Sunday, May 26, 2013

SULTANATE OF OMAN

Dengan Nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Pengasihani

Assalamualaikum,
Penerbangan jauh yang meletihkan.  Al-maklum dari LCCT KL ke Changi, Singapura.  Berehat transit dan dilayani mesra dengan Rojak Singapore oleh teman merayap "Wati"  yang mesra untuk dikenali.  Tetapi ini adalah sebenarnya tujuan merayap. Satu perhentian adalah satu pengalaman yang berharga.

Meneruskan penerbangan 3J45M ke Colombo, Sri Lanka.  Transit dan terpaksa berkampung di Airport selama  4J kerana tidak dibenarkan keluar oleh pihak Imigresen.  Walhal mengikut peraturan Sri Lanka,  transit kurang daripada dua hari VOA diberikan secara percuma.

Peringatan.  Bagi menggunakan VOA tanpa banyak persoalan, pembaca harus membuat booking olok-olok dengan hotel tempatan khususnya disekitar Airport atau mengatakan terdapat laugage yang perlu diambil, barulah pihak Imigresen akan membenarkan penggunaan VOA kepada penumpang transit.  Ini satu tektik bukan pembohongan sekiranya pembaca ingin merayap sebentar diluar melepaskan stress setelah berada terlampau lama dalam perut pesawat.
Dari Sri Lanka, penerbangan 4J45M ke Sharjah, UAE dan transit lagi selama 1J sambil menikmati sarapan pagi.  Berikutnya 1J kemudian penerbangan ke Muscat dan akhirnya ZBA selamat tiba kesatu destinasi baru dalam kamus "Pengembara Jalanan".   Muscat, Oman.
                                    http://www.zainaltobiaktravel.blogspot.com.
Oman sebuah negara diselatan Semenanjung Arab.  Kaya dengan minyak dan keseluruhan negaranya adalah gurun berpadang pasir.  Mengamalkan pemerintahan beraja yang amat prihatin dengan kehidupan raayat.  Raayat hidup mewah dengan kaum pendatang khususnya dari India dan Pakistan serta Bangladesh sebagai penyumbang kepada pembangunan.  Walau pun demikian kaum pendatang tidak dibenarkan bebas sesuka hati malah dipantau bagi memastikan mereka berada dibawah undang-undang dan peraturan.
Jarang dikenali oleh dunia di Asia tetapi cukup sinonim dengan pelancung Barat yang menghabiskan cuti musim panas di Muscat.  Oman mengamalkan Islam secara total dan langsung tidak memberi ruang kepada kehancuran sosial dalam masyarakatnya.  Lelaki mereka tampak gagah dengan pakaian tradisional dan berpisau dipinggang.  
Manakala wanitanya menutup aurat secara keseluruhan dan jarang-jarang kelihatan di pusat membeli belah, jalan-jalan kecuali dengan keluarga atau suami.  Tidak langsung dapat bermimpi untuk berbual malah berkenalan.

Ibu negaranya dikenali sebagai Muscat dan bandar kedua terbesar ialah Salalah diselatan.  Kedua-duanya terletak ditepian pandai yang amat cantik pemandanganya.
Bagi ZBA tidak banyak diketahui tentang Oman walau pun dari catatan para pengembara yang lain.  Apa pun apabila mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Muscat, ZBA menerima satu kejutan apabila melihat keadaan sekeliling.  Aku sangka Oman mundur dari NegaraKu, sedangkan  Oman sekarang ialah Oman yang ZBA sedang  jejaki hakikatnya. 
  
                                  

Siapa sangka pembangunan Oman telah kembali kepada zaman kegemilangan Sinbad yang pernah kita baca dalam komik-komik semasa disekolah rendah tahun 60 puluhan dahulu.  Meraka sekumpulan pelayar yang baik dan menguasai alam kelautan sejak zaman berzaman.  Sekilas pandang pembangunan semakin rancak dibangunkan dan kebersihan mereka berada ditahap amat membanggakan. Sebenarnya itu ajaran Islam yang wajib kita praktikan.

