Tuesday, March 17, 2020

MASAI MARA NATIONAL RESERVE



Hari ini ZBA meneruskan perjalanan merentas negara bermula daripada  Stone Town, Zanzibar menuju Nairobi, Kenya.   Seawal jam 7.00am  ZBA bertolak ke Dar Es Salam dengan ferry yang mengambil masa dua jam perjalanan.  Tambang yang yang dikenakan bagi pelancung ialah USD 35.00.  Agak mahal jika dibandingkan dengan penumpang tempatan lain.  Walau pun mahal perkhidmatan Azam Ferry menyediakan perkhidmatan yang selesa dan tepat mengikut jadual.
Perkhidmatan ferry ulang alik Dar Es Salam ke Zanzibar
Zanzibar sungguh pun merupakan sebahagian daripada Tanzania, namun semua penumpang asing dikenakan mengisi borang "Departure Form" dan pemeriksaan kastam sebelum menaiki ferry.  Dua jam kemudian kami sampai di pelabuhan Dar Es Salam dalam pelayaran meredah lautan kebiruan dengan keadaan laut yang tenang dan cuaca yang baik.  Tiada sebarang pemeriksaan oleh Imigrasi mahu pun kastam bagi semua penumpang.  Juga tiada laungan "ulat-ulat" mencari mangsa untuk diratah.
Dar Es Salam pemandangan dari Ferry sebelum memasuki pelabuhan
Suasana dipelabuhan agak sibuk kerana terletak bersebelahan dengan pasar awam dan hiruk pikok dengan kenderaan dijalanraya.  ZBA keluar kejalanraya dan mencari kenderaan untuk terus ke Dar Es Salam Airport.  Secara kebetulan  sebuah MPV  bersedia untuk menghantar kami dengan kadar bayaran USD 30 dan sebelumnya kami singgah untuk bersarapan dan mengelilingi Bandaraya Dar Es Salam.  Tidak sukar untuk mendapatkan makanan halal di Dar kerana terdapat ramai masyarakat Muslim disini. Tidak sukar untuk mengenali mereka berdasarkan pakaian samaada lelaki atau perempuan. Makanan mereka kebanyakan mirip keIndian disegi masakan dan rasa.  
Mereka bertutur dalam bahasa swahili sebagai bahasa kebangsaan dan kebanyakan mereka juga boleh berbahasa Inggeris dengan baik.  
Dikesempatan masa, ZBA membuat satu pusingan sebagai introduction kepada bandaraya Dar Es Salam.  Tidak banyak tarikan kecuali beberapa bangunan lama kesan peninggalan penjajah.  Bandar dan jalanraya agak berdebu dan kurang pengurusan  daripada pihak berkuasa tempatan.  Secara keseluruhan Dar Es Salam boleh dikatogerikan sebagai "Selamat" untuk dikunjungi.  ZBA akan kembali lagi kesini dalam perjalanan pulang dan artikal berikutnya menyusul.
Dar Es Salam
Pesawat Boombadier  400
Dari Dar Es Salam jam 1600pm  ZBA meneruskan perjalanan ke Kilimanjaro dengan penerbangan Rwanda Air.  Transit dan terbang semula ke Kigali,  Rwanda.  Transit dan terbang semula ke Antebbe, Uganda.  Dari Entebbe terus ke Nairobi, Kenya.  Jumlah penerbangan selama 13j termasuk masa persinggahan (transit).
Kilimanjaro Airport
Kilimanjaro.  Gunung tertinggi di Benua Afrika (5,895m).  Menjadi idaman setiap pendaki untuk mendapatkan view  dan  kepuasan  mendaki.  Terdapat tujuh laluan pendakian  untuk sampai  kepuncak.  Paling lama masa yang diambil minima ialah 3H/2M dan paling lama 7H/6M.  Kos sekitar USD 1500 dan keatas pp berdasarkan jumlah hari pendakian yang dirancang.
Kilimanjaro pemandangan daripada pesawat.
