Pengembara. Insan aneh. Mencari sebuah kehidupan. Kebenaran dan realiti. Telus dan berwawasan. Melihat dan berbicara dari kacamata sendiri bukan dari telinga yang mendengar. Dugaan bertali arus tapi semangat tetap membara. Kepayahan mengajar tentang kehidupan. Kehidupan yang harus diteruskan. Tiada erti penyesalan. Dunia wajib diterokai sehingga mana diberi izin olehNya. Surah Al-Ankabut Ayat 20 menceritakan segalanya.
Pengalaman melangkau dua negara hari ini. Daripada Lake Nakaru ke Nairobi 3J. Nairobi ke Namanga boarder 3J dan seterusnya ke Arusha 2J. 1J urusan dokumentasi di Namanga, sempadan antara Kenya dan Tanzania. Sebenarnya ini adalah perkara biasa bagi ZBA setiap kali keluar merayap. Jauh dan dekat bukan perhitungan tetapi keselamatan dijalanan dan perancangan yang tepat perlu dipatuhi. Keletihan adalah satu kebiasaan tetapi dengan pemandangan dan laluan baru yang kita tempuh memberi ketenangan dan dapat melupakan segalanya.
Namanga Boarder Crossing. Satu keismewaan bagi negara-negara Afrika yang bersempadan. Mereka mengadakan satu complek imagrasi dan kastam didalam satu bangunan. Dalam erti kata lain tidak ada "No Man's land" ditengah-tengah yang kebiasaan diamalkan oleh negara-negara bersempadan didunia. Ini merupakan perancangan yang terbaik bagi memudahkan kedua-dua urusan tersebut samaada yang berjalan kaki, berkenderaan melalui dan membuat proses keluar/masuk sempadan.
Diingatkan bahawa "Yellow Fever Card" adalah satu keperluan bagi kita raayat Malaysia jika hendak berkunjung ke negara-negara Afrika.
Proses disempadan kedua negara amat mudah cuma mengambil masa kurang lebih 30 minit bergantung kepada kebanjiran pelancung semasa. Oleh kerana Covid 19, langkah berjaga-jaga diperketatkan. Pengambilan suhu badan dan semua pelancung dikehendaki membasuh tangan. Satu borang kesihatan direkodkan sebelum disahkan kemasukan kedalam passport antarabangsa. Selesai di Kenya ZBA terus sahaja ke tingkap sebelah kaunter Tanzania untuk urusan kemasukan. Keseluruhan proses stemping kedua negara cuma mengambil masa kurang daripada 5 minit.
SCAM by one from Mama. Ha ha |
Sedikit maklumat disempadan. Tidak ada "belukang" menawarkan apa-apa perkhidmatan dan untuk makluman, ini adalah daerah kaum Masai disempadan dua negara yaani Serengeti dan Masai Mara. Cuma kelihatan penjaja daripada kaum masai sahaja menawarkan jualan kraf bagi sesiapa yang berminat. Tiada paksaan tetapi perlu diingat jika mereka menyerahkan sesuatu dan kita memegang sahaja bermakna kita wajar membeli. Itu satu teknik SCAM yang mana mereka sabar menunggu sehingga kenderaan bergerak. Awas !!!.
Kami jejaki bumi Kilimanjaro melalui Arusha yang jaraknya 30 minit dari Arusha. Bermalam dan berehat diArusha dan keesokan harinya kami akan dijemput untuk "Safari Advanture" di Serengeti National Park. Semunya dalam satu package bagi dua lokasi dengan dua negara.
Kumpulan kami diketuai oleh Jurupandu Mr Ruben dan seorang tukang masak sebab di SNP tidak disediakan penginapan kecuali Camping Ground dan mereka akan menyediakan khemah dan makanan bagi setiap kumpulan.
Pemandangan Norongoro National Park semasa perjalanan ke Serengeti |
Bandar Arusha agak sibuk ketika awal pagi. Kenderaan bersimpang siur kedestinasi masing-masing. Manakala kenderaan penumpang awam (Van) bersimpang siur dengan gelagat penumpang mengingatkan ZBA kepada tahun 80an dimana kesibukan Bandaraya KL dengan Bas Mini.
Kenderaan bergerak perlahan dan kita dapat melihat dengan jelas kehidupan masyarakat tempatan. Bandar yang berdebu dan persekitaran yang tidak terjaga. Hidup dalam keadaan semasa yang agak sukar diramal dengan kedudukan ekonomi semasa. ZBA perhatikan ramai juga penduduk Islam di Arusha. Perbezaan ini dapat dilihat melalui perbezaan pakaian semaada lelaki atau perempuan.
