Oman terletak di Selatan Jaziriah Arab. Di baratnya Yemen dan diutara UAE. Merupakan antara negara yang terkaya di Timur Tengah. Diperintah mengikut sistem beraja dan kekal makmur sehingga saat ini. Sultan Qubus dikatakan sebagai bapa kepada pembangunan Oman morden.
Ini merupakan kali kedua ZBA mengunjungi Oman selepas lebih sepuluh tahun lalu. Pembangunan Oman mengalami perubahan yang pesat sejajar dengan kekayaan hasil minyak dan gas. Mata wang mereka antara yang tertinggi didunia. Sepuluh tahun lalu 1OMR bersamaan RM 8.00 dan sekarang 1OMR bersamaan RM 11.50. Briyani kambing 10 ORM untuk 8 orang. |
Setiap raayat Malaysia yang ingin mengunjungi Oman mereka wajib mempunyai visa yang sah. Permohonan visa mempunyai dua katogari. Visa biasa dan visa transit. Kedua duanya boleh dimohon melalui online dan keputusan hanya dalam tiga hari permohonan. Visa transit adalah yang paling murah dengan bayaran 5OMR bersamaan RM 55.00. Valid bagi jangkamasa 7 hari. Layari : oman-evisa.com
Bagi mereka yang dalam kelapangan masa ketika transit yang lama tetapi tidak mempunya visa boleh saja memohon VOA dilapangan terbang. Semua syarat dan terma adalah sama kecuali tambahan kos menjadi 6OMR.
Muscat International Airport |
Dulu Oman menggunakan lapangan terbang lama dan kini telah digunakan sepenuhnya oleh pihak tentera setelah mereka berpindah kelapangan terbang commersial baru yang tersergam indah. Terletak 35minit daripada Muscat dengan perhubungan jalanraya yang cantik dan selesa. Secara peribadi ZBA katakan bahawa mereka mempunyai runway dan taxiway yang sangat "smooth" jika dibandingkan dengan negara-negara lain didunia. Manakala bangunan terminal juga tercanggih disamping bahagian luaran terminal yang dihiasi lanskap yang menarik.
Oman pada asasnya tidak menjadi tarikan kepada pelancung dan pengembara kerana jarang terdapat promosi daripada media, apa yang terdapat di Oman. Sebenarnya Oman juga mempunyai tarikan tersendiri sebagai negara padang pasir khususnya wadi-wadi yang cantik dan menarik. Selain Muscat, Salalah juga salah satu bandar yang wajar dikunjungi.
Dikesempatan masa ZBA hanya sempat mengulangi beberapa tempat yang pernah dilawati sebelumnya.
Sultan Qaboos Grand Mosque
Masjid ini mempunyai dua keunikan yang tidak terdapat pada masjid-masjid lain didunia. Cinderela yang tercanggih dan hamparan permaidani yang terbesar didunia.
Muscat City View
Sultan Qaboos Palace
Muscat Souk
Banyak yang dapat dilihat sekiranya kita dapat meluangkan masa transit untuk ke bandar Muscat. Bagi mengelakan tambang dan kos yang berlebihan, ZBA cadangkan pembaca dapatkan perkhidmatan raayat Malaysia yang ada disana bagi menguruskan perjalanan. Tapi harus berhati-hati kerana mereka tidak boleh beroperasi sebagai pemandu teksi atau pemandu pelancung kerana menyalahi undang-undang. Hubungi saya untuk tujuan tersebut.
Malam ini ZBA akan meneruskan perjalanan ke Tanzania, Rwanda, Uganda dan Kenya.
zainaltobiaqtravel.blogspot.com
No comments:
Post a Comment