Thursday, February 12, 2015

PUERTO PRINCESA PALAWAN

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani

Assalamualaikum,
Puerto Princesa Airport

Tepat jam 07.30 pesawat AAsia menerjah awan menuju Puerto Princesa.  Penerbangan mengambil masa kurang daripada 1J.  Semacam tidak puas melihat keindahan kepulauan Filipina yang bertaburan dari udara.  Tetiba pengunguman dibuat, kita akan mendarat sebentar lagi dan sila kembali ketempat duduk. Minah disebelah terkejud dari lamunan setelah menggantikan tidur semalam dengan senyuman air liur basi meleleh.  
Dari paras 1,000M kelihatan pohon kelapa melintok ditiup angin kencang.  Pesawat bergolek kekiri dan kekanan semasa hampir mencecah landasan. Aduh.  Takut juga dibuatnya. Alhamdulillah kini  ZBA telah mencecah bumi bertuah lagi indah Puerto Princesa.  Salamat poo.  Itulah kata-kata terahir pramugari dengan diiringi senyuman manis menemani ZBA turun dari pesawat.  Salamat.
Puerto Princesa.  Sebuah lapangan terbang kecil tetapi ramai sekali pelancung keluar masuk khususnya  pelancung dari luar dan tidak kurang pula pelancung dari dalam Filipina sendiri.
Our Pilot cum Guide of the day
Keluar daripada Balai Ketibaan ramai ulat-ulat telah sedia menunggu diluar. Mereka samaada ingin menawarkan package pelancungan, transportasi, penginapan dan sebagainya.   Apa yang penting dalam situasi begini kita harus bersabar dan tunggu saat-saat akhir sebelum membuat keputusan.  Jika tidak kita akan disembeleh dengan harga-harga yang tidak munasabah. Gelagat sebegini ada dimana-mana pusat pelancungan.


Secara peribadi ZBA menasihatkan kepada para pembaca agar tidak membuat tempahan daripada WEB untuk sebarang perkhidmatan.  Ini kerana tawaran mereka lebih murah dengan perkhidmatan yang disediakan oleh ejen-ejen pelancungan sedangkan perkhidmatannya adalah sama. Contoh.  Setakat untuk merayap di kota Puerto Princesa dengan sebuah trisaw yang boleh memuatkan 3 penumpang bagi jangkamasa 3-4J memadai dengan PHP300.  Walau bagaimanapun mereka  akan menawarkan sekitar PHP 600.  
Puerto Princesa tidak menjanjikan banyak lokasi terbaik untuk dilawati.  Tetapi salah satu tempat wajib kesini ialah "Under Ground River" yang merupakan salah satu daripada World's seven wonders of nature yang digezetkan oleh UNESCO.  Terletak 2J perjalanan dengan kenderaan keutara Puerto Princesa sesebuah bandar tepi pantai dikenali sebagai Sabang.  Kebiasaannya package untuk kesini termasuk makan tengahari dan sebagainya sekitar PHP 1500.
Sebahagian daripada penduduk Palawan masih menghuni rumah-rumah begini.  Keadaan ini sama dengan kehidupan ZBA dizaman tahun 1960an.  Metarial yang digunakan ialah buluh dan kayu secara keseluruhannya.
Sebenarnya penduduk Kepulauan Palawan  masih berada dibawah taraf kemiskinan. Masih banyak rumah-rumah begini didiami oleh penduduknya yang dapat kita lihat disepanjang perjalanan daripada Puerto Princesa ke El Nido.  Realitinya pembangunan hanyalah pada bandar-bandar kecil sahaja.


Anyaman ini adalah sebahagian daripada bahagian dinding rumah.


 Pusat Reakrasi dan Riadah Puerto Princesa yang terletak di daerah Mandaragat. Biar gambar bercerita tentangnya.

 


Pemandangan yang menarik dan menakjubkan.  Dirakamkan dengan Canon DSLR Len 18-200mm. 





