Muscat Airport terletak 39 km daripada Ruwi, bandar lama Muscat. VOA tidak menjadi masalah kepada pembaca hanya dengan 5 OMR untuk 7 hari berada di Oman.  Pembaca boleh membuat pilihan untuk kesana dengan kemampuan poket sendiri.  Tiada perkhidmatan bas daripada Airport ke bandar dan sebaliknya kecuali perkhidmatan teksi. Rata-rata teksi meminta antara OMR 5-8 bagi perjalanan sehala.  Cara terbaik bagi pengembara jalanan ialah menggunakan perkhidmatan "Microbus" atau  mini bas yang cantik dan berhawa dingin (Mini bas dilihat khusus sebagai pengangkutan pekerja asing di Oman).  Membawa penumpang genap-genap mengikut kapasiti muatan.  Waktu perkhidmatan ialah seawal 0600 pagi hingga 10.00 malam.  Tambangnya jauh lebih murah daripada teksi.  Manakala tambang teksi juga semurah mini bus sekiranya pembaca menggunakan kaedah "berkongsi teksi" dalam satu arah perjalanan.  


Perhentian mini bas mengarah ke Ruwi ialah bersebelahan dengan Airport lebih kurang 150 meter diluar dan pembaca dikehendaki berjalan kaki keluar dan melintasi footbridge keseberang jalan dan turun kebawah dan disana terdapat sebuah perhentian.  Pembaca dinasihatkan menunggu  mini bas yang bewarna putih kerana mini bas adalah seolah-olah van biasa sebagai pengangkutan umum.  

Tiada tertera tulisan apa-apa malah pembaca dinasihatkan bertanya kepada pemandu arah perjalanan sebelum menaiki mini bas.  Tambang yang dikenakan ialah 300 baisa dan kepada pelancung biasanya 500 baisa bagi perjalanan 45 minit melalui highway yang cantik dan mengkagumkan serta pemandangan bandar Muscat yang amat bersih dan mendamaikan mata yang memandang.


                                   Pengangkutan utama di Muscat dominanya ialah Teksi, Kereta Sewa (Left hand drive), Mini Bas dan Bas (ONTC).  Oman tidak mempunyai pengangkutan bas dalam bandar kecuali antara bandar dan antara negara.  Perhentian bas kesemua destinasi adalah tertumpa di Ruwi.  Perjalanan dalam bandar menggunakan Mini bas tambangnya sekitar 200 baisa dan tidak melebihi 300 baisa.


Dua destinasi utama di Muscat ialah Old Muscat dan Muttrah dan tempat paling sesuai untuk berpeleseran ialah Muttrah Souk.  Disini segala-galanya di Muscat.  Sebut  apa sahaja yang dikehendaki dan berjalanlah sehingga pembaca terduduk atau bagi kaum wanita sehingga jari jemari dipenuhi dengan beg-beg plastik yang mengembung.  Jika letih duduk dan jika dahaga minum dan jika lapar masuklah kerestoran pilihan masing-masing.  Bagi mengetahui Muscat secara keseluruhan, ZBA syorkan dapatkan peta daripada Bigbus City Tour dari www.bigbustours.com.
Oman boleh dikatogerikan sebagai sebuah negara teluk yang sedang pesat membangun.  Mempunyai infrastaktur psarana yang terkini dan sistem jalanraya yang terbaik sesuai dengan kekayaan yang dimiliki.  Mereka merupakan negara pengeluar mineral seperti minyak, gas, perikanan dan perlombongan emas.  Harga seliter patrol 95 ialah 0.12 baisa dan diesel agak mahal dengan harga selitar ialah 0.46 baisa.

Bagi menyenangkan para pembaca senang membuat perbandingan harga,  disini ZBA terangkan serba sedikit berkenaan mata wang Oman.  Mata Wang Oman ialah OMR (Oman Rial) dan dalam bentuk wang kertas 50 OMR, 20  OMR, 10 OMR, 5 OMR dan 1 OMR. 1 OMR dipecahkan menjadi 100, 200 dan 500 Baisa. 100 Baisa dikecilkan lagi menjadi coin dalam bentuk nilaian 5, 10, 25 dan 50 Baisa. 

