Sunday, January 19, 2014

LUANG PRABANG MEKONG RIVER ADVENTURE

Dengan Nama Allah yang Pemurah lagi Maha Pengasihani

Assalamualaikum,
Sekiranya pembaca ingin merentas Laos daripada Luang Prabang ke Chiang Rai, Thailand terdapat beberapa pilihan samaada dengan penerbangan, kenderaan darat dan laluan Sungai Mekong dengan menggunakan feri.  Tetapi jika kita mempunyai masa yang terluang dan tidak terikat dengan masa, option terbaik ialah dengan memudiki Sungai Mekong dengan menggunakan perkhidmatan boat.  Dua jenis perkhidmatan boat disediakan. Slow boat dan fast boat. Jika menggunakan slow boat perjalanan mudik kehulu akan mengambil masa 9-10 jam sejauh 154 km dan break journey di Pakbeng sebelum meneruskan perjalanan       pada        keesokan

harinya.  Boat akan bertolak daripada Luang Prabang setiap hari  jam 0830 pagi dan dijangka sampai sekitar jam 18.30pm.  Tambang yang dikenakan ialah Kip110,000 bagi setengah perjalanan sehala ke Pakbeng. Perjalanan berikutnya daripada Pakbeng ke Huoay Xai pula akan mengambil masa 8-9 jam sejauh 153 km.  Tambang yang dikenakan juga Kip 110,000.  Slow boat dapat memuatkan lebih kurang 40-50 penumpang bagi satu-satu perjalanan.

Kepada sesiapa yang mengejar masa tetapi ingin mencari pengalaman menyusuri Sungai Mekong, mereka boleh memilih dengan menggunakan perkhidmatan fast boat. Tambangnya agak mahal Kip360,000 dari Luang Prabang ke Huoay Xai.  Masa perjalanan cuma 6-7 jam. Kebiasaanya fast boat akan bertolak jam 0900 pagi dalam kumpulan  4-5 buah boat  sehala.
Setiap sebuah boat boleh memuatkan maksima 7 penumpang dengan seorang jurumudi.  
Pembelian tiket boleh didapati daripada ajen-ajen di Luang Prabang dan juga diterminal boat ditebing Sungai Mekong.  Harga tiket pembelian terus ialah Luang Prabang ke Pakbeng Kip110,000 dan Pakbeng ke Huoay Xai Kip110,000. Perlu diingat bahawa dewasa ini perkhidmatan boat tidak lagi berpusat dipusat bandar Luang Prabang tetapi telah diubah keterminal baru yang terletak 5km daripada pusat bandar menghala ke lapangan terbang. Tambang tuk-tuk untuk ke terminal ialah kip20,000 seorang.
Memudiki Sungai Mekong bukanlah satu laluan sukar malah tidak sesenang sebagaimana disangka.  Dari Luang Prabang hingga ke Huoay Xai adalah menongkah arus dengan dua keadaan  samaada air pasang dan air surut.   Manakala daripada Huoay Xai ke Luang Prabang sememangnya agak senang kerana senantiasa menurun arus. Apa pun Sungai Mekong bukan calang-calang sungai kerana boat-boat memerlukan jurumudi yang mahir bagi mengelakan kejadian yang tidak diingini. 
Al-maklum Sungai Mekong berada dilaluan pergunungan dan tanah    tinggi.  Jarang  kita  lihat   tebingnya  landai   dengan lembah-lembah    menandakan kawasan tanah   rata.   Kedalaman semasa air pasang melebihi 100M dan ketika air surut dilingkungan 50M.  Oleh yang demikian ketika air surut ya'ani musim kemarau  beting-beting batu-batu pejal  lintang pukang ditengah-tengah sungai. Ini ditambah lagi dengan arus yang deras dalam suasana air keruh.
Itu menjadi salah satu sebab kenapa pelancung tidak digalakan  untuk menggunakan perkhidmatan "Speed Boats", lebih-lebih lagi semasa musim kemarau dimana arusnya sangat deras dan airnya cetek.
Sepanjang perjalanan daripada Luang Prabang ke Pakbeng dan seterusnya Huoay Xai tidak banyak yang menjadi tarikan.  Ini ditambahkan lagi dengan boat yang perlahan dan masa yang dilalui terlampau panjang dalam suasana pemandangan dan aktiviti yang sama.  Ramai pelancung barat menghabiskan masa dengan membaca dan tidur sepanjang perjalanan.
Tetapi bagi ZBA, Sungai Mekong mempunyai keistimewaan yang tersendiri.  Selain daripada laluan pengangkutan  bagi raayat Laos, Thailand dan Myanmar, ia juga sebagai sumber mata pencarian penduduk setempat.  
Dilihat dikiri kanan tebing sungai pula tidak banyak penempatan penduduk kecuali dalam jarak 10-20 km adanya satu-satu perkampungan. Mereka kebanyakanya petani, penternak dan nelayan sungai ada juga mengusahakan pertanian seperti jagung, sayur-sayuran, padi dan tanaman kontan yang lain.  

