Sunday, January 17, 2016

PONTIANAK BUMI KHATULISTIWA

Hari ini bersamaan 05 Jan tahun 2016, merayap diteruskan. Membuka tirai bagi tahun baru 2016. Dingin pagi membawa ZBA ke KLIA2. Tapi sedih melihat keadaan tempat tidur "pengembara" yang disediakan secara percuma tetapi tidak dimanfaatkan sebaik mungkin.
Berselirak dan dipenuhi dengan sampah sarap dan botol-botol plastik kosong yang ditinggal pergi oleh "beruk-beruk" yang tidak langsung mengindahkan perihal kebersihan. Kemana perginya "cleaner" dan pihak berwajib, mungkin masih tidur atau pura-pura tidak nampak sampah-sampah yang ditinggalkan. Mungkin juga telah meluat dengan perangai-perangai manusia bergelaran tersebut.  
Apa pun ZBA berharap imej ini wajib diperbaiki samaada oleh pengguna atau yang bertanggungjawab.  Kita boleh membina KLIA2 dengan harga berbilion RM tetapi gagal mengekalkan imej dimata jutaan pelancung
asing yang memasuki negara ini melalui KLIA2.  Begitu juga diharap pihak yang berwajib menguatkuasakan peraturan yang tegas, selain daripada tempat-tempat rehat yang disediakan, dilarang sama sekali penumpang-penumpang "melepak" dimana-mana mengikut kesukaan mereka. Jangan jadikan KLIA2 ibarat pusat membeli belah bahkan kekalkan imej KLIA2 sebagai Lapangan Terbang Tambang Murah terulung negara.
Penerbangan berjadual pagi ini membawa ZBA kenegeri dibawah Bayu, Sabah. Rumah kedua yang dikunjungi setiap dua, tiga bulan sekali. Penerbangan sulung 2J 30M dengan pesawat Air Asia yang pertama kalinya menggunakan Terminal 1.

Sedih dinyatakan, membujur "air bridge" dibina dengan jutaan RM wang raayat tetapi kami dikehendaki menggunakan naik, turun tangga untuk menuju balai ketibaan. Apakah peranan MAB dan apa fungsi air bridge dibina ?.  Adakah hanya untuk kegunaan VIP atau sekadar perhiasan   lapangan    terbang    atau   untuk    mengusahkan
penumpang.  Kepala-kepala botak dalam MAB harus digunakan sebaik mungkin bagi menyelesaikan masalah tahi kuku ini.  Fikirlah bagaimana penumpang berkerusi roda, kurang upaya, orang buta, kanak-kanak, ibu mengandung dan lain-lain.  Apa lagi dalam keadaan cuaca panas terik dan hujan yang berpanjangan. 
Tiga hari kemudian jawapan kepada permasalahan tersebut diselesaikan. Satu email daripada AAsia mengatakan bahawa mulai 12 Jan 2016, semua penerbangan domestik akan dikenakan charge tambahan sebanyak RM 3.00 daripada RM 6.00 menjadikan RM 9.00.
Tanjung Aru dikala senja berlabuh
Manakala pagi penumpang antara bangsa pula dikenakan tambahan sebanyak RM 20.00 daripada RM 35.00 menjadikan RM 55.00 bagi semua penerbangan keluar daripada Kota Kinabalu.
Overland dari Kuching ke Pontianak
Persolannya, apakah charge tersebut berpatutan dikenakan hanya semata-mata untuk melintasi jambatan air bridge dalam jangkamasa kurang 1 minit memasuki pesawat. Atau, berbaloikah membayar tambahan sebanyak itu kerana menggunakan 3 helai tissue tandas yang kekadang tidak disediakan. Jawapannya pembaca lebih arif membuat perhitungan dalam PRU 14 akan datang.