ZBA  bernasib baik dan berpeluang melihat puncaknya daripada atas ketika pesawat terbang rendah diatas kemuncaknya.  Cantik dan mengkagumkan.  Jadi tidak hairanlah semasa musim panas terdapat ribuan para pendaki khususnya daripada negara barat mendaki Kilimanjaro.  Jumlah penumpang dalam pesawat menceritakan segalanya.
Kigali Airport
Awal pagi dalam cuaca yang sejuk ZBA menjejaki bumi Kenya melalui Nairobi International Airport.  Pemeriksaan suhu badan dilakukan kepada setiap penumpang.  Kad "Yellow Fever" adalah satu kemestian bagi kita raayat Malaysia.  Segalanya berjalan lancar sehinggalah kami sampai ke destinasi untuk memulakan 8H/7M safari sebagaimana dirancang dibumi Kenya dan Tanzania.
Tiada erti rehat dan mandi manda bagi hari yang kedua.  Tepat jam 0800am kami meninggalkan Nairobi menuju Masai Mara National Reserve.  Rasa tidak sabar untuk melihat sendiri bagaimana kehidupan liar yang sering diceritakan melalui National Geografi selama ini.
With Mr Ali on the Right
Perjalanan dengan sebuah Van yang diubahsuai bagi tujuan Safari amat mengujakan.  Seorang jurupandu yang peramah, jujur dan berpengalaman juga bekas seorang akauntan merupakan jurupandu kami di Kenya.  Beliau mempunyai dua orang isteri dan dua orang anak.  Berperawatakan sederhana dan berpengalaman selama 8 tahun menjadi jurupandu kelas satu yang sukar ditandingi.  Lebih menyenangkan ZBA,  beliau seorang Muslim dan dikenali sebagai Ali (Review buat beliau boleh didapati dalam safari.com)
Dua jam pertama perjalanan kami melewati satu lembah terkenal dikenali sebagai "The Great Riftvalley" yang menganjur daripada Israel sehingga ke Kenya.  Ini adalah pitstop yang pertama yang merupakan perhentian rehat dengan pemandangan lembah yang luas terbentang saujana memandang.  Dari sini kita sudah boleh nampak kehidupan liar dipersekitaran.
Jalan raya kesini merupakan laluan sehala tetapi tidak banyak kenderaan dan dikiri kanan kita boleh melihat kehidupan masyarakat Kenya yang pada keseluruhanya terlibat dalam usaha pertanian dan ternakan.  Tengah hari kami mendatangi bandar Limuru untuk makan tengahari.
Masai Mara Highway
Dari Limuru menuju Narok.  Dari sini bermulalah drama memasuki daerah Masai Mara melalui "Masai Mara Highway", laluan tanah merah  berbatu krikil selama 3j.   Terapi paling baik dipetang hari kedua menuju MMNR.  Satu kenangan indah untuk dikenang sepanjang hayat.  Walau bagaimanapun kita dapat melihat dengan lebih dekat dan mengimbau kehidupan masyarakat Masai yang serba unik dengan adat resam dan budaya turun temurun.
The Great Riftvalley
Sepanjang jalan ZBA dapat melihat dengan jelas bagaimana kehidupan harian kaum Masai (Bush Community).  Mereka masih mengamalkan tradisisi kehidupan primitif sejak turun temurun.  Berpegang teguh kepada adat resam dan pengembala yang berjaya.  Majority kaum Masai adalah pengembala kambing dan lembu.  Dilihat daripada bilangan ternakan yang dimiliki,  mereka sebenarnya jauh lebih berada daripada kehidupan petani dan nelayan di Malaysia.  Setiap keluarga paling kurang memiliki lebih 100 ekor ternakan yang diternak dikawasan bebas.  Sebaik memasuki daerah Masai Mara, kita akan dapat melihat puluhan ribu ternakan yang diternak oleh mereka disepanjang perjalanan.
