Monday, August 12, 2013

MAAYONG ADLAW COTABATO

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum,
Dari dunia padang pasir kini beralih haluan ke negara belantara.  Mindanao. ZBA pernah sampai ke Davao awal tahun ini tetapi tidak berkesempatan melawat General Santos, Zamboanga, Marawi, Cotabato (Kutabato) dan beberapa bandar yang lain.  
Hari ini 12hb September 2013 dengan penerbangan Cebu Pasific menerjah awan ZBA sekali lagi merayap ke bumi Philippines bagi kali yang kelima dan secara keseluruhannya seluruh Kepulauan Philippines.  
Penerbangan kali ini, kami  menuju Manila dengan  masa penerbangan  3J dan 35M dan mendarat mengikut waktu tepat jam 04.45 pagi.  Sempat menyumpurnakan solat suboh di Surau NAIA yang berada di aras 3 departure hall (Suraunya lebih baik sedikit daripada KLIA walaupun mereka negara Katholik).
Seperti biasa tapi agak lama daripada biasa pihak Imigresen menyelak passport ZBA.  Apa lagi modal yang ada hanyalah sekadar senyum.  Bersama ZBA dipenerbangan CP terdapat dua wanita Melayu yang difahamkan menuju Boracay.  Apa pun kami tidak mengesyaki apa-apa walaupun keadaan di Zamboanga dalam pergolakan perang.
Sementara menanti penerbangan CP menuju Cotabato City jam 10.45 pagi,  ZBA berehat sementara di surau berkenaan disamping mengecas bateri talifon bimbit.  Secara kebetulan didalam surau sedang berbaring seorang Pegawai Imigresen yang off duty dan dibahu pakaian seragamnya terpampang empat balak menandakan beliau adalah seorang pegawai kanan yang berpengalaman.  Dengan sopan ZBA mengajukan salam dan selepas itu kami berbual darihal perkara-perkara semasa.  

Setelah agak lama kami mengenali antara satu sama lain, ZBA difahamkan Pegawai Imigresen tersebut berasal dari daerah Marawi di Mindanao. Sementara ZBA juga memperkenalkan diri sebagai "Malaysian".  (Jawapan ini menambahkan lagi kehangatan perbincangan kami berikutnya).  Soalan pendek daripada beliau "What is your mission to Cotabato". Secara ihklas saya menjawab untuk mengenali secara dekat kebudayaan dan kehidupan masyarakat Islam setempat di Cotabato.  Balasnya jika untuk tujuan tersebut lebih baik berada di sekitar Manila sahaja atau ke Marawi.
ZBA menjadi kaget dengan jawapanya tetapi segala-galanya terungkai demi kerana keselamatan kami sendiri.  Rupa-rupanya selaku seorang Muslim beliau dengan ikhlas mungkin rasa bertanggungjawab menerangkan segala-galanya. Jawapan pendek ini, kami istilahkan sebagai "Malaysian amat tidak diingini dimana-mana tempat  di Philipinas ketika ini khususnya di Mindanao amnya". Berdegup jantung ZBA memahami maksud beliau sedangkan ZBA sekarang dalam perjalanan ke Cotabato, Mindanao.  

Dari penerangan tersebut ZBA memulakan perang saikologi dan beralih ke nada dengar daripada cuba memperkatakan sesuatu. Dengan nada sopan tiga sebab kenapa pemergian ZBA ke Cotabato dengan lain perkataan "dihalang" oleh pegawai berkenaan.  Pertama.  Pergolakan di Sabah yang menimbulkan rasa tidak puas hati dan dendam yang mendalam oleh raayat Philippines keturunan Sulu dan Taureq dalam missi tututan Sabah sebagai sebahagian daripadanya. 
Kedua.  Pergolakan dalaman sesama sendiri antara suku-suku kaum Islam di Mindanau yang berpanjangan dengan didalangi  oleh kumpulan-kumpulan atau pertubuhan dan perselisihan faham yang ketara di antara Masyarakat Islam dan Kristian Katholik di Mindanao. Ketiga. Seperti berikut.
Cerita ini ialah daripada "pandang dengar" secara berhadapan.  
                                          Terpulang kepada pembaca untuk mempercayai atau sebaliknya. Bagi ZBA dari cara beliau berbicara, ada kemungkinan perkara ini benar terjadi tetapi bersifat peribadi bukan melibatkan sentimen kenegaraan yang telah disalah tafsirkan oleh mereka.  Tetapi oleh sebab perkara ini telah diexploitasikan secara meluas menyebabkan timbul rasa kebencian yang amat sangat terhadap raayat Malaysia, walaupun mereka tidak terlibat tetapi akan  menjadi sasaran keatas keselamatan mereka semasa di Philipina.
 Dimaklumkan.  Seorang individu yang mempunyai dua kerakyatan bersama Malaysia dan Philipina. Nama dinyatakan sebagai "Malayley" dan sekarang melarikan diri daripada Philipina (Cotabato, Mindanao)  dan dibawah perlindungan Malaysia. Beliau amat dikehendaki di Philipina samaada hidup atau mati dengan segera.

