Assalamualaikum,
Pai, dalam bahasa Thai tetapi dalam Bahasa Malaysia membawa pengertian sebagai "Pergi". Mana mungkin "pergi". Tetapi itulah nama bagi sebuah pekan kecil terletak diutara 134km daripada Chiang Mai. Meo Hon Son pula 100km keutara daripada Pai bersempadan dengan Myanmar. Perjalanan untuk kesana dengan Van mengambil masa 4J menempuh laluan gunung ganang yang berliku dan amat mencabar. satu trip sahaja perjalanan Van penumpang bagi laluan ini setiap hari bermula jam 08.30 pagi.
Pai. Sebuah pekan kecil terletak dilembah pergunungan yang subur. Ditengah-tengahnya mengalir sebuah anak Sungai Pai yang cetek dan mengalir lesu airnya yang jerneh dan sejuk. Sekali sekala kelihatan pelancung barat berakit menghilir dalam gelak ketawa penuh keceriaan.
pelancung barat. Perjalanan kesana mungkin agak merbahaya tetapi walau bagaimanapun jalanrayanya cantik dan pemanduan berhemah daripada pemandu Thailand membolehkan kita tidur lena dalam perjalanan. Sehari hanya terdapat dua sahaja pengangkutan bas awam kesana. Selebihnya dimonopoli oleh Van yang bertolak meninggalkan Terminal Dua Chiang Mai dan sebaliknya setiap 1J sekali. Tambang yang dikenakan B150 sehala.
Perjalanan ke Pai agak lama jika dibandingkan dengan jarak diantara kedua
bandar tersebut. 3J30M dengan satu toilet break selama 10M. Ingat, laluan H1095 sememangnya terkenal. 38 km yang pertama kita menempuh jalan biasa dan berbaki 78 km berikutnya pembaca akan merasai pengalaman yang amat berharga. Terkenal dengan selekoh-selekoh tajam dan cantas. 762 berbagai selekoh wajib ditempuhi. Dari selekoh "S" ke selekoh "U" dan seterusnya selekoh "V". Naik turun pergunungan perkara biasa. Sekejab dilembah, sekejab dipergunungan. Turun lagi, naik semula. Berpusing kekiri sekejab lagi kekanan. Kini berada dipuncak pokok dan entah bila turun kepangkal. Atas dan bawah, begitulah sehingga pembaca hatam 762 selekoh. Satu pengalaman yang amat berharga kerana ramai yang menjual "bubur kacang" didalam Van. Oleh yang demikian pastikan plastik muntah tersedia. Tiada pengangkutan udara untuk ke Pai. Jalanraya adalah satu-satunya laluan tersedia.

Bagi peringkat pertama menuju Pai, kita melalui perbandaran Chiang Mai dan fasa kedua ialah hutan simpanan dan hutan belantara. Jarang sekali ternampak penempatan penduduk disepanjang perjananan kecuali 10 km terahir dengan pemandangan sawah padi yang cantik dilembah Pai.
Pada ZBA, Pai tidak mempunyai keistimewaan apa-apa. Memadai sebagai sebuah bandar kecil tetapi dibangunkan bagi keperluan pelancung setanding dengan destinasi-destinasi pelancungan di Thailand. Bandar kecil dikelilingi sawah padi dan perkampungan dengan kurang lebih 3,000 penduduk. Walau bagaimanapun keistimewaan Pai ialah destinasi pelancungan berkonsepkan "Homestay" dan hidup bersama orang kampung. Segalanya murah dan berkemampuan bagi semua bentuk katogeri pelancung. Bayangkan pembaca boleh menginap dengan selesa disini cuma berbekalkan RM 20.00 semalam bagi sebuah hotel sederhana. Makanan pula dalam lingkungan RM 4.00 sekali makan. Shopping. Boleh tahan juga murahnya jika dibandingkan dengan Chiang Mai. Almaklum banyak barangan disini datangnya daripada Myanmar.