Tapi apa yang amat menyedihkan jika kita melihat sendiri perkampungan mereka.  Rumah diperbuat berdindingkan tahi lembu seluas lebih kurang 10 x 15 kp.  Mempunyai satu atau dua bilik kecil dengan ditengah tengahnya dapur.  Sebuah lubang sebesar 1x1kp didinding untuk ventilation atau pancaran cahaya.  Tiada segalanya kecuali periok dan kelengkapan asas untuk memasak. Setiap rumah dihuni antara 3 dan 5 orang sekeluarga. Air diangkut daripada luar dan jauh sekali bekalan eletrik.  Mereka hidup dalam kegelapan siang dan malam.  Satu kelebihan bagi kaum Masai, dimaklumkan mereka mempunyai deria pandangan yang baik dan tajam ketika malam hari.
Jika hendak dibandingkan dengan kehidupan ZBA  ditahun 60an, jauh lebih baik daripada mereka yang hidup didunia mordern sekarang.  Ibarat bumi dengan langit.  Jika masih ingat dalam pelajaran sejarah satu ketika dulu kita diajar tentang Kaum Masai dari segi berpakaian dan sebagainya,  tradisi itulah yang diwarisi mereka kini.  Walhal jika dengan kecairan aset ternakan yang mereka ada,  mereka boleh hidup mewah dirumah banglo ditanah yang saujana mata memandang.  Juga dimaklumkan buat masa sekarang telah ada masyarakat Masai yang telah memeluk Agama Islam dan sebuah Masjid kecil didirikan di perkampungan MMNR.  Alhamdulillah !
Usah ditanya perasaan ZBA bila pertama kali memasuki rumah mereka.  Bukan menghina tetapi itu realiti kehidupan mereka.  Kita perlu menghormati adat dan budaya setempat.  
Setiap kelompok penempatan terdapat antara 10 ke 15 buah rumah dan dipagari dengan cucukan batang-batang kayu disekeling sebagai pagar.  Mereka akan berpindah lokasi baru pada setiap 9 tahun.  Mengikut kepercayaan pada ketika itu rumah mereka tidak lagi sesuai untuk dihuni kerana
structure kayu telah dimakan anai-anai dan tidak selamat diduduki.  
Disiang hari pagar tersebut  digunakan sebagai penyidai basahan.  Manakala pada malam hari pula ratusan ekor lembu dan kambing akan dimasukan kedalam penempatan berpagar untuk mengelakan daripada diganggu binatang buas khususnya kawanan singa yang berada dimana-mana. Pada siang hari semua ternakan dikeluarkan untuk meragut ditanah lapang dengan ditemani oleh gembala masing-masing.
Makanan utama mereka adalah dari jenis ubi serta daging kambing atau lembu.  Rebus dan panggang.  Menjadi persoalan kenapa mereka tidak makan binatang lain selain daripada lembu dan kambing sedang puluhan jenis binatang boleh dimakan dan senang didapati dengan mudah.  Jawapanya,  menjadi sumpahan kepada Kaum Masai mereka tidak boleh memakan daging binatang selain daripada kambing dan lembu.  Jadi tidak hairanlah binatang-binatang lain hidup bebas tanpa gangguan di Masai Mara National Reserve. Minuman pagi pula adalah susu dan darah yang diambil fresh daripada binatang ternakan setiap pagi.  
Dari segi pakaian pula warna kegemaran ialah Merah dan biru gelap sama ada lelaki atau perempuan.  Jika mereka berada didalam belukar adalah tidak sukar untuk melihat mereka dari jauh. Warna merah juga adalah  sebagai  pendinding keselamatan daripada serangan binatang buas. Fesyen pakaian pula senang diistilahkan sebagai "berikhram", sangkut dan selimut dengan sebatang kayu sepanjang 3 kaki sentiasa ditangan.  Cuma bagi kaum wanita sedikit hiasan  kraf tangan daripada  hasil setempat.  