Malayley dikatakan mempunyai hubungan amat akrab dengan orang-orang kenamaan di Negara 1M dan menjalankan perniagaan "ala Pak Man Telo" yang suatu ketika dulu amat dikenali sehinggakan ramai yang kaya diawalnya dan akhirnya muflis buat selama-lamanya. Perniagaan Malayaley ialah dalam bentuk pengumpulan wang tunai dan keuntunganya akan dibayar setinggi 60% daripada pelaburan. (Contoh : PHP 100,000 yang dilaburkan, keuntungan akan menjadi PHP 160,000) dalam jangkamasa yang ditetapkan.   Ramai yang tertipu,  "keluh Pegawai berkenaan".  Bukan sahaja raayat biasa malah merangkumi kakitangan kerajaan, pegawai polis, tentera, para profesional sehinggalah pemerintah.
Ratusan juta RM dikatakan telah berjaya dikumpulkan melalui ejen-ejen yang dilantik, dan akhirnya lesap dilarikan oleh Malayaley ke Negara 1M. Sudahlah raayat Mindanao keseluruhannya miskin kini ditipu pula oleh orang yang tidak bertanggungjawab.  Jika  kita juga sebahagian daripada kalangan mereka, kita juga akan bertindak sedemikian.   Oleh yang demikian jika benar perkara ini berlaku, adalah malang bagi kita sebagai raayat 1M melindungi seorang petualang yang merosakan nama dan keselamatan satu negara. 


Malayley sepatutnya diserahkan kepada yang hak untuk diadili, tegas Pegawai Imigresen berkenaan.  Kami sanggup membayar dengan harga sebuah pengadilan katanya dengan tegas.  ZBA tersentak dengan ketinggian suaranya dalam bahasa American English berloghatkan Philipina.  Apakan daya ZBA hanya mampu tersenyum dan kami sebenarnya dipenghujung perbualan.  Beliau akan meneruskan tugasnya dan kami akan berangkat ke Cotabato mengikut perancangan.
Tepat jam 10.45 pagi pesawat CP Airbus 319 berada dilandasan dan seterusnya menerjah ke udara menuju Cotabato.  Diantara melayani perasaan dan bisikan kata-kata Pegawai Imigresen itu tadi, ZBA mula terbayang akan risiko yang harus ditanggung oleh raayat Malaysia yang sedang dan akan mengunjungi Philipina. Cotabato sememangnya terkenal dengan keganasan, peras ugut, penculikan, konflik sesama kaum, pertikaian agama dan sebagainya.  
Dalam melayan perasaan ini sebagai seorang yang pernah dilatih dan terlatih, Insyaallah ZBA tetap akan menjejaki bumi bertuah masyarakat Maguindanao di Cotabato dalam masa 1J15M nanti. Penerbangan dalam cuaca panas dan terang, nun jauh dibawah kelihatan bertaburan pulau-pulau seolah terdampar dengan bumi yang kehijauan dikelilingi lautan yang membiru.  Pekan-pekan kecil dan sawah padi berpetak-petak menampakan hasil pertanian adalah merupakan sumber pemakanan utama penduduk Philipina.  
Dalam lamunan kami dimaklumkan bahawa pesawat akan mendarat dalam masa terdekat. Dari ketinggian ribuan meter kini telah melai rendah dan rendah menampakan Kepulauan Mindanao kelihatan jelas.  Pesawat kini berada diparas 2000M, dan membuat circut dari permukaan laut dan pemandangan dari atas nampak jelas dan cantik sekali. Nun dihadapan sebuah landasan terbang terhampar dengan dikanannya kawasan berbukit dan dikirinya sebuah jurang dan sebatang  sungai mengalir kependalaman.  Nelayan bertaburan dengan tangkapan masing-masing.  Nun jauh dikejauhan kelihatan Masjid bewarna kuning ikhsan daripada Sultan Hasanul Bolkiah untuk umat Islam Cotabato.  Masjid ini merupakan yang tercantik daripada masjid-masjid di seluruh Kepulauan Philipina.
Mindanao amat cantik dari udara.  Kehijauan dimana-mana. Tanaman kelapa berjajaran dan bagaikan tersusun ditanah rata. Sawah-sawah  sedang menghijau. Kami akan mendarat pada bila-masa sahaja.  Touch down sahaja berdegup jantung mengingatkan keselamatan kami di tanah bertuah Cotabato, Mindanao. 

Lapangan terbang kecil serba sederhana dipagari dan dikawal ketat oleh pasukan keselamatan, polis dan angkatan tentera lengkap bersenjata.  Orang awam tidak dibenarkan memasuki kawasan terminal malah diluar sana ratusan sanak saudara menanti pemergian dan kepulangan orang tersayang. 

