Monday, November 18, 2013

LAOS OVERLAND TRIP

Dengan Nama Allah yang Pemurah lagi Maha Pengasihani,

Assalamualikum,
Sepuluh tahun lalu, belantara ini pernah diterokai tetapi kini jangkauan masa telah berlalu dan sudah tentu banyak perubahan yang telah dan sedang dibangunkan.  Kalau dulu satu-satunya laluan ke Vientiane ialah melalui Frienly Bridge merentasi Sungai Mekong dengan perjalanan keretapi daripada Bangkok. 
Kini segalanya berubah dan Laos telah pun berkembang pesat sejajar dengan jiran-jiran ASEAN yang lain.  Banyak penerbangan antarabangsa telah membuka ruang untuk kedatangan pelancung dan pengembara.  Satu-satunya ialah penerbangan Air Asia, penerbangan terus daripada Kuala Lumpur.


Perayap Jalanan memulakan langkah kembali setelah sejak sekian lama.  Kali ini lokasi cadangan ialah  Vientiane, Vang Vieng, Luang Prabang, Pak Beng dan Huoay Xai.  Memudiki Sungai Mekong daripada Luang Prabang dan singgah bermalam di Pak Beng dan keesokan harinya meneruskan perjalanan lagi 1  hari  menuju   Huoay  Xai.  
Perjalanan dengan boat melalui Sungai Mekong daripada Luang Prabang ke Huoay Xai sejauh 308Km dijangka akan mengambil masa sekitar 18-20J. Tambang keseluruhan ialah Kip 220,000.
Satu lagi jalan alternatif ialah dengan menaiki bus. Perjalanan ini akan mengambil masa sekitar 15J daripada Luang Prabang ke Huoay Xai.  Jarak perjalanan ialah 447Km. Tambang yang dikenakan sekitar Kip 135,000.  Bas akan melalui bandar Luang Namtha dan Udomxai keutara Laos.
Pagi dengan cuaca yang terang dan suhu berada sekitar 20C, pesawat AAsia mendarat dengan selamat setelah menempuh perjalanan 2J30M daripada Kuala Lumpur.  Vientiane mempunyai sebuah lapangan terbang yang sederhana besar dikenali sebagai "Wattay International Airport (VTE)  terletak  3.5Km keutara daripada pusat bandar Vientiane.   
Setelah berbaris panjang dikaunter imigresen dan melintasi pemeriksaan kastam, ZBA  keluar untuk menukar matawang.  Suasana di luar tidaklah sesibuk LCCT dimana para "penyembelih" menanti untuk membaham mangsa.
Kadar pertukaran  hari ini  ialah 1RM bersamaan 2,455Lak. 4.07RM bersamaan 10,000Lak. (10,000Lak bersamaan 1.25USD). Tiada perbezaan sekiranya kita menukar wang di Airport atau di bandar Vientiane sendiri. Kadarnya sama dan standard dimana-mana.
Setelah beberapa ketika di airport, ZBA keluar dan mencari arah untuk kepusat bandar. Sebenarnya terdapat perkhidmatan bas disediakan untuk ke Vientiane disamping teksi dan perkhidmatan kenderaan sewa khas.   
Mod termurah ialah dengan menaiki "Songteow" secara beramai-ramai.  Apa pun songteow tidak memasuki dan melintasi kawasan terminal. Pembaca dinasihatkan keluar daripada kawasan terminal dan membelok kearah kiri dan kehadapan 100M dan menunggu dilaluan jalan keluar.  Dari sana kita boleh tawar menawar untuk mendapatkan harga sebenar bagi perjalanan seorang kepusat bandar. Tambang biasa ialah 10,000Kip tetapi bergantung kepada budi bicara pemandu dan juga pelanggan.     Perjalanan dengan songteow kebiasaanya akan mengambil masa sekitar 30M kemana-mana di Vientiane. 
ZBA tidak mempunyai masa yang panjang di Vientiane. Sebaik mendaftar masuk ke hotel, ZBA terus keluar untuk   melihat semula apakah perubahan yang terdapat di Vientiane setelah sepuluh tahun berlalu.  Tujuan utama ialah Victoria Gate untuk melihat Patuxai satu-satunya tempat tumpuan pelancung ditengah-tengah kota Vientiane. Dari sana terus ke tepi Sungai Mekong,  tempat satu ketika dulu ZBA pernah merayap disamping menikmati hidangan ikan talapia bakar Sungai Mekong  yang enak bersama pulut tanak.
Vientiane  telah banyak berubah daripada Vientiane dahulu yang tidak dikenali.  Alangkah terperanjat bahawa kawasan tebing Sungai Mekong telah tiada lagi.  Tambakan tanah dilakukan untuk  pembinaan jalanraya. Tiada lagi keaslian dimana ditebing-tebing sungai sebelumnya terdapat kapal-kapal lama yang diubahsuai untuk dijadikan restoran berlabuh menggamit kedatangan pelancung.   