Kaum Masai juga merupakan kaum yang berani, pintar berburu secara tradisional menggunakan lembing.   Mereka tidak takutkan singa tetapi singa yang takutkan mereka.  Mana-mana kawanan singa yang mengganggu ternakan akan diburu dan dibunuh.
Mereka tidak mempunyai kenderaan kecuali kekadang kelihatan segelintir yang menonggang motosikal.  Berjalan kaki dipanas yang terik dan dalam kesejukan adalah menjadi perkara biasa.  Mereka sanggup berjalan belasan km seharian dan itu merupakan perkara lumrah dan biasa dalam kehidupan.  Juga kelebihan mereka ialah membuat lompatan disetiap persembahan tarian yang diadakan.
Berikut sedikit sebanyak digambarkan kehidupan masyarakat Masai disepanjang perjalanan ZBA pergi dan balik ke Masai Mara National Park yang terkenal dengan kehidupan binatang liar. 


 Kekayaan sesebuah keluarga Kaum Masai dapat dilihat dengan bilangan dan jumlah ternakan yang mereka miliki.

Pasar Harian
Rumah Tanah liat atau taik lembu.
Kandang ternakan dengan sidaian 






























Aktiviti dan 
kehidupan harian Kaum
Masai di Masai Mara 
Lebih kurang jam 1600pm kami sampai di Camp Site MMNR dan check in. Keletihan tergambar diwajah masing-masing tetapi jam 1700pm kami masih ada acara "Evening Safari".  Diturutkan hati hanya bantal menjadi teman kerana dua hari berturut-turut dijalanan.  Tapi oleh sebab teruja untuk pertama kali melihat binatang liar, safari diteruskan sehingga jam 1900pm.
Berikut binatang-bintang yang ZBA jumpa dan melihat secara dekat apa yang dipertontonkan dalam documentary National Geographic selama ini.  Kagum dan teruja.


Selain ini banyak lagi haiwan-haiwan kecil ditemui kerana petang ini safari hanya terhad dikawasan seluas 2-3km sahaja.


Full day Masai Mara National Reserve Safari . Awal pagi yang segar.  Cuaca sekitar 15C.  Sarapan pagi yang menyelerakan (Tours dan resort yang ZBA pilih menyediakan makanan halal).  Terdapat kira-kira 100 orang bersama kami dari seluruh negara berkampung dan akan melakukan safari mengikut kumpulan dan kenderaan masing-masing.  Ada yang bersaorangan dalam satu kenderaan dan maksima 6 peserta dengan seorang jurupandu.  Untuk makluman,  MMNR dan mana-mana National Park tidak membenarkan individu memasuki dan berkhemah dalam National Park dan mereka wajib mengikuti tours yang berdaftar dan ditemani seorang jurupandu.  National Park ada lah kawasan larangan yang amat merbahaya dan luas dan hanya jurupandu yang mengetahui dimana binatang liar berkeliaran dan boleh dilihat dengan selamat.



Cheetah bersarapan.  Gambar ini diambil dalam jarak 3-5 meter sahaja daripada kenderaan.  










Seawal jam 7.00am ZBA telah berada dalam MMNR dalam missi mencari Big Five.  Sport pertama diantara Big Five ialah sekumpulan gajah, beberapa ekor singa dan dua ekor cheetah.



Safari diteruskan dan kami menuju ke sempadan Tanzania (Serenggeti) dengan Masai River yang terkenal sebagai "river of dead" semasa migration binatang-binatang daripada Serenggeti ke Masai Mara mencari makanan dan air ketika musim kemarau.
Cuaca telah mulai panas dan diantara kedua kawasan ini perjalanan meredah  belukar, resam dan pelbagai kesukaran mengambil masa lebih daripada satu jam.  Kami singgah untuk makan tengahari ditebing Masai river tetapi dilarang untuk ketebing sungai.  Dari jarak 100m didalam sungai terdapat sekumpulan badak air sedang berendam.  Manakala 20m daripadanya sekumpulan buaya sedang berjemur.
Masai Mara River



Way of life

di Masai Mara National Reserve




Batu sempadan diantara Tanzania dan Kenya.  Terletak 50m daripada Masai River.

Seharian ZBA menghabiskan masa di MMNR.  Boleh dikatakan 80% daripada binatang liar yang seringkali kita lihat di documentary berjaya dijejaki dan dilihat dalam jarak antara 1-5 meter.  Satu pelaburan yang amat bermanfaat bagi trip ini yang merupakan one in the live time.  Walau pun ZBA pernah memasuki beberapa National Park termasuk Kruger National Park, namun MMNR  masih menjadi pilihan antara yang terbaik.
Kami telah dijanjikan dengan 5 Big Five sebelumnya tetapi satu sahaja masih belum diketemui iaitu rhino.  Safari masih berbaki.  Insyaallah.
Tamat sudah MMNR Safari selama 3H/2M  dan besok pagi setelah melawat perkampungan Kaum Masai ZBA akan bertolak ke Lake Naivasha dan Lake Nakuru.

WELLCOME TO LAKE NAKURU