ZBA melangkah keluar terminal dibawah panas terik matahari.  Dalam takut akan keselamatan diri terpancar juga perasaan gembira kerana kelihatan ramai sekali masyarakat Islam di Cotabato.  Mereka dapat dikenali dengan mudah melalui cara pemakaian jika dibandingkan dengan majoroti 60% penduduk Cotabato yang beragama kristian. ZBA berteduh dibawah sepohon pokok rendang sementara menunggu jemputan. Pengambilan gambar adalah dilarang dan sesiapa yang memegang camera dianggap janggal. Kawasan sekeling agak tegang walaupun aktiviti harian berjalan seperti biasa.  Tambahan ketika ini sedang berlaku pertempuran diantara pihak berkuasa Filipina dengan para pejuang MNLF di Zamboanga dan Pulau Basilan 400km ke barat Cotabato.
Jika tiada masalah, ZBA boleh beredar ketengah bandar pada bila-bila masa.  Pengangkutan dari lapangan terbang ke persimpangan jalan besar cuma lebih kurang 500m berharga Peso 20 dengan motosikal beroda tiga (Tuk-tuk).  Manakala dari main road kepusat Bandar Cotabato sejauh 12 km berharga Peso 40 dengan menaiki Van. Tiada perkhidmatan bas daripada lapangan terbang mahupun kepusat bandar Cotabato sendiri.  Walaupun demikian perkhidmatan pengangkutan mereka amat efishen yang terdiri daripada jepney, van,  tuk-tuk, beca kayuhan beroda tiga dengan harga yang amat murah.  Perkhidmatan bas hanya khusus bagi perjalanan antara bandar seperti ke Marawi, General Santos, Zamboanga dan lain-lain.
Sebagaimana  dijanjikan sahabat kami tiba 20 minit kemudian. Ingin ZBA perkenalkan bahawa beliau adalah anak tempatan Cotabato dari sebuah keturunan ternama dan disegani. Seorang wanita terpelajar dan pernah berkhidmat dengan banyak pertubuhan antarabangsa diseluruh dunia.  Peramah dan bertutur dalam bahasa Inggeris yang fasih.  Berketerampilan, jujur dan mudah bergaul. Memadai ZBA namakan beliau sebagai (FK) dalam tulisan ini demi keselamatan.

Sedikit tentang FK.  ZBA diperkenalkan dengan FK melalui seorang teman yang pernah berkhidmat dengan IMT setahun lampau didaerah Marawi. Perkenalan ini menjadi mesra dan kami seling bertanya kyabar dengan fb dan email sehinggalah kepertemuan ini kami ibarat saudara yang telah lama mengenali antara satu sama lain. 
Jika tidak jaminan keselamatan daripada FK mungkin ZBA akan membatalkan saja hasrat mengunjungi Cotabato. Disamping itu ZBA juga diberi kekuatan semangat dengan adanya sahabat-sahabat lama yang masih  berkhidmat dengan IMT di Cotabato.  Inilah merupakan dua tonggak keselamatan yang menjadi sandaran.
 Dimaklumkan, di Cotabato dan kawasan-kawasan bergolak di Mindanao tiada siapa pun boleh dipercayai.  Samaada mereka seorang Islam mahupun seorang kristian.  Dua puak ini saling curiga mencurigai antara satu sama lain.  Semua mereka adalah "pengintip" bagi puak masing-masing.  Orang luar adalah "aset" bagi mereka untuk mendapatkan wang.  Selama ini kita pernah mendengar bagaimana pergolakan yang berlaku di Cotabato.  Dengan kunjungan ZBA, itu adalah realiti kehidupan sebenar di Cotabato kini.    