Paling ketara di tebing-tebing sungai mereka juga mengusakan tanaman kayu jati yang dimaklumkan mendapat pasaran yang baik daripada Taiwan.   Inilah yang dapat kita lihat sepanjang 300 lebih km semasa ZBA menyusuri Sungai Mekong daripada Luang Prabang hinggalah ke Huoay Xai.
Berbedza dengan perjalanan sungai-sungai yang pernah ZBA kunjungi dan lalui, Sungai Mekong sebenarnya bebas daripada sampah sarap.  Hanyutan kayu kayan, kiambang dan sebagainya.  Apa yang terdapat didalamnya adalah batu-batu pejal yang menguak air menandakan laluan cetek dan dalam yang selamat dilalui.  

Berikut adalah gambar yang sempat ZBA rakamkan untuk tontunan pembaca sekelian.
                               Pelesit Sungai Mekong dengan aksi-aksi menggerunkan.
 Penempatan penduduk Laos  yang bersempadan dengan Thailand
 Port Ekspress Sungai Mekong
 Penduduk tempatan menunggu untuk menumpang "Slow Boat" di tebing Sungai Mekong
 Gadis-gadis mandi manda di Sunagi Mekong tatkala senja petang























Sunset di sempadan Laos dan Thailand berhampiran Chiang Kong dan Huoay Xai.
Huoay Xai Hotel Laos 






















Satu perjalanan yang meletihkan.  Mengharungi cabaran Sungai Mekong dalam cuaca sejuk dibawah 20C. Ditengah air kuning mengalir deras manakala ditebing pula hutan rimba yang menghijau.  Pantai-pantai pasir terdampar memutih dikiiri kanan sungai disesetengah tempat.  Perjalanan 11 jam berahir di Huoay Xai.  Diair muka masing-masing nampak keletihan dan lesu tetapi dihati siapa yang tahu.  Bagi ZBA, Alhamdulillah tercapai sudah hasrat untuk menakluki Sungai Mekong.  Sungai yang membawa seribu kenangan sejak ujudnya maya ini.
ZBA keluar untuk mengenali Huoay Xai pada keesokan harinya sebelum meninggalkan Laos dan memasuki Thailand melalui Chiang Kong.  Sebagai makluman, mulai 12 Dis 2014 tiada lagi perkhidmatan boat ulang alik diantara dua bandar ditebing Sungai Mekong, Chiang Kong dan Huoay Xai.  Pelawat antarabangsa yang hendak memasuki diantara dua bandar tersebut dikehendaki menggunakan jambatan "Friendly Bridge" yang terletak 12 km dintaranya.  Lengkap dengan kemudahan Imigresen, Kastam dan sebagainya. 
Laos overland 7D/6N berahir disini
Kongsi pengalaman bersama  :
http://www.zainataltobiaqtravel.blogspot.com



1 comment:

  1. sesuatu yang menarik...
    saya ingin tahu..adakah bot atau feri dari laos ke ho chi minh vietnam

    ReplyDelete