Thursday, May 29, 2014

ANCIENT CITY OF EPHESUS


Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani

Assalamualaikum,
Sehari berehat dengan secukupnya selepas mengharungi perjalanan siang daripada Pamukkale ke Selcuk,  ZBA berkempatan pula melawat  apa yang dikatakan tentang Ancient City Of Ephesus. Kota purba zaman silam yang teletak 3km daripada bandar Selcuk. Selcuk tiada bezanya dengan bandar-bandar lain di Turkey.  Tetapi disini banyak kesan-kesan sejarah Rome yang boleh dilihat terpelihara sehingga ke hari ini.
Uniknya bandar Selcuk.  ZBA katakan sebagai bandar dalam dusun buah-buahan.  Kenapa tidak kerana dimana-mana dalam bandar ini akan ditanam dengan limau orange.  Secara kebetulan masa kunjungan ZBA buahnya menguning dan menampakan bandar ini ceria dan mesra alam. 
Walau bagaimana kami difahamkan bahawa buah orange tersebut hanyalah ditanam untuk perhiasan.  Boleh dimakan tetapi rasanya amat masam dan sesuai dibuat sebagai perahan limon. 
Selcuk memang terkenal dengan pengeluaran pertanian di Turkey khususnya minyak zaiton dan buah-buahan. Dengan sebab itu tidak hairanlah sejauh 230km perjalanan kita akan dapati usaha-usaha mereka menanam pokok-pokok zaiton, limau, anggur, apple dan sebagainya. ZBA dimaklumkan bahawa pengeluaran utama minyak zaiton dunia adalah datangnya daripada Selcuk.
Dikesempatan masa ZBA bersama penduduk setempat di Masjid Selcuk menghaziri upacara sembahyang jenazah. Cara mereka amat berbedza sekali dengan kita.  Jenazah diberi penghormatan diluar Masjid dengan kalungan bunga oleh pengunjung.   


Lepas sarapan pagi  dengan hidangan Turkey yang enakZBA memulakan hari ini dengan melawat The House of Virgin Mary dan Temple of Artemis yang terletak disebuah bukit mengadap Lautan Mediteranean.  Perjalanan mengambil masa kurang 30M pendakian yang berliku.  
Dari sumber bacaan ZBA, tidak ramai yang pernah kesini dan menceritakan tentangnya.






















Apa yang ZBA difahamkan bahawa Mary (Mariam Ibu kepada Nabi Allah Isa) pada satu ketika dulu telah datang dan menetap di Ephesus di akhir-akhir hayat beliau sehinggalah dikatakan beliau meninggal dunia disini.  Kepercayaan kita mesti lah berdasarkan kepada apa yang di ceritakan didalam Al-Quran dan tidak membaca kisah ini daripada sumber-sumber kepercayaan orang-orang Kristian.
Bangunan asal  rumah ini masih ujud sehingga sekarang seperti didalam gambar.  Walau bagaimanapun fungsinya  telah diubah menjadi sebuah gereja. Saban hari ribuan pengunjung akan melawat tempat ini sebagai khususnya bagi penganut-penganut Kristian.
Walau pun tengahari tetapi dalam cuaca sejuk ZBA meneruskan lawatan dan kali ini ke Ancient City of Ephesus yang terletak   dikaki    bukit     dimana

terletaknya rumah Virgin Mary.   Hierapolis ialah sebuah bandar purba yang terletak didalam sebuah kawasan puluhan hektar dimana ditengah-tengahnya  sebuah   bukit     dan dikelilingi  oleh "bandar atau penempatan".   Terdapat sebuah lurah didalamnya dimana boleh kita  ibaratkan sebagai  pusat pentadbiran   yang                     menempatkan  segala                                kemudahan.                                                                                                                                                                 





























Kalau pembaca amati bahawa lambang perubatan adalah bermula sejak bermulanya tamadhun awal.  Lambang itu kekal sehingga hari ini digunakan diseluruh dunia.




  


Ancient City of Ephesus.  Didalamnya terdapat apa yang dinamakan sebagai 
Basilica, Theatre, Roman Bath dan Necropolis.
Kemuncak kepada lawatan ke Celcuk ialah ZBA akan kembali ke Istanbul untuk meneruskan perjalanan ke Italy.  

No comments:

Post a Comment