 2km daripada Pusat Reakrasi dan Riadah Puerto Princesa terdapat sebuah taman dikenali sebagai Baker's Hill yang mempamirkan rekaan sebuah taman  botanikal yang cantik dan disediakan beberapa restoran dan pusat cenderahati untuk kemudahan pengunjung.  Dikelilingin kawasan penempatan elit dan amat wajar untuk dilawati.  Tiada bayaran  masuk dikenakan dan amat sesuai bagi pelancung yang berkelurga.
Baker's Botanical Garden

Sebuah Tradisional Resort yang terletak 2km daripada Puerto Princesa Airport.
 Purto Princesa memadailah ZBA katakan sebagai bandar transit untuk ke El Nido dan Sabang.  Puerto Princesa menjadi penghubung kekedua bandar itu kerana kemudahan lapangan terbang yang memudahkan urusan keluar masuk ke Kepulauan Palawan. Sungguhpun El Nido juga mempunyai lapangan terbang tersendiri tetapi penerbangan kebanyakan adalah dalam bentuk  sewa khas dan untuk gulungan berada sahaja. Tambangnya amat mahal jika dibandingkan dengan jaraknya yang sama ke Puerto Princesa. 
Dari Puerto Princesa ZBA menuju El Nido dan akan kembali semula dalam perjalanan pulang ke Manila. 

THERE IS MORE FUN IN EL NIDO
follow me 
"Tobiak Travel"






























PALAWAN ISLANDS MUSLIM

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani

Assalamualaikum,


NAIA Airport  Terminal 4 Manila
Mubahay.  Filipina.  ZBA datang lagi walaupun igauan Catabato masih dalam ingatan. Tapi kerana kecantikan daerahnya, segalanya hanyalah asam garam dalam sebuah kehidupan pengembara jalanan.
Dari Kota Kinabalu penerbangan ke Manila mengambil masa 1J45M dan kami mendarat di Terminal 3 Ninoy International Airport Manila.  Menaiki shuttle bus (PHP20) menuju ke Terminal 4 (Domestik) dalam rangka meneruskan perjalanan ke Puerto Princesa, Kepulauan Palawan.
Puerto  Princesa Airport
Sepetang berlalu dan disaat-saat terahir penerbangan, ZBA dimaklumkan bahawa penerbangan Z2 420 AAsia dibatalkan kerana cuaca buruk di Puerto Princesa.  Badan menjadi lemah kerana terpaksa menginap di "Airport Hotel" kerana besoknya penerbangan gantian dijadualkan seawal jam 06.00am.  Penantian satu seksaan.  Tapi sebagai menghormati ertinya keselamatan ZBA akur dan bergelimpangan penumpang memenuhi ruang pelepasan buat satu malam tanpa sebarang bayaran.
Puerto Princesa From AAsia Wing
Keesokan harinya masih delay dan akhirnya penerbangan yang dijanjikan berlepas jam 07.30am. NAIA sebagaimana  kata kebanyakan penumpang, lapangan terbang yang selalu membuatkan penumpang "Delay" bagi setiap penerbangan.  Hakikatnya benar, dari beberapa penerbangan dalam dan luar negara yang pernah ZBA tempuhi selama ini.
Mungkin faktor kesibukan, cuaca dan lain-lain tetapi itu bukan persoalan yang harus dipersoalkan.
Kembali memenuhi tajuk diatas. Palawan Island Muslim. Paling mudah untuk mengenali saudara semuslim kita dimana-mana.  Itulah kebesaran Islam melalui pimpinan Rasullullah SAW.    Dari cara berpakaian kita telah tahu siapa mereka. Sunnah Rasullullah SAW menerangkan segala-galanya.  Muslim di Filipina malah diseluruh dunia amat senang untuk dikenali melalui cara berpakaian. Disusuli dengan As Salam dan menerima jawapanya, maka secara otomatik bersaudaralah kita umat Muhammad SAW walaupun dimana kita berada.  Alhamdulillah. Syukran.
Puerto Princesa mempunyai 3 buah Masjid dan ini merupakan yang terbesar (50 jemaah) bagi jumlah penduduk kurang dari seribu orang. 
Puerto Princesa Grand Mosque

