Wednesday, May 14, 2014

ISTANBUL TOURISM CITY

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum,
Petang yang tenang dengan cuaca sejuk dibawah 15C, ZBA sampai dan mendarat dilapangan terbang Antarabangsa Istanbul Ataturk Airport. Disangkakan panas rupanya sejuk menanti. Semasa pesawat masih di taxiway, kelihatan bertunda-tunda pesawat setiap minit memasuki ruang (Bays) menurunkan penumpang. Sibuk dan sesibuknya.  Itulah Turkey. Negara sekular yang terkenal dengan kebanjiran pelancung daripada seluruh dunia.
Turkey negara didua benua, Europe dan Asia.  Membangun seiring dan merupakan negara papular kebanjiran pelancung dan pengembara.  Cantik dan kaya dengan kesan-kesan sejarah silam yang masih utuh untuk dipertontonkan. Islam dan kristian berkembang seiring tetapi pada akhirnya kembali kepada Islam yang syumul.  Pada pandangan saya Islam di Turkey telah kembali kepada keagungan masa silamnya walaupun masih dikatakan oleh banyak pihak sebagai sekular.
Dalam cuaca mendung dan sejuk kami keluar dari pesawat dan menuju proses imigrasi dan kastam.  Pertama kali, satu-satunya Airport yang pernah ZBA lalui dan melihat ratusan penumpang beratur untuk melintasi kaunter Imigrasi. Berpusing-pusing beratus meter beratur menunggu giliran. Syukur, walaupun demikian petugas Imigrasi mereka melayani setiap pengunjung dengan senyum mesra apatah lagi  dengan pembukaan kaunter yang banyak bagi menyenangkan penumpang.  Tidak sampai 30m proses berjalan lancar.  Untuk makluman semua raayat 1M yang berkunjung ke Turkey tidak dikenakan Visa bagi tempuh 90 hari.
Bukan saja semua proses berjalan lancar di Ataturk International Airport tetapi perkhidmatan lain-lainya juga amat profesional.  Kepada pengunjung yang keluar masuk mereka tidak perlu risau untuk bergerak sendiri dengan murah keseluruh Turkey.  Selain perkhidmatan teksi banyak pengangkutan lain menjadi pilihan.  Teksi mengenakan tambang sekitar TL45 untuk kepusat bandar (Sultanahmed) sejauh 38km dengan perjalanan selama 1J. Bus TL 3 dan Tram (Metro) TL 3 untuk perjalanan dari awal ke penghujung dengan syarat tidak berhenti diantara stesyen.  Murah dan berjalan lancar.  Bagi tram laluan Airport-Aksaray, perjalanan setiap 15m dan tambang yang dikenakan TL 3.  Satu Turkey Lira bersamaan RM 1.70 pada kadar biasa.
Turkey mengendalikan jutaan pelancung dengan amat efisyen. Cara rangkaian Tours Company beroperasi amat dikagumi. Pelancung  dilayan bagai menatang minyak yang penuh. Perjalanan  berjalan lancar disetiap destinasi walaupun kita daripada tour yang berlainan. Kenderaan awam (bas) amat selisa dengan pemanduan yang berhemah yang ditunjukan oleh kalangan pemandu mereka.   Pelancung dijamin keselamatan mereka dengan penerangan oleh pemandu pelancung yang berketeampilan dan profesional.  Sedikit komen.  Cara kita di 1M mengendalikan pelancung masih ditahap 10 tahun kebelakangan daripada apa yang diamalkan oleh Turkey.  
Dari pengalaman ZBA, kos pengangkutan, bayaran masuk, lokal transport dan segalanya yang berhubung dengan pergerakan adalah amat tinggi di Turkey memandangkan mereka menggunakan Euro dan TL.  Ini bermakna jika pertukaran dengan Rupiah 1M dilakukan, akan terjadinya longgokan kertas jika dibandingkan dengan nilai yang ada. Oleh yang demikian ZBA menyarankan agar kita mengambil local tour di Istanbul bagi menjimatkan kos dan masa disamping  kita boleh melihat banyak tempat dalam jangkamasa yang singkat. 
Kebanyakan budget local tour akan mengenakan bayaran serendah US450 untuk 8H/7M all inn termasuk kenderaan, makan, bayaran masuk dan hotel.  Ini bermakna selaku pengembara budget kira  hanya memerlukan sekitar RM 4,500.00 atau kurang bagi 10 hari berada di Turkey. 

Blue Mosque atas dan Hagia Sophia Mosque kanan.
Banyak daripada tempat-tempat bersejarah yang menjadi tumpuan pelancung adalah disekitar Sultanahmed.  Oleh yang demikian ZBA menasihatkan pembaca agar explore sendiri dengan menggunakan perkhidmatan awam seperti tram dan bus bagi menjimatkan kos.   Semuanya dalam lingkungan berjalan kaki. Secara menyeluruh, 2H adalah masa terbaik untuk tempat-tempat ini sahaja.  Manakala untuk  keseluruhan Istanbul setidak-tidaknya mengambil masa 5H/4M.  Turkey amat banyak sekali tempat-tempat menarik dan bersejarah yang perlu dilawati.
ZBA tidak bercadang untuk menerangkan satu persatu tentang tempat-tempat berkenaan. Memadailah ZBA nyatakan pembaca menyemak dengan google berdasarkan apa tujuan dan dimana hendak kita pergi.
Makanan di Turkey agak mahal dan mereka sinonim dengan daging dan roti.  Beli nasi ada roti.  Beli roti ada sayur.  Timun dan tomato adalah kegemaran mereka.  Ada nasi tetapi sejemput untuk dijamah.  Rasa.  Bagi yang sukakan masakan pedas sememangnya tiada. Bawa hot chille sendiri untuk menikmati selera sendiri.  Setakat untuk hidup dengan sedikit nasi tiada menjadi masalah. Perbandingan harga, purata makan tengahari ialah RM 25.00.  Keseluruhan untuk seorang makan bagi satu hari secara budget sekurang-kurangnya RM 60.00.
Penginapan.  Bergantung kepada musim.  Musim sejuk purata bilik standard Eur50 (November-April)  tetapi peningkatan berganda semasa summer diantara Mei-September. Oleh yang demikian bagi menjimatkan kos, pengembaraan antara Mac/April adalah digalakan.  Begitu juga tambang penerbangan ke Turkey.  Purata pulang pergi RM 2.5K. Paling murah ialah dengan Qatar Airway dan Saudi Airlines sekitar RM1.8K dan keatas.


















