Monday, March 24, 2014

FLORES OVERLAND TRIP

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum,

Sebenarnya bukan good morning Luang Prabang.  Tetapi good aftenoon Ruteng di kepulauan Flores. 
Tanah Flores masih menjadi daya tarikan tersendiri untuk dikunjungi.  Alam yang masih "perawan"  tetapi kesukaran menjadikan penentangan tersendiri. 
Sepetang hilir mudek dibandar Labuan Bajo menikmati keindahan sunset setelah 3H/2M dalam pelayaran menjejaki haiwan komodo. Suasana bandar ini damai dengan tiupan angin pantai yang menyegarkan.  Dari kejauhan lautan terpampang sebuah Masjid berkubahkan hijau seolah-olah menggamit setiap pengunjung yang beragama Islam.  
Labuan Baju dikatakan bandar terbesar di Flores.  Tetapi bandarnya tidak lebih daripada penempatan dikiri kanan sebuah jalan berdebu sepanjang lebih kurang 1.5km panjang dari hujung ke hujung.  Didepannya laut dan pelabuhan dan dibelakangnya kawasan berbukit. Satu suku bangsa tetapi berlainan agama.  50% x 50% antara Islam dan Protestan. Pekerjaan utama ialah nelayan laut dalam dan bertani.
Dimaklumlkan bahawa penangkapan ikan tuna adalah hasil utama mereka.  Harga sekilo sekitar RM12.00 dan saiz tuna sekecil 20 kg sehingga 100 kg. 
Terdapat beberapa hotel mewah tetapi semuanya diluar bandar dan terletak ditepi pantai. Manakala didalam bandar kebanyakanya hotel bertaraf sederhana dan budget.  Harga disekitar Rp100,000 sehingga Rp250,000 bergantung samaada berhawa dingin atau tidak. ZBA menginap di Bajo Beach Hotel dengan harga Rp150,000 untuk standard twin tanpa hawa dingin. Secara keseluruhannya hotel berharga Rp200,000 keatas adalah dalam keadaan berkemampuan dan agak selisa bagi bandar sebesar Labuan Bajo.
Cara terbaik untuk overland Flores adalah dengan menyewa kereta bersama pemandu (Supir).  Harga terbaik bagi seorang ialah Rp2,500.00 untuk 4H/3M termasuk hotel dan entrance fee tetapi tidak termasuk camera.  Camera dikenakan bayaran  sekitar Rp50,000. untuk orang asing dan Rp5,000 untuk lokal.  Perjalanan merentas Flores ialah sejauh 750km daripada Labuan Bajo - Ruteng - Bajawa - Ende - Moni dan Maumere atau seterusnya 137 km lagi ke Larantuka.
Kenderaan yang digunakan biasanya Toyota Advanza. Jika berdua, bertiga dan berempat dalam satu kenderaan, harga paling murah sekitar Rp1,800.00 bagi jangkamasa yang dinyatakan. Dengan kondisi jalan yang kurang selisa, bersimpang siur dan naik turun bukit, lurah dan sebagainya ZBA nasihatkan 3 penumpang adalah amat selisa bagi satu-satu perjalanan.  Dimaklumkan sepanjang 750 km (470 batu), tiada satu jalan selurus 1 km yang bakal ditempuh kecuali penuh dengan liku-liku tajam dan merbahaya.  Purata kederasan kenderaan dijalanan ialah antara 40 dan 70 kmj.  Kurangkan makan dan sediakan plastik muntah kepada sesiapa yang agak mabuk diatas jalanraya.
Pembaca boleh menggunakan kenderaan awam. Terdapat perkhidmatan bas disediakan diantara bandar-bandar yang dinyata.  Tetapi bagi perjalanan terus Labuan Bajo - Maumere akan bermalam di Bajawa dengan perbelanjaan sendiri dan perkhidmatanya adalah terhad kepada waktu-waktu tertentu sahaja. Terus terang ZBA nyatakan bahawa  perjalanan begini khususnya di Flores "amat tidak selisadan merbahaya serta mengambil masa disamping "risiko yang amat tinggi".  Apa pun tidak salah untuk mencuba satau-satu pengalaman.  