Petang hari ZBA dalam perjalanan ke pusat bandar Cotabato, 2 km daripada hotel penginapan.  ZBA berbaju T bercopkan "India".  Seorang guru sekolah (Islam) bersama kami didalam van dan beberapa orang kanak-kanak sekolah.  ZBA cuba berbual dengan beliau dan beliau bertanyakan "Are you from India".  ZBA menjawab benar, sebab kami cuba mengelakan identiti kami sebagai Malaysian ke Singaporean.  (Malaysia adalah dari kalangan negara yang tidak dikehendaki di Filipina).  Dalam bahasa inggeris yang terhat cikgu tersebut memaklumkan adalah terlampau merbahaya orang luar berada dipusat bandar Cotabato khususnya selepas jam 1800 petang. Kawasan agak selamat ialah dipersekitaran Hotel An-Nur berdekatan dimana kami menginap.  Mendengar pesanan tersebut, ZBA tidak teragak-agak terus turun daripada van dan berpatak balik kehotel.  Ini adalah secebis pengalaman di Cotabato. 
Malamnya kami dijemput oleh keluarga FK untuk makan malam sempena hari jadi puteri FK "Sayat" dan bertemu dengan keluarga beliau.  ZBA juga diperkenalkan dengan abangnya yang dalam percakapannya akan memberi jaminan keselamatan seadanya kami di kota Cotabato.
Berbalik kepada cerita asal. Dengan senyuman FK menjemput kami di Cotabato Airport dengan penuh kemesraan.  Kami meninggalkan Aiport dan kini dalam perjalanan 10 km ketengah bandar Cotabato. Melihat keadaan dikiri kanan, Cotabato tidak ubah sebagai sebuah kampung. Rumah-rumah usang disepanjang perjalanan sehinggalah 2 km barulah terdapat rumah-rumah kedai dan pesarana sebagai sebuah bandar.  Bangunan-bangunan usang yang tidak melebihi 6 tingkat. Pengangkutan awam bertali arus memenuhi jalanraya dengan kadar tambang  yang amat murah sepadan dengan perkhidmatan yang disediakan. 
Kami melintasi sebuah sungai dan kini berada didalam bandar Cotabato.  Pandangan pertama FK telah menunjukan kami tempat kejadian dimana 6 orang terkorban semasa   serangan pengeboman.  Aduh, seram dalam diam kami memberhentikan bicara sehinggalah kami makan tengahari bersama dan FK menghantar kami ke hotel yang beliau sendiri tempah sebelumnya.
Keesokan harinya ZBA memberanikan diri  melawat Pejabat "Autonomous Region in Muslim Mindanao" yang terletak 200M daripada hotel.  Bangunan ini dikawal oleh pasukan keselamatan.  Kami merasa amat tidak selesa sekali dan seolah-olah diintai oleh segenap mata yang memandang.  Bagi menenangkan keadaan kami mengukirkan senyuman kepada sesiapa yang terpandang dan kekadang bersalaman dan memberi salam kepada saudara si Islam.  
Kelebihan kepada masyarakat Islam di Cotabato ialah mereka menguasai ekonomi khususnya perniagaan.  Oleh yang demikian, makanan halal ada dimana-mana. ZBA tidak terjumpa "babi panggang" sepertimana bandar-bandar lain yang pernah ZBA lawati diseluruh Filipina sebelum ini.  Dalam lain perkataan, seorang peniga berbangsa kristian dan juga berasal dari Cotabato berbual dengan dengan ZBA dihotel  memaklumkan bahawa beliau akan berpindah ke Davao kerana sukar berniaga disini.  Katanya, "orang-orang kristian walaupun majoriti tetapi mereka harus patuh dan tunduk kepada kemahuan masyarakat Islam".   Aneh dan kagum tetapi itu ialah realiti.
Selepas makan tengahari ZBA melawat sahabat-sahabat lama di IMT.  Mereka menyambut kedatangan kami dengan penuh mesra.  Kami juga difahamkan bahawa situasi yang sama berhubung keselamatan ketika di Cotabato.
Kesimpulannya, ZBA membuat keputusan Cotabato adalah kawasan "Tidak selamat" untuk mana-mana raayat Malaysia yang berada bukan sahaja di Cotabato malah Filipina secara keseluruhannya.
3H/2M berikutnya kami confine dalam hotel kecuali keluar untuk makan tengahari dan makan malam.  Itu pun kami keluar masuk daripada hotel melalui jalan yang berlainan. Ketika ini pertempuran di Zamboanga City memasuki fasa kritikal.  Pertama kali dalam sejarah ZBA merayap, ZBA tidak boleh bergerak dan mengenali sesebuah bandar secara terperinci.
Masa yang ditunggu tiba.  Hari terahir "perintah berkurung".  FK menjemput kami di hotel dan selepas minum pagi FK membawa kami membuat satu pusingan di pekan Cotabato sebelum pulang.   Dalam hati,  benar Cotabato ialah kawasan perang dan kami seolah-olah senantiasa diawasi. Kecekalan dan keberanian kami hanya bergantung kepada FK. 
Meneruskan perjalanan ZBA melawat Masjid Sultan Brunei dan kami melintasi sebuah sungai yang mengalir kelaut.  FK memaklumkan bahawa sungai tersebut merupakan  sungai dimana banyak orang-orang persaorang diculik dan dilarikan kepulau-pulau yang lain. 
15Minit ZBA menikmati kecantikan Masjid ini yang dalam pandangan ZBA sebuah masjid yang tercantik pernah dibina di Filipina.  Tapi malang lokasinya agak terpencil dan berjauhan daripada ahli-ahli kariah. Perjalanan dari jalan besar Cotabato kesini sekitar 15 minit dengan dengan kenderaan.  Pemandanganya sangat cantik dan pembaca boleh menikmati keindahan semula jadi kawasan perkampungan seiras Negeri Kedah dizaman 60an.