Pada tarikh ini 1 OMR bersamaan RM 8.00.  Negara kecil tetapi nilaian matawangnya  bernilai emas tetapi NegaraKu negara maju didunia, nilaian matawang dalam bentuk harga sejengkal surat kyabar lama.  Tidak keterlaluan jika dikatakan wang syling negaraKu, kanak-kanak sekalipun tidak hairan apabila terjumpa dimana-mana.  Tetapi tidak apabila berada di Oman.  Sekeping syling telah melayakan untuk kita sebotol mineral water. 
Special tentang Oman walaupun nilaian matawangnya tinggi tetapi harga barangan yang ditawarkan adalah murah.  Contoh 500ml mineral water berharga 15 baisa.  Tidak sebagaimana negara Euro, sudahlah pertukaranya tinggi ditambah lagi dengan harga yang tinggi disamping dikenakan  GST pada setiap barangan yang dibeli.  Temubual ZBA dengan seorang pekerja hotel memaklumkan bahawa raayat Oman hidup dalam serba kemewahan.  
Pendapatan  seorang guru  sekolah berkelulusan University ialah sekitar OMR 700 sebulan.  Setengah tangki petrol bagi sebuah kenderaan Kia  Seranto cuma  2 OMR . Dan banyak lagi contoh-contoh yang sengaja tidak dipaparkan.  Memadailah ZBA menyatakan walaupun Oman tidak pernah membangga diri dengan kekayaan yang dimiliki dan tidak pernah menonjol sebagai negara maju yang membangun tetapi mereka adalah sebuah negara makmur.   
Makanan di Oman untuk masyarakat Asia tidak menjadi masalah.  Pilihan adalah ditangan pembaca.  Jika inginkan nasi briayani, silakan ke restoran Pakistani dan India.  Makanan antarabangsa boleh didapati dihotel-hotel bertaraf antarabangsa. Hotel di Muscat dan Oman keseluruhannya berada ditaraf sederhana tinggi.  Harganya sekitar 15 OMR dan keatas untuk bilik yang sederhana.      



3H/2M ialah sesingkat masa untuk menjelajah keseluruhan Muscat.  Sungguhpun kos hotel agak mahal tetapi pengalaman bersama mengenali masyarakat Oman dalam kehidupan mereka adalah lebih bermakna bagi sesuatu kunjungan.  Bagi ZBA perjalanan masih jauh dan kami harus menepati jadual perjalanan yang dirancang.  Perjalanan diteruskan dan kali ini untuk melihat dengan lebih dekat Negara Oman dari dalaman.  ZBA akan merentasi Oman daripada Muscat ke Dubai UAE.  Perjalanan darat dijangka mengambil masa 6jam dalam cuaca 45C.


 Muttrah Souk Oman 
                                                                                              
USEFULL INFORMATIONS
Email : zainaltobiak@yahoo.com.my

Tuesday, May 7, 2013

MIDDLE EAST 7 COUNTRY BEGIN

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani

Assalamualaikum,


Dengan pemberhentian penerbangan AA sektor Kuala Lumpur-Colombo ini bermakna tiada lagi pilihan bagi "Pengembara Jalanan" seperti ZBA untuk mendapatkan penerbangan murah kemana-mana destinasi di Timur Tengah. Semuanya boleh dikatakan didominisasikan oleh pernerbangan nasional.   Mungkin ini juga merupakan berita baik yang dikehendaki oleh Veteran UMNO dan orang number wahid CUEPEC  berhubung kenyataan bijak seorang CEO warga koperat demi ingin melihat semua raayat Malaysia merealisasikan  ".........."