 Satu-satu perkhidmatan bas ekspress yang disediakan ialah oleh "Travel Gunung Mas" No Tel 08852 1047.  Tetapi pasti ingat bas yang digunakan bukanlah sebagaimana Trans-Nasional di Negara 1M.  Mereka sekadar  menggunakan "Bas Mini" dengan kapisiti lebih kurang 24 penumpang. (Silap-silap mereka masukan macam ayam dalam raga). 
Hari ini pastinya hari yang meletihkan.  ZBA akan menempuh perjalanan panjang melintasi sebahagian timur Flores daripada Labuan Bajo menuju Ruteng seteruskan perhentian pertama di Bajawa.  Labuan Baju - Ruteng 137 km dan Ruteng Bajawa 135 km.  Masa dianggarkan selama 10-11jam.  Nasib tidak menyebelahi ZBA hari ini.  Dek tanah runtuh yang menutup keseluruhan jalanraya di sebuah kawasan berbukit,  hujan dan becak, ZBA tergendala hampir dua jam sebelum dapat meneruskan perjalanan. 
Sebagaimana dinyatakan sebelumnya, hutan-hutan di Flores masih "perawan", cantik dan seolah-olah ditinggalkan oleh arus pembangunan.  Segar dan nyaman dengan penjanaan oksijan yang maksimum.  Ini
ditambah lagi dengan cuaca bukitnya yang dingin dan menyegarkan.   Oleh yang demikian sepanjang perjalanan yang dilalui daripada Labuan Bajo - Ruteng - Bajawa, semuanya menghijau.  Daripada hutan, tanaman dan sebagainya.  Jarang sekali kita temui tanah lapang kecuali kawasan hutan.  Jika ada pun ialah sawah padi yang juga sedang menghijau, tanaman kontan seperti jagung dan sayur-sayuran.
ZBA singgah sebentar dibandar Ruteng untuk makan tengahari.
Nasi padang memang sinonim dengan Indonesia.  Lazat dan ada dimana-mana. Kebanyakan para pedagang adalah pemastautin tetap yang didatangkan daripada Sumatra.  Sebelumnya ZBA melawat sebuah pusat kebudayaan masyarakat Manggarai di Ruteng. Meneruskan perjalanan ialah menuju Kampong Tado sejauh 21 km melalui Kampong Denge via Dintor. Dari situ berjalan kaki sejauh 4 km ke Waerebo untuk sampai ke satu-satunya kampong tradisi  masyarakat Manggarai yang terletak diparas 1,000dpl yang masih boleh dilihat.
Penat tetapi diwajah terbayang kepuasan. Seterusnya meneruskan perjalanan ke Bajawa. 45M sebelum Bajawa ZBA singgah di sebuah perkampungan dimana kawasan ini merupakan kawasan lembah yang ditanam dengan padi.  Satu yang menarik dapat dilihat disini ialah pesawah menanam padi dan petak-petak sawah dicantumkan menjadi "Spider wep" atau "sarang lelabah".  Secara kebetulan padi pada ketika ini pada
peringkat akan menunduk, kita dapat lihat dengan jelas jaluran-jaluran yang didatangkan dari berbagai arah bercantum disatu pusat membentuk sarang lelabah.  Pemandangan indah ini dapat dilihat dari sebuah bukit setinggi lebih kurang 50m.  Tiada bayaran khusus dikenakan memadai sedikit derma ikhlas sejumlah Rp10,000.  ZBA sampai di lembah Bajawa lewat petang dalam cuaca amat dingin.
Bajawa "Kota dingin".  Sememangnya sejuk diwaktu malam. Sebuah bandar dikelilingi oleh bukit bukau dan tertetak di tengah-tengah Kepulauan Flores. Tingginya 6,000dpl dengan sejumlah 50,000 penduduk. Majoriti penduduk berugama kristian dari suku kaum Ngadha. Banyak tempat-tempat menarik boleh dilawati disini seperti gunung berapi, air panas, kebudayaan setempat dan cara hidup sesuatu kaum.   Sekiranya pembaca melewati daerah in pada Disember-Febuari jangan lupa melawat Bena dimana diadakan acara "Tradasional Thankgiving" yang dikenali sebagai "Reba". Atau setiap bulan Jun-Julai diadakan perlawanan tradisional tinju dikenali sebagai "Sagi atau Sudu" disebuah bandar kecil di Soa atau Wolorowa pada setiap tahun.  ZBA berkesempatan melawat beberapa tempat menarik sepanjang berada di Bajawa.


