Tuesday, September 30, 2014

DRY LANDS OF NAMIBIA

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Assalamualaikum,
Masihkah  kita ingat dengan kehadiran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang pernah dihantar bertugas dengan PBB di Namibia seketika dulu. Renungkan sejenak. Renungkan tugas mereka.  Renungkan anak isteri yang ditinggalkan.  Adakah mereka relakan kerana wang. Kerana negara atau kerana tugas. Apa pun nama mereka sedikit terpahat di Muzium Namibia sebagai kenangan demi pengorbanan yang telah mereka curahkan demi manusia sejagat walaupun pengorbanan itu telah dilupakan oleh penduduk setempat malah kita sendiri.  Sebenarnya kerana mereka telah terpaksa kerana tugas. Mereka telah melakukan yang terbaik demi menyahut seruan antarabangsa memulihkan keamanan dinegara yang bergolak itu.   Tahniah teman-teman sebelumnya.
Namibia, sebuah negara diutara Afrika Selatan. Mempunyai penduduk sekitar 1.8J orang yang terdiri daripada etnik berkulit putih yang kaya raya dan puluhan etnik berkulit hitam yang masih mundur. Kalau dahulu Namibia dikuasai oleh orang berkulit putih tapi kini pemerintahan telah bertukar tangan kepada gulongan majoriti berkulit hitam. Walau bagaimanapun kekayaan ekonomi dilihat masih dikuasai oleh minority berkulit putih dan bewarna.  Tidak ada perbezaan jika dibandingkan dengan Negara 1M.  Kuasa ditangan tetapi ekonomi dipegang oleh etnik lain. Gedung perniagaan dimiliki orang lain tetapi yang nampak berniaga adalah kaum pendatang manakala kaum peribumi asyik berpolitaik sehingga najis bertaburan. Indon, Myanmar, Bangla dan segala bangsa pendatang semuanya menipu Melayu.


Namibia.  Bumi gersang yang masih dara dan sunyi daripada pembangunan.  Hanya rumput kering yang mencorakan lanscapnya.
ZBA memasuki Namibia melalui laluan sempadan bernama Noordoewer selepas melepasi sempadan Afrika Selatan di Vioolsdrift. Kedua-dua sempadan ini berada dijarak 150M diantara keduanya. Semua penumpang  dikehendaki melintasi sempadan  dengan berjalan kaki ke pejabat imigrasi yang beroperasi 24J. Proses berjalan lancar dikedua sempadan walaupun ketika ini waktu telah tengah malam. 























Sepanjang perjalanan siang yang ZBA lalui, lanscapnya adalah sama dengan keadaan tanah rata dan jarang-jarang kelihatan tanah tinggi, bukit atau pergunungan.  Rumput kering, pokok-pokok renek yang tidak melebihi 10 kaki dengan warna perang menghiasi bumi Namibia. Sekali sekala kelihatan ternakan seperti kuda, lembu, kambing dan bebiri berkeliaran meragut rumput-rumput kering. Pasir tandus yang kontang dan berdebu.  
Sinaran matahari panas terang benderang tetapi wajib memakai jecket  kerana amat sejuk. Badan terpaksa mengimbangi suhu dan ini merupakan satu pengalaman yang sukar bagi kita daripada negara-negara beriklim panas khatulistiwa.
Jalan raya dua lorong yang lurus mendatar tanpa garisan putih seolah-olah dikuasai oleh satu kenderaan sahaja dalam satu-satu masa. Kenderaan awam jarang-jarang ditemui kecuali lori-lori traller mengangkut barangan.  Itu pun 10 ke 15 minit sekali.  Landasan keretapi seiring dengan jalan raya dan dipagari dengan pagar dawai disepanjang laluan daripada sempadan sehinggalah ke Windheok.


Tidak ada penempatan perkampungan. Tiada kawasan berair atau anak sungai yang ditemui. Semua pitstop ialah stesyen minyak yang dilengkapi restoran dan kemudahan tandas. Jarak diantara satunya sekitar 3J perjalanan sekali. Selepas hampir 8J, ZBA sampai dibandar pertama di Namibia.  Sebuah bandar kecil yang terletak dikiri kanan jalan dikenali sebagai Mariental.  Perlu diingat perkampungan masyarakat Namibia adalah amat unit. Mereka dilihat tidak tinggal  ditepi jalanraya.  Sebaliknya akan berada jauh didalam secara berkelumpuk.  Begitu juga dengan "Game Resort" yang berada puluhan km kedalam dengan serba serbi kemudahan untuk pengembara dan pelancung.

