Bangunan Dewan Undangan Serawak
Seminggu ZBA berada di Kota Kinabalu  dan meneruskan perjalanan  ke Kuching, Serawak setelah hampir  10 tahun meninggalkan bumi kenyalang. Bumi bertuah penuh kenangan disaat-saat zaman remaja.  Dari pandangan 5,000M diudara, jelas kuching sekarang bukan lagi Kuching yang dahulu.
Bandaraya Kuching telah membangun dengan pesat jika dibandingkan dengan Kota Kinabalu yang tertinggal jauh dibelakang. Tentu pembaca ingin bertanya, kenapa perbandingan disebalik dua bandaraya tersebut.  ZBA memberi jawapan mudah.  Pertama, Kuching membangun bukan kerana kekayaan yang dimilikinya tetapi kerana tiada UmNo. Manakala Kota Kinabalu mundur bukan kerana ketiadaan sumber buminya, tetapi kerana adanya UmNo.
Dewan Undangan Negeri Serawak yang dibangunkan di Petrajaya di tebing Sungai Serawak.
Penerbangan dari Kota Kinabalu ke Kuching mengambil masa 1J dan 15M.  Cuaca berkabus tetapi cerah semasa menghampiri Kuching. Lepas pemeriksan Imigrasi, ZBA keluar untuk ke bandar Kuching yang terletak 8 km atau 30 minit dengan kenderaan.   
Muzium Serawak
Jasa Mu di Kenang









Catatan ini berhubung rungutan rungutan daripada pelancung -pelancung yang melawat Kuching berhubung transpotasi daripada LTK ke Bandaraya Kuching.  
Memang sah, benar ketika artikal ini ditulis tiada perkhidmatan
"Flying Coffin" dalam kenangan
Airport Bus disediakan untuk orang awam atau kebanyakan. Terminal bas terdekat ialah 1 km diutara LTK.  Sedih. Lapangan Terbang bergelar International,  Ibu Negeri bergelar bandaraya,  tapi tidak boleh untuk
menyediakan perkhidmatan bas ke lapangan terbang.  Tidak
mungkin semua penumpang di Kuching tergolong dari semua taukeh-taukeh balak yang kaya raya semuanya dan sanggup membayar RM 26.00 bagi sebuah teksi yang sama setaraf dengan perahu Sungai Serawak. Teksi    dari  versi  proton   saga 
diawal-awal keluaran.  Ibarat rumah buruk dijalanraya dengan kotor dan sebagainya.  Tapi itulah first inspiration dan hakikat bagi pelancung asing yang pertama kali menjejaki bumi kenyalang. Datuk Bandar Kuching Utara dan Kuching Selatan, kedua-dua harus berbuat sesuatu demi keselesaan raayat Serawak dan juga pelancung asing.
Pucuk Paku Pakis yang terkenal di Serawak
Apa pun ZBA didatangi BMW Siri 4 X 4 dijemput teman lama untuk dibawa melewati Bandaraya Kuching.  Kami singgah di sebuah kafe untuk minum pagi dan disajikan dengan Mee Kolok yang sememangnya terkenal di Serawak.
Kuching berubah dengan pantas.  Bangunan lama dan baru disana sini.  Hotel-hotel penginapan bertaburan dan bandar lama (Water Front) dijaga baik, bersih dan kemas.
Masjid  Tertua di Kuching, Serawak
ZBA melewati Petrajaya. Bandar morden khusus untuk penghuni penghuni daripada masyarakat Melayu juga sebagai bandar pentadbiran Kerajaan Negeri Serawak. Melintasi jambatan terbaru atau jambatan kedua Sungai Serawak.  Tertulis "Tol Free". Bengong dan ajaib kata hati kecil ZBA.  
Di Semenanjung puluhan plaza tol tetapi semuanya berbayar dan tiada yang percuma.  ZBA menjeling teman disebelah. Katanya dalam pelat Serawak. "Penduduk sek mau tol" (Penduduk tidak mahu membayar tol).  Kenapa pula di Serawak  boleh dan  tidak
Gerai Khusus untuk Peniaga Melayu
di Semenanjung.  Setelah diamati jawapannya jelas. Majoriti yang melalui jambatan kedua ada lah dari kalangan orang Melayu untuk kepenempatan Melayu di Petrajaya. Manakala pemimpin mereka pula Melayu dan Melayu yang menjaga kaum Melayu itu sendiri.  Tahniah Melayu Serawak.