Walau bagaimanapun deretan pusat commersial dijalan utama masih dipelihara baik.  Pasar malam   masih beroperasi memancarkan cahaya memeriahkan suasana malam setanding dengan sebuah pekan kecil di Thailand diseberang sungai. Bangunan hotel mewah kini mula tampak kelihatan menjulang tinggi menggambarkan pembangunan Vientiane yang begitu pesat.  
                                                           
Pemandangan Vientiane dari Patuxai yang kelihatan bandar ini telah membangun seiring dengan bandar-bandar lain di Asean.                                                                                                                





































Vientiane juga tidak ketinggalan  dengan tempat-tempat menarik untuk dilawati. Kepada penganut Buddha atau penggemar seni bina keagamaan,  mereka boleh berbuat demikian dimana-mana di Laos.  Tetapi tidak bagi  ZBA. Dalam kesempatan masa ZBA lebih senang untuk mencari dan mengenali saudara seagama.  Melawat Masjid, mengenali kebudayaan, menikmati citarasa makanan halal dan seumpamanya. Sebagai makluman tidak ramai masyarakat Islam berada di Vientiane dan khususnya seluruh Laos.  Mereka merupakan masyarakat minority yang sukar ditemui. Jika ada pun mereka adalah dari keturunan Cham, Pakistani dan India muslim yang menjalankan perniagaan restoran.
Di Vientiane terdapat dua restoran India Muslim. Fatima dan Nazim restoran. Diantara keduanya,  Nazim lebih dikenali dan mempunyai cawangan di Vang Vieng dan Luang Prabang.  Dari segi masakan dan menu tiada perbezaan  jika dibandingkan dengan 1M. Kemungkinan oleh kerana kita dalam musafir dan kelaparan, nasi briyani mereka boleh dikatakan berada dalam kelas yang tersendiri.   Disamping itu,  sekarang telah ada orang-orang Islam khususnya daripada Pakistan telah mula menjalankan perniagaan textail, carpet, makanan khususnya di gedung-gedung perniagaan yang besar.  Satu fenomena yang berbedza dan mempunyai prospek yang amat baik.
Dimaklumkan bahawa di Vientiane, mungkin juga laos secara amnya hanya terdapat dua buah Masjid.  Azhar Mosque (Masjid Cambodia) dan Jamia Mosque yang bersebelahan dengan Setha Palace.