1J kemudian barulah kenderaan dapat bergerak dengan selesa. Seterusnya 2J kami sampai di pitstop pertama ke pintu masuk Ngorongoro Conservation Area yang terletak diatas banjaran gunung. Mulai dari sini tiada lagi jalanraya bertarmek dan seterusnya 4 x 4 akan merempuh jalan tanah merah batu kerikil yang mencabar. Cuaca sekitar 18C dan akan mulai panas selepas tengahari.
Kini kenderaan akan menurun mengikut jalur gunung yang berliku dan kita akan mula kelihatan aktiviti seharian masyarakat Masai selaku gembala dengan ternakan kambing, bebiri dan lembu masing-masing. Paling kurang setiap kumpulan dengan satu gembala memiliki sekurang-kurangnya 100 ekar ternakan.
Sekarang ZBA berada digerbang masuk ke Serengeti National Park selepas mengharungi "adventure driving" selama 2J daripada pintu masuk Norongoro Conservation Area. Keadaan lanskape telah mula berubah. Kawasan tanah pamah saujana memandang. Ratusan ribu dari pelbagai binatang meragut bebas tanpa gangguan diselang seli dengan ribuan binatang ternakan kepunyaan masyarakat Masai. Satu pemandangan yang mengkagumkan dan Subhanallah syukur kepada Maha Pencipta.
Kenderaan kami memasuki Serengeti agak lewat kerana selepas ini tiada lagi perhentian rehat kerana program safari akan bermula sebaik memasuki Naabi Gate sehingga lewat petang. Kami masih mempunyai 50km dari Naabi Gate ke lokasi.
Home of the Great Migration
Sekarang ZBA berada digerbang masuk ke Serengeti National Park selepas mengharungi "adventure driving" selama 2J daripada pintu masuk Norongoro Conservation Area. Keadaan lanskape telah mula berubah. Kawasan tanah pamah saujana memandang. Ratusan ribu dari pelbagai binatang meragut bebas tanpa gangguan diselang seli dengan ribuan binatang ternakan kepunyaan masyarakat Masai. Satu pemandangan yang mengkagumkan dan Subhanallah syukur kepada Maha Pencipta.
Wellcome to Serengeti National Park Aktiviti dan pemandangan harian |
Map of Serengeti National Park. |
The greatest concentration of plains game in Africa
The Serengeti National Park in Tanzania was established in 1952. It is home to the greatest wildlife spectacle on earth - the great migration of wildebeest and zebra. The resident population of lion, cheetah, elephant, giraffe, and birds is also impressive. There’s a wide variety of accommodation available, from luxury lodges to mobile camps. The park covers 5,700 sq miles, (14,763 sq km), it’s larger than Connecticut, with at most a couple hundred vehicles driving around.
Park can be divided into 3 sections. The popular southern/central part Seronera Valley, is what the Maasai called the “serengit”, the land of endless plains. It’s classic savannah, dotted with acacias and filled with wildlife. The western corridor is marked by the Grumeti River, and has more forests and dense bush. The north, Lobo area, meets up with Kenya’s Masai Mara Reserve, is the least visited section.
Two World Heritage Sites and two Biosphere Reserves have been established within the 30,000 km² region. It’s unique ecosystem.
Serengeti ecosystem is one of the oldest on earth. The essential features of climate, vegetation and fauna have barely changed in the past million years. Early man himself made an appearance in Olduvai Gorge about two million years ago. Some patterns of life, death, adaptation and migration are as old as the hills themselves.
During the migration for which Serengeti is perhaps most famous. Over a million wildebeest and about 200,000 zebras flow south from the northern hills to the southern plains for the short rains every October and November, and then swirl west and north after the long rains in April, May and June. So strong is the ancient instinct to move that no drought, gorge or crocodile infested river can hold them back.
Wildebeest travel through a variety of parks, reserves and protected areas and through a variety of habitat. Join us to explore the different forms of vegetation and landscapes of the Serengeti ecosystem and meet some of their most fascinating inhabitants.
Serengeti National Park adalah satu kawasan yang amat luas. Jadi kita tidak nampak kumpulan binatang perbagai spesis berkumpul dan meragut dalam sebuah kumpulan yang besar. Walau bagaimana pun kumpulan kecil binatang sejenis kelihatan berkelompok dengan jumlah yang banyak. Mereka bertaburan tetapi agak jauh diantara satu sama lain bak kerana kawasan yang terlalu luas. Dewasa ini rumput menghijau dan masih panjang setinggi pinggang kerana belum terdapat penghijrahan yang banyak daripada daerah-daerah lain. Dalam keadaan begini, kenderaan safari bertaburan kesana-sini diseluruh Serengeti. Tetapi apabila salah satu daripada kenderaan menemui "sport" yang baik mereka akan memaklumkan antara satu dengan lain. Ketika ini kita lihat bersimpang sior 4 x 4 seakan pesta bergerak mengejar menuju lokasi.
