Tuesday, May 10, 2016

ISLAMIC STATE OF BRUNEI DS


Brunei Darussalam (Brunei) Abode of Peace’ sebuah negara kecil di South East Asia yang terletak dikepulauan Borneo. Mempunyai pesisir pantai sepanjang 161 km yang mengadap ke Laut China Selatan. Manakala didaratan, di barat dan timurnya bersempadan dengan Sarawak, sebahagian daripada Malaysia. 
Dibahagikan kepada beberapa daerah seperti Muara,Tutung
dan Belait dibarat manakala Temburung dibahagian timur. Mempunyai kepadatan penduduk kurang daripada setengah juta orang.  
Majoriti penduduk adalah berbangsa Melayu dan berugama Islam diikuti kaum China dan lain-lain bangsa.
Sebuah negara yang antara terkaya didunia. Diperintah secara sistem beraja sejak sekian lama.
The current ruler of Brunei Darussalam, His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah, is the 29th sultan in a line of royal genealogy that dates back to the 14th century. His Majesty belongs to one of the oldest continuously ruling dynasties in the world.


22 tahun lalu ZBA mengunjungi Negara Brunei Darussalam. Ketika itu segalnya   sukar   diceritakan. Dua tarikan utama ialah Masjid Negara berkubah emas dan Kampung Air yang menjadi sinonim kepada kampung orang-orang Melayu Brunei.
Penerbangan AAsia mengambil         masa 
2j15m untuk sampai kedestinasi. Kini Brunei DS mempunyai sebuah balai ketibaan dan pelepasan yang baru dan cantik sejajar dengan perkembangan industri penerbangan mereka. Brunei Airlines juga telah maju setapak lagi dengan pemilikan pesawat Airbus 350 yang baru memasuki perkhidmatan.
Menyentuh tentang transpotasi,     Brunei      juga 
mempunyai  rangkaian jalanraya yang terbaik dirantau ASEAN. Didalam bandar terdapat rangkaian mini bus yang menghubungkan Bandar Sri Bengawan dengan kawasan sekitarnya.  .Jika dari Lapangan terbang pembaca boleh menaiki bus No 42 dan No 48   untuk  ke BSB  dengan tambang semurah

B1.00. Bagi perjalanan jauh atau keluar daripada Brunei DS terdapat pekhidmatan bus ekspress yang menghubungkan Brunei dengan Miri di Sarawak dan Brunei dengan Kota Kinabalu di Sabah.
Raayat Brunei tidak menggunakan motosikal dan tiada motosikal diatas jalanraya kecuali kenderaan awam.
Manakala perkhidmatan ferry pula menghubungkan Brunei dengan Labuan di Sabah.
Perkhidmatan tradisional yang menjadi dominan kepada penduduk Brunei yang tinggal di kampung-kampung air pula masih beroperasi sehingga sekarang.  Boat-boat kayu serba morden dibina bagi mempercepatkan perjalanan. Mereka bergerak ibarat teksi air terus menerus 24jam dari sebuah jetty kesebuah jetty yang lain.  Tambang bagi perjalanan jauh ialah B1.00 dan bagi tujuan penyeberangan ke BBS pula ialah B0.50. Berdiri sahaja pembaca di jetty dan anda akan diberi perkhidmatan secepat mungkin walaupun seorang didalam sebuah boat. 


















Brunei boleh diistilahkan sebagai negara membangun. Penduduknya menikmati segala keistimewaan dengan bayaran yang sangat murah jika dibandingkan dengan pendapatan mereka.  Mereka tidak dikenakan sebarang cukai dalam kehidupan harian.  Namun begitu keseluruhan raayatnya hidup didalam      serba    sederhana