ZBA orang bodoh dan jauh lebih bodoh daripada puak-puak veteran dan seorang bergelar presiden.  Orang bodoh memilih yang murah tetapi orang cerdik memilih juga yang murah.  Orang bodoh diletakan diatas dan orang cerdik diletakan dibawah.  Tahniah negara yang bergelar 1M kerana memperbodohkan yang cerdik tetapi yang bodoh tetap dengan kepandaiannya.
Pengembara jalanan tetap dengan AA.  Kerananya ZBA telah merayap hampir pasti 96% daripada destinasinya dengan murah dan selesa.  Apa yang ZBA kehendaki bukan makanan,  juga jenama syarikat, atau siapa CEOnya tetapi lebih kepada "Safety dalam penerbangan itu sendiri".  Rata-rata AA menggunakan pesawat baru dan kakitangan penerbangan veteran yang terlatih.  
Mungkin ada diantara pembaca yang mencemuh pandangan ini tetapi itu hak mereka yang berduit.  Tidak salah dan malah itu satu pandangan yang baik daripada mereka.  Dengan rendah diri ZBA nyatakan bahawa, mungkin semua pesawat commersial perbagai jenis  didunia telah ZBA naiki kecuali Airbus 380 untuk merentasi 3/4 dunia.  Jika sebuah syarikat berbangga dengan "Best cabin in the World",  rasa-rasanya semua pramugari syarikat penerbangan ialah ibarat pelayan diudara.  Tidak lebih daripada itu sebaliknya cuma memberikan perkhidmatan yang  terbaik kepada pelanggan sejajar dengan bayaran yang dikenakan.
                                                                                Singapore Terminal 2
31 Mei 2013 membuka lambaran baru.  ZBA mencuba pula penerbangan Tiger Airways penerbangan daripada  LCCT, KL  ke Singapura dan Colombo.  Dari Colombo ke Muscat dengan penerbangan Air Arabia.  Kedua-dua perjalanan ini cuma dengan bayaran RM 1,007.00 sehala.  Jika ZBA mengambil penerbangan nasional paling murah ialah Air Lanka dengan bayaran RM 1,500.00 sehala.  Advantagenya "pengembara jalanan" dapat merayap ke 3 destinasi berasingan.  Singapura, Colombo dan Sharjah.  Setiap destinasi dapat membantu ZBA dengan setiap satu pengalaman yang baru dan  berharga.  

Perjalanan dari Sharjah UAE ke Amman, Jordan, ZBA juga menggunakan penerbangan Air Arabia manakala daripada Cairo ke Doha dan Doha ke KLIA menggunakan perkhidmatan Qatar Airways.  Semua kos tiket penerbangan ialah RM 2,584.00 bagi perjalanan 7 negara Timur Tengah.


Negara yang dimaksudkan ialah Singapura, Sri Lanka, Oman, United Arab Emirate, Jordan, Mesir dan Qatar.  

Bagi perjalanan transit pembaca perlu dingatkan tentang kepentingan Visa atau Visa On Arrival (VOA).  Setengah negara berkehendakan kita mendapatkan Visa sebelum pergi dan sesetengah negara hanya di kenakan VOA.  Kedua-duanya sama fungsi.  Kepada yang mengamalkan VOA, proses agak lambat disesetengah  pintu masuk negara asing kerana Q yang panjang.  

Manakala ada negara menerima tunai wang tempatan dan USD.  Tetapi ada juga negara yg lebih canggih menerima Card Credit sahaja.  Kepada pengamal VOA, jangan mengambil mudah dalam urusan VOA sebab kekadang pemegang passport 1M akan menerima soal jawab yang panjang dan kemungkinan tidak dibenarkan masuk kesesabuah negara berkenaan.  Oleh yang demikian, sebelum membuat perancangan keluar negara sila berurusan dengan kedutaan berkenaan di negara tempat tinggal.

Di blogs yang lain akan diceritakan satu persatu hasil dari  pengalaman  untuk para pembaca sekelian.  Salam  hormat  dan  sila layari blogs ZBA seperti yang  tertera dibawah.          

http://www.zainaltobiaqtravel.blogspot.com


Friday, May 3, 2013

CROSSING HIGHEST TRAIN TRACK IN THE WORLD

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani

Assalamualaikum,


ZBA tinggalkan Tibet dengan seribu kenangan.  Kenangan yang sukar ditukar ganti dan dijual beli.  Hari ini kami akan memulakan satu lagi perjalanan dalam sejarah hidup merentasi bumi Tibet ke China.  ZBA akan melintasi puncak tertinggi perjalanan kerepati didunia. Lebih tepat tempat ini dikenali sebagai Stesyen Tang Gu La.  Berada diparas ketinggian 5,068 meter bersamaan dengan 15,711 kaki daripada paras laut.  Satu perjalanan yang dilihat lebih hebat daripada Trans-Siberian Journeys.