Kami beredar dan FK memandu kami  menuju Cotabato Airport.   Sesampai di Airport terasa lega didada kerana kami akan berangkat meninggalkan Kota merbahaya Cotabato. Kami berpisah dengan FK yang ZBA lihat seolah-olah terasa sesuatu yang terpendam dalam perhubungan kami dalam sesingkat masa.  
Flight Cebu Pasifik menuju landasan dan terangkat diudara menuju Manila.  Sebuah perjalanan yang amat dramatik pernah dilalui oleh ZBA sepanjang menjelajahi kota-kota didunia.  Alhamdulillah.
MABUHAY SALAMAT PO




Monday, July 22, 2013

PEARL OF DOHA

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Assalamualikum,

Qatar.  Sebuah negara kecil yang kaya dengan minyak dan gas di Teluk Parsi.  Populasi penduduknya sekitar 2J orang. Syurga bagi pekerja asing yang mencari pendapatan lumayan dari luar negara.  Paling ramai ialah imigran daripada India 24%, Negara Timur Tengah 13% dan Philippinas 11% dan selebihnya lain-lain negara. 
Tidak ramai mengenali Qatar jika dibandingkan dengan UAE. Jika dilihat disegi pembangunan sememangnya UAE lebih kehadapan.  Tetapi mungkin satu hari nanti tidak terkejud jika Doha akan menandingi Dubai dalam pembangunan. Sekarang pun sudah ada tanda-tanda bahawa negara kaya ini sedang rancak pesat membangun dan menarik pelaburan asing. 
Sedia maklum bahawa Qatar adalah sebuah negara kecil yang paling kaya didunia dalam sumber gas asli.  Tidak hairan sekiranya  minyak dunia kekeringan, Qatar masih boleh bertenaga jika dibandingkan dengan UAE yang semata-mata bergantung kepada hasil minyak.
Flight QR509 Qatar Airways semakin menghampiri pengairan Teluk Parsi dan terbang diparas boleh lihat.  Alangkah cantik dan hebatnya pemandangan negara-negara yang kaya dengan minyak seperti Arab Saudi, Bahrin dan Qatar dari udara.  Pembangunan mereka amat pesat dan teratur. Bangunan pencakar langit bagaikan cendawan tumbuh berkelumpuk disana sini.  15M kemudian kami mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Doha.  Sebagai makluman, Doha ialah hose pertandingan  Bola Sepak Dunia menjelang 2020. Sebuah lapangan terbang baru serba canggih sedang dan hampir siap dibina.   Begitu juga sistem pengangkutan metro juga dalam pembinaan.  Dijangkakan Doha akan menjadi sebuah metropolitan serba canggih menjelang abad ke 22.  ZBA tidak lama di Qatar memadai sekadar 13J untuk melihat bandar Doha.
Melangkah masuk kedalam bangunan terminal, walaupun agak kecil tetapi serba lengkap. Ribuan pengunjung dengan urusan masing-masing. Kakitangan lapangan terbang dengan senyuman menerima para penumpang.  Walau pun berbaris panjang di kaunter imigresen tetapi urusan VOA berjalan dengan lancar.  Bagi raayat 1M, bayaran untuk VOA ialah QAR 100 untuk tempuh kunjungan selama 30 hari. Tidak masalah melepasi pemeriksaan kastam malah begitu profesional sekali.  Peliknya di Qatar, ramai pekerja mereka terdiri daripada raayat berbilang bangsa daripada berbagai negara.  Mereka lebih nampak berdisipline dan patuh kepada peraturan yang dikeluarkan oleh kerajaan Qatar.
Kepada penumpang yang memilih untuk transit dan tidak keluar daripada terminal, mereka boleh enjoy didalam pusat duty free yang serba lengkap dan kawasan dalaman terminal yang serba canggih.  Dua perkara ZBA lihat dan boleh dicontohi dan dilaksnakan  oleh MAB di Negara 1M.  
Pertama.  Mereka menyediakan dua Surau yang serba canggih dan lengkap. Pemaidani merah yang tebal dan bersih. Tempat berudhu serba selesa dengan kelengkapan tandas yang disediakan. Merea tidak melaung sana melaung sini sebagai negara Islam tetapi Islam itu sendiri di martabatkan sebagai yang paling teratas. Jika diNegara1M, konon negara Islam yang menjadi ikutan dunia tetapi launganya ibarat guruh sedangkan setitis hujan sahaja yang turun.  
Dua buah Surau kecil dibina di KLIA, tetapi keadaan dalamannya ibarat rumah usang 10 tahun ditinggalkan penghuni. Sejadahnya berselirak dimana-nama. Solat diatas ceramic dengan sehelai sejadah. Berpusing keutara dan selatan dan mungkin ketimur juga kebarat semasa apabila kita bangun daripada sujud. Mata pekerja MAB yang berugama Islam semuanya buta. Inisiatif kosong. Pengerusinya mungkin tidak pernah mengenal Surau atau sejadah.  Pengalaman ini adalah dari seorang hambaallah yang sama-sama solat di Surau KLIA. ZBA berkata benar, jangan marah.  Jika marah Ayahanda akan dijual.
Kedua.  Nikmat kepada pengembara dan pengunjung transit.  Mereka disediakan didalam sebuah bilik khas tempat berehat yang luas, bersih dan selesa.  Disusun puluhan kerusi baring bagi setiap seorang untuk tidur disamping melepaskan penat setelah terpendam dalam perut kapal terbang sebegitu lama.  Bersebelahan disediakan tandas dan kelengkapan-kelengkapan lain.  
