Wednesday, November 23, 2016

REPUBLIC OF AZERBAIJAN


Azerbaijan,  mendapat kemerdekaan daripada Russia. Negara yang mengadap Laut Kaspian di timur, di utaranya Georgia, timur ialah Armenia dan diselatannya Iran. Manakala ibu negaranya ialah Baku. Sebuah bandaraya yang amat pesat membangun. Penduduknya majoriti berugama Islam terdiri daripada kaum Azeri.
Kehidupan masyarakat dari segi budaya, cara hidup, bahasa dan sebagainya mirip kepada bangsa Turki.
Sebelum kita pergi lebih jauh,  ZBA secara peribadi ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Syarikat Penerbangan tambang murah Air Asia (Tambang
murah tetapi setiap tahun mengaut keuntungan jika dibandingkan dengan Malaysia Airline yang merupakan world best cabin staff tetapi rugi memanjang) yang telah menyambung  semula operasi penerbanganya ke Iran. Tidak keterlaluan jika saya katakan satu hari AA bakal menopoli penerbangan merangkumi seluruh Asia.  Tahniah.
Jadi, bagi pembaca yang ingin melawat Azerbaijan dengan kos penerbangan minima, pilihan terbaik setakat ini ialah dengan AA melalui Imam Khomeini Airport, Tehran. Dari sana,  Azaljet menawarkan tambang sejumlah RM 380.00 pulang pergi bagi penerbangan sehala 1j15m.  
Everybody can fly to Tehran
Sebenarnya bukan itu sahaja tetapi pembaca boleh juga menggunakan IKA sebagai transit untuk meneruskan penerbangan ke Istanbul, SAW dan Tbilisi dengan murah jika dibandingkan perjalanan terus ke Istanbul atau transit di Doha. 
ZBA memilih  laluan ini untuk ke Baku.  Penerbangan daripada KLIA2 mengambil masa 7j45m. Kali kedua selepas Maldives,  Air
AsiaX menyediakan makanan percuma beserta sarapan pagi untuk semua penumpang.   
Proses ketibaan berjalan lancar dimana semua raayat Malaysia tidak dikenakan Visa untuk melawat Iran bagi jangkamasa   14   hari.   Perlu
diingat bahawa satu-satu-satunya keistimewaan VOA yang diberikan ialah untuk penumpang yang masuk melalui IKA sahaja.  Selain daripada itu, proses visa akan dikenakan dimana visa diperlukan untuk memasuki Iran bagi warganegara Malaysia sama ada melalui darat, laut dan udara. Perkara ini harus difahami dengan teliti demi untuk mengelakan kekeliruan.
ZBA hanya transit sahaja di Tehran dalam perjalanan menuju Azerbaijan.  Flight ke Baku dijadualkan jam 02.30am dan dijangka sampai sekitar jam 04.30am waku tempatan. Penerbangan 1j15m dengan hidangan sebuku roti dan teh sebagai pengalas perut. Pertama kali dalam sejarah ZBA dapat menaiki pesawat comel Embraer ERT 190-100 satu lorong dan dua tempat duduk berkembar.  Satu pengalaman yang baik dengan penerbangan yang amat selisa.
Pesawat Comel Embraer 190-100
Walau pun awal pagi, dari ketinggian sederhana kita dapat melihat bandaraya Baku dengan jelas dalam curahan cahaya eletrik. Berkilauan Laut Kaspian semasa pesawat melintasi diatasnya. Tepat jam 04.30 pesawat mendarat dengan selamat dan cuaca ketika itu dilapurkan berada diparas 5C dan waktu terbit matahari ialah jam 0700am.  
Banyak diperkatakan tentang Visa untuk memasuki Azerbaijan. Almaklum kerana Azerbaijan bukanlah sebuah negara yang terkenal dikalangan raayat Malaysia.  Malah ada diantara kita yang tidak pernah mendengar nama dan dimana terletaknya Azerbaijan.
Sebagai makluman, kita boleh sahaja memohon Visa di Kuala Lumpur untuk ke Azerbaijan dengan bayaran USD 20. Tetapi prosesnya agak cerewet dan kedutaan yang terletak di daerah Ampang Point hanya di buka pada Isnin, Rabu dan Jumaat sahaja dari jam 09.30am sehingga 12.00pm. Manakala bayaran hendaklah dibuat melalui money order di Maybank.
Mengelakan proses ini ZBA memilih untuk terus membuat VOA di Baku International Airport sahaja. Proses disana lebih mudah dan siap dalam masa 5 minit sahaja.  Bayaran tetap sama dengan USD 20 juga. Pembaca hanya dikehendaki mengisi borang yang ringkas dan menghulurkan passport serta USD 20 kepada petugas imigrasi lapangan terbang sebaik sebelum melewati imigresen check point. Senang, selisa dan perkhidmatan mereka cukup efishen dan memudahkan.
Hayder Aliyev Airport. Sebuah lapangan terbang baru yang digunakan sekitar dua tahun yang lepas.  Terpaku sejenak ZBA melihat kecantikan dan kebersihan HAA. Tidak terlintas selama ini bahawa mereka lebih berketerampilan dan menandingi KLIA yang diwar-warkan sebagai yang terbaik didunia. Permaidani terhampar kemas dari pintu pesawat ke ruang dalaman.  Reka bentuk yang menawan dengan senibina terkini dan dihiasi dengan gambar-gambar yang cantik.
Selepas proses VOA, ZBA menuju Imigrasi, Kastam dan ke ruang menunggu. Semuanya berjalan lancar dan profesional. Sementara menunggu matahari terbit, ZBA menghabiskan masa dengan melayani internet disamping menghantar kyabar berita kepada teman-teman di 1M.
 

Matahari bersinar terang diufuk timur. HAA mulai sibuk dengan kedatangan penumpang kedestinasi masing-masing. Cuaca masih sekitar 7-10C.  ZBA keluar  menuju perhentian bas yang betul-betul terletak di luar HAA untuk ke pusat bandar Baku yang jaraknya 20km.  Perhentian terahir ialah May 28th berhampiran Stesyen keretapi dan dihubungkan dengan dua jaluran metro merah dan hijau.

Sayugia dimaklumkan bahawa semua perkhidmatan bandaran di Baku menggunakan sistem Tach and go dimana setiap kad perlu senantiasa mengandungi wang. Setiap kali digunakan akan tertera baki didalamnya. Bayaran untuk satu kad ialah 2 manat bersamaan RM 5.00 sebagai asas dan bakinya mestilah ditokok menjadikan melebihi jumlah bayaran asas untuk satu-satu kad.  Satu kad boleh digunakan beberapa banyak pengguna tanpa had.
Negara berkebajikan.  Mungkin itu jawapan daripada raayat Azerbaijan. Hasil untuk raayat. Mungkin itulah kata pemerintah mereka.  Sebagai perayap jalanan, ZBA dapat menumpang sama menikmati apa yang mereka dapat rasakan hari ini.
ZBA kini berada di Bandaraya Baku, Azerbaijan.  Nantikan nukilan berikutnya untuk sama-sama kita mengetahui secara terperinci tentang Negara Azerbaijan dan penduduknya.











1 comment:

  1. Salam tuan
    Tumpang tanya, semasa transit di tehran utk ke Baku sempat tak untuk ambil bagasi Airasia dan check in penerbangan azal airlines ke baku memandangkan masa transit yg singkat?
    Tiket penerbangan azal airlines ke baku termasuk check in bagasi atau kita perlu add on di counter airport?
    Terima kasih atas perkongsian.

    ReplyDelete