Assalamualaikum,
Dengan pemberhentian penerbangan AA sektor Kuala Lumpur-Colombo ini bermakna tiada lagi pilihan bagi "Pengembara Jalanan" seperti ZBA untuk mendapatkan penerbangan murah kemana-mana destinasi di Timur Tengah. Semuanya boleh dikatakan didominisasikan oleh pernerbangan nasional. Mungkin ini juga merupakan berita baik yang dikehendaki oleh Veteran UMNO dan orang number wahid CUEPEC berhubung kenyataan bijak seorang CEO warga koperat demi ingin melihat semua raayat Malaysia merealisasikan ".........."
ZBA orang bodoh dan jauh lebih bodoh daripada puak-puak veteran dan seorang bergelar presiden. Orang bodoh memilih yang murah tetapi orang cerdik memilih juga yang murah. Orang bodoh diletakan diatas dan orang cerdik diletakan dibawah. Tahniah negara yang bergelar 1M kerana memperbodohkan yang cerdik tetapi yang bodoh tetap dengan kepandaiannya.
Mungkin ada diantara pembaca yang mencemuh pandangan ini tetapi itu hak mereka yang berduit. Tidak salah dan malah itu satu pandangan yang baik daripada mereka. Dengan rendah diri ZBA nyatakan bahawa, mungkin semua pesawat commersial perbagai jenis didunia telah ZBA naiki kecuali Airbus 380 untuk merentasi 3/4 dunia. Jika sebuah syarikat berbangga dengan "Best cabin in the World", rasa-rasanya semua pramugari syarikat penerbangan ialah ibarat pelayan diudara. Tidak lebih daripada itu sebaliknya cuma memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan sejajar dengan bayaran yang dikenakan.
Singapore Terminal 2
31 Mei 2013 membuka lambaran baru. ZBA mencuba pula penerbangan Tiger Airways penerbangan daripada LCCT, KL ke Singapura dan Colombo. Dari Colombo ke Muscat dengan penerbangan Air Arabia. Kedua-dua perjalanan ini cuma dengan bayaran RM 1,007.00 sehala. Jika ZBA mengambil penerbangan nasional paling murah ialah Air Lanka dengan bayaran RM 1,500.00 sehala. Advantagenya "pengembara jalanan" dapat merayap ke 3 destinasi berasingan. Singapura, Colombo dan Sharjah. Setiap destinasi dapat membantu ZBA dengan setiap satu pengalaman yang baru dan berharga. Perjalanan dari Sharjah UAE ke Amman, Jordan, ZBA juga menggunakan penerbangan Air Arabia manakala daripada Cairo ke Doha dan Doha ke KLIA menggunakan perkhidmatan Qatar Airways. Semua kos tiket penerbangan ialah RM 2,584.00 bagi perjalanan 7 negara Timur Tengah.
Negara yang dimaksudkan ialah Singapura, Sri Lanka, Oman, United Arab Emirate, Jordan, Mesir dan Qatar.
Bagi perjalanan transit pembaca perlu dingatkan tentang kepentingan Visa atau Visa On Arrival (VOA). Setengah negara berkehendakan kita mendapatkan Visa sebelum pergi dan sesetengah negara hanya di kenakan VOA. Kedua-duanya sama fungsi. Kepada yang mengamalkan VOA, proses agak lambat disesetengah pintu masuk negara asing kerana Q yang panjang.
Manakala ada negara menerima tunai wang tempatan dan USD. Tetapi ada juga negara yg lebih canggih menerima Card Credit sahaja. Kepada pengamal VOA, jangan mengambil mudah dalam urusan VOA sebab kekadang pemegang passport 1M akan menerima soal jawab yang panjang dan kemungkinan tidak dibenarkan masuk kesesabuah negara berkenaan. Oleh yang demikian, sebelum membuat perancangan keluar negara sila berurusan dengan kedutaan berkenaan di negara tempat tinggal.
Di blogs yang lain akan diceritakan satu persatu hasil dari pengalaman untuk para pembaca sekelian. Salam hormat dan sila layari blogs ZBA seperti yang tertera dibawah.

http://www.zainaltobiaqtravel.blogspot.com
No comments:
Post a Comment