Friday, April 29, 2016

BALTIC SCANDINAVIAN JOURNEY TO RUSSIA




The Scandinavian Peninsula of northern Europe includes the countries of Norway and Sweden. Some sources include the small Finland projection of land (marked with an arrow) that separates Norway from Sweden within the peninsula's landmass number, and so do we.Extending outh from the Barents Sea, the peninsula is approximately 1,150 mi (1,850 km) long, with an area of about 290,000 sq mi (750,000 sq km).
About 25% of the peninsula lies north of the Arctic Circle, while 94% of the population of the peninsula lives south of the Arctic Circle.
The Scandinavian Peninsula occupies a large slice of the Baltic Shield which also includes Finland, the northeastern edge of Russia, and land under the Baltic Sea. Over 10,000 years ago - totally covered by ice - the weight of that ice (four kilometers thick) caused the Baltic Shield's terrain to slowly sink.
When the ice finally melted, the shield slowly rose again, especially in the north, and the south (in sort of a balancing) continues to sink, a tendency that persists to this day along the Baltic Sea. This estimated 1-meter-per-century sinking has caused slight flooding in the low-lying areas and is forecasted to continue.
Cuaca petang yang baik dengan langkah restu dariNya, ZBA berangkat dengan penerbangan Vietnam Airlines pesawat Airbus 321 menuju destinasi transit yang pertama, Hanoi. Kami terpaksa bermalam di Hanoi kerana penerbangan berikutnya ialah pada keesokan hari. 
Sedikit tentang VA.  Selama ini  kita memandang sebelah mata tentang keupayaan mereka daripada berbagai sudut. Namun hari ini Vietnam telah bangun dan menandingi 1M. Kalau dulu kaki sho0ping berkunjung ke Guangzhou dan Bandung untuk membeli belah.  Tapi sekarang segalanya berubah arah ke HCMC.  Persoalannya kenapa dan mengapa, nampaknya kita harus melihat kearah dalaman negara sendiri.
Vietnam Airlines. Satu jenama yang tidak pernah dijangka akan menandingi MAS. Tapi kini mereka yakin dan  mereka berjaya. Bagi kita MAS telah dihancurkan oleh bapak-bapak keparat dengan kerugian berbilion ringgit tapi masih berkukuk seolah-olah yang terbaik.  Kesihan setelah ditimpa berbagai musibah kini menunggu masa untuk di re-jenamakan.  Malang bagi satu bangsa yang korap. Tetapi itulah realiti daripada tangan-tangan yang kotor
Berbalik kepada VA, mereka berjaya menakluki dunia dengan berbagai destinasi terkini dan terancang. Memiliki fleet terbaru Airbus 350 dan Dreamliner 787 yang menyumbang kearah pepulariti mereka.  Tahniah dan sekalung harapan bagi kami para pengembara yang sekadar menumpang keselesaan penerbangan.
Baltik Scandinavian Journey bermula dan ZBA terbang ke Moscow sebagai destinasi kedua.  Penerbangan VN65 dengan pesawat Airbus 330-300 dengan kapisiti 85% penumpang, yang kebanyakanya ialah Vietnamis.  Mungkin kami ber4 sahaja daripada negara  1M.  10j45m diudara.  Makanan dan minuman dihidangkan sebagaimana lain-lain penerbangan didunia.  Bagi pembaca yang pertama kali dengan VA, tidak perlu bimbang dengan kehalalan makanan yang disediakan. Mereka menyediakan menu untuk pilihan dan terpulanglah kepada pembaca untuk memilihnya.
Gambar bawah "Trans Siberian Journey 2010"
Sedikit unik tentang penerbangan ini.  VA tidak terbang melintasi China untuk ke Moscow. Sebaliknya mereka memilih penerbangan melalui ruang
udara Thailand, Bangladesh, India, dan terus keutara menuju Moscow. Penerbangan tenang dan menyakinkan dan kami mendarat di Lapangan Terbang            Domodedovo,
Moscow sekitar jam 16.10pm. Cuaca panas tetapi udara masih sejuk dan kami meneruskan perjalanan ke Moscow dengan airport train sehala beharga RUB 470 sehingga Paveletskaya Station. Dari sini pembaca boleh mengambil mana-mana laluan metro yang untuk explore Moscow dengan cara yang mudah, selamat dan murah.  Sila cetak Moscow  Metro map untuk panduan dan dibawa bersama.
Moscow 2010
Ini adalah kunjungan kedua ZBA ke Moscow selepas 6 tahun merentasi 3 Trans. Trans-Sberian  Journey, Trans Manchuria dan Trans Monggolian.  Jadi untuk trip ini tidak lah sangat menjadi satu kesukaran untuk mengingati semula tempat-tempat untuk dilawati. 























Kepada pembaca yang pertama kali mengunjungi Moscow, adalah dinasihatkan untuk merujuk kepada "Moscow Attractions" sebagai panduan agar tidak ketinggalan membuat lawatan ketempat-tempat menarik yang semestinya dilawati.  Selain daripada apa yang terdapat di Moscow, pembaca juga dinasihatkan untuk melawat Kazan.
"Kazan is a city in southwest Russia, on the banks of the Volga and Kazanka rivers. The capital of the Republic of Tatarstan, a semi-autonomous region, it's known for the centuries-old Kazan Kremlin, a fortified citadel containing museums and sacred sites. Kremlin landmarks include the tiered Tower of Soyembika, the blue-and-gold domed Annunciation Cathedral and the vast, colorful Kul Sharif Mosque".