Puerto Princesa.  Tidak ramai masyarakat orang-orang Islam disini.  Penduduk sedia ada kebanyakan daripada mereka adalah pendatang daripada Kepulauan Mindanau dan daripada Negara IM. Kebanyakan berbangsa Tausug dan Magauinando dan sesetengahnya boleh bertutur bahasa Melayu kerana mereka pernah berada di Sabah sebelum kembali semua ketanah tumpah darah mereka Filipina.  Dimana mereka.  Jawapannya mudah. Mereka disini (Cari melalui gambar tertera).  Muslim Filipina majority daripada mereka adalah pedagang dan nelayan. Kehidupan mereka tidak banyak berubah jika dibandingkan dengan masyarakat kristian Filipina yang lain.  
Walaupun terdapat minoriti Islam di PuertoPrincesa, tetapi agak sukar untuk mendapatkan makanan halal dibandar ini. ZBA cuma dapat mengenalpasti ada dua tempat yang menjual makanan Islam.  Satunya di hadapan perhentian bus menuju El Nido.  Dua gerai.  Pertama dimiliki oleh bukan Islam tetapi tertera "Halal" dan sebuah lagi gerai kecil yang dimiliki oleh orang Islam.  Pemiliknya pernah berada di Sabah dan anak-anak gadisnya masih boleh berbahasa Melayu dailik Indonesia dan mereka juga memiliki Kad Pengenalan Biru yang sah.  Apabila ditanya samaada mereka 1M atau Filipina, dengan bangga  mereka mengaku yang mereka adalah  kerayatan Filipina.
Ini pula ialah restoran "Halal" terbesar dan satu-satunya di Puerto Princesa.  Menyediakan makanan ala-1M yang sedap dengan harga berpatutan. Difahamkan ia dimiliki bersama oleh raayat 1M dan Filipina. Selain restoran terdapat juga penginapan sederhana beserta sebuah Surau untuk tetamu-tetamu yang beragama Islam. Lokasinya 150 meter daripada daripada Puerto Princesa Airport menghala ke pusat bandar. Lihat disebelah kanan, pembaca akan dapat melihat dengan jelas  "Seri Pal-Malaysia" hotel dan restoran. 
El Nido Walking Street



Dari Puerto Princesa ZBA ke El Nido.  Pekan pelancungan yang sibuk dengan pelancung-pelancung asing dan tempatan. Dari sumber seorang Muslimah yang boleh berbahasa Inggeris,  ZBA cuba mengenali mereka dengan lebih dekat.  Beliau memaklumkan  telah lebih 20 tahun bermastautin di El Nido.
ZBA bersama Muslimah di El Nido