Bagi mengenali Pai dengan lebih terperinci, ZBA nasihatkan pembaca membuat carian melalui google. Banyak maklumat boleh didapati disana. Oleh yang demikian memadailah secara ringkas ZBA nyatakan pengalaman ringkas ini sebagai panduan. ZBA akan menulis khusus berikutnya tentang masyarakat Islam Pai (Pai Muslims)
bandar tersebut. 3J30M dengan satu toilet break selama 10M. Ingat, laluan H1095 sememangnya terkenal. 38 km yang pertama kita menempuh jalan biasa dan berbaki 78 km berikutnya pembaca akan merasai pengalaman yang amat berharga. Terkenal dengan selekoh-selekoh tajam dan cantas. 762 berbagai selekoh wajib ditempuhi. Dari selekoh "S" ke selekoh "U" dan seterusnya selekoh "V". Naik turun pergunungan perkara biasa. Sekejab dilembah, sekejab dipergunungan. Turun lagi, naik semula. Berpusing kekiri sekejab lagi kekanan. Kini berada dipuncak pokok dan entah bila turun kepangkal. Atas dan bawah, begitulah sehingga pembaca hatam 762 selekoh. Satu pengalaman yang amat berharga kerana ramai yang menjual "bubur kacang" didalam Van. Oleh yang demikian pastikan plastik muntah tersedia. Tiada pengangkutan udara untuk ke Pai. Jalanraya adalah satu-satunya laluan tersedia.
Melayu mengatakan terdapat segelintir moyang masyarakat Melayu berasal daripada Yunnan, China. Mereka berhijrah ke Semenanjung Tanah Melayu (Kini Tanah Melayu telah digadaikan menjadi 1Malaysia) dan berkahwin dengan masyarakat tempatan sebelum berkembang memasuki Nusantara seperti disepanjang Sungai Mekong.
Pai. Majoriti penduduknya seramai 3,000 orang. Dari jumlah tersebut dianggarkan 200 orang sahaja berugama Islam dengan purata 50 buah keluarga.
Mempunyai sebuah Masjid yang besar dan boleh menampung kira-kira 200 jemaah dalam satu-satu masa dan sebuah sekolah agama untuk pembelajaran kanak-kanak. Mereka mengamalkan Mazhab Hanafi berdasarkan aturan saf-saf didalam Masjid. Saf-saf diatur dalam bentuk panjang melintang dan memendek kearah belakang. Manalaka bagi Mazhab Sunnah Waljama'ah mithalnya saf-saf dibentuk memendek melintang dan membuka jauh kebelakang. Terdapt dua Imam bertugas sepenuh masa. Imam pertamanya dari keturunan Thai dan satu lagi dari keturunan China daripada Yunnan.
Keistimewaan Imam Al-Hafiz Ustaz Muhammad Islah ialah beliau seorang yang buta sejak menjalani pembedahan mata
Sungguh pun beliau seorang yang buta penglihatan namun Allah telah memberikan cahaya didalam hatinya sebagai Al-Hafiz Kitabullah.
Pai. Dimaklumkan telah menerima Islam sejak dahulu kala. Masyarakat Islam telah menduduki bumi Pai dan menguasai sebahagian daripada tanah-tanah di Lembah Pai. Sehingga kini masyarakat Islam Pai dikatakan masyarakat yang berada. Mereka menjalankan perniagaan sejak turun temurun dan tidak hairanlah jika pembaca memasuki "Pasar malam Pai", kelihatan peniaga dari kalangan orang-orang Islam dimana-mana. Bukan setakat peniagaan pasar malam, bahkan ada diantara mereka menjalankan perniagaan yang lebih besar dari dijangkakan.
Dengan kebanjiran pelancung, tidak hairanlah satu hari nanti Pai akan menjadi lebih terkenal amnya dan khususnya masyarakat minoriti Islam akan lebih dikenali sebagai masyarakat yang gigih dan berjaya menandingi masyarakat lain dalam perniagaan.
Sehubungan dengan itu, Islam akan lebih dihormati dan dikenali di Pai. Insyaallah.
http://www.zainaltobiaqtravel.blogspot.com
Salam En Zainal, mmg best melawat.Cantik dan bersih.Saya pergi dengan kawan dengan motor.Kalau ada email boleh saya post gambar.
ReplyDeleteYa. kenapa mereka dapat membina sebuah pekampungan menjadi pusat pelancungan terkenal. Kenapa dan mengapa tidak kita. Itu persolannya kan ?
DeleteSetuju...jawapannya pun ada......Kenapa?Kampung kita makin hilang indahnya..Mengapa......Kebersihan sudah kurang, sg pun susah nak cari yang bersih.Suka lihat bersih tapi tak suka menjaga kebersihan@keindahan.
Delete