                                            Semalam sempat ZBA melihat gelagat orang Laos menyambut Krismas.  Hanya sekadar ada persediaan dan tidaklah semeriah yang disangka.  Walau bagaimanapun, sungguhpun negara ini dominen penduduknya berugama Buddha tetapi pengaruh Barat khususnya penjajah Peranchis masih subur diingatan mereka.  Tidak ubah sebagaimana negara1M mengagungkan penjajah Inggeris sehingga menjilat dubur sehingga kini.
ZBA     meninggalkan   Vientiane seawal jam 0800 pagi menuju Vang Vieng.  Jaraknya 154km kearah utara dengan menaiki Van.  Tambang yang dikenakan ialah Kip40,000 dan jika termasuk pick-up daripada hotel berjumlah Kip 50,000.  Van adalah mod paling pantas selain bus  dan perjalanan mengambil masa 3J.  Diawal 30M perjalanan pembaca masih berada didalam persekitaran perbandaran Vientiane.  Terbayang ZBA, bahawa Vientiane telah berkembang daripada sebuah bandar berdebu 10 tahun lampau menjadi kota kommercial yang mengkagumkan.
Setelah 30M barulah kita akan melintasi kawasan perkampungan dikiri kanan jalan dan lama  kelamaan semakin tidak berpenghuni.  Sekali sekali barulah terjumpa bandar-bandar kecil dan kawasan penempatan penduduk.  Jalan rayanya sungguhpun tidak ditandakan dengan garisan putus-putus "putih" yang membahagikan dua lorong, menyebabkan kelihatan sempit tetapi rata dan tiada kelihatan  ditampal disana dan disini.  Tiada banyak kenderaan diatas jalan raya namun kehidupan masyarakatnya kelihatan sibuk dengan aktiviti harian.
Bertani adalah salah satu daripada mata pencarian mereka. Sebagaimana negara Asean yang lain mereka juga menanam padi, sayur-sayuran, buah-buahan dan memelihara binatang ternakan seperti babi, lembu, kambing, kerbau, ayam itik dan sebagainya.  Melihat kepada aktiviti kehidupan mereka, didapati taraf pendapatan perkapita mereka jauh lebih daripada dahulu.  Dalam mengusahakan pertanian mereka juga telah mula memperkenalkan mesin-mesin untuk membantu mengurangkan penggunaan tenaga manusia.  Perlu diingat, masyarakat Laos jarang memakan nasi putih tetapi mereka lebih kepada memakan "Pulut Tanak" sebagai makanan harian bersama-sama lauk pauk yang lain.
Perjalanan telah melangkaui 1J dan ZBA berada 68 km daripada Vientiane. Kini bermulalah episod jalan dipergunungan. Sebelumnya kami berselisih dengan  satu convoy   kenderaan pacuan 4X4 dengan lagak dan megah sekali menuruni kawasan pergunungan. Berkibar megah bendera "sponser" didepan dan dibelakang.  Pada mulanya ZBA tidak  merasakan apa-apa kerana di Laos,  dilihat kenderaan 4X4 yang besar-besar dan canggih telah tidak membawa apa-apa pengertian  kepada mereka. Toyota adalah pasaran terbesar  dengan berbagai-bagai model yang canggih berselirat diatas jalanraya.
Rupa-rupanya berdasarkan number pendaftaran yang tertera, convoy tersebut berasal daripada Negara1M. Patutlah berlagak  megah dan bergaya. Orang kaya 1M.  Tidak habis dengan bendera berbelit No 1, dibadan kenderaan tertera bermacam-macam cogan kata. Semuanya No1. No1 dan No1. Satu-satunya Negara didunia yang tidak ada tolok bandingan jika dibandingkan dengan negara-negara lain.  Negara contoh.  Semua negara-negara didunia datang belajar daripada Negara1M. Maaf, "ZBA terasa hendak muntah tetapi bernasib baik kerana convoy tersebut telah hilang dari penglihatan".  Perasan dan berperasaan.  Aduh, nasib baik ZBA orang Laos ketika ini.
Maaf.  Sekarang ini ZBA jarang sekali mengakui dan memperkenalkan diri sebagai Malaysian.  Malu, malu dan malu.
Kini daripada kawasan tanah rata yang diusahakan  dengan pertanian,  kenderaan mula mendaki, menurun, membelok, memusing yang menyebabkan buntut menghimpit kekiri dan kekanan.  Kedengaran dibelakang ada yang membuat "bubur kacang" dan setengahnya berpura-pura tidur. Van yang kami tumpangi meluncur terus ditengah-tengah pergunungan dengan hutan rimba dikiri kanan. Dalam kiraan ZBA, kami masih ada 86km kearah Vang Vieng. Satu perjalanan yang masih jauh dan dijangka mengambil masa 2J.30M lagi. Sepanjang perjalanan ini cuma sekali kami menghampiri kawasan lembah dimana terdapat sebuah tasik ampangan dan beberapa perkampungan kecil ditepi jalan.  Begitulah seterusnya sehinggalah jam 11.30 ZBA sampai disebuah bandar kecil yang dikenali sebagai Vang Vieng.
Vang Vieng