Bena Village.  Terletak 8 km daripada Bajawa dengan melalui laluan berliku. Meredah kampung, belukar dan hutan buluh dan turun naik bukit disamping kita dapat melihat dengan jelas gunung berapi Inerie. Merupakan   kampung    tradisi
yang masih dipelihara tetapi lebih sebagai "Tourist Attraction".  Berdekatan dengan Bena Village terdapat beberapa lagi perkampungan tradisi yang dikenali sebagai Bela, Nage, Suza dan Jerebu'u.

Terletak 15 km daripada Bajawa melalui bandar kecil Mangulewa melalui kawasan tanaman koko dan penanaman buluh.  Disini penduduk tempatan masih mengekalkan tradisi adat resam turun temurun.  Setiap rumah  yang dibena mengikut bentuk tradisi lama dan didalam bilik  akan digantungkan dengan simbul Su'awi atau Vi'i yang merupakan satu amalan kepercayaan kunu.  (Su'awi is sticks of bamboo tied with dried squash and cocanut shells).   

Wogo              Village.
Kepada pembaca yang ingin mengenali secara dekat kehidupan masyarakat  di Mangulewa, Sobo dan Wogo, terdapat lokal tour yang bekerjasama dengan penduduk tempatan untuk mengatur seremoni tarian klassik seperti tarian Jai dan Teke.
Satu lagi tempat menarik ialah Mengerudu Air Panas, 25 km           daripada             Bajawa. 
Pertembungan diantara dua anak sungai daripada kawasan pergunungan.  Dari arah kiri mengalir air sejuk yang deras dan dari kanan mengalir air panas dari anak sungai yang berlainan. Pertembungan ini membentuk air suam yang segar dan sangat sesuai untuk mandi manda. Tiada bayaran dikenakan tetapi untuk kesana terpaksa menempuh laluan berbatu yang agak sukar. 

Tengahari ZBA meneruskan perjalanan menuju Ende dan bercadang untuk bermalam di Moni sebelum awal pagi menikmati keindahan sunrise di Gunung berapi Kelimutu.  Perjalanan yang penat dan meletihkan.  Laluan berliku dan dikiri kanan ialah hutan rimba.  Sekali sekala menempuh kawasan bandar-bandar kecil, penempatan penduduk dan  ZBA berhenti 
untuk  berehat,   minum     dan sesambil menikmati keindahan alam ciptaan Allah.    Salah satu bandar terbesar diperjalanan ini ialah Ende.  Bantar tepi pantai yang cantik dengan sebuah Masjid tersergam indah dilaluan masuk.   Difahamkam Ende merupakan bandar yang paling banyak dihuni oleh masyarakat Islam pedagang yang datangnya daripada seluruh Indonesia. Secara amnya ZBA tidak singgah dikota Ende kerana waktu telah petang dan perjalanan  masih memerlukan lebih kurang 3 jam. Kami berhenti sekadar mengambil gambar. Dibawah ialah gambar  Blue Stone Beach yang terkenal dengan batu-batu yang bewarna biru.
          




















Kini Ende ditinggal pergi dengan arah tujuan Moni.  Sebuah pekan kecil sebagai transit untuk mendaki Gunung Kelimutu yang terkenal dengan kecantikan 3  danau yang berlainan warna yang menjadi impian setiap pengembara ke Flores. Danau Kelimutu terletak diketinggian 1,640dpl dan kali terahir meletus ialah pada tahun 1969.  Dari Moni untuk ke Gunung Kelimutu mengambil masa 40 minit berkenderaan untuk sampai di Kelimutu National Park. Dari sana  pelawat terpaksa berjalan kaki mendaki anak tangga setinggi lebih kurang 100m dalam kegelapan malam sekitar jam 5.00am dengan suhu berada sekitar 18C. Berjalan lagi di tanah datar sejauh 400meter dan sekali lagi mendaki dianak tangga sejauh 200m untuk sampai kemenara tinjau.  
Moni sekadar sebuah kampung dan tidak lebih daripada itu.  Keistimewaanya ialah sebagai pengantara bagi pelancong untuk bermalam sebelum awal-awal subuh menaiki Gunung Kelimutu. Sunggupun demikian, Moni berjaya                  menyediakan
keperluan asas penginapan yang bersesuaian.  Sebagai makluman bagi kaum muslimin yang sampai disini mereka tidak harus kelaparan kerana terdapat 3 buah kedai makan dan juga mengusahakan chelet untuk disewa pada harga purata  Rp 200,000 dan keatas.  Satunya Arianty GH, Al-Hidayah dan Nusa Bunga.  Kedudukan mereka bersebelahan jalan besar Ende ke Maumere.  Jarak antara satu sama lain lebih jurang 70m.  
Dipuncak Gunung Kelimutu terdapat 3 buah danau yang berbedza warna pada setiap tahun disebabkan oleh aktiviti alam dan gunung. Warna danau Tiwu Ata Mbupu (Danau bagi arwah orang tua) bewarna biru.  Danau Tiwu Nua Muri Koo Fai (Danau bagi arwah muda-mudi)  bewarna hijau.  Manakala danau Tiwu Ata Polo (Danau bagi orang jahat) bewarna choklat.  Masyarakat setempat mempercayai perubahan warna kepada ketiga-tiga danau tersebut adalah disebabkan perubahan dalam politik dan sosial yang terjadi di Indonesia.
                   Gambar2
Kiri : Danau Tiwu Ato Mbupu
Kanan sekali : Danau Tiwu Ata Polo dan dibawah : Danau Tiwo Naamuri Koofai.
Selepas menikmati keindahan matahari terbit di puncak Gunung Kelimutu dan abadikan kecantikan dalam lensa masing-masing, ZBA pulang dan bersiap untuk destinasi terahir ke Maumere.  
Tiada banyak perbezaan muka bumi daripada Moni ke Maumere.  Maumere bandar terbesar didaerah Sikka sebelum Larantuka bandar paling terahir ke timur Flores.  Sebelum Maumere ada dua tempat bersejarah peninggalan Portugis di Flores iaitu Lela dan Sikka. (Gereja lama dan tertua). 
ZBA tidak singgah didua bandar kecil tersebut walaupun hanya 23 km daripada Maumere.   ZBA lebih senang menjejaki kaum muslimin yang bermastautin di sebuah kampung 2 km daripada Maumere dikenali sebagai Kampung Wuring yang mempunyai penduduk 100% Islam daripada 2,200 orang.

