IRAN. Banyak diperkatakan tentang Iran. Daripada peringkat dunia sehinggalah negara dan tidak terkecuali masyarakat Malaysia. Semuanya berprasangka negative hasil daripada media yang berat sebelah dan irihati dengan kejayaan mereka. Bagi kita pula kerana berlainan fahaman dan amalan dalam keagamaan.
Imam Khomeini Airport Tehran |
Sebuah negara teluk yang bukan Arab tetapi mengenali mereka sebagai Persian. Merekodkan sebagai sebuah negara bertamadun diawal abad B.C. Jadi mohon jangan samakan mereka dengan Bangsa Arab. Satu perkataan yang amat sensitif bagi sesetengahnya. Mereka menggunakan Bahasa Parsi sebagai bahasa ibunda dan bahasa Arab sebagai bahasa kedua dan menggunakan tulisan jawi dalam persuratan harian. Manakala bahasa Inggeris setakat memahami dimana-mana tempat khususnya tempat-tempat tumpuan pelancung.
Ini kali kedua negara Iran dan kali ini dengan kelonggaran Visa yang terhad selama 14H, ZBA akan mengoptimumkan masa tersebut dengan sebaik mungkin.
Tehran (IKA) penerbangan ke Baku, Azerbaijan. |
Mohon maklum bagi yang pertama kali memasuki Iran dan peringatan bagi yang sudah berbuat demikian. Sebenarnya jika pembaca bersama penerbangan AAsia, mereka akan memaklumkan peringatan ini sebelum mendarat. Dua syarat sebagai mematuhi syariah kemasukan ke Islamic Republic of Iran. Pertama, kaum wanita dikehendaki menutup kepala (Bertudung). Ini tidak terkecuali sama ada Islam atau bukan Islam. Kedua, minuman keras adalah dilarang sama
sekali daripada dibawa masuk ke Iran. Satu peraturan yang baik dan wajar dijadikan contoh oleh semua negara-negara Islam. Bagi Negara Islam 1M pula disebaliknya. Terpulang kepada individu sama ada bertudung atau tidak kerana rambut adalah mahkota bagi kaum wanita. Dalam hal minuman keras pula, tidak ada sekatan untuk membawa masuk berapa kontainer sekali pun kerana ia menjadi halal selepas dibayar cukai. Bukan setakat itu sahaja malah kilang arak dan penjualan minuman keras itu menjadi bebas dimana-mana. Maaf, ZBA tidak menuduh dan memfitnah tetapi melihat didepan mata sendiri.
IKIA. Lapangan terbang antarabangsa bagi Tehran selepas Mehrabad bertukar menjadi lapangan terbang untuk penerbangan domestik. Terletak 30 km daripada pusat Bandaraya Tehran. Tidak secangggih yang disangka dan kelihatan masih dalam pengubahsuai untuk menampung lebih ramai penumpang. Walau bagaimana pun semua penerbangan International berlepas daripada Imam Khomeini Airport.
Stesyen metro masih dalam pembinaan dan tiada perkhidmatan bas untuk sampai kepusat bandaraya. Bagi pelancung dan pengembara harus membayar dengan harga yang lebih tinggi daripada kemampuan. Tambang teksi INR 750,000 (USD 20.00) ke Tehran yang mengambil masa 1J dan INR 450,000 ke sebuah stesyen metro terdekat Haram-E-Motahhair lebih kurang 30minit perjalanan. Kedua-dua tambang tersebut adalah kadar tetap yang telah ditetapkan. Manakala daripada Haram -E-M ke pusat bandar dan mana-mana metro station pula ialah INR 7,000. (RM 0.95). Dimaklumkan, penggunaan metro ketika waktu puncak di Tehran adalah menyesakan kerana terlampau ramai penumpang. Ketika ini harus berhati-hati mengelakan daripada penyeluk saku. Bagi wanita adalah dinasihatkan menggunakan koc khas khusus untuk wanita yang disediakan.
2 keping alas muka untuk dialaskan diatas Sejadah |
Pandangan pertama @ first inspiration apabila ZBA sampai di IKIA. Terpegun sejenak memikirkan apa yang difikirkan oleh kebanyakan kita di 1M. Sebut sahaja Iran, terbayang dikepala "Syiah menghalalkan darah Sunni". Satu pemikiran yang janggal dan tidak masuk akal kecuali kita sendiri yang melihatnya. Kini bayangan
(Tanah atau Batu Karbala) |
tersebut beransur-ransur padam. Disana sini semuanya tulisan jawi dan ayat-ayat Al-Quran disamping bahasa Inggeris (khusus di airport dan hotel). Sungguhpun orang Iran berbahasa Parsi tetapi bahasa kedua mereka adalah Arab disamping bahasa-bahasa lain. Al-Quran tidak mengajar keganasan dan pembunuhan. Jadi ZBA penuh yakin dengan Al-Quran. Kenapa harus takut, sangsi dan curiga dengan orang-orang yang sama dengan kita mengagungkan Al-Quran, tentu tidak. Jadi pengalaman dan mata yang melihat lebih bermakna daripada telinga yang mendengar.