Jarang kelihatan kenderaan mewah  tetapi rumah-rumah mereka agak berketerampilan. Keseluruhan adalah daripada katogeri rumah sesebuah, semi D dan sedikit rumah apartmen dan berangkai.  Rumah-rumah kampung pula tiada kelihatan dhaif jika dibandingkan dengan negara 1M. Kehidupan mereka menjurus kearah kesamarataan untuk seluruh raayat Brunei DS.  Mempunyai perancangan  yang teliti kearah kehidupan kerkualiti dan beretika sejajar dengan pengistiharan Brunei DS sebagai Negara Islam. 
Jika dulu Brunei terkenal dengan kampung kampung air yang kotor dan tidak teratur kini fenomena ini mula berubah. Kampung-kampung air telah diberi nafas baru dengan pembinaan yang lebih canggih dan tersusun atur. Sesungguhnya orang Melayu Brunei telah sinonim dengan kehidupan begini 
dimana-mana sahaja mereka berada sesuai dengan cara tabii mereka yang suka tinggal didalam rumah. Mereka tidak suka berpeleseran dan membuang masa kecuali dirumah.  Oleh yang demikian jika pembaca berada di Brunei DS , adalah janggal jika kita menemui pasangan mereka berkeliaran.  Malah dalam hari-hari biasa pun jarang kita dapat melihat warga mereka berada didalam bandar dan sebagainya. Jika ada majoriti adalah kaum pendatang luar seperti Filipina, Indonesia, Bangladesh yang menjadi pekerja asing upahan yang bekerja disini ataupun pelancung asing yang berkunjung ke Brunei DS.

























Selaku seorang muslim banyak yang boleh dibanggakan dengan Brunei DS.  Mereka mengamalkan budaya kehidupan Islam sebagai cara hidup. Rangkaian 1TVB tidak menayangkan filem-filem yang berunsurkan hiburan malah menyiarkan program-program kemasyarakatan, keislaman, budaya, sukan dan berita-berita semasa. 
Satu   berita   menarik   yang
sekilas ZBA dapat kongsikan bersama daripada berita TVB. Seorang pelanggan berbangsa China telah memberi rasuah sebanyak B90.00 kepada pelanggannya telah dikenakan denda maksima diatas perbuatan beliau. Manakala penerima rasuah pula telah juga disabitkan kesalahan dan didenda kerana mereka telah bersetuju memberi dan menerima rasuah.
Kes kedua dalam berita yang sama.  Seorang peniaga telah disabitkan kesalahan oleh mahkamah kerana membawa masuk 4 karton rokok dan didenda B2,000.00 atas kesalahan yang dilakukan.
Berlainan sekali dari  sebuah Negara Islam "Antah Berantah" dimana pengamal rasuah, perompak dan penyamun secara terang-terang bebas dengan apa yang diterima malah orang yang melapurkan  kesalahan mereka yang akan disiasat dan dikenakan hukuman. 
Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin ialah mercu tanda bagi Bandar Sri Begawan.  Masjid berkubah solit emas ini dibuka pada tahun 1958 dan menelan belanja hampir B9juta.
Kebetulan ZBA berada di Brunei DS pada hari jumaat dimana semua umat Islam diwajibkan berjamaah Jumaat di Masjid. Satu perkara baru ZBA lihat khususnya di Brunei DS dimana semua kedai wajib ditutup diantara jam 12pm sehingga 2.00pm.  Tidak kira apa jenis kedai dan siapa pemiliknya. Pokoknya arahan diwajibkan tutup. Bandar menjadi sunyi dan legang dan tiada kenderaan  mahukan manusia berada dijalanraya. 
Juga difahamkan oleh seorang penduduk tempatan bahawa semua pejabat akan ditutup pada hari jumaat dan tiada siapa pun dibenarkan   berada    didalam     pejabat   termasuk juga non-muslim etika waktu solat jumaat. Jadi tidak hairanlah semasa ZBA berada disebuah masjid semasa solat zohur,   5 saf yang panjangnya lebih kurang 50m dipenuhi dengan makmum yang berjamaah.  Masyaallah.  Allah Huakbar.
Sungguh pun Brunei merupakan negara ulung di Asia Tenggara yang mempraktikan Undang-undang Hudud tetapi tidak pula menjejaskan industri pelancungan mereka. Pokoknya pelancung  harus menghormati mereka  dan mematuhi peraturan yang termaktub dan tidak melanggar apa yang dilarang.
Bandar Sri Begawan juga merupakan sebuah destinasi pelancungan yang cantik dan menarik. Kebanyakan tempat-tempat yang menarik adalah dipersekitaran BSB dan pelancung boleh hanya berjalan kaki dan mengambil masa kurang daripada 5 jam untuk melawat tempat-tempat berkenaan.  Namun jika untuk melawat keseluruhan negara Brunei DS memadai ZBA nyatakan 3H/2M adalah masa yang mencukupi.
Sebagaimana biasa ZBA juga berkesempatan membuat overland melalui Brunei DS daripada Bandar Sri Begawan ke Seria, Kuala Belait dan seterusnya ke Miri Sarawak. Perjalanan dengan bas mengambil masa 3j30minit melalui lebuhraya yang selisa sejauh 126km dengan kadar tambang B20.00. 
Sungguhpun Brunei DS sebuah negara kecil tetapi dilihat masih jauh daripada
arus pembangunan pesat. Mungkin juga disebabkan populasinya kecil menyebabkan pembangunan tidak seimbang kecuali dibandar-bandar besar. Negaranya boleh dikatakan "Green" dengan hutan dara yang masih subur. Sepanjang perjalanan daripada ke BSB ke Seria masih banyak terdapat tanah kosong yang tidak diusahakan untuk apa-apa tanaman atau perusahaan. Mungkin juga satu pembaziran atau
perancangan yang tersusun untuk masa akan datang. Peliknya mereka langsung tidak berusaha kearah mengusahakan pertanian sebagai sumber pendapatan atau makanan dimasa akan datang.  Penggantungan kepada sumber minyak semata-mata adahlah satu harapan yang belum mengundang kepastian bagi lebih 400,000 raayat Brunei DS.
Seria bandar ketiga terbesar selepas BSB. Bandar minyak yang terletak dipesisir pantai. ZBA singgah disini buat seketika dan terpegun juga melihat bagaimana minyak digali didaratan dicelah-celah pembangunan.  Satu anugerah Allah kepada raayat Brunei DS yang kini mempraktikan hukum Allah kepada semua raayatnya yang berugama Islam.