Satu lagi yang patut menjadi kebanggaan raayat Serawak ialah "Terminal Central" untuk pengangkutan bas jarak jauh keseluruh Utara Borneo.  Canggih dan menepati konsep masa kini. Terletak 9km daripada pusat
bandaraya dan betul-betul diutara landasan LTK.  Pembaca boleh menaiki bas daripada Jalan Masjid di bandaraya untuk kedestinasi tersebut.  Walau bagaimana pun ZBA katakan bahawa sistem pengangkutan bas awam di Kuching masih ketinggalan tetapi jauh lebih baik daripada Kota Kinabalu di Sabah.
3H/2M di Kuching mengingatkan kepada kenangan silam. Jambatan Gantung (Sekarang sudah tiada lagi dan hanya tinggal dua batang tiang dibersebelahan tebing) kerana telah dibina jambatan menghubungkan Petrajaya
dengan Satok. Hotel Selamat masih ada dan masih selamat. Perahu Dayung (Sampan)  masih beroperasi tetapi telah menggunakan injin dsangkut. Bandar lama Kuching telah mengalami perubahan setimpal dengan pembangunan. Manakala
tebing sungai diseberang (Petrajaya) telah dibangun dengan pesat khusus dengan tertegaknya bangunan DUN Serawak, Penginapan TYT dan bandar pentadbiran Serawak yang baru. Cukup membanggakan kerana Petrajaya dibina khusus sebagai penempatan orang-orang Melayu Serawak.  Tanah digezetkan sebagai "Tanah Melayu" yang tidak membenarkan kaum-kaum lain membelinya. Penempatan tepi sungai sedikit demi sedikit dibongkar dan digantikan dengan penempatan serba cantik dan morden.
DUN Negeri Serawak


Selamat datang ke Entikong, Indonesia
Merayap diteruskan.  Hujan renyai-renyai membawa ZBA ke Terminal Central.  Tujuan berikutnya ialah "Overland" memasuki Pontianak, Indonesia daripada Kuching melalui Tebedu sebagai bandar sempadan.  Jam 0745 am kami bertolak dan
dijangka mengambil masa 7-8J untuk sampai ke bandar Pontianak.  Tambang bagi perjalanan satu hala ialah RM 60.00 dengan bus berhawa dingin yang agak selesa. Dimaklumkan, kita tidak perlu membeli tiket melalui dalam talian yang dikatakan lebih murah tetapi sebaliknya RM 6.00 lebih mahal.  Terdapat 8 perkhidmatan
Ferry (Pelampong) Sungai Kapuas
bas untuk ke Pontianak dan bergerak dalam masa antara 0700-0900 am, begitu juga sebaliknya daripada Pontianak. Kecuali dihari-hari perayaan, tiket boleh didapati di kaunter pada bila-bila masa yang dikehendaki.  Bas paling selisa ialah "BasAsia dan Bintang Jaya".