Dari bandar kecil Mariental, ZBA menuju   Windheok ibu negara diutara.  Lanscap mula berubah semakin keutara.  Pokok kelihatan lebih tinggi dan penempatan manusia seringkali kelihatan.  Penternakan binatang seperti lembu, kambing dan bebiri ada dimana-mana. Rumput seiras lalang juga kelihatan dengan jelas saujana mata memandang.  Cuma yang masih tidak kelihatan ialah kawasan pertanian.
Kulit kambing dan bebebiri adalah sebahagian daripada usaha kraf tangan mereka.  Dijual bergantungan ditepi-tepi   jalan   khususnya   yang   berhampiran  dengan "Local pitstop"  (R & R) seperti gambar dibawah.  R & R mereka memadai dengan sebuah meja, sebuah kerusi dan sebuah tong sampah.  Boleh kelihatan ditepi jalan setiap 4 - 5 km satu.

Satu perkara ingin  ZBA  ingatkan kepada semua pembaca.  Sebaik meninggalkan pekan kecil Mariental, kita masih mempunyai masa 4J lagi untuk sampai ke Windheok. Kebiasaanya perjalanan dengan bas pada ketika ini  diantara jam 10 pagi.  Waktu terbaik untuk pembaca melihat keadaan alam sekeliling di Namibia.  Diharap bersedia dengan camera zoo lens dengan kepantasan tinggi.  Dari pengalaman ZBA, inilah masanya pembaca dapat melihat binatang-binatang liar berkeliaran ditepi jalan raya sambil meragut rumput.























Inilah pertama kali ZBA dapat melihat secara realiti (Live) kehidupan liar yang selama ini hanya dapat dilihat dari sumber "National Geografic". Binatang-binatang seperti Springbok dan Entolop dengan sengaja seolah-olah tiada bahaya langsung mereka dengan manusia. Kekadang, Zirafah, Kuda belang, burung unta dan segala macam binatang yang hidup ditanah gersang meragut dengan selamba ditepi jalan.   
























Kini ZBA telah hampir dengan ibu kota Windheok.  Baru terjumpa sebuah sungai kecil dan sebuah jambatan tetapi tidak ada aliran air melalui dibawahnya.























Dibawah pula ialah kawasan perumahan morden yang terletak disebuah bukit yang letaknya lebih kurang 4Km daripada Windheok.


Tepat jam 1330pm ZBA sampai di Windheok.  Tujuh jam lewat daripada yang dijangkakan.
Bak dek keletihan dan kelaparan  setelah menempuh perjalanan yang panjang selama lebih 24J, ZBA terus menumpang kenderaan yang didatangkan oleh Chameleon Backpackers Lodge dengan tambang RM 6.00 seorang.  Cekik darah. Jarak tidak sampai pun 800M dan cuma mengambil masa 3 minit.
Chameleon Backpacker Lodge adalah satu-satunya lodge yang dikenalpasti ramai.  Terletak didalam bandar dan agak murah jika dibandingkan dengan fasilitas yang disediakan.  Ramai daripada kalangan pengembara terutamanya kaum kulit putih tinggal disini.  Keselamatan tiptop dengan bangunan dipagari electrical fencing dan amat privecy.  Terletak berdekatan dengan pelbagai kemudahan seperti supermarket, KFC, MD dan dalam jarak berjalan kaki kesemua destinasi perbandaran. (Pembaca yang menaiki Intercape Bus dinasihatkan agar berjalan kaki sahaja ke Chameleon Backpacker Lodge. Daripada bus station pembaca dikehendaki berpatah balik ke laluan yang sama sejauh lebih kurang 600M.  Selepas KFC, berjalan terus dan CBL berada betul-betul disebelah kanan main street)  
 3H/2M di Windheok.  Satu jangka waktu yang amat sesuai.  Tidak banyak yang dapat dilihat disana.  Malah takut juga untuk berjalan-jalan merayap tidak tentu arah.  Setaf CBL banyak menasihatkan kami agar berhati-hati ketika dibandar. Tidak dibenarkan berada diluar kawasan lodge sebelum senja. Sedangkan untuk mendapatkan teksi pun dinasihatkan agar melalui mereka. Katanya, tiada siapa boleh dipercayai disini. Walau bagaimana pun ZBA bertekad juga merayap kebeberapa tempat di Windheok seperti national Muzium, Heroes' Acre, Windheok Railway Station Muzium dan beberapa tempat berdekatan.  Paling menarik melawat dan melihat suku Kaum Himba (Himba Tribe) yang berpakaian tradisional mereka di sebuah kawasan jualan barangan kraf bersebelahan dengan Hilton Hotel Windheok. 
Kaum Himba adalah kaum yang unik pada pandangan ZBA.  Mereka masih mengekalkan cara hidup dan berpakaian cara tradisional sehingga sekarang.  Tidak segan silu mempamirkan tubuh mereka dikhalayak ramai.  Kulit mereka amat cantik dan bersih serta warna kulit mereka sama sahaja diantara satu sama lain.  Hitam kemerah-merahan seakan-akan dilumur dengan tanah merah (Batu kawi).  Bahagian dada dibuka dan boleh dilihat sepuas-puasnya.  Manakala bahagian kemaluan ditutup sedikit dengan kulit binatang. Secara keseluruhan 95% bahagian tubuh badan mereka adalah terbuka.   Rambut dihias dan diikat  kemas. ZBA merapati secara dekat dan bergambar dengan mereka. Tidak ada bau yang tidak menyenangkan walaupun dalam fikiran ZBA mereka mungkin tidak pernah mandi buat selamanya.  Secara keseluruhan ZBA dengan ikhlas mengatakan mereka adalah wanita berkulit hitam yang mempunyai wajah paling cantik diantara wanita-wanita di negara-negara diselatan Afrika Selatan.  Manis, peramah dan berkerampilan. (Maaf. Sayang ZBA tidak dapat mempamirkan banyak gambar kerana  camera mini yang banyak merakamkam gambar-gambar mereka telah  dirompak di Johannesburg dan hilang bersama  rakaman gambar-gambar yang telah diambil di 10 negara yang telah dilalui)  
 Sebelum meninggalkan Windheok, ZBA membuat kunjungan hormat kepada Kedutaan Malaysia di Windheok. Alhamdulillah kedatangan kami disambut baik oleh mereka yang cuma mempunyai 3 orang setaf sahaja yang bertugas disini. Dijemput dengan teksi di CBL dan dibawa ke kedutaan yang jaraknya 3km dari pusat bandar.  Berada disebuah rumah yang cantik dengan ciri-ciri keselamatan yang terbaik.  ZBA berbual-bual dan bertukar pandangan dengan mereka disamping menjamah teh yang disediakan oleh  setaf kedutaan. Setinggi-tinggi terima kasih ZBA ucapkan kepada mereka dan selamat bertugas walaupun dalam hati kecil mereka 1M adalah  tanah tumpah mereka yang selalu dirindui. Jelas kelihatan kesayuan mengiringi kami perayap jalanan meneruskan perjalanan di bumi Afrika, Zambia antara negara berikutnya.

