Assalamualaikum,
Potala Palace. Cantik lagi bersejarah. Diistiharkan oleh UNESCO sebagai kota warisan sejarah. Dibangunkan diatas sebuah bukit didaerah pergunungan Lhasa yang tingginya 3,600m dari paras laut. Tersergam indah dan sentiasa dipagari dan dikelililingi oleh ratusan penganut Buddha dari seawal pagi hingga kepetang. Disini ZBA tidak akan menceritakan secara terperinci berkenaan Potala Palace memadai dengan paparan gambar-gambar sebagai hiasan. Keterangan lanjut pembaca boleh merujuk kepada web-web rasmi bagi mengetahui sejarah pembinaan dan arkitek kejayaan Potala Palace.
Sejarah pembinaan Potala Palace bermula pada abad ke 7 tetapi musnah dipanah petir semasa pemerintahan Tsang Tsen Gampo, King of Tibet pada abad ke 9. Dibina dan dibangunkan semula oleh Lheng Tharma tetapi sekali lagi musnah oleh kebakaran. Selepas itu dengan inisiatif 33 King of Tibet, Potala Palace tertegak kembali sehingga kehari ini. Arkiteknya yang terkenal dikenali sebagai Songtsan Gampo yang juga merupakan 5th Dalai Lama. Dibuka pada umum pada tahun 1649. Tiket masuk berharga RMB 100.
Dibina diatas sebuah bukit pada ketinggian 150m dengan kelebaran 400m. Mempunyai 13 tingkat dengan 1,000 bilik serta sebuah gua batu. Dibahagikan kepada dua seksyen yang berasingan. Seksyen Putih sebagai Political Section dan Seksyen Merah sebagai Religius Section.
Secara keseluruhannya Potala Palace telah dibangunkan semula pada abad ke 17 oleh Dalai Lama yang ke 5. Beliau juga telah menyatukan kedua-dua seksyen putih dan merah kepada satu "Both Political & Religius" juga terkenal dengan panggilan "White Palace".
Kesemua Dalai Lama daripada 5 hingga 13 Dalai Lama meninggal dan stupa mereka terdapat di Potala Palace kecuali Dalai Lama ke 6 meninggalkan Tibet dan meninggal di Mongolia. Dalai Lama ke 14 kini yang berusia 87 tahun dikatakan melarikan diri ke India dan hidup dalam buangan sehingga hari ini sejak tahun 1959. Dari tarikh tersebut dikatakan China dengan rasminya mengistiharkan Tibet sebagai sebahagian daripada China sehingga sekarang.
Walau apa pun tanggapan pembaca berhubung penaklukan China keatas Tibet, ZBA berpendapat dari apa yang ada kepada Tibet sekarang, China telah melakukan segala-galanya yang terbaik demi kemakmuran bersama. Oleh yang demikian, usahlah kita termakan dengan propaganda murahan yang digembur-gemburkan oleh media keparat yang mencari keuntungan tanpa melihat kepada realiti dan hakikat sebenar.
Melihat dari segi infrastruktur yang dimiliki oleh Tibet sekarang, pembangunan begini mungkin mustahil jika Tibet merdeka.
Tibetan Muslim. Sedia maklum 10% daripada penduduk Tibet adalah Muslim. Mereka kebanyakan adalah dari kalangan traders yang berjaya disamping petani dan penternak. Tetapi selain daripada bandar Shigatse, Gyantse dan Lhasa ZBA tidak ketemui Masjid.
Old Lhasa. Gambar kanan sebagai landmark, 100m daripada sini adalah merupakan kawasan penempatan masyarakat Islam Tibet di Beijing Nan Lu Road. Terdapat sebuah Masjid dikenali sebagai Lhasa Mosque atau Big Mosque. Manakala 150m daripada Lhasa Mosque ada lagi sebuah masjid dikenali sebagai Little Mosque.