Vang Vieng ibarat sebuah perkampung kecil tetapi kenapa menjadi idaman setiap pelancung barat ?

Apakah keistimewaan bandar kecil Vang Vieng dan Luang Prabang secara amnya yang menjadi tarikan pelancung kesana.  Nantikan jawapanya. 









Melayani sunset di Vang Vieng dan sepagi tubing bersama raka-rakan di Pok Khoum Cave.  Aduhai sejuknya air.  Nah, lihat ini !







Vang Vieng.  Tidak boleh diucapkan dengan kata-kata akan keindahannya.  Udaranya segar dan nyaman dalam suasana musim dingin.  Oleh yang demikian tidak hairanlah 80% daripada pengunjungnya adalah pelancung daripada Barat dan Asia Timur. Pembaca boleh bayangkan terfikirkah yang pembaca boleh menemui pelancung daripada Israel  disini. Hairan bagaimana mereka dapat mengetahui Vang Vieng sedangkan kita yang berhampiran tidak pernah mengenali Vang Vieng.  Kebersihannya terjaga rapi dan segala jenis kemudahan disediakan untuk keselesaan pengunjung.  Minta sahaja apa yang dikehendaki dengan syarat wang ditangan segalanya akan disediakan.
Keistimewaan Vang Vieng adalah pada Nam Song river, Pok Khoum cave dan Blue Lagoon disamping sikap penduduknya yang ramah dan mesra pelancung.  Bagi ZBA tidak lebih daripada itu tetapi kenapa dan mengapa mereka dapat menarik minat pelancung daripada seluruh dunia.  Kita diNegara 1M mempunyai lebih daripada itu khususnya di Sabah.  Tetapi kenapa kita tidak boleh membuat sesuatu bagi jangka masa panjang untuk menarik pelancung.  
Jawapannya mudah.  Kita hendak menjadi "Negara Maju didunia" kononnya. Manakala Orang yang diberi amanah ialah lembu.  Lembu yang senantiasa mengharapkan makanan dari tuannya yang juga lembu.  Maka kesudahannya "Lembu".  Kita tidak pernah membuat kajian secara menyeluruh apa yang dikehendaki pelancung khususnya   status pelancung itu sendiri.  Jutaan ringgit dihabiskan di London, Paris dan sebagainya untuk promosi. Segala-galanya penuh bergaya tetapi menghabiskan duit raayat.  Kesudahannya kita hanya mengharapkan kokokan kita didengari pelancung.  Jawapannya "berkokok sampai tahi bertaburan"  tetapi rupa-rupanya kosong dan hari dah siang.  
Tidak perlu menghantar Lembu kita mempromosikan sehingga ke London dan Paris kerana disana tiada lembu yang sama dengan spesisnya disini.  ZBA syorkan kita hantar sahaja lembu-lembu kita ke Vang Vieng di Laos atau Pai di Thailand.  Kita mempunyai spesis yang sama dan kita belajar bagaimana untuk mempromosi pelancung ke Negara 1M.  Kalau mereka boleh lakukan kenapa kita tidak.  Jawapannya, kita mesti lebih kreatif dan memikirkan jangkamasa panjang untuk menarik pelancung bukan mengikut tahun yang dicadangkan tetapi berterusan sepanjang zaman.
ZBA tidak bercadang menceritakan dengan panjang lebar berhubung bandar kecil Vang Vieng tetapi  pembaca boleh membuat semakan melalui web-web yang tersedia.
Dalam kedinginan malam ZBA meneruskan perjalanan menuju destinasi selanjutnya Luang Prabang.   Terletak 185Km keutara Vang Vieng.  Masa perjalanan sekitar 7J dalam suhu 08C.  Bandar terkenal peninggalan penjajah Perancis di tebing Sungai Mekong dan merupakan ibu negara Laos pada suatu ketika dulu sebelum ditukarkan ke Vientiane. 