Kampung Wuring ialah sebuah kampung nelayan yang didiami oleh dua kelumpuk terbesar masyarakat Islam di Maumere. Satunya daripada Suku Bugis berasal daripada Sulawesi dan satu puak lagi ialah suku kaum Bajau yang terkenal dengan kehandalan mereka menguasai lautan.  Mereka keseluruhanya berugama Islam dan tinggal aman damai sebagai nelayan. Walaupun begitu, dilihat secara keseluruhan mereka adalah  miskin dan kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang.

Oleh yang demikian kepada pembaca yang membaca catatan ini agar dapat menyampaikan massage ini secara terang kepada kepada dermawan kita di1M.  Bagus selama ini kita selalu menyalurkan "Daging korban" ke Kemboja tetapi jangan lupa hakikatnya ada lagi  saudara semuslim kita yang memerlukan bantuan. Pandanglah ke Maumere, Bima dan keseluruhan Nusa Tenggara Barat yang minoriti penduduknya seugama dengan kita.  Islam.  Sesungguhnya Islam itu bersaudara.

Kampung Wuring megah dengan sebuah Masjid dan didalamnya kumpulan Tabliq mengimarahkan Masjid. Alhamdulillah ZBA mengambil kesempatan itu berbual dengan mereka tentang Islam di Maumere khususnya berhubung dakwah dan aktiviti.  Setakat yang dimahlumkan, Alhamdulillah didaerah Sikka mempunyai 45 buah Masjid dengan penduduk yang berugama Islam sekitar 30,000 orang.


















Lihat kanak-kanak ini berganding tenaga bersama-sama ayah dan ibu serta sanak saudara mengangkut bancuhan simen untuk pembinaan sebuah Surau dipelantar laut. Gambar bawah menunjukan tapak sebuah Surau bersama-sama kanak-kanak muslimin setempat.



















Maumere dari kata mata penulis hanyalah sebuah bandar yang menyaksikan kedatangan pelancung  untuk berehat sebelum meneruskan perjalanan ke Gunung Kelimutu atau meneruskan overland Kepulauan Flores dari timur ke barat.  Satu-satunya pantai yang menarik ialah Waiara Beach yang terletak 12 km daripada Maumere. Sesuai untuk mandi manda dan snorkeling.










ZBA menginap di Pelita Hotel dengan kadar terbaik Rp 290,000 yang terletak dipinggir pantai dan 5 minit perjalanan dengan kenderaan gratis ke lapangan terbang.  Serba serbi selesa dengan minuman pagi yang amat menyelerakan.  
Disini  berahirnya 10H/9M ZBA mengelingkap rahsia Kepulauan Flores khususnya dan amnya Nusa Tenggara Barat. Banyak isi yang berguna dan pengalaman yang mencabar. Sebagai makluman pembaca, dalam pengembaraan ini ZBA berkongsi dengan seorang teman yang berasal daripada German selama 4H/3M merentas bumi Flores bertuah.  Keesokan harinya ZBA dijangka terbang ke Bali dan seterusnya 1M.  As Salam buat semua dan kenalilah Flores dimata sendiri bukan sekadar dari pengalaman "ZBA Perayap Jalanan".

http//:www.zainaltobiaqtravel.blogspot.com

3 comments:

  1. Terima kasih catatan yg bnyak memberi pengetahuan..

    ReplyDelete
  2. PM atau email saya jika berkehendakan maklumat lanjut. Insyaallah

    ReplyDelete
  3. terima kasih atas maklumat yang sangat berguna.. insya allah lepas raya ni saya akan travel overland dr Lombok ke Kupang, merentas Sumba & Flores :)

    ReplyDelete