Di El Nido dimaklumkan terdapat sebuah Masjid kecil untuk penduduk Islam yang dianggarkan seramai 200 orang. Terletak kurang lebih 1 km daripada dipinggir El Nido. Imam mereka mempunyai pejabat tersendiri di Municipal Councel di El Nido. Satu penghormatan yang belum terdapat dimana-mana negara dengan menempatkan seorang Imam di taraf yang sedemikian. Oleh yang demikian kepada pembaca yang ingin mengenali secara dekat kehidupan penduduk Islam El Nido, bolehlah berurusan dengan Imam di pejabat Local Councel berkenaan.
Muslim di El Nido dilihat lebih kehadapan jika dibandingkan dengan penduduk setempat. Mereka adalah peniaga yang berjaya.  Mereka menjalankan  peniagaan kedai kain  baju di El Nido sejak lama.  
Satu lagi lokasi dimana dikatakan Islam sebagai Majoriti di Kepulauan Palawan ialah dibahagian selatan Palawan yang berhampiran dengan Sabah, 1M.  Mereka banyak mendiami disekitar Quezon, Rizal, Bataraza City dan keselatan.  Perjalanan ke Quezon City daripada Puerto Princesa ialah 2J dan dari Palawan Island ke Kudat, Sabah dianggarkan 4J dengan menggunakan bot.  Satu lokasi popular pendaratan pendatang tanpa izin daripada Filipina ke 1M yang dimaklumkan tanpa sebarang sekatan dan masaalah sehingga sekarang. Hakikat ini ZBA paparkan melalui temubual dengan 2 orang warga Filipina dan pengalaman mereka ketika berada di Sabah.
Ini catatan daripada seorang pekerja sebuah hotel 3*** di Puerto Princesa. Beliau lelaki warga Filipina dan berumur sekitar 30an.  Dahulunya bekerja di Sabah sebagai jurukimpal lebih sepuluh tahun. Mempunyai dua kad Pengenalan, 1M dan Filipina.  Sambil menunjukan kad pengenalan birunya sebagai raayat 1M.  
ZBA.    Ditanya samada beliau ingin kembali ke 1M suatu ketika nanti. 
MrB.  Jawapan ringkasnya tidak kerana beliau telah mempunyai pekerjaan tetap dan lumayan di Puerto Princesa dengan pelat-pelat bahasa Sabah yang nyata.  
ZBA.    Apakah senang sekali mendapatkan Kad Pengenalan Biru 1M
MrB.   DiSabah, apa pun boleh Baa.  Jika kad ini dibuang (Ditunjukan IC Biru) dan saya kembali ke Kudat besok, lusa saya akan mendapat penggantinya.  Dengan gelak ketawa dan suaranya yang lantang. 
ZBA.    Bagaimana pula jika untuk mendapatkan IC Filipina.
MrB.  Itu lagi senang Ba.  Bayar Php 150 saja.  Itu pejabatnya sambil menunjukan kearah Pejabat Pendaftran Filipina.
Perbualan kami berlarutan hampir satu jam ketika kami sedang makan tengahari di sebuah Restoran Muslim di Puerto Princesa.  Banyak lagi informasi yang tidak perlu ZBA dedahkan disini memadai dengan sedikit perbualan sebagaimana dicatatkan diatas. Persoalannya "Apakah 1M masih aman"
Ini pula catatan daripada penjual barangan cenderahati di Puerto Princesa Airport sebelum ZBA check-in untuk penerbangan ke Manila.  Orangnya hansome, pemanis dan senang untuk dibawa berbual.  Boleh berbahasa Inggeris dan Bahasa Melayu dengan baik. Mendapat didikan Agama yang sempurna dan salah seorang daripadanya abangnya ialah Imam Masjid Masjidil Akhdar di Puerto Princesa.  Perbualan kami berempat juga mengambil masa hampir satu jam mengenai kehidupan masyarakat Islam di Palawan dan perihal bagaimana mereka boleh memiliki kerayatan (Kad Pengenalan) daripada samaada 1M atau Filipina.  
