Assalamualaikum,
Penerbangan jauh yang meletihkan. Al-maklum dari LCCT KL ke Changi, Singapura. Berehat transit dan dilayani mesra dengan Rojak Singapore oleh teman merayap "Wati" yang mesra untuk dikenali. Tetapi ini adalah sebenarnya tujuan merayap. Satu perhentian adalah satu pengalaman yang berharga.
Meneruskan penerbangan 3J45M ke Colombo, Sri Lanka. Transit dan terpaksa berkampung di Airport selama 4J kerana tidak dibenarkan keluar oleh pihak Imigresen. Walhal mengikut peraturan Sri Lanka, transit kurang daripada dua hari VOA diberikan secara percuma.
Peringatan. Bagi menggunakan VOA tanpa banyak persoalan, pembaca harus membuat booking olok-olok dengan hotel tempatan khususnya disekitar Airport atau mengatakan terdapat laugage yang perlu diambil, barulah pihak Imigresen akan membenarkan penggunaan VOA kepada penumpang transit. Ini satu tektik bukan pembohongan sekiranya pembaca ingin merayap sebentar diluar melepaskan stress setelah berada terlampau lama dalam perut pesawat.
Dari Sri Lanka, penerbangan 4J45M ke Sharjah, UAE dan transit lagi selama 1J sambil menikmati sarapan pagi. Berikutnya 1J kemudian penerbangan ke Muscat dan akhirnya ZBA selamat tiba kesatu destinasi baru dalam kamus "Pengembara Jalanan". Muscat, Oman.
http://www.zainaltobiaktravel.blogspot.com.
http://www.zainaltobiaktravel.blogspot.com.
Oman sebuah negara diselatan Semenanjung Arab. Kaya dengan minyak dan keseluruhan negaranya adalah gurun berpadang pasir. Mengamalkan pemerintahan beraja yang amat prihatin dengan kehidupan raayat. Raayat hidup mewah dengan kaum pendatang khususnya dari India dan Pakistan serta Bangladesh sebagai penyumbang kepada pembangunan. Walau pun demikian kaum pendatang tidak dibenarkan bebas sesuka hati malah dipantau bagi memastikan mereka berada dibawah undang-undang dan peraturan.
Jarang dikenali oleh dunia di Asia tetapi cukup sinonim dengan pelancung Barat yang menghabiskan cuti musim panas di Muscat. Oman mengamalkan Islam secara total dan langsung tidak memberi ruang kepada kehancuran sosial dalam masyarakatnya. Lelaki mereka tampak gagah dengan pakaian tradisional dan berpisau dipinggang.
Manakala wanitanya menutup aurat secara keseluruhan dan jarang-jarang kelihatan di pusat membeli belah, jalan-jalan kecuali dengan keluarga atau suami. Tidak langsung dapat bermimpi untuk berbual malah berkenalan.
Ibu negaranya dikenali sebagai Muscat dan bandar kedua terbesar ialah Salalah diselatan. Kedua-duanya terletak ditepian pandai yang amat cantik pemandanganya.
Bagi ZBA tidak banyak diketahui tentang Oman walau pun dari catatan para pengembara yang lain. Apa pun apabila mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Muscat, ZBA menerima satu kejutan apabila melihat keadaan sekeliling. Aku sangka Oman mundur dari NegaraKu, sedangkan Oman sekarang ialah Oman yang ZBA sedang jejaki hakikatnya.
Siapa sangka pembangunan Oman telah kembali kepada zaman kegemilangan Sinbad yang pernah kita baca dalam komik-komik semasa disekolah rendah tahun 60 puluhan dahulu. Meraka sekumpulan pelayar yang baik dan menguasai alam kelautan sejak zaman berzaman. Sekilas pandang pembangunan semakin rancak dibangunkan dan kebersihan mereka berada ditahap amat membanggakan. Sebenarnya itu ajaran Islam yang wajib kita praktikan.
Muscat Airport terletak 39 km daripada Ruwi, bandar lama Muscat. VOA tidak menjadi masalah kepada pembaca hanya dengan 5 OMR untuk 7 hari berada di Oman. Pembaca boleh membuat pilihan untuk kesana dengan kemampuan poket sendiri. Tiada perkhidmatan bas daripada Airport ke bandar dan sebaliknya kecuali perkhidmatan teksi. Rata-rata teksi meminta antara OMR 5-8 bagi perjalanan sehala. Cara terbaik bagi pengembara jalanan ialah menggunakan perkhidmatan "Microbus" atau mini bas yang cantik dan berhawa dingin (Mini bas dilihat khusus sebagai pengangkutan pekerja asing di Oman). Membawa penumpang genap-genap mengikut kapasiti muatan. Waktu perkhidmatan ialah seawal 0600 pagi hingga 10.00 malam. Tambangnya jauh lebih murah daripada teksi. Manakala tambang teksi juga semurah mini bus sekiranya pembaca menggunakan kaedah "berkongsi teksi" dalam satu arah perjalanan.
Perhentian mini bas mengarah ke Ruwi ialah bersebelahan dengan Airport lebih kurang 150 meter diluar dan pembaca dikehendaki berjalan kaki keluar dan melintasi footbridge keseberang jalan dan turun kebawah dan disana terdapat sebuah perhentian. Pembaca dinasihatkan menunggu mini bas yang bewarna putih kerana mini bas adalah seolah-olah van biasa sebagai pengangkutan umum.