Sebuah rumah kayu pejal dibina sejak berzaman tanpa sepuntung paku dan kini diiktiraf sebagai "World Heritage"



 ZBA menempuh jalan berliku mengharungi kehidupan demi melihat kebenaran dan kekuasana Ilahi.  Itu sebuah kehidupan tetapi ini menempuh jalan berliku-liku dijalanan. Kedua-duanya tidak pernah menjanji sebuah kesenangan dan ketenangan.  Apa yang ditemui adalah kepuasan dari satu pengalaman mencari sebuah kehidupan.





Dalam bus ada yang lelap terlena dan ada yang melayani perasaan diantara tidur dan terlelap. Perjalanan diteruskan dalam cuaca terang bulan dan dapatlah ZBA melihat serba sedikit keadaan dijalanan. Bermula dari kawasan tanah pamah dan seterusnya mendaki, menurun, mendaki dan menurun dan mendaki.  Begitulah berlarutan selama 7J diperjalanan. Sekejab pembaca akan berada dikaki gunung, sekejap lagi dipuncak gunung dan begitulah yang ZBA alami dengan perasaan yang berdebar. Sungguh pun dengan kondisi jalan yang bengkang bengkok, berselekoh "S dan U", dengan pemandu yang berpengalaman, tepat jam 0600 pagi kami sampai di Luang Prabang.  Check in di Sabaidee GH, 10M perjalanan dengan tuk-tuk dengan bayaran Kip10,000.


















Dalam perjalanan, bus akan berhenti dibeberapa tempat sebagai "toilet stop" dan setiap kali berhenti, pemandu akan membuat pemeriksaan kepada tayar kenderaan.  Satu amalan keselamatan yang terbaik. Manakala penumpang dibenarkan turun untuk membuang air dan mengambil angin. Maaf, jangan impikan toilet stop sebagaimana diamalkan dinegara-negara lain.  

Toilet stop bagi perjalanan malam Vang Vieng ke Luang Prabang adalah berlainan sekali. Tiada toilet khusus disediakan dan terpulanglah kepada penumpang untuk mencari pot dan lokasi terbaik.  Awas "jangan terpancut diatas kepala kawan yang mungkin membuang air dalam keadaan duduk ditempat gelap".  Tapi bagi ZBA, ini tiada menjadi masalah kerana ilmu ini telah lama diperturunkan  dari India yang mengamalkan membuang air sedemikian rupa.   Bagi penumpang perempuan, bagaimana .  Terpulang tetapi ada yang mengamalkan cara ZBA. Malu.
Kelihatan disebelah menyebelah jalan rumah-rumah penduduk setempat berderetan ditepi jalan. Keadaan mereka amat dhaif jika dilihat pada rumah-rumah yang beratapkan "jerami" dan tiada bekalan elektrik.  Mungkin mereka ini dari kalangan masyarakat primitif, orang bukit atau sebagainya tidak diketahui.







ZBA explore Luang Prabang menggunakan basikal. Bandarnya terletak ditanah tinggi dan membentuk "Tanjung" pada persimpangan Sungai Mekong. Mempunyai satu "Main Street" yang sibuk selain kawasan perbandaran yang bersambung dengan kawasan penempatan. banyak bangunan diperbuat daripada kayu pejal sejak ratusan tahun. Tiada kelihatan bangunan tinggi melebihi 6 tingkat. 1Hari adalah mencukupi untuk mengenali Luang Prabang secara fizikal.  Apa pun Luang Prabang merupakan satu destinasi pelancungan yang paling digemari oleh pelancung asing. Pada malam hari pekan Luang Prabang seolah-olah sebuah bandar yang asing bagi penduduk tempatan.






