ZBA.   Saudara Mohd Suliezam. Mohon diceritakan serba sedikit tentang kehidupan saudara yang dikatakan berasal daripada Lahad Datu dan bagaimana saudara boleh berada dan bermastautin di Puerto Princesa sehingga sekarang. 
SMS.  Saya dilahirkan di Lahad Datu dalam sebuah keluarga miskin dimana ibu dan bapa saya berasal daripada Filipina dan berhijrah ke Sabah.  Kehidupan dikala itu amat susah bagi kaum pendatang untuk bersaing dengan penduduk tempatan. Walau bagaimanapun dengan bantuan orang tempatan mereka mendapat Kad Pengenalan Malaysia dengan syarat tertaaluk kepada kemahuan  penduduk setempat apabila ketika mereka diperlukan.  
Saya dilahirkan di Kampung Kokos, dibesar dan mendapat pendidikan awal di Sabah sehingga berumur 12 tahun.  Ketika  itu  kami sekeluarga kembali dan menetap di Filipina. Keluarga saya berhijrah dari daerah selatan Kepulauan Mindanao dan menetap di Palawan sehingga sekarang.  Sejak itu saya tidak pernah kembali ke Sabah dan sudah tidak ingat lagi dimana kampung kelahiran saya.
ZBA.  Oleh itu bagaimana saudara memperolehi Kad Pengenalan Malaysia.
SMS.  Semasa saya berumur 12 tahun saya telah ada kad pengenalan Malaysia dan saya simpan sehingga sekarang.
ZBA.   Apakah suatu hari nanti saudara akan kembali ke Sabah dan menetap disana dimana tanah tumpah darah saudara.
SMS.  Tidak mungkin kerana saya telah berkahwin dan mempunyai dua orang  anak  lelaki.
ZBA.  Jika hendak ke Sabah daripada Kepulauan Palawan, apakah cara terbaik dan adakah halangan daripada pihak berkuasa Malaysia.
SMS.  Saya tidak nampak sebarang kesukaran untuk saya kembali ke 1M kerana saya dilahirkan disana dan mempunyai kad pengenalan yang sah.  Dari sini ke Sabah amat senang kerana kebanyakan pendatang Filipina memilih laluan ini kerana dekat dan 4J sahaja menaiki boat menuju Kudat.  Di Kudat kami bebas bergerak kemana-mana walaupun tanpa sebarang kad pengenalan.
ZBA merenung tajam wajah air muka anak muda ini.  Dari raut wajahnya beserta dengan pendidikan agama yang beliau ada, ZBA tidak meragui kebenaran yang diceritakan kepada kami.  Dalam hati kecil terpanggil rupa-rupa ramai dari kalangan raayat Filipina yang mempunyai dua kerayatan  dan bebas keluar masuk kedua negara sewenang-wenangnya. Mengaut segala keistimewaan hak raayat tempatan dan membawa pulang kenegara asal mereka.
Pintu keluar masuk khususnya yang dimaklumkan sebagai "Kudat di Sabah" adalah pintu utama  keluar masuk mereka secara bebas.   Sebagai raayat Malaysia yang telah menitiskan keringat demi keamanan 1M, ZBA berharap catatan ini menjadi pembuka ruang untuk pihak-pihak berkuasa menjalankan siasatan dan mengambil tindakan tegas kepada semua bentuk pencerobuhan  sebelum terlambat.