Train T28 ialah keretapi ulang alik Lhasa-Beijing setiap hari mulai jam 13.48 tengahari daripada Lhasa.  Panjangnya 15 Koc termasuk satu lokomotif.   Dua koc untuk  "Soft sleeper",  enam koc "Hard sleeper", empat "Ekonomi", satu koc "kakitangan", satu "Buffet" dan satu "Lokomotif". Berkuasa eletrik sepenuhnya sepanjang perjalanan.  Jarak perjalanan ialah 3,753km dan mengambil masa 42 jam dengan tambang RM 382.oo bagi hard sleeper.  

Kederasan pada keseluruhanya ialah 130kmj dan boleh mencapai sehingga 180kmj.  Dilengkapi kemudahan oksijan bagi menghadapi situasi kekurangan oksijan semasa dalam perjalanan.

Train ini akan berhenti mengambil dan menurunkan penumpang di enam buah stesyen disamping menukar lokomotif.  Stesyen-stesyen tersebut ialah Naqu (322km), Geermu (1142km), Xining Xi (1960km), Lanzhou (2188km) Taiyuan (3245km) dan Shijiazhuang North (3470km) dan destinasi terahir Beijing Xi (3753km).

Lhasa Stesyen.  Lebih canggih dan besar daripada LCCT Terminal sekarang.  Ruang menunggu lebik baik daripada ruang menunggu pesawat di KLIA dinegara 1M.  Kawasan luarnya puluhan ekar dan mempunyai keselamatan tercanggih untuk keselamatan penumpang.

Perjalanan bermula dan stesyen pertama ialah Nagu.  Train membelah pergunungan dan terowong saling berganti.  dan membelok melalui susuh pergunungan yang tajam.  Tiada apa yang kelihatan selain ladang ternakan bebiri, kambing dan yak.  Memadai berikutnya ZBA ceritakan pengalaman ini melalui gambar-gambar.


Train T 28 Koc 13 Cabin No. 6,7,8 dan 9. Perjalanan Lhasa ke Beijing West.

































Selekoh "S" mengelilingi lereng pergunungan.  Pemandangan ini sebelum keretapi memasuki bandaraya Xining Xi




Paras kedua tertinggi perjalanan keretapi Lhasa-Beijing.





ZBA keluar mengabil udara bersih tetapi agak sukar bernafas apabila keluar daripada keretapi.




Kiri kami berada di Buffet Koc untuk minum pagi dan kanan sekumpulan besar bebiri sedang meragut rumput.




























Bandaraya Xining Xi.  Keretapi berhenti disini selama 20 minit.  
Bandaraya ini seolah-olah bandar dinegara-gara Islam yang lain. Pertama kali dalam sejarah lawatan 11 kali ZBA di China, inilah satu-satunya bandar yang kelihatan asing tetapi ceria dan menyambut kedatangan ZBA dengan memaparkan kecantikan dan keindahan Masjid-masjid yang tersergam indah.  Sudahlah itu, Masjid berada dimana-mana dalam bandaraya Xining Xi.  Bukan satu bukan dua tetapi tiga dalam satu frame gambar.  ZBA difahamkan oleh seorang teman yang berasal daripada bandaraya ini yang secara kebetulan bersama kami  dalam satu kabin merupakan  seorang penuntut universiti di Beijing berketurunan Hui Muslim.  Katanya 50% daripada penghuni bandaraya Xixing Xi adalah muslim. Masyaallah.

Kepada pembaca, jangan hairanlah kalau kita dinegara 1M selalu berbangga dengan keislaman yang kita ada.  Islam kita sebenarnya pada nama dan keturunan.  Rupa-rupanya Islam di China lebih gah disegi jumlah dan keislamannya.

Keadaan ini juga hampir sama semasa kami memasuki bandaraya Lanzhau, 2,188km  ke timur  Lhasa.  Distesyen kereta kita boleh lihat manausia-manusia berkopiah putih dengan aktiviti harian mereka.  ZBA kagum dapat melihat saudara muslimin dan muslimat disana yang seugama.





























 Kenangan kali kedua berada China Olympic Stadium Beijing

ZBA pulang melalui Beijing setelah menamatkan 12,492km daripada KL-Kathmandu-Lhasa-Beijing selama 14H/13M


















http:www.zainaltobiaktravel.blogspot.com