Tibetan Muslim amat senang dikenali. Kaum lelaki mereka pada keseluruhannya berpakaian kemas dengan songkok putih (Lebai) dikepala. Kaum wanita pula memakai tudung sebagai kebanyakan muslimah dinegara-negara lain. Ada juga terdapat diantara mereka yang berpakaian purdah. Syiar Islam nampaknya berkembang pesat walau pun mereka minority dalam masyarakat yang berpegang teguh dan patuh kepada ajaran Buddha.
Makanan Halal. Tidak menjadi masalah. Masyarakat Tibet menggemari "Me segera"-"Pulling mee" atau " Lam mee". Dimasak sebagaimana mee sup atau digoreng basah sebagaimana mee goring. Satu lagi dijadikan Kao teow sup. Sedap dan menyelerakan. Tapi pembaca harus ingat bahawa sepinggan mee di Tibet tidak sama banyak dengan sepinggan mee di1M. Ini kerana sepinggan mee di Tibet boleh dimakan bersama bertiga di1M. Contoh, ZBA order satu masakan untuk berempat, yang datangnya sepinggan besar complait seekor ayam. Akhirnya kena taupau.
Masyarakat Tibet tidak menggemari nasi. Nasi cuma makanan sampingan. Minuman pagi pula ialah capati (Lempeng) daripada tepong oat dan dimakan dengan susu yak.
Daging dan susu Yak adaklah makanan dan minuman harian. Ayam dan daging kamping dan babi sebagai tambahan sampingan. (Gambar kanan hidangan yak untuk makan tengahari ZBA). Didalam mangkok adalah tea dan masih belum dihidangkan ialah Koa teow sup. Pembaca boleh bayangkan ini sahaja pun boleh dimakan berdua sedangkan belum termasuk Koa teow ?. Mereka sememangnya kuat makan dan dalam bahasa orang Kedah dipanggil "makankedarah". Tetapi ingat badan mereka besar-besar dan tinggi. Setengah daripada bentuk badan orang Melayu.
Keselamatan. Sebelumnya sebagai peringatan apabila pembaca semasa berada di Lhasa atau dimana-mana Tibet, jangan sekali-kali bercakap tentang politik yang melibatkan Tibet. Perkara ini amat sensitif kepada pemerintah China atau kalangan Tibetan sendiri. Jangan sekali-kali mengambil gambar dengan berlatar belakangkan bena-bena yang dibawa. Jika tertangkap, pembaca tiada pilihan sama-ada dipenjara atau dikenakan denda yang berat.
Situasi keselamatan di Lhasa semasa kunjungan ZBA juga dalam keadaan tegang tetapi terkawal. Kami dinasihatkan tidak keluar daripada kawasan terhad Lhasa tanpa guide. Persekitaran Lhasa Old Town dikawal ketat oleh pasukan keselamatan. Semua pengunjung samaada penduduk tempatan atau pelancung dikehendaki menunjukan identiti masing-masing dan semua beg-beg dibuka untuk pemeriksaan. Ratusan anggota Polis, Tentera, Bomba lengkap dengan peralatan tempur berjaga-jaga seolah-olah berada didalam zon peperangan.
Jangan ambil mudah dan membuat sesuka hati. Ratusan Camera Litar CCTV selalu memerhati dan ditempatkan dimana-mana diatas kepada anda. "Awas anda sedang diperhati".
Ditempat-tempat tinggi kelihatan pasukan keselamatan mengawasi setiap penjuru termasuk dibumbung Big Mosque. Walau bagaimana pun aktiviti harian penduduk berjalan seperti biasa. Orang ramai seolah-olah telah biasa dengan situasi tersebut.
Alhamdulillah sepanjang 4H/3M ZBA di Lhasa segalanya berjalan sebagaimana dirancang. Besok genap seminggu ZBA berada dan bernafas dipergunungan dan akan meneruskan perjalanan ke Beijing dengan keretapi selama 3H/2M lagi.

Penjual Manisan Lebah Batu dengan timbanganya. Berkhasiat khusus menyembuhkan penyakit lelah.
"Tobiak Travel"
JOURNEY WILL NEVER END
No comments:
Post a Comment