THE FACTS AND FIGURES
FROM
"PERAYAP JALANAN" 


Monday, January 12, 2015

SURAT THANI CITY OF GOOD PEOPLE

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Assalamualaikum,
Khlong Tapee Surat Thani.
Sawadhee kraap. 25 tahun dulu tiada perkhidmatan kapal terbang tambang murah. Dominan perjalanan ketika itu adalah kenderaan darat seperti keretapi dan bas.  Kini segala-galanya berubah mengikut peredaran zaman.  Begitu juga bandar Surat Thani yang dulunya merupakan sebuah perkampungan nelayan kini merupakan salah sebuah bandar terbesar dan berpontensi di Selatan Thai.
Dari wing pesawat Air Asia penerbangan Kuala Lumpur ke Surat   Thani    yang    mengambil
masa 1J30M, kini Surat Thani telah berubah wajah dimana dahulunya  hutan telah ditukar wajah dengan tanaman kelapa sawit, getah dan kelapa yang merupakan nadi pendapatan utama penduduk setempat disamping pendapatan daripada hasil perikanan. Thailand, negara pertanian terulung dunia dalam exsport hasil pertanian yang berkualiti tinggi.  Disana sini kelihatan juga air bertakung yang menggambarkan mereka juga kini dilanda musim tengkujuh pada setiap akhir dan hujung tahun.
Pesawat Airbus 322 yang ZBA tumpangi      mendarat     dengan 
selamat mengikut jadual di lapangan terbang Surat Thani. Lapangan terbang dua kegunaan samaada kegunaan awam dan militari.   RTAF menempatkan Wing 7 Fighter Skn dari pesawat jenis Jas 39-Gripen yang menggantikan pesawat lama F5E disini.  LTST terletak 21 km daripada bandar Surat Thani keselatan.  Dihubungkan dengan sistem jalanraya dua lorong berkembar yang cantik bagi memudahkan   mereka-mereka yang ingin samaada ke utara ke selatan dan juga barat keseluruh Thailand.
Surat Thani sebenarnya menumpang tuah daripada kemasyuran Koh Samui dan menjadi terkenal kepada pelancung-pelancung yang transit sebelum dan selepas melawat Koh Samui.  Banyak kemudahan transpotasi disediakan daripada LTST untuk kepusat bandar. Tambang airport bus ialah B100 manakala teksi B400 dan mengambil masa kurang lebih 45M perjalanan.
Best Surat Thani Muslim Food
Pekan Surat Thani terletak ditebing Sungai Tapi yang keseluruhan penduduknya berugama buddha. 20% sahaja orang Islam dan mereka tinggal didaerah Pak Nam Tapi kerana kebanyakan daripada mereka adalah nelayan.  Walau bagaimanapun untuk mendapatkan makanan halal di Surat Thani tidak menjadi masalah. Selain daripada Pasar Malam yang diadakan ditebing sungai berhampiran "Night Boat Pier" pada setiap malam. Terdapat beberapa restoran yang menjual makanan Islam.  Satu daripada yang menjadi tarikan kepada ZBA ialah sebuah restoran terletak betul-betul dengan Pangkalan Boat ulang alik menuju Lamphu Island. Sebelahnya ialah Tourist Polis Station di jalan Nammuang Road.  ZBA masih ingat 25 tahun dulu kami telah singgah dan makan disini. Sup dagingnya adalah yang terbaik. Mereka menghidangkan masakan panas yang sedap dan restoran itu kekal sehingga hari ini.
Muslim food stall Night Market
Sebuah Masjid untuk penduduk setempat juga terdapat didalam pekan Surat Thani dijalan Amphoe Road. Jika pembaca ingin mencuba makanan laut bolehlah ke Pak Nam Tapi yang terletak 12 km daripada Surat Thani.  Disana banyak makanan laut disediakan termasuk daripada restoran-restoran Thai Muslim.
Tidak banyak tempat-tempat menarik untuk dilawati disini. Satu-satunya yang menjadi tarikan masa kini ialah Ratchaprapa Dam, 70 km daripada Surat Thani.  Kepada pembaca yang merancang ke sana sepatutnya mengambil kesempatan untuk melawat dam tersebut yang tidak kurang menariknya.
Surat Thani Night Market
Surat Thani juga dihubungkan dengan Koh Samui, Koh Pha Ngan dan Koh Tao melalui perkhidmatan "Night Boat" pada setiap tengah malam. Jadi jika pembaca kelewatan untuk ke Donsak Ferry Terminal, para pembaca boleh terus ke Surat Thani dan meneruskan perjalanan ke destinasi dengan slow boat yang mengambil masa 4-5jam dengan harga B100 ke Koh Samui. Istimewanya perkhidmatan ini kerana banyak masa rehat dan dibekalkan sekeping tilam untuk tidur.  Pada asasnya perkhidmatan ini banyak digunakan oleh penduduk tempatan dan tidak terkecuali pelancung asing yang ingin mencari pengalaman berserta penduduk tempatan.
Dikelapangan masa, satu riadah terbaik semasa diSurat Thani ialah menaiki bot sewa menyusuri Sungai Tapi dan mengelilingi Lamphu Island adalah satu kemestian. Bayarannya kurang daripada B200 bagi sebuah perahu yang boleh memuatkan 5 penumpang. Masa kurang lebih sekitar 45 minit.
Dari Surat Thani juga kita boleh menggunakan perkhidmatan bas dan van jika ingin menaiki ferry daripada Donsak ke Koh Samui. Kombonasi tiket Van + Ferry ialah B210 seorang untuk perjalanan sehala.  Perjalanan mengambil masa hampir tiga jam dan lebih bagikedua-dua perkhidmatan tersebut.
Bersama-sama Penari-penari Kebudayaan Thai.
Bagi ZBA Surat Thani juga harusdilawati jika pembaca telah berada didaerah ini.  Pergi melalui Surat Thani dan kembali terus ke LTST atau sebaliknya daripada Koh Samui.  