Disegi amalan, itu bukan soal yang hendak dibincangkan oleh ZBA sebagai perayap jalanan. Kita bukan datang menuntut ilmu tetapi melihat bumi kebesaran Allah. Memang benar, banyak kain-kain pengidang di IKIA memaparkan tentang kebesaran Imam Hussain dalam kepercayaan dan amalan mereka. ZBA sempat bersolat di Surau di IKIA. Tiada masalah dan para jemaah yang ada tidak pula mengambil tahu dan mempersoalkan bagaimana kita bersolat. Kecuali yang agak berbedza ialah didalam surau mereka disediakan batu-batu kecil untuk kegunaan ketika mereka sujud. Manakala perbuatan pergerakan solat mereka agak berbedza dari apa yang diamalkan oleh pengikut-pengikut Sunnah Wal-Jamaah.
Batu (Tanah Karbala) yang disediakan didalam surau dan Masjid. |
Malaysia sebuah Negara Islam. Manakala Iran pula di kenali sebagai "Islamic Republik of Iran". Kedua-duanya ada perkataan Islam. Kita mengucap mentauhidkan Allah dan Muhammad SAW itu RasulNya. Mereka juga mengucapkan sedemikian rupa tetapi dengan sedikit penambahan Imam Hussain diakhirnya. Kita mengakui sebagai Ahli Sunnah Wal-jamaah dan mereka pula sebagai Syiah. Walau bagaimana pun dalam erti kata sebenar kedua-dua mengakui sebagai Islam.
Satu yang menarik, walaupun mereka Syiah tetapi TV mereka menyiarkan bacaan Ayat-Ayat Suci Al-Quran lebih banyak jika dibandingkan dengan TV kita yang menyiarkan "Siaran langsung" beranika hiburan sepanjang hari. Jadi timbul persoalan, siapakah yang lebih Islam jika dibandingkan mereka dengan kita. Soalan cepu emas ini akan terungkai jawapanya bilamana pembaca dijemput sendiri mengunjungi Iran.
ZBA menginap dihotel bertarap 2** di Tehran. Harganya agak mahal dan mereka menggunakan USD sebagai matawang alternatif. Hotel-hotel di Tehran agak sukar untuk ditemui. Papan tanda terlampau kecil dan hotel berada dibahagian "dalaman"
daripada jalanraya dengan melalui lorong-lorong kecil yang sempit. Oleh yang demikian disarankan kepada pembaca agar memahami betul-betul lokasi sebelum membuat tempahan. Iran tidak menerima credit card dan mempunyai dua nilai matawang. Rasminya IRR (Iran Rial) dan satu lagi ialah Toman. (IRR 100,000 bersamaan dengan Toman 10,000 bersamaan dengan RM 14.00).
Teksi adalah pengangkutan utama di Bandaraya Tehran tetapi tambangnya agak mahal jika dibandingkan dengan bandar-bandar lain di Iran. Pastikan mengenalkan pasti tambang yang dipersetujui sebelum bertolak menuju destinasi. Sediakan pertukaran secukupnya untuk megelakan daripada penipuan.
Teksi adalah pengangkutan utama di Bandaraya Tehran tetapi tambangnya agak mahal jika dibandingkan dengan bandar-bandar lain di Iran. Pastikan mengenalkan pasti tambang yang dipersetujui sebelum bertolak menuju destinasi. Sediakan pertukaran secukupnya untuk megelakan daripada penipuan.
Kekuatan Teknologi Persenjataan Iran |
Tehran boleh dikatakan tidak mempunya bangunan mordern dan pencakar langit tetapi pembangunanya sama dengan negara-negara membangun yang lain. Persekitaranya bersih, pengangkutan awam yang teratur dan tempat-tempat lawatan yang cantik dan menarik. Sebagaimana biasa ZBA hanya sekadar memaparkan gambar-gambar untuk mengenali sesuatu tempat yang menarik untuk dilawati di sekitar Tehran.
The Nature Bridge or Tabi'at Bridge is the largest pedestrian overpass built in Tehran, Iran. The 270-metre bridge connects two public parks—Taleghani Park and Abo-Atash Park—by spanning Shahid Modarres
Tabiat Bridge Tehran |
Down with the Amerika. Peringatan kepada babak-babak kegagalan Amerika menyelamatkan tebusan-tebusan di Kedutaan Amerika di Tehran semasa Revolusi Iran.
The Azadi Tower formerly known as the Shahyad Tower is a monument located
at Azadi Square, in Tehran City, Iran. It is one of the symbols of Tehran, and
marks the west entrance to the city.
ZBA mengalu-alukan sebarang pertanyaan mengenai Tehran sekiranya boleh mendatangkan manfaat kepada semua pembaca.
4H/3M berahir disini. Petang nanti ZBA akan meninggalkan Tehran menuju Yazd yang terletak 621km ke selatan Tehran yang dijangka mengambil masa 6J30M dengan keretapi. In Sha Allah semuga Allah mempermudahkan perjalanan ini.
YAZD
"San Diego is so fabulous, Dawson List of Top 10 Beaches in India has to do with the briefing
ReplyDeleteColdest Hill Station in South India has very much eveolved
Long Drives Around Bangalore nothing to take care of
7 Star Hotels in Rajasthan
It is very awesome place
Famous Street Food in Bangalore you should definitely come
Things to Bring When Traveling Abroad a must visit
romantic Vacations in india definitely check
spend money on travel not things"