ZBA menjadikan Luang Prabang sebagai hub  untuk kami merayap ke Waterfall yang terkenal dikenali sebagai Kuang Xi terletak 35Km daripada Luang Prabang.   Kami menyewa sebuah motosikal capcai dengan harga Kip90,000 + minyak Kips 28,000, kami merempit dalam kesejukan pagi dan mengambil masa  45M untuk  sampai kelokasi.  Membayar entrance fees Kip20,000 dan berjalan kaki lebih kurang 100M kedalam.




Kuang Xi waterfall sememangnya sangat cantik dengan air terjunnya membiru dan membentuk kawah kawah takungan air yang tertingkat-tingkat. Amat sesuai sekali untuk mandi manda tetapi bukan semasa lawatan kami kerana airnya terlampau sejuk sehingga dibawah 20C. Kemuncak kepada waterfall tersebut hanya 100M dihadapan dan kita akan dapat melihat dengan jelas air yang "terjun" dari tebing yang curam kebawah. Ketinggian nya dianggarkan 50M dan menyendeng  80 darjah diatas.
Kecantikan Kuang Xi Waterfall hanya dapat di gambarkan dengan menganalisa sendiri gambar-gambar diatas. 
Setelah 3jam menikmati keindahan dan kecantikan Kuang Xi waterfall, ZBA kembali semula ke Luang Prabang.  Kami masih mempunyai satu lokasi lagi untuk hari ini iaitu Tad Se Waterfall.
Tad Se waterfall terletak 11Km daripada Luang Prabang melalui jalan Luang Prabang ke Vang Vieng.  Dari jalan besar kita harus melalui jalan tanah merah sejauh 2Km dan menyimpan motosikal ditempat yang dikhaskan dengan bayaran Kip 5,000.  Selepas itu berjalan kaki sejauh 400M ketebing sungai.  Disana menanti kita dengan perahu-perahu pancung untuk menyeberangi sungai selama lebih kurang 20M dengan dikenakan bayaran Kip10,000 pergi balik.  Dari tebing sungai, berjalan kaki lagi sejauh 100M barulah kita  dapat melihat Tad Se Waterfall.  Bayaran masuk Kip 15,000 dikenakan kepada setiap pengunjung.
Kecantikan Tad Se Waterfall ZBA paparkan dengan gambar-gambar terterA
 


 

Laos oh Laos.  Dunia mengenaliMu sungguh pun tanpa promosi.  Kerana apa, kerana  Kau mempunyai satu khazanah yang dipelihara dengan baik. Sikap dan peramah raayatMu membuat kami kembali dengan penuh kenangan indah.  Seindah dua Waterfall.  Kuang Xi dan Tad Se.

Sesungguhnya ada 3 perkara yang ZBA nampak kelainanya  di Laos.

1.  Motosikal ialah kenderaan utama raayat Laos tetapi "Tiada kelihatan Mat Rempet" dijalanan".
2.  Laos sebuah negara komunis sebelumnya tetapi "Tiada seorang pun anggota Polis dan tentera kelihatan selamana 1 minggu di Laos".
3.  Laos dikatakan negara mundur dan baru membangun tetapi "Kebersihannya dapat menandingi Negara berpendapatan tinggi 1M".

Email : zainaltobiaq@gmail.com

2 comments:

  1. Sungguh menarik perjalanan menjelajah ke negara laos ni.. insyallah bole la sy try pulak lepas ni .. good info :D

    ReplyDelete
  2. Askm. Minta sedikit info tentang SA. Kami akan menjelajahi bumi SA dan 8 negara jiranya menjelang Ogos 14. As Salam

    ReplyDelete