Satu lagi ialah yang dikenali sebagai "Russians Golden Ring"


 
 
 
 

Gambar-gambar diatas menunjukan Moscow hari ini.

4H/3M ZBA menghabiskan masa di Moscow.  Sebuah bandaraya yang tenang dan selamat untuk dikunjungi. Orang Russia nampak agak sombong kerana mereka tidak banyak bercakap tetapi hakikatnya mereka satu bangsa yang bertatatertib, mudah didekati dan berbudi bahasa.  
Terdapat ramai juga penduduk yang berugama Islam. Mereka kebanyakan daripada kaum Tartar tetapi sukar untuk mengenali samaada mereka Islam atau sebaliknya. Wajah  mereka serupa 

dengan penduduk Russia yang lain dan sukar  untuk di klasifikasikan samaada mereka Islam atau tidak diantaranya.  Kecuali, kaum wanita Islam dapat dibezakan dengan pakaian menutup kepala. Terdapat beberapa buah masjid disekeliling Moscow. Satunya yang terbesar dan termorden dikenali sebagai "Moscow Cathedral Mosque".  Dibuka dengan rasminya oleh Presiden Vladimir Putin pada tahun 2015. Satu mercu tanda tentang kehadiran masyarakat Islam di Moscow. 
Moscow Cathedral Mosque
 















ZBA meninggalkan Moscow menuju Saint Petersburg. Sebuah bandar tertua di Rusia yang penuh dengan kesan sejarah yang dahulunya dikenali sebagai Petrograd ditukar kepada Leningrad dan kembali dikenali sebagai Saint Petersburg sehingga sekarang.
Leningrad Station Moscow
"St. Petersburg is a Russian port city on the Baltic Sea. It was the imperial capital for 2 centuries, having been founded in 1703 by Peter the Great, subject of the city's iconic “Bronze Horseman” statue. It remains Russia's cultural center, with venues like the ultramodern Mariinsky Theatre hosting opera and ballet, and the State Russian Museum showcasing Russian art, from Orthodox icon paintings to Kandinsky works".
On The train Hotel


Perjalanan keretapi malam yang mendamaikan.  Koc tempat tidur berempat dua ingkat yang bersih dan disediakan semua kelengkapan.  Ibarat hotel bergerak 4* dilandasan. Kenapa tidak, harganya pun mencecah USD48.50 untuk satu perjalanan seorang. 7j lebih perjalanan tanpa  henti sejauh 650km  diantara Moscow dan Saint Petersburg. Tiket boleh di beli melalui Russian train com secara dalam talian. (e-ticket). Tepat mengikut jaduan ZBA sampai didestinasi dalam suasana cuaca yang sejuk dibawah 20C.
Salah satu mercu tanda St Petersburg
Saint Petersburg Central Mosque
Saint Petersburg. Sebuah bandaraya yang cantik. Diklafikasikan seiring dengan Istanbul, Rome, Cape Town, Sydney, Auckland dan bandaraya bandaraya lain yang tercantik didunia.  Menerima kunjungan ribuan pelancung setiap hari. Tapi malang ianya tidak berapa dikenali oleh oleh pembaca-pembaca sekalian. Malah setengah daripada kita akan bertanya di mana Saint Petersbug.  Tetapi sekarang kita boleh mendapatkan maklumat dihujung jari kita dan mengetahui sejarah pembangunan bandaraya ini.

Maaf saya tidak berniat untuk menceritakan tentang sejarah tetapi sekadar memberi penerangan secara bergambar apa yang saya lihat semasa mengunjungi Saint Petersburg.
Saint Petersburg mempunyai populasi penganut berugama Islam sekitar 50 ribu orang. Mempunyai empat buah masjid dan yang terbesar dimana ZBA lawati adalah seperti digambar. Menara masjid ini dengan jelas dapat dilihat daripada St Peter Old Town. Malah bagi sesiapa yang mengusuri sungai pula, selepas melintasi jambatan yang ketiga disebelah kanan, terpampang kubah dan dua menara daripada jauh.  Terletak hampir 150 meter daripada metro station. Di sini pembaca boleh mendapatkan kafe-kafe halal dan juga makanan yang disediakan oleh penduduk tempatan.
Wanita Islam di perkarangan Masjid sebelum Solat Jumaat
Dimaklumkan bahawa kedatangan orang-orang Islam kesini adalah penghijrahan pekerja-pekerja yang datang daripada Central Asia dan Caucasus. Juga dimaklumkan bahawa pembinaan Masjid ini adalah sumbangan daripada kerajaan Russia ketika itu atas penghargaan dan jasa-jasa tentera-tentera Russia yang beragama Islam.
Ruang dalam Dewan Solat Lelaki
Hari ini 26 August 2016, dimaklumkan bahawa masjid ini dalam proses membaik pulih dan menaik taraf. Walau bagaimanapun dewan solat masih boleh digunakan dan samaada dewan solat lelaki dan perempuan. 


Sekembalinya daripada menziarahi Central Mosque ZBA berjalan kaki  lebih kurang 1km menuju Military Muzium. Satu pameran yang menakjubkan bagaimaina keupayaan Russia memperlengkapkan angkatan tentera mereka dan amat digeruni oleh musuh-musuh mereka daripada blok barat. 

Saint Petersburg Military Muzium
 
Bersebelahan dengan Military Muzium terletak ditebing Neva River sebuah pulau kecil.  Disini terletak apa yang dikenali sebagai Peter and Paul Fortress. Ribuan pengunjung mengunjungi tempat ini setiap hari.

















Tidak lengkap sekiranya ZBA tidak membawa pembaca melihat " St Peter Old Town"



















No comments:

Post a Comment