Dari Kuala Belait barulah ZBA menuju Telaga Tujuh  yang merupakan sempadan utama diantara Brunei DS dan Sarawak, Malaysia yang jaraknya 20 km. Disini terdapat satu-satunya plaza tol yang  megenakan bayaran B20.00 bagi semua kenderaan yang akan melintasi sempadan kedua negara. Proses imigrasi berjalan lancar dan berikutnya ZBA memasuki Miri ke Sarawak.
Peringatan.  Kepada pembaca yang ingin membuat overland secara berperingkat dari satu bandar kesatu bandar, ZBA ingin memaklumkan bahawa tiada bas yang menghubungkan Kuala Belait dengan  Telaga Tujuh  kesempadan. Oleh yang demikian teksi adalah pilihan alternatif yang disediakan.
Sebaik melintasi sempadan, kita akan dapat melihat dua perbezaan yang ketara  diantara Malaysia dan Brunei DS dari semua segi. Agak malang bagi sebuah negara yang mengakui sebagai Negara Islam mengamalkan perundangan sekular jika dibandingkan dengan Negara Kecil Brunei DS yang mengamalkan Undang-undang Islam.


THE GREEN HEART BORNEO

4 comments:

  1. Dahulu saya tinggal di negara Brunei selama 14 tahun. Sejak pulang ke Malaysia, saya telah membuka sebuah syarikat Aznur Musafir Services.Ramai orang Malaysia yang telah saya bawa samaada perseorangan, sekolah dan agensi kerajaan. Anda pasti akan berpuas hati. Maklumat lanjut hubungi 0128704932. Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Sdr Azahari kerana sudi melayari catatan saya. Saya juga pernah menulis dalam blogs saya mengenai Brunei semasa kunjungan pertama saya pada tahun 1994. As Salam

      Delete
  2. Salam bang, selain pusat belia, penginapan mana lagi yg murah murah kat BSB ni bang, abng dulu rehat kat otel mana. TQ

    ReplyDelete
  3. MSalam,

    Banyak juga hotel di BSB berbagai kemampuan. Tiada masalah.

    ReplyDelete