Wednesday, November 30, 2016

AZERBAIJAN ATTRACTIONS

Haidar Aliyev Airport memberi kita inspirasi pertama negara yang dikenali dengan nama Azerbaijan. Apa pun kita masih tidak pasti sehingga ZBA melihat dari dalaman dan mengenali masyarakat mereka. Sekarang kita ambil sedikit tentang mereka berdasarkan daripada "Flaf of Azerbaijan".
Azərbaycan bayrağı) is a horizontal tricolour featuring three equally sized fesses of blue, red, and green, with a white crescent and an eight-pointed star in the center. The blue symbolizes Azerbaijan's Turkic heritage, the red stands for progress, and the green represents Islam.
Mengambil kira "Green is represents Islam", satu gambaran yang terbaik bagi kita sebagai umat seagama untuk berada di Azerbaijan. Setidak-tidaknya kita  dapat menikmati makanan halal yang senang dan memenuhi citarasa.  Tepat pada waktunya bas bertolak meninggalkan HAA menuju Baku.  ZBA di seat depan dengan tersedia DSLR untuk membuat tembakan pantas mana-mana objek yang cantik untuk dijadikan kenangan.  Matahari memancar diufuk timur dan cuaca diramalkan panas dan terang.
Azerbaijan selama ini hanya didengar sebagai nama dan lokasi tetapi tidak terlintas langsung bagaimana keadaan negaranya sehinggalah dapat berbual panjang dengan Duta Azerbaijan ke Malaysia.  Itu pun setakat gambaran dan hari ini ZBA akan melihat sendiri realitinya. 
Jalanraya 3 lorong memasuki pusat bandar. Cantik dan bersih dipersekitarannya. Dikiri kanan perjalanan ZBA ke pusat bandar terdapat kawasan hijau tetapi sekadar pokok-pokok buah-buahan dan tanaman seni taman. Manakala dikejauhan tanah lapang dan kawasan gondol ala padang pasir.


Heydar Aliyev Center
Masyarakatnya tidak dilihat sebagai peramah tetapi tidak pula menggannggu. Kita bebas bergerak kesana  kemari tanpa halangan. Disegi keselamatan ZBA katogerikan sebagai selamat dan sesuai untuk percutian bersama keluarga.  Dalam erti kata lain mereka  sama seperti tabiat orang-orang Russia yang tidak banyak bercakap tetapi friendly. 

Dipertemuan sesama mereka kita jarang dengar  mereka memberi salam sebagai muslim. Tetapi keseluruhan kaum lelaki bersongkok dan berpakaian kemas. Dimaklumkan majoriti daripada mereka boleh berbahasa Turkey dan Russia disamping bahasa ibunda. Tidak banyak kelihatan Masjid kecuali ditempat-tempat tertentu. ZBA juga dimaklumkan bahawa di Azerbaijan juga terdapat  Islam dari kalangan yang berfahaman syiah. 

Warga mereka berkerampilan kemas dikhalayak ramai dan berpakaian kemas semaada dari kalangan lelaki dan wanita.

Sistem transpotasinya kemas dan teratur. Semuanya menggunakan teknoloji terkini.  Metro, bus pengantara berjalan seiring. Jarang kelihatan kenderaan berbaris panjang dilampu isyarat.  Satu perancangan yang   terbaik    untuk   masa
depan raayat mereka.  Satu yang ZBA kagum ialah mereka mengenakan tambang yang amat murah. Mungkin di 1M sudah tidak bernilai bagi kita malah jika terjumpa ditengah jalan sekalipun tiada siapa yang ingin mengambil. 
Pembaca bayangkan di Baku, tambang metro dan bus ialah Manat 0.20 (RM 0.50). Mana ada negara didunia  yang boleh memberikan tambang sedemikian. Sebelum ini setahu ZBA tambang metro  paling murah ialah di Cairo sekitar RM 0.60.
Oleh keranan tempoh masa yang terhad 3D/2N tidak banyak memberi ruang kepada ZBA untuk merayap diluar kota Baku. Jadi memadai ZBA terangkan berserta gambar-gambar yang dirakamkan.







Baku New town dan Old Town

 Flame Towers is the tallest skyscraper in Baku, Azerbaijan with a height of 190 m. The buildings consist of apartments, a hotel and office blocks. The estimated cost of Flame Towers is around US$350 million
Yanar Dag is a natural gas fire which blazes continuously on a hillside on the Absheron Peninsula on the Caspian Sea near Baku, the capital of Azerbaijan. Flames jet into the air 3 metres from a thin, porous sandstone layer






Dimaklumkan Yanar'Dag (Fire Mountain) terletak 25 km di utara baku.  Bas No 217 ulang alik setiap 30 minit daripada Koroglu Metro Station dengan tambang  Manat 25 seorang sehala.  Tambang dibayar didalam bas kepada pemandu. Perjalanan bas berhenti-henti ini mengambil masa sekitar 45 minit untuk kedestinasi. Manakala  untuk perjalanan pulang, bas senantiasa bila-bila masa terdapat diperhentian Yanar'Dag.
Setiap negara mempunyai kelebihan tersendiri dari segi alam semula jadi.  Ini tidak terkecuali di Azerbaijan. Pembaca boleh memilih berdasarkan kehendak dan minat individu. Jadi, rancang perjalanan dengan itinerary sendiri tanpa memerlukan bantuan orang lain.  Buat sedikit kajian sebelum memulakan perjalanan.  
Dicadangkan kepada semua pembaca, Baku memerlukan masa sekurang-kurangnya seminggu untuk explore dan mengenalinya secara dekat.
3D/2N adalah masa yang amat suntuk.  ZBA akan kembali ke Iran selepas ini dan berhasrat untuk kembali sekali lagi ke Azerbaijan, Georgia dan Chechen selepas ini.
HAA.  Terdapat satu perkara yang menarik dan wajar dicontohi disemua lapangan terbang antarabangsa.  Ini merupakan pengalaman pertama ZBA dan satu-satu pernah dilihat setelah melepasi lapangan terbang antarabangsa di 7 benua diseluruh dunia.  Bukan perkara aneh tetapi sistem keselamatan yang canggih.
Pembaca tidak perlu "membuang kasut" untuk melepasi tapisan keselamatan lapangan terbang.  Apa yang perlu, kita dinasihatkan untuk meletakan kedua belah kaki kita satu persatu tanpa menanggalkan kasut diatas sebuah mesin khas pengimbas objek-objek yang dilarang didalam penerbangan. Manakala wanita bertudung pula dikehendaki memasuki bilik khas dan diperiksa secara otomatik tanpa ada proses "raba meraba". Satu sistem dan peraturan canggih, cepat dan selamat dan wajar dipraktikan diseluruh dunia demi keselamatan penerbangan.
Diawal pagi ZBA meninggalkan HAA, Azerbaijan dengan pesawat Azaljet Bombadier 190 menuju Tehran. Pesawat kecil tetapi seakan-akan "Private Jet". 

THANK YOU AZALJET

No comments:

Post a Comment