Assalamualaikum,
Rasa terpanggil untuk melawat bandar ini. Apa tidaknya jarak daripada Selcuk cuma 22 km sahaja. Banyak bas awam sedia memberi perkhidmatan ulang alik dengan tambang RM 10.00 sehala.
Kusadasi terkenal dengan dengan jolokan "Resort town of Turkey Aegean Coast". Sebuah pekan peranginan tepi pantai yang cantik yang mengadap kepulauan-kepulauan Greek. Suasana bandar ini seakan-akan bandar elit kerana sepanjang masa akan dikunjungi oleh pelancung asing yang bertaraf elit. Mereka bukan pelancung biasa atau backpacker malah gulungan elit yang menghabiskan masa mereka dengan cruise-cruise mewah mengelilingi dunia. Oleh yang demikian tiada yang murah dibandar ini kerana semuanya bertaraf international.
Menjadi pintu masuk utama khususnya bagi penumpang-penumpang kapal-kapal pelayaran mewah dan yath yang akan melawat City of Hierapolis, Temple of Artemis, Ancient City of Ephesus dan sebagainya.
Cara terbaik untuk explore Kusadsi ialah dengan berjalan kaki.
Kusadasi ialah bandar tepian laut Mediretanean yang cantik dan mengadap ke Greek dengan pulau terdekat yang dikenali sebagai Samos. Perjalanan ke Samos boleh dilakukan dengan daily trip yang memakan masa 30m perjalanan sehala daripada Kusadasi.
Kepada semua pembaca yang telah melawati Selcuk, diharap tidak terlepas pandang dengan keindahan dan kecantikan Kusadasi. Ambillah peluang yang ada setidak-tidaknya satu malam berada dipusat peranginan tepian pantai ini.
Selamat datang dan selamat beristirehat. Malam nanti ZBA akan kembali ke Istanbul dalam perjalanan menuju Bandaraya Rome.
SEEN IS BETTER THEN LISTEN
No comments:
Post a Comment