Friday, March 28, 2014

KUPANG NUSA TENGGARA BARAT

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum,
Dengan mobil gratis beserta supir daripada hotel ke Bandara Frans Seda beerti malam nanti ZBA telah berada di Bali. Tempahan pesawat Sky-Aviation disaat akhir kerana menunggu teman-teman yang berjanji untuk turut serta ke Flores rupa-rupanya telah membawa padah. Sudahlah harganya telah meningkat mahal, manakala penerbanganya pula telah dibatalkan tanpa sebarang makluman.  Mengikut kata pegawai bertugas panggilan telefon telah dibuat manakala email telah dihantar.  Berbelek dalam talifon tiada dicatatkan sebarang panggilan masuk manakala email telah seminggu tidak dibaca.  
Berlaku perang mulut antara ZBA    dan    pegawai   berkenaan. 
ZBA berkeras dalam apa keadaan sekali pun penerbangan petang ini harus diteruskan agar tidak terlepas connecting flight pada keesokan harinya.   Nasib menyebelahi ZBA secara kebetulan ada dua lagi penerbangan keluar daripada Maumere petang ini menuju Kupang dengan pesawat berkipas (Baling-baling).  Dalam hati kecil berbisik, telah 20 tahun tidak menaiki pesawat jenis ini. Terkenang peristiwa MH370 berlegar-legar didalam kepala. Teringat pesawat Caribau dan Dart Herald satu ketika dulu. Hati menjadi gementar tetapi digagahi juga dek kerana dua hikmah.

Pertama kerana ZBA dapat terbang  melewati bandar Kupang di Timur Barat. Sesuatu yang tidak pernah terfikir untuk sampai di Kupang sebelumnya. Kedua, keesokan harinya dapat terbang bersama pesawat jet penerbangan Garuda daripada

Kupang ke Bali. Alhamdulillah, sejam kemudian penerbangan pesawat berkipas ATR-700 mendarat dengan selamat di Bandara El Tari Kupang.   Masa masih ada dan kesempatan ini memberi laluan kepada ZBA untuk merayap ke bandar Kupang yang terletak 9.7km daripada bandara.
Segala memang hikmah yang terancang.  Sekali lagi Allah mempermudahkan perjalanan ini. Kebetulan seorang pemandu ojek bersetuju membawa ZBA kekota Kupang dan seterusnya menghantar ke hotel penginapan dan besoknya mengambil dan dihantarkan semula ke Bandara El Tari dengan bayaran Rp 50,000.  
Hampir 2 jam kami melewati bandar Kupang.  Bandar ini tidaklah sebesar sebagaimana disangkakan  memadai dengan satu pusingan.  Banyak yang dapat dilihat dan diabadikan sebagai kenangan.  Mempunyai jalan dua lorong yang cantik dan kotanya tidak banyak perubahan dengan kota-kota lain di seluruh Indonesia.  Majoriti penduduk Kupang adalah Protestan dan Islam.  Hasil utama adalah pertanian dan perikanan juga sebagai kota pemerintah terbesar didaerah Nusa Tenggara Barat. 





















Keesokan harinya ZBA berlepas ke Bali dari Bandara El Tari Kupang.  Dalam keadaan demikian, sekali syukur kehadrat Ilahi kerana dengan hikmahNya Kupang termasuk dalam destinasi terahir dalam pengembaraan "Hunting Komodo by 7D Camera".  
Secara keseluruhanya perjalanan 11H/10M berahir di Denpasar, Bali. Laluan yang dilalui ialah Kuala Lumpur-Lombok-Mataran-Labuan Lombok-Komodo Island dan Labuan Bajo (Sea trial).  Overland Flores daripada Labuan Bajo-Ruteng-Bajawa-Ende-Moni dan Maumere.  Fly off Maumere-Kupang-Bali dan Kuala Lumpur.  Perbelanjaan keseluruhan ialah sekitar RM 1.7K.









SALAM HORMAT
from
zainaltobiak@yahoo.com.my
for further detail.

No comments:

Post a Comment