Selain daripada melihat kesan-kesan sejarah, ZBA juga menyarankan agar pembaca mengambil kesempatan melayari Laut Marmara yang terkenal dengan kecantikan landscapenya. Tidak perlu mengambil cruise yang mahal tetapi memadai dengan mengikuti ferry aktiviti penduduk setempat.  Sebagai contoh ZBA mendatangi Pulau Princess Island. Bermula daripada Tram Station Kodikoy yang juga ferry terminal dengan bayaran TL 10 pembaca akan dibawa selama 1J ke pulau tersebut.  Apa yang pentingnya bukan pulau tersebut tetapi pemandangan indah Kota Metropolitan Istanbul yang dapat kita lihat daripada Laut Marmara.  Tidak dapat dibawangkan dengan kata-kata.  Sesungguhnya Istanbul sememangnya cantik.  Tidak hairan setiap hari mungkin ratusan ribu pelancung akan melawat Istanbul dan Turkey amnya. 
Bagi ZBA, Istanbul dan Rome adalah dua kota paling istimewa didunia yang paling ramai memikat para pelancung daripada seluruh dunia. Sebut sahaja apa bangsa didunia yang tiada di Istanbul.  Mungkin satu bangsa sahaja. "Melayu". Sebab Melayu jarang meninggalkan negara mereka yang semuanya No1 didunia. Jadi apa perlu keluar negara menghabiskan wang, sedangkan panda juga telah dibawa dan disangkar
emaskan untuk kita lihat  agar tidak payah menghabiskan wang melawat Chengdu, di China.
Selain daripada melihat Istanbul daripada  Laut Marmara, pembaca juga disarankan tidak ketinggalan  untuk melayari Selat Bosphorus yang memisahkan dua benua, dua lautan dan dua Istanbul dalam dalam satu negara berdaulat Turkey. Sesungguhnya jika melawat Istanbul, tidak sah jika meninggalkan Selat Bosporus tanpa dilawati.


Sedikit fasal shopping. Mungkin sedap didengar oleh para pembaca wanita tetapi amat digeruni oleh lelaki yang membawa isteri bersama.     Tetapi tidak hairan bagi backpacker. Alasannya bagi "kaki merayap",  backpack cukup terhad untuk muatan.  Bagi ZBA itu semua hanya untuk santapan mata.  Pulang pergi dengan muatan yang sama.
Banyak sekali pusat beli belah "Bazaar" di Istanbul. Tidak terkecuali yang besar atau yang kecil.  Semuanya sama macam dinegara 1M.  Pusat mencekik yang tidak mengira jerung atau bilis.   Paling terkenal ialah "Grand Bazaar" yang terletak di kawasan terkenal di Istanbul dikenali sebagai Sultanahmet.
ZBA melapangkan masa merayap sekitar bazaar. Berbagai dan bermacam ada disana. Ribuan pengunjung penuh sesak dari awal dibuka sehinggalah ditutup. Sebagai makluman Grand Bazaar akan ditutup pada hari Ahad.   ZBA bukan berhasrat untuk membeli apa-apa sebaliknya melihat apa sebenarnya yang ada dan bagaimanakah aktiviti seharian berjalan. Sebagai dijangka, Grand bazaar sebenarnya bagi yang kebiasaan melawat Bent Than Market di HCMC, Bandung, Tanah Abang di Indonesia, Guangzhou di China dan lain-lain lagi pusat membeli belah yang pernah dilawati oleh wanita-wanita 1M, fenominanya adalah sama. Wanita Melayu memang terkenal dengan bangsa yang mudah lupa dan terlalu mengalah. Samalah di Grand Bazaar.  Ramai pekedai-pekedai yang boleh bertutur sepatah dua BM bagi menarik minat orang-orang 1M berbelanja.  Soal
jualbeli pokoknya keuntungan. Cara mana dan bagaimana itu soal kedua.  Itu sebab ZBA tidak pernah bertutur BM dimana-mana diluar negara apabila disapa dalam BM.  Sebab mereka ini sebenarnya tidak lebih daripada ajenda menipu secara terhormat  dengan dua tiga patah perkataan yang diketahui untuk mengaut keuntungan berganda.  Oleh yang demikian kepada pembaca wanita, luahan ini adalah dari pengalaman yang terjadi dihadapan mata apabila melihat wanita-wanita 1M berbelanja diluar negara.
ZBA meninggalkan Istanbul untuk meneruskan perjalanan ke Capodacia.  Walau bagaimanapun akan kembali semula seminggu dari sekarang.  Sebenarnya banyak yang boleh di nukilkan berhubung Istanbul.  Kita nantikan dalam tajuk yang berlainan. Insyaallah.





















 I WILL NEVER FORGET THIS !

No comments:

Post a Comment