http://www.zainaltobiaqtravel.blogspot.com
Khoopp Khun Khaapp



KOH SAMUI MALAY SETTLEMENT

Dengan Nama Allah yang Pemurah lagi Maha Mengasihani

Assalamualaikum,
Ramai daripada kekawan kita mengenali dan sampai ke Masjid ini dalam kunjungan mereka ke Koh Samui sebelumnya.  Tetapi tidak pernah diceritakan secara terperinci kecuali mengenai sebuah restoran makanan halal yang terletak berdekatan Masjid.
"Masjid Nurulihsan".  Ikon kepada penduduk Islam keturunan Melayu Pattani yang mendiami Koh Samui sejak beberapa lama.  Mereka sebenarnya ialah kaum nelayan yang sinonim dengan laut dan
mengembara dari Selatan Thai ke Koh Samui demi sesuap nasi suatu ketika dulu.  Walau bagaimanapun ibarat dimana ada kehidupan disitu mereka akan bermastautin.  Tidak terkecuali bagi Melayu Pattani yang berhijrah untuk mendapatkan pendapatan yang lebih baik walaupun meninggalkan tempat asalnya Pattani di selatan.
Penghijrahan mereka membawa bersama budaya dan adat resam yang masih kekal hingga kehari ini.   Baik dari segi bahasa, adat resam, perkahwinan, penempatan, makanan dan serba serbi cara hidup yang berlandaskan kepada ajaran Islam. Sungguhpun dominisasi bahasa di Thailand adalah Bahasa Thai tetapi mereka masih fasih dan lancar berbahasa ibunda.  Malah dalam pertuturan harian mereka kekal dengan Bahasa Melayu Pattani bagi 100% penduduk Melayu Koh Samui.  Satu perkara yang amat membanggakan.
Masjid Nurulihsan Koh Samui.