Dalam lain perkataan, tidak sebagaimana di KLIA & LCCT, diNegara1M para penumpang tidur diatas kerusi panjang ibarat pelarian malah lebih teruk sehingga diatas lantai bergelimpang dengan manusia. Satu pengalaman diluar bangunan kafeteria di LCCT berbungkus pelancung asing tidur diatas rumput dikawasan taman. Besoknya sampah sarap dimana-mana.  Itulah Negaraku1M.  
                        Sebagaimana dijanjikan ZBA ditemput oleh seorang sahabat lama yang kebetulan telah lima tahun bekerja di Qatar. Beliau seorang Munshi dengan sebuah syarikat multinational khususnya dalam bidang pembangunan hartanah.  Dengan sebuah Datsun 4X4 whell drive  4500CC, kami melawat Souk Waqif "Standing Market" yang penuh sesak dengan peniaga dan pelancung.  Ini merupakan satu kawasan untuk segala-galanya.  Daripada barangan tradisional, barangan kraf, puluhan restoran,  shisha lounges dan juga sauviners.  
Bagi penduduk tempatan mereka gemar kesini khususnya untuk membeli barangan tradisonal seperti wool, emas dan juga wangi-wangian.  Selain makanan, buah-buahan, tamar dan sebagainya.
Kami makan malam disebuah restoran yang menyediakan masakan Melayu.  Teman saya memesan mihun goreng dan nasi lemak beralaskan daun pisang dan ZBA dengan nasi biasa berkari.  
Enak,  almaklum kerana selepas 27 hari baru inilah kali pertama kami merasai semula masakan 1M.  Selepas makan kami menghabiskan masa lebih satu jam merayap keseluruhan Souk Waqif yang dibarisi dengan bangunan seni bina tempatan masa lalu. Cantik, kemas dan mempunyai daya seni bina yang mengkagumkan. Souk Waqif tidak dilihat sebagai "market" sebenarnya sebuah pusat membeli belah cara tradisional masyarakat Arab.  Bersih, teratur, kemas bersusun.  Bagi ZBA ianya dikatogerikan sebagai "International" standard. 
Dari Souk Waqif, kami melalui jalan tepi pantai menuju "Bandar baru Doha".  Terletak dihujung tanjung dengan sebuak teluk yang luas.  Berkilauan air laut disinari cahaya lampu dimalam hari.  Dihadapan terpacak bangunan-bangunan canggih berbagai bentuk menjulang kelangit.  Diwarnai cahaya lampu berbagai warna yang berkerdipan.  Dari bangunan hotel, pejabat, pusat commercial, kediaman mewah dan sebagainya.  Teringat akan Dubai.  Dalam hati,  satu hari nanti Dubai akan meninggalkan namanya sendiri dengan kemunculan Doha. 
Sahabat saya membuat satu cilcle.  Tidak dapat digambarkan dengan tulisan bagaimana keindahan dan terancangnya pembangunan bandaraya Doha.  Hanya mata dapat menerangkan segala-gala.  Oleh yang demikian bagi Negara1M, tidak perlulah berkokok lantang dengan hanya sekadar tercirit najis yang keluar.
Pusing dan pusing lagi.  Kata sahabat ZBA, tidak perlu risau disini minyak lebih murah daripada air.  Kami melewati Masjid Utama Doha dengan ratusan kubah-kubah diatasnya. Melewati kawasan perumahan, commercial dan seterusnya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Doha yang baru.  Hampir 4J ZBA bersama teman dijalan raya.  
Doha bertaraf dunia dalam serba serbi.  Bandaraya serba bersih dan teratur menandingi Jepun. Jalanraya yang sistematik dikawal dengan camera litar dan penguatkuasa undang-undang yang amat berkesan. Kesalahan jalan raya dikompoun tanpa soal jawab dan bangkangan, QAR 300.  Melanggar lampu merah satu kesalahan yang besar.  Penalti QAR 3,000 bagi setiap kesalahan.  Jika engkar, cukai jalan tidak akan diperbaharui.  Bolehkah ini semua dilaksanakan diNegara1M.  Tergelak mengenangkan nasib yang menimpa AES. Perancangan dengan otak tapi tanpa berfikiran.
6J mengelilingi Doha.  Puas dan terasa terpanggil untuk melawat negara kecil ini sekali lagi. Oleh yang demikian bagi para transit, ZBA menyarankan agar mengambil kesempatan masa yang ada untuk melawat Doha dan bukan menghabiskan masa diterminal. VOA, QAR 100 bukan nilai yang ternilai jika dibandingkan dengan apa yang boleh dilihat dan dipelajari.  Jika dibandingkan dengan Negara1M, Doha bukan tandingan untuk perbandingan.
Lewat tengah malam, ZBA kembali ke Airport dengan satu pengalaman yang tidak ternilai. Jawapanya ZBA pasti kesini lagi untuk merayap keseluruhan Qatar.  ZBA menghabiskan malam di Doha dengan menggunakan kelebihan bilik transit yang disediakan.  Kami berlepas pulang selepas 28 hari dalam pengembaraan 7 Negara Timur Tengah.  Segala-galanya berjalan mengikut perancangan.   Alhamdulillah ZBA bersyukur kepada Allah.

