Thursday, January 7, 2016

URUMQI AUTONOMOUS REGION

               
The Silk Road Urumqi Old Bazaar
Urumqi, the capital of Xinjiang Uygur Autonomous Region in northwest China, is just like a piece of emerald embedded at the foot of the Tianshan Mountains. As home to 49 minority ethnic groups, this graceful prairie city is an important stop along the ancient Silk Road. 
Tengah malam yang gelap gelita, ZBA sampai di bandaraya ini. Penghuninya telah dibuai mimpi dengan cuaca yang sejuk.  Kami tiada pilihan malam ini untuk mencari tempat penginapan selain daripada mendapatkan yang terdekat. Badan amat letih sekali kerana menempuh perjalanan lebih daripada  24 jam daripada Almathy, Kazakstan kesini.

4H/3M,  ZBA melewati bandar Urumqi.  Tidak banyak tempat-tempat menarik yang menjadi tarikan pelancung. Urumqi lebih diibaratkan sebagai bandar pertembungan budaya antara timur dan barat.  Penduduknya berbilang etnik dan kepercayaan.  Paling
ketara Urumqi dihuni oleh penduduk yang berugama Islam dan Buddha.  Masjid terdapat dimana-mana sahaja dibandar ini. Manakala tulisan Jawi adalah tulisan rasmi dipapan-papan tanda dan bahasa ibunda China disebelah bawah. Satu penghormatan yang sukar didapati didunia.
Pada hari pertama ZBA menghabiskan masa sehari suntuk di Red Hill Park (RHP). Merupakan sebuah bukit setinggi 910 meter dan jaraknya 1.5 km daripada pusat bandar. Banyak perkhidmatan bas melewati RHP  khususnya bas No 7.  Tambang standard RMB 2. Secara ringkasnya tidak susah untuk kesini. Dari jauh kita akan nampak sebuah pagoda bewarna merah dilereng bukit.  ZBA cuma berjalan kaki 30 minit daripada tempat penginapan.


RHP sebenarnya ialah sebuah taman riadah untuk warga kota menghabiskan masa pada hujung-hujung minggu.  Tidak banyak yang menarik disediakan.  Tetapi jika untuk melihat bandaraya Urumqi secara keseluruhan dari atas,  RHP adalah satu-satunya lokasi pilihan yang tepat.



























Grand Bazaar. Atau lebih dikenali dengan nama International Grand Bazaar (GB). Terletak 1 km daripada  pusat bandar atau dengan lain perkataan 20 minit berjalan  kaki daripada hotel Grand Three Inn tempat ZBA menginap.  Banyak bas menghala kesana. Rujuk "Chinatravelguide.com" untuk penerangan secara terperinci.

GB merupakan bazaar terbesar didunia dari segi keluasan (scale) dengan kombinasi Islamic Culture, architecture, ethnic commerce, tourism and entertainment. International Bazaar menempatkan pelbagai perniagaan        daripada
makanan sehinggalah theatre. Apa yang menarik disini ialah "Bangunan lama dan terkini" yang merupakan daya tarikan pelancung daripada seluruh dunia. Setiap petang diadakan persembahan yang merupakan acara yang paling digemari.
In Urumqi, there are ten ethnic minorities practicing Islam. It boasts 263 mosques now. The famous ones include Tartar Mosque and Qinghai Mosque and Southern Mosque and Shaanxi Mosque. Tartar mosque is the center for peaceful Islamic activities in the city. And Southern Mosque is an important historic heritage site. This center of Moslem worship was built in 1919 and subsequently renovated on three different occasions.
Masjid tertua di Urumqi