Kedatangan Islam kesesuatu tempat itu pasti datang bersamanya hidayah Allah.  Dari hidayah maka terbinalah  Masjid. "Masjid Nurulihsan" satu-satunya Masjid terbesar daripada empat buah Surau yang mengumpulkan ratusan umat Islam mengerjakan solat pada setiap hari Jumaat di Koh Samui. Juga merupakan sebagai pusat komuniti umat Islam membincangkan hal-hal yang bersangkutan dengan Islam. 
Perkampungan Muslim Village Koh Samui
Tuan Hj Muhammad dan Isteri menjalankan perniagaan kecil-kecilan dirumahnya di Koh Samui.
Masjid Nurulihsan terletak di Hua Thanom dipersimpangan menuju Ban Tha Po dan 200M keselatan.  Perkampungan tersebut dikenali sebagai "Muslim Village" dan  dianggar mempunyai 100 buah keluarga dengan keseluruhan jumlah penduduk sekitar 600 orang.  Kehidupan mereka agak dhaif jika dibandingkan dengan penduduk setempat.  Mereka menjalankan aktiviti sebagai nelayan dan mengusahakan ikan kering disamping menjalankan perniagaan kecil-
kecilan. Walau bagaimanapun tidak dinafikan sesetengah daripada mereka merupakan pemborong ikan yang berjaya. Difahamkan bahawa masih adalah lagi umat Islam dilain-lain kawasan di Koh Samui tetapi dalam jumlah yang amat kecil. Selain daripada di Muslim Village, kebanyakan mereka adalah dari kalangan peniaga yang datang daripada daerah-daerah lain diseluruh Thailand seperti Narathiwat, Yala, Krabi dan sebagainya.
ZBA bersama mereka yang merupakan 2 dihadapan ialah migran daripada Pattani dan dibelakangnya penduduk kelahiran tempatan.
Kebanyakan pembaca seringkali bertanyakan tentang Masjid.  Itu soalan lazim apabila hendak kesesuatu tempat.  Natijahnya kerana ada Masjid adanya makanan halal. Tidak dinafikan orang Islam akan membina penempatan disamping membina Masjid sebagai rumah ibadah.  Juga tidak ketinggalan di Koh Samui. Terdapat beberapa buah kedai makan yang menjual makanan Islam.  Dikawasan perumahan mereka terdapat gerai-gerai kecil menjual kueh-mueh, nasi dagang, nasi kerabu dan bermacam-macam juadah masakan ala Kelantan.  Manakala dihadapan Masjid Nurulihsan terdapat dua buah kedai yang menyajikan makanan Islam mengikut selera masakan Pattani. 
Uniknya masakan petani kerana pedasnya. Kuahnya cair seperti asam pedas tetapi pedasnya sehingga bermandi peluh.  Masak lemaknya pekat dan terung menjadi campuran wajib.  Ikan kering sebagai pembuka selera.  Tapi kalau tak ada sambal belacan beserta mentimun dan kacang panjang itu belum lagi melengkapkan hidangan.  dalam bahasa Thai yang mudah disebut "Aroi khap".
Sebuah lagi kedai makanan yang terdapat disini ialah kepunyaan Ustaz Nik Abdul Rahman yang terletak dikanan semasa kita mengadap kearah Masjid.  Beliau juga menyediakan masakan Melayu Pattani yang sedap dan murah. Ustaz Nik ialah seorang yang berpendidikan Agama daripada Pattani dan isteri beliau seorang Ustazah yang mengajar Al-Quran di Malay Village. Orangnya senang diajak berbual dan peramah. Bertutur Melayu dengan fasih dan mempunyai ramai kenalan daripada 1M yang sama-sama menuntut di Pattani satu ketika dulu.
Satu lagi yang terkenal dan diketahui ramai oleh para pelancung ialah "Restoran Malayu  Samui Seafood". Terletak dalam sebidang tanah seluas 1/8 ekar dihujung Malay Village.  Selain restoran tuan punya restoran  juga mengediakan beberapa buah chelat yang lengkap dengan penghawa dingin untuk disewa. Harga bagi semalaman penginapan ialah B450.  
Makanan di Restoran Malay Seafood      sebenarnya       adalah   
masakan Thai dan bukannya masakan Melayu Pattani.  Dua sajian yang berbedza begitu juga dengan harga yang dikenakan. Harga makanan disini agak mahal jika dibandingkan dengan tempat-tempat lain. Contoh, sepinggan Khao Phat (Nasi Goreng) ialah B80 begitu juga dengan masakan goringan yang lain. Purata seorang makan ialah sekitar RM 12-15.00. Tapi kita masih mengatakan "murah" jika dibandingkan dengan 1M.
Secara keseluruhan, masakan Thai adalah masakan rebus (Thoom) dan banyak menggunakan bawang dan cili padi.  Mereka makan secara berkuah dan biasanya tidak dihidangkan bersama minuman. Tetapi telah menjadi lumrah bagi orang-orang Melayu akan memesan air minuman sekali dan meminum selepas makan. Satu hebit yang tidak baik dan akan memudharatkan perut apabila telah berumur.  Wallahwaalam.
                                                               Kerbau "Balar" Jantan

Tulisan ini berdasarkan temubual ZBA dengan penduduk setempat  
"Malay Village"