Sudah menjadi lumrah dimana-mana dunia.  Bas yang melintasi sempadan kekedua negara boleh diibaratkan sebagai "Bas penyeludupan". Perkhidmatan bas Kuching ke Pontianak juga tidak terkecuali.       Mereka    akan berhenti dipertengahan jalan sama ada menaikan penumpang atau mengambil barangan.  
Barang-barang dagangan diletakan ditempat duduk dimana-mana dalam bas bagi mengabui mata pegawai kastam.  Tapi sebenarnya apabila sampai disempadan, ini semua adalah permainan wayang untuk mengabui mata umum. Pegawai kastam bertugas  dilihat telah peka dengan keadaan dan mereka juga sebahagian daripada mereka-mereka berkenaan. 
Hujan membasahi bumi kenyalang.  Bas menyusuri terus dari bandar ke bandar setelah beberapa kali berhenti. Kata ekxpress, rupa-rupanya separa exspress.  Bandar terbesar kami lewati ialah Bau. Satu ketika dulu merupakan sarang komunis di Serawak.
Jambatan Kapuas
Kemudian Serian dan bandar ini telah berubah dengan arus pembangunan.  Kali terahir ZBA kesini ialah pada tahun 1983 dalam perjalanan ke Tebedu. 3J30m kami menghampiri pintu sempadan di Tebedu. Tebedu tidak lagi sesibuk dahulu kerana perniagaan disini telah dialihkan kedalam daerah Serawak dan hanyalah tinggal sebagai bandar sempadan keluar/masuk antara Malaysia dan Indonesia.
Pelabuhan Pontianak
Disempadan Tebedu, semua penumpang diarah turun untuk urusan Imigrasi dan Kastam. Dari situ kita dikehendaki berjalan kaki memasuki sempadan Indonesia (Entikong) sejauh 100M bagi urusan yang sama. Proses keseluruhan berjalan hampir 30M dan kami meneruskan perjalanan dalam daerah Indonesia.  
Entikong ialah bandar sempadan bagi Indonesia dan pintu sempadan dalam proses pembinaan.  100M dihadapan terdapat deretan kedai-kedai usang ditepian jalan sebagaimana keadaan bandar-bandar lain yang pernah kita kita lihat  di Indon. Difahamkan bahawa penduduk disini adalah dari kalangan Bangsa Dayak yang beragama Kristian dan Bugis/Madura/Melayu yang beragama Islam.  
Jalanraya amat kecil untuk laluan selorong bersebelahan. Keadaan amat dhaif dan kelajuan yang dibenarkan ialah 80kmj.  Penempatan penduduk disepanjang jalanraya dan amat merbahaya bagi kenderaan yang bergerak pantas. Walau bagaimanapun pemanduan menjadi bertambah yakin dan selesa kerana tiada banyak kenderaan diatas jalanraya.
Disepanjang perjalanan tiada banyak pekan-pekan kecil dan tiada apa yang menarik. Laluan ini kebanyakan rata dan sekali sekala mendaki dan menurun. Keseluruhanya adalah hutan, belukar dan tanaman keperluan harian.
Buah-buahan tropika, seperti durian, rambutan, langsat sedang dalam musim.  Harga adalah berpatututan, sebagai contoh langsat (Duku) dijual dengan harga RM6.oo bagi 5 kg.  Cukup manis jika dibandingkan dengan 1M.
Tepat jam 4.00pm ZBA sampai di stesen bas perjalanan jarak jauh yang terletak 8 km daripada pusat bandar Pontianak. Dari sini kita harus menaiki teksi atau kenderaan persendirian dengan kos tawar menawar. Terdapat DAMRI Bas untuk ke Pontianak tetapi bertolak mengiku jadual dengan tambang Rp 35,000.  
Perlu diingatkan, pembaca tidak harus membuat perjanjian dengan sesiapa sama ada pemandu bas atau sesiapa untuk menyewa kenderaan. Harga yang

Sungai Kapuas
ditawarkan terlalu tinggi sekitar Rp 150,000 untuk ke bandar dan kita seolah-olah dipaksa untuk mengikuti mereka. Satu keadaan yang merbahaya dan boleh menimbulkan keadaan

tidak selisa dan menjadi pergaduhan sesama mereka dalam usaha mendapatkan penumpang dan kita menjadi mangsa kepada keadaan. Bayaran yang ZBA bayar bagi perjalanan ini ialah Rp 80,000 bagi sebuah kenderaan.  
Pengkalan Ferry (Pelampong)
Bandar Pontianak. Sememangnya nama tersebut diambil daripada makhluk yang bernama "Pontianak". Difahamkan dahulu kala bandar Pontianak ialah sarang kepada kehidupan pontianak dimana-mana. Terletak dimuara Sungai
Bersama CUCU kepada Kesultanan Pontianak 
Kapuas.  Penduduknya aslinyanya ialah dari suku kaum Melayu dengan pertuturan mereka seakan-akan pertuturan Bahasa Melayu di 1M.  Selebihnya kaum Dayak, Madura, Bugis dan China.  Mereka bertutur dalam bahasa Indonesia dan di Pontianak amat sukar untuk mengenali suku kaum masing-masing kecuali China.  Majoriti penduduk yang berugama Islam disini menggelarkan diri  mereka sebagai
"Melayu" walau pun mereka pendatang daripada daerah-daerah lain di Indonesia, Malaysia dan Brunai.