Berikut sedikit sebanyak haiwan liar yang kami temui di Serengeti National Park ketika safari. Rakaman ini daripada Canon DSLR len 18-200mm.
Berikut sedikit sebanyak haiwan liar yang kami temui di Serengeti National Park ketika safari. Rakaman ini daripada Canon DSLR len 18-200mm.
Itu lah kitaran kehidupan dikalangan haiwan di Serengeti National Park. Banyak daripada kita yang merasa cemas dan benci melihat kekejaman yang dilakukan oleh binatang-binatang karnival terhadap mangsanya. Cara mereka memburu, membunuh demi survival mencari makanan untuk hidup. Khususnya singa yang dianggap binatang paling ganas dan paling ditakuti oleh haiwan-haiwan lain. Sebenar bukan senang untuk meneruskan kehidupan.
Serengeti merungkai kehidupan mereka. ZBA melihat sendiri dari jarak paling dekat bagaimana keadaan fizikal seekor singa. Pada keseleruhanya muka dan badan mereka dipenuhi dengan kesan-kesan parut hasil dari kecederaan semasa memburu. Timbul rasa kesihan dan terharu memikirkan betapa sukar mereka untuk mendapatkan makanan.
Sepintas lalu mereka juga hidup bebas berkeliaran disamping haiwan-haiwan lain. Mereka cuma berburu ketika kelaparan dan akan tidor lepak ketika kekenyangan. Pemburuan tidak dilakukan sewenang-wenang untuk tujuan membunuh walaupun mangsa didepan mata. Hasil pemburuan bukan sahaja untuk makanan sendiri malah dikongsi oleh haiwai-haiwan lain selepas mereka kekenyangan.
Tamat hari pertama safari, kami pulang dan menginap di base camp dimana semua kumpulan akan disediakan sebuah khemah untuk penginapan dua orang dan makan malam. Demi keselamatan base camp tidak dinyalakan lampu tetapi lengkap dengan tandas dan kemudahan wifi.
Sepintas lalu mereka juga hidup bebas berkeliaran disamping haiwan-haiwan lain. Mereka cuma berburu ketika kelaparan dan akan tidor lepak ketika kekenyangan. Pemburuan tidak dilakukan sewenang-wenang untuk tujuan membunuh walaupun mangsa didepan mata. Hasil pemburuan bukan sahaja untuk makanan sendiri malah dikongsi oleh haiwai-haiwan lain selepas mereka kekenyangan.
Tamat hari pertama safari, kami pulang dan menginap di base camp dimana semua kumpulan akan disediakan sebuah khemah untuk penginapan dua orang dan makan malam. Demi keselamatan base camp tidak dinyalakan lampu tetapi lengkap dengan tandas dan kemudahan wifi.
Sekitar jam 0400am ZBA bangun untuk membuang air. Dalam keadaan samar-samar cahaya bulan dan lampu tandas ZBA menuju tandas yang jaraknya 25M diluar. Sebaik menghampiri tandas terdengar suara singa mengaum. Aduh, terencat sebentar dan terus berpatah balik. Amat menakutkan. Suara ngauman seolah-olah 200M sahaja daripada perkhemahan kami, malah apabila ditanya kepada jurupandu beliau memaklumkan bunyi itu sekitar 4KM jauh daripada base camp.
Selepas sarapan pagi safari hari kedua diteruskan. Kali ini kami melewati kawasan yang luas tetapi pada keseluruhan haiwan-haiwan dari jenis yang sama ditemui. Kelumpuk-kelumpuk haiwan yang besar bertaburan di Serengeti National Park. Puas mata memandang dan pengalaman yang amat berguna melihat gelagat kehidupan binatang-binatang liar yang berada didepan mata. Mereka bukan seganas yang disangka malah kehadiran kita tidak sedikit pun mendatang apa-apa kesan dipersekitaran.
2H/1M di Serengeti National Park dan tengahari selepas makan kami keluar daripada SNP berpatah balik menuju Norongoro National Reserve untuk safari yang terahir.
WELLCOME TO NORONGORO
Great
ReplyDeleteWow, wonderful and very clear pictures. This is actually amazing and beautiful place to visit. I really like to enjoy serengeti migration safaris
ReplyDelete