Keagungan sejarah "The Great Silk Road" membawa Islam daripada Asia Tengah melangkaui sehingga ke bumi  Xian. Disamping Islam mereka membawa sekali budaya dan cara hihup yang diamalkan sehingga kini.  Dari apa yang ZBA lihat daripada Xian sehingga ke barat China, masyarkat Islam hidup penuh harmoni bersama masyarakat lain di China. Mereka juga memegang ekonomi, pentadbiran dan sebagainya.  Jadi tidak hairanlah jika China juga mempunyai puluhan juta umat Islam dengan ribuan masjid sebagai tempat beribadat. 
Orang Islam di China adalah dari orang China sendiri. Kecuali di Urumqi, Kashgar, Tashgorkhan dan sempadan dengan Asia Tengah.  Mereka daripada kaum Tajik, Kyrg dan lain-lain kaum.  Mereka ini tidak fasih berbahasa China malah menggunakan bahasa mereka sendiri. Satu keistimewaan dan ZBA kagum dengan masyarakat China
Islam.  Mereka mengekalkan identiti mereka sendiri. Mereka bersongkok putih walau dimana sekali kita jumpa. Identitinya sah dan nyata, walaupun semasa musim sejuk bersalji tetapi songkok putih tetap dikepala.  Masyaallah. Manakala kaum wanita mereka jarang kelihatan ditempat awam,  jika ada mereka berpakaian muslimah yang taat.
Ada lagi beberapa tempat-tempat menarik yang wajar dilawati tetapi agak jauh daripada Urumqi.  Apa pun The Grand Bazaar adalah satu-satunya  destinasi wajib jika berada di Urumqi.
Makanan dan penginapan tidak menjadi masalah di Urumqi. Makanan halal cuma bergantung kepada pilihan dan harga amat berpatutan.  Dominan makanan mereka adalah berunsurkan mee dan daging khususnya daging kambing.  
Penginapan murah banyak didapati di kawasan Grand Bazaar. Manakala keselamatan di China adalah dalam tahap terbaik dan tiada masalah kepada pelancung asing.  Cuma satu "Bahasa". Bahasa adalah halangan utama untuk berkomunikasi dengan mereka.  Tidak kepada kita sahaja malah mereka sendiri. Ramai daripada masyarakat Islam daripada Asia Tengah tidak boleh berbahasa China dan sebaliknya walau pun mereka berada dinegara yang sama.
China adalah sebuah negara yang besar.  Raayatnya ramai dan kawalan keselamatan di tempat-tempat tertentu menjadi lebih ketat dan teliti. Contoh dilapangan terbang dan station keretapi.  Setiap penumpang diperiksa satu persatu sebagaimana di lapangan terbang.  Ini tidak terkecuali bagi penumpang asing.  Kita harus mematuhi peraturan sedia ada dan tiada pengecualian.
Oleh yang demikian ZBA ingin menasihati agar kita berada 2 jam lebih awal jika bergerak dengan keretapi. Perlu diingat keretapi China mempunyai sistem pengendalian penumpang yang baik dan teratur dan wajar dicontohi.  Manakala jadual perjalanan kebiasaanya adalah tepat dan keretapi bergerak mengikut jadual.   Mereka menyediakan psarana yang baik dan selesa bagi semua klas untuk semua penumpang yang menunggu.










Masa berlalu ZBA akan beredar meninggalkan Urumqi.  Kali ini menuju Turpan dan menghala ke Kashgar (Kashi).  

Perjalanan dengan keretapi dijangka mengambil masa 22 jam dan kami dijangka bertolak jam 1300pm dengan keretapi merentasi padang pasir yang tandus.  Tidak apa yang menarik dan dapat dilihat kecuali padang pasir dan jaluran trek keretapi
laju yang sedang dalam pembinaan.  Nun dikejauhan sekali sekala terdapat puluhan kincir angin berpusing menjana tenaga eletrik. Puluhan kali keretapi berhenti distesen menurun dan mengambil penumpang.  Bermakna disitu ada penempatan.  Dimana ada penempatan disitu ada tasik dan
anak sungai.  Pertanian dan ternakan adalah sumber rezeki mereka.
Paling ketara dilaluan ini banyak sekali ditanam dengan "cili padi". Mereka menjemur cili padi menjadikan padang pasir bewarna merah dan pemandangan ini adalah biasa dilihat selepas keretapi melintasi bandar Turpan.    


WELLCOME TO KASHGAR

1 comment:

  1. DEWA POKER | TEXAS HOLDEM POKER | POKER ONLINE | PERMAINAN POKER | TEXAS POKER | POKER ONLINE INDONESIA | ZYNGA POKER | POKER UANG ASLI
    **----------------------------**-----------------------------**
    Agent Judi Online TERPERCAYA di Indonesia
    Hanya dengan 1 User ID bisa bermain 7 GAME :
    ADU Q
    BANDAR Q
    DOMINO QQ
    POKER
    CAPSASUSUN
    BANDAR POKER
    SAKONG ONLINE ( NEW )
    ---------------------------------------------------------------**
    Kami juga menyediakan Bonus-Bonus Untuk Anda Semua :
    * BONUS ROLLINGAN 0,5% (Dibagikan setiap hari senin)
    * BONUS REFFERAL 15% ( Seumur Hidup )
    ------------------------------------------------------------------**
    Permainan di sahabat poker murni 100% PLAYER vs PLAYER tanpa BOT (ROBOT)

    ReplyDelete