THE PEARL OF DOHA
 by
http://www.zainaltobiaqtravel.blogspot.com


Saturday, July 20, 2013

FACT ABOUT EGYPT

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani

Assalamualaikum, 
Ini adalah pengalaman seorang pengembara jalanan.  Tidak bertujuan menyakiti hati sesiapa. Malah bukan bertujuan berniat jahat atau menabur fitnah. Catatan ini sekadar pandangan dari dua pancaindera yang mengesan sesuatu dengan jujur dan ikhlas.  Suka duka adalah lumrah tetapi pengalaman bukan untuk dijual beli.  Egypt dalam sebuah catatan pengembara jalanan.

80% raayat Egypt adalah berugama Islam dengan selebihnya Kristian dan Jewesh. Mereka dilihat amat berpegang teguh kepada ajaran Islam. Belum lagi dalam sejarah ZBA merayap melihat orang Islam membaca Al-Quran dimana-mana kecuali Egypt.  Tepi jalan, dalam metro, diperhentian bas, dalam bas  dan dimana-mana.  TV mereka juga sama.  Ayat-ayat Al-Quran senantiasa berkumandang disaluran-saluran utama.  Kedai-kedai dibandar juga akan memperdengarkan bacaan Ayat-ayat Suci Al-Quran.  Jika dibanding dengan Negara Islam 1M, nama saja Islam tetapi corak amalan tidak memperlihatkan sebagai negara Islam.

Masyarakat disana hidup cukup hormoni walaupun berlainan agama tetapi mereka dari satu bangsa dan bertutur dalam bahasa  Arab.   Mereka semua dari keturunan Arab.  Namun demikian dalam soal perkahwinan mereka berpegang teguh kepada Agama.  Disana lelaki Islam bebas mengahwini wanita-wanita dari semua agama (Kristian dan Jewesh) tanpa perlu isteri-interi mereka menukar agama kepada Islam.  Tetapi lelaki kristian dan Jewesh tidak dibenarkan sama sekali mengahwini wanita-wanita Islam kecuali dengan rela hati telah memeluk Islam.  ZBA dimaklumkan bahawa di Egypt, penganut kristian dan jewesh adalah dari penganut arthodok yang masih taat setia  kepada ajaran al-kitab. 

Kos sara hidup di Egypt adalah sangat murah.  Sepasang pelajar suami isteri dengan seorang anak kecil daripada Negara1M memaklumkan bahawa RM 300.00 adalah mencukupi untuk perbelanjaan sebulan.  Apa tidak, segelas pure orange juice atau segelas air tebu masih dijual dengan RM 0.44 sen segelas. Semangkuk nasi Koshari (Makanan Arab) dan sepegethi beharga lebih kurang RM 2.00. Sepinggan nasi dengan sebelah ayam panggang, sepiring salad, semangkup sup dan 4 biji roti cuma beharga RM 10.00 untuk makan berdua.   Ikan laut jarang kelihatan kecuali ikan talapia disediakan disesetengah restoran dengan harga yang agak mahal. Anggur segar dari pasar beharga kurang RM 3.00 sekilogram.  Dsbnya.

Merayaplah kemana-mana di Cairo sepuas mana kehendak pembaca dengan syarat tidak keluar daripada stesyen. Pergilah dari hujung ke hujung.  Tambang Metro cuma RM 0.44 sen dengan kekerapan setiap 3 minit.  Begitu juga dengan tambang bas.  Dari Tahrir Square bas number 256 ke Lapangan Terbang Cairo cuma RM 0.50sen.  Hotel bertaraf 3*** dengan swimming pool beharga RM 60.00 semalam. 
                     