ZBA meneruskan perjalanan.  Jam 1.30pm ZBA  meninggalkan Windheok menuju Livingstone, Zambia yang dijangka sampai pada jam 12 tengahari pada keesokan harinya. Satu lagi perjalanan panjang sebelum memasuki Zimbabwe melalui Victoria Falls. Dua jam berikutnya ZBA sampai ke Okahandjo dimana bus Intercape Mainliner berhenti untuk minum petang dan toilet stop. 45 M kemudian meneruskan perjalanan menuju Otjiwaronggo seterusnya Grootfontien dengan beberapa kali toilet stop. Bandar paling akhir ZBA berhenti  di Namibia sebelum memasuki Zambia ialah Katimo Mulilo diawal pagi.  
Sepanjang perjalanan diwaktu petang ini pembaca akan dapat melihat  pemandangan yang cantik berupa tanah lapang yang ditumbuhi dengan pokok-pokok renek sepanjang perjalanan.  Ketinggian pokok-pokok tersebut tidak melebihi 10 kaki dan dibawahnya berupa semak samun dan rumput-rumput kering. Tidak ketinggalan sekali sekala jika bernasib baik kita akan dipertemukan dengan binatang-binatang liar yang sedang mencari makanan.  ZBA juga bernasib baik kerana dapat sekali lagi  melihat live kehidupan  zirafah, burung unta, springbox, babi, ayam belanda dan berbagai lagi  yang tidak ZBA kenali.  Oleh yang demikian persedian dengan camera adalah digalakan kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan gambar-gambar terbaik.
Tidak ketinggalan disepanjang perjalanan terdapat beberapa "Game Park" yang terkenal untuk kemudahan pengembara melihat secara lebih dekat kehidupan binatang liar hidup dalam suasana nuteral tanpa diganggu gugat oleh kehidupan manusia.
Di katimo Mulilo ZBA berehat agak panjang serta bersarapan pagi sementara menunggu hari siang untuk melepasi Imigrasi Namibia di Katima Mulilo.  Selesai urusan semua penumpang dikehendaki berjalan kaki untuk melepasi "No man land" yang jaraknya hampir 5ooM menuju Imigrasi Zambia di Sesheke.  Selamat pagi Zambia, kami datang. 

WELLCOME TO ZAMBIA


No comments:

Post a Comment