah jumlah berapa ekor lembu yang perlu diserahkan kepada pengantin perempuan.  Lagi banyak lembu yang diminta bermakna lagi mahal dan tingginya martabat sesaorang perempuan itu.  ZBA dimaklumkan bahawa kekadang lobolo ini boleh meningkat sehingga 12 ekor lembu jantan. Jika dibandingkan dengan harga lembu dinegara 1M mungkin tidak ramai diantara kita yang mampu berkahwin.  Tetapi purata harga lembu disana ialah (Kwacha) ZMK300-400 seekor. Ini bermakna hantaran perkahwinan sekitar RM5,000.
Disiang hari yang terang, ZBA meninggalkan Lusaka untuk ke Harare, Zimbabwe.  Kali kedua mengunjungi negara yang dahulunya dikenali sebagai "Rhodesia".  Perjalanan dari Lusaka dijangka mengambil masa 7J dengan bus exspress.  Sempadan utama kedua negara ialah di sebuah bandar kecil bernama Chirundu dua jam perjalanan daripada Lusaka. Jalanraya  kesana agak kasar, berdebu dan diikebanyakan tempat sedang dibaikpulih dan dinaiktaraf. 
Disepanjang perjalanan ialah kawasan belukar dengan penempatan tradisional dapat dilihat dengan jelas ditepi-tepi jalan.  Tiada kawasan pertanian langsung kecuali ternakan bebiri, kambing dan lembu.
2J yang dijangkakan ZBA sampai dibandar sempadan Chirundu.  Kedua negara ini dipisahkan oleh Sungai Zimbezi yang mengalir diantaranya.  Satu yang unik diperhatikan disini.  Mereka berkongsi pusat Imigrasi didalam bangunan yang sama.  Jika untuk memasuki Zambia, pusat Imigrasi kedua-duanya berada di pihak Zambia dan jika sebaliknya di daerah Zimbabwe.  Bagi kita dari negara 1M tiada masaalah Visa untuk keluar/masuk daripada kedua-dua negara tersebut. kami tergendala hampir 4J disini gara-gara penyeludupan oleh ulat-ulat sempadan.
Selesai urusan Imigrasi dan selepas makan tengahari, ZBA meneruskan perjalanan ke Harare sekitar jam 5pm dan ZBA sampai di Harare jam 11.00pm.  Zambia dalam kenangan berahir disini.
Zambia Railway Track 

Sungai Zimbezi yang memisahkan  Zambia dan Zimbabwe di sempadan Chirundu


























Perjalanan ini juga ada kaitan dengan "South Africa Black Day Cronology" .  Sekian.

WE ACCEPT OLL COMMENT.  THANK YOU

No comments:

Post a Comment