Dikawasan perkampungan, kehidupam manusia seling bergantungan satu sama lain dengan binatang peliharaan. Kuda dan kaldai digunakan untuk kerja-kerja pertanian disamping sebagai kenderaan pengangkutan.  Kerbau jarang kelihatan begitu juga lembu. Kambing dan bebiri adalah ternakan untuk makanan. 
Perusahan kraf tangan yang bersangkutan dengan sejarah peradaban peninggalan zaman Firaun aktif dijalankan khusus di Luxor.  Batu-batu dipahat secara tradisional dengan ukiran yang amat menarik.  Mereka amat kreatif dengan menggunakan bahan-bahan asli mengikut keaslian apa yang terdapat pada peninggalan sejarah.  Harga yang ditawarkan berpatutan.  Banyak dijual  tempat-tempat bersejarah diseluruh Egypt.

Makan tengahari bersama tiga bersaudara Saudagar emas Arab yang pemurah di Luxor Old Quater.  Keempat-empat mereka terdiri daripada  pesara dan peniaga.  Mereka mempunyai keistimewaan yang amat tersendiri dan terpuji.  Kaya dan pemurah.  Setiap hari diwaktu makan tengah hari mereka akan menyediakan makanan secara percuma kepada sesiapa sahaja sama ada kaya atau miskin. Makanan akan dihidangkan dan mereka makan berkumpulan bagi setiap satu hidangan yang disediakan.

Bukan sahaja makanan.  Dirumah ini mereka akan khatam Al-Quran setiap seminggu sekali.  Manakala pada bulan Ramadhan Al-Mubarak, mereka akan khatan Al-Quran setiap 3 hari sekali.  Masyaallah dan semuga Allah memberkati usaha murni keluarga ini.



























Tabiat ini ada dimana-mana negara yang dikatogorikan miskin didunia atau negara-negara dunia ketiga. Kekotoran.  Ini tidak juga terkecuali bagi negara-negara Umat Islam. Sepatutnya sebagai Umat Islam kita wajib menitikberatkan kebersihan sebagaimana yang terkandung dalam ajaran Islam itu sendiri.  Baik Jordan dan baik Egypt.  Maaf ZBA katakan mereka juga tergulung dari negara-negara yang kotor.  Sampah dimana-mana.  Tabiat masyarakatnya sama dengan masyarakat diNegara1M.  Buang mana suka dan pedulikan kerana ada orang yang menyapu dan memungut. 
Di Egypt satu yang nampak bagus.  Mereka amat menghargai Sungai Nil.  Pembaca akan melihat Sungai Nil bersih daripada sebarang sampah. Sedangkan sisa-sisa makanan daripada Felucca  juga tidak dibenarkan dibuang kedalam Sungai Nil.  Tapi berbedza sekali apabila pembaca melihat terusan-terusan air.  Sampah sarap dimana-mana.  Masyaallah.



Egypt ialah salah sebuah negara yang paling ramai menerima kedatangan pelancung daripada seluruh dunia.  Oleh yang demikian pembaca harus berhati-hati dengan kerenah penduduk tempatan, peniaga, pemberi perkhidmatan dan sebagainya.  Semuanya boleh dikatakan sebagai "pencekek" bagi mengenakan mangsa.  



Tidak kurang pula diantara mereka adalah penyangak, penyeluk saku yang pintar dengan berbagai gelagat masing-masing.  Awas jangan tertipu dan hargai barangan anda dengan baik.  Bersopan dalam menolak sesuatu tawaran yang diberikan.  Cuba sedaya upaya mengelak daripada pujuk rayu yang sebenarnya merupakan satu penipuan.  

Mereka cukup pintar dengan gelagat pelancung malah itulah pekerjaan mereka saban hari. Banyak  berlaku "pick pocket" adalah kerana sikap kita yang terlampau melayan mereka. Contoh.  Dari hadapan mereka berpura-pura menawarkan barangan yang diletakan diatas tangan mereka manakala satu tangan lagi akan membuka porch yang mengambil apa saja daripada kita dengan pantas sekali.

Cara kedua.  Mereka akan menghimpit kita dari belakang dengan cara yang seakan sama. Kita tidak akan terasa asakan mereka yang lembut sedangkan beg kita telah dibuka dan kemungkinan barang beharga telah hilang. Perbuatan mereka pada awalnya ingin menjual sesuatu tetapi sebenarnya mereka adalah "pick pocket atau pencuri disiang hari".
Banyak lagi cara dan janji manis mereka.  Kalau di Eropah, Rome memang terkenal dengan cara ini.  Kalau di Timur Tengah, Egypt sememangnya tidak selamat dalam semua keadaan. Apabila pelancung melapurkan kepada pihak berkuasa, NAT kecuali sekadar membuang masa memberi lapuran.  ZBA tidak menuduh tetapi semacam telah ada satu perjanjian diantara mereka dan pihak berkuasa.












Satu pengalaman agar pengalaman ini dijadikan pedoman kepada semua pembaca.

by
zainaltobiaqtravel.cogspot.com