Tiada tertera tulisan apa-apa malah pembaca dinasihatkan bertanya kepada pemandu arah perjalanan sebelum menaiki mini bas. Tambang yang dikenakan ialah 300 baisa dan kepada pelancung biasanya 500 baisa bagi perjalanan 45 minit melalui highway yang cantik dan mengkagumkan serta pemandangan bandar Muscat yang amat bersih dan mendamaikan mata yang memandang.
Pengangkutan utama di Muscat dominanya ialah Teksi, Kereta Sewa (Left hand drive), Mini Bas dan Bas (ONTC). Oman tidak mempunyai pengangkutan bas dalam bandar kecuali antara bandar dan antara negara. Perhentian bas kesemua destinasi adalah tertumpa di Ruwi. Perjalanan dalam bandar menggunakan Mini bas tambangnya sekitar 200 baisa dan tidak melebihi 300 baisa.
Dua destinasi utama di Muscat ialah Old Muscat dan Muttrah dan tempat paling sesuai untuk berpeleseran ialah Muttrah Souk. Disini segala-galanya di Muscat. Sebut apa sahaja yang dikehendaki dan berjalanlah sehingga pembaca terduduk atau bagi kaum wanita sehingga jari jemari dipenuhi dengan beg-beg plastik yang mengembung. Jika letih duduk dan jika dahaga minum dan jika lapar masuklah kerestoran pilihan masing-masing. Bagi mengetahui Muscat secara keseluruhan, ZBA syorkan dapatkan peta daripada Bigbus City Tour dari www.bigbustours.com.
Oman boleh dikatogerikan sebagai sebuah negara teluk yang sedang pesat membangun. Mempunyai infrastaktur psarana yang terkini dan sistem jalanraya yang terbaik sesuai dengan kekayaan yang dimiliki. Mereka merupakan negara pengeluar mineral seperti minyak, gas, perikanan dan perlombongan emas. Harga seliter patrol 95 ialah 0.12 baisa dan diesel agak mahal dengan harga selitar ialah 0.46 baisa.
Bagi menyenangkan para pembaca senang membuat perbandingan harga, disini ZBA terangkan serba sedikit berkenaan mata wang Oman. Mata Wang Oman ialah OMR (Oman Rial) dan dalam bentuk wang kertas 50 OMR, 20 OMR, 10 OMR, 5 OMR dan 1 OMR. 1 OMR dipecahkan menjadi 100, 200 dan 500 Baisa. 100 Baisa dikecilkan lagi menjadi coin dalam bentuk nilaian 5, 10, 25 dan 50 Baisa.
Pada tarikh ini 1 OMR bersamaan RM 8.00. Negara kecil tetapi nilaian matawangnya bernilai emas tetapi NegaraKu negara maju didunia, nilaian matawang dalam bentuk harga sejengkal surat kyabar lama. Tidak keterlaluan jika dikatakan wang syling negaraKu, kanak-kanak sekalipun tidak hairan apabila terjumpa dimana-mana. Tetapi tidak apabila berada di Oman. Sekeping syling telah melayakan untuk kita sebotol mineral water.
Pada tarikh ini 1 OMR bersamaan RM 8.00. Negara kecil tetapi nilaian matawangnya bernilai emas tetapi NegaraKu negara maju didunia, nilaian matawang dalam bentuk harga sejengkal surat kyabar lama. Tidak keterlaluan jika dikatakan wang syling negaraKu, kanak-kanak sekalipun tidak hairan apabila terjumpa dimana-mana. Tetapi tidak apabila berada di Oman. Sekeping syling telah melayakan untuk kita sebotol mineral water.
Special tentang Oman walaupun nilaian matawangnya tinggi tetapi harga barangan yang ditawarkan adalah murah. Contoh 500ml mineral water berharga 15 baisa. Tidak sebagaimana negara Euro, sudahlah pertukaranya tinggi ditambah lagi dengan harga yang tinggi disamping dikenakan GST pada setiap barangan yang dibeli. Temubual ZBA dengan seorang pekerja hotel memaklumkan bahawa raayat Oman hidup dalam serba kemewahan.
Pendapatan seorang guru sekolah berkelulusan University ialah sekitar OMR 700 sebulan. Setengah tangki petrol bagi sebuah kenderaan Kia Seranto cuma 2 OMR . Dan banyak lagi contoh-contoh yang sengaja tidak dipaparkan. Memadailah ZBA menyatakan walaupun Oman tidak pernah membangga diri dengan kekayaan yang dimiliki dan tidak pernah menonjol sebagai negara maju yang membangun tetapi mereka adalah sebuah negara makmur.
Makanan di Oman untuk masyarakat Asia tidak menjadi masalah. Pilihan adalah ditangan pembaca. Jika inginkan nasi briayani, silakan ke restoran Pakistani dan India. Makanan antarabangsa boleh didapati dihotel-hotel bertaraf antarabangsa. Hotel di Muscat dan Oman keseluruhannya berada ditaraf sederhana tinggi. Harganya sekitar 15 OMR dan keatas untuk bilik yang sederhana.
3H/2M ialah sesingkat masa untuk menjelajah keseluruhan Muscat. Sungguhpun kos hotel agak mahal tetapi pengalaman bersama mengenali masyarakat Oman dalam kehidupan mereka adalah lebih bermakna bagi sesuatu kunjungan. Bagi ZBA perjalanan masih jauh dan kami harus menepati jadual perjalanan yang dirancang. Perjalanan diteruskan dan kali ini untuk melihat dengan lebih dekat Negara Oman dari dalaman. ZBA akan merentasi Oman daripada Muscat ke Dubai UAE. Perjalanan darat dijangka mengambil masa 6jam dalam cuaca 45C.
USEFULL INFORMATIONS
Email : zainaltobiak@yahoo.com.my
No comments:
Post a Comment