Sebagaimana bandar-bandar lain di Indonesia, pengangkutan awam didalam bandar didominisasi oleh "Pak Supir". Pemandu kenderaan sewa.  Teksi, Oplet (Van kecil), ojek (motosikal). Ojek memang papular dan
cepat tetapi berisiko tinggi. Kenderaan sewa, kebiasaan Toyota Advanza mahal dan mewah.  Teksi selalunya mencekik darah dan kaki potong kepala.  Oplet, ibarat van ayam diisi sesendat sardin tetapi papular kerana harganya murah.  Rp 3,000 satu perjalanan.
Kebanyakan tempat-tempat tumpuan pelancung (Objek Wisata) di Pontianak terletak dalam lingkungan 5 km keliling.  Jadi,  ZBA akan ceritakan beberapa objek tumpuan dan cara paling murah untuk kelokasi-lokasi berkenaan.

Keraton Kadariah. Pemerintah kerajaan Pontianak bermula pada tahun 1771.  Terletak di Kampung Dalam Bugis, Pontianak Timur.  15 minit perjalanan dengan kenderaan dari pusat kota Pontianak.
Berhadapan dengan keratin terdapat Masjid Jami' yang terkenal.  Cara paling mudah untuk kesana ialah dengan menaiki ojek daripada mana-mana tujuan dan terus ke Parit Besar, Pelabuhan Seng Hie yang terletak ditebing Sungai Kapuas.  Bersebelahan dengan  sebuah  gereja  disana
terdapat banyak "Perahu, Sampan Tambang" untuk menyeberangi Sungai Kapuas ke kampung Dalam Bugis. Tambang sebuah perahu ialah Rp 10,000 untuk 5 minit perjalanan. Jika berkongsi Rp 2,000 seorang.  Tiada masalah untuk berulang alik pergi dan pulang.
                                            Pemandangan dalaman Istana Kadariyah                                                                                                                                                                                    




Masjid Jami'. Terletak 150 meter daripada Keraton Kadariyah.  Dibina pada tahun 1773 dengan menggunakan kayu belian sepenuhnya. Dewasa ini Masjid Jami' bukan sahaja sebagai tempat beribadat malah merupakan pusat Tahfiz bagi penduduk setempat. Imamnya juga adalah dari keturunan para alim ulama' warisan sebelumnya. 
Iman Al Hafiz Ustaz Jafar mewarisi salah silah keluarganya menjdi imam dimasjid tertua di Pontianak. Juga     merupakan
tenaga pengajar Hafiz AlQuran bagi penduduk setempat. Berumur 54 tahun dan khatam menghafal Al Quran semasa berumur 17 tahun. Mempunyai ratusan anak murid yang sudah bergelaran Al Hafiz. Masyaallah.
Beliau juga merupakan pakar syifak dalam perubatan Islam. Ramai kenamaan dan kenalan dari 1M telah memohon pengubatan daripada beliau dan ramai diataranya dengan izin Allah telah sembuh daripada penyakit yang dihadapi. Kepada pembaca  yang mempunyai masalah kronik, beliau boleh dihubungi di talian +62 812 5697 7997.




























Koleksi diatas ialah rakaman diluar dan didalam Masjid Jimi' dengan  Al Hafiz  Ustaz  Jafar  selaku  imam  dan cucu beliau.
Artikal berikutnya  didalam 
EXOTICA LAND OF EQUATOR


No comments:

Post a Comment