Saturday, April 16, 2016

THE GRAVE YARD OF SARAJEVO

The Socialist Federal Republic of Yugoslavia was one of the largest, most developed and diverse countries in the Balkans, and comprised of six republics. Bosnia Herzegovina, Croatia, Macedonia, Montenegro, Serbia, and Slovenia. Within which various ethnic groups lived. The two separate regions of Kosovo and Vojvodina were autonomous provinces within the Republic of Serbia. The Balkan Civil War, also known as the Yugoslav Civil War, lasted from 1991-2001.

The war was part of the breakup of Yugoslavia. Following the Slovenian and Croatian secessions from the Socialist Federal Republic of Yugoslavia in 1991. The multi-ethnic are Muslim (44 percent, Serbian artodok 39 percent, Catholic Croats 17 percent), passed a referendum for independence on 29 February 1992.
Manusia khususnya pemimpin yang tamak dan haloba mencipta peperangan dan akibatnya raayat sejagat yang menjadi korban dan hidup dalam kesengsaraan. 
Sampai kepada artikal ini ditulis, konflik etnik di Bosnia masih berlarutan. Sebagaimana yang dinyatakan diatas tiga kaum terbesar, Bosnia Muslim, Croat dan Serb masih bertelagah sesama sendiri untuk membentuk kerajaan. Walhal Serb telah mempunyai negara sendiri yang dikenali sebagai Serbia manakala minoriti Croat dengan Crotia. Bosnia Muslim satu-satunya ialah Bosnia Herzegovina. 
Dimaklumkan bahawa Presiden  Bosnia akan dpilih daripada 3 etnik berkenaan bagi  jangkamasa setiap 8 bulan sekali.  Ini sudah tentu merumitkan setiap kali untuk membuat keputusan dan perlaksanaan dasar untuk pembangunan negara. Negara  akan terus mundur dan raayat tidak dapat menikmati suasana bernegara yang sebenar.
Kesan-kesan tembakan peluru yang masih dapat dilihat sehingga kini
Perang Bosnia dimaklumkan bermula disini.  Seorang kanak-kanak Croat dibunuh diawal pagi dan dikuti dengan  pembunuhan kanak-kanak Bosnia Islam pada tengahari 06hb Jun 1992.
Etnik Serb-Orthodox adalah etnik yang paling bongkak dan tak bermaruah.  Mereka amat membenci etnik Islam Bosnia dan bercita-cita besar untuk melakukan penghapusan etnik secara besar besaran di bumi Balkan. Tetapi mereka lupa sejarah.  Islam bukan semalam tertegak dibumi Balkan malah sejak ribuan
tahun Balkan dikuasai oleh Kerajaan Othmaniah Turkey. Keagungan ini malah dapat dilihat dengan jelas hinggalah sekarang. Mereka angkuh kerana mereka merupakan Yogoslavia yang jitu satu ketika dulu. Kini Yogoslavia sudah tiada lagi dengan kemunculan  negara-negara baru setelah masing-masing menuntut kemerdekaan termasuk juga Bosnia.  Maka bermulalah era peperangan. 
Daripada mayat-mayat bergelimpangan kini puluhan ribu batu-batu nisan tercacak dipusara.  Kematian tidak pernah mengenal usia, warna kulit, umur dan jantinaa. Kesengsaraan midan penderitaan tidak pernah dirasai kepada mereka yang tidak mengalaminya. Peperangan Balkan selama  4 tahun,  1992 -1995 telah menceritakan segala galanya kepada raayat Bosnia.  Dunia memandang sepi kerana mereka beragama Islam. Mereka dibunuh, diseksa ibarat haiwan ternakan. Namun sebagai umat Islam, kita harus menerima takdir yang mungkin ada hikmah disebaliknya. Sebagai umat yang seagama marilah sama-sama kita menghadiahkan Al Fatehah kepada arwah-arwah yang telah kembali.  Simpati kita kerana mereka telah berjaya mempertahankan Aqidah Islam dan tanah air bumi tercinta.
Sungguh menyayat  hati.  Tapi  itulah  realiti  kepada  sesiapa
yang berkesempatan untuk membuat lawatan ke Sarajevo dan khususnya ke Bosni Herzegovina. Temuilah mereka-mereka yang hidup semasa perang dan dengarlah sendiri rintihan dari pengalaman mereka yang sungguh menyayat hati. Tanpa disedari kita akan mengalirkan air mata tanda simpati diatas pengorbanan para pejuang mereka untuk menyelamat dan mempertahankan  maruah bangsa, aqidah agama dan tanah air sendiri.
Bagaimana perang berlaku.  Inilah persolan yang jarang-jarang kita dengar realiti daripada masyarakat antarabangsa. Dalam istilah hari ini ialah semuanya berpunca atau berkaitan dengan apa yang digelar sebagai extrimis Islam, IS, Taliban dan sebagainya yang melibatkan orang-orang Islam.
Bosnia sebenarnya telah merungkai kepada peperangan penghapusan etnik Islam oleh etnik Serb-Athodox dan bukan daripada masalah dalaman. Manakala Croat pula mengambil kesempatan kerana mereka juga sebahagian daripada kristian catholik yang seteru kepada Islam.
Cahaya Keamanan 

Peperangan Balkan atau "Yogoslav Sivil War", pertamanya ialah antara Serb melawan Bosnia Islam dan Croat. Fasa kedua diantara Bosnia Islam dan Croat manakala fasa terahir antara Serb dan Crotia. Apapun natijahnya mereka berpisah mengikut negara dan etnik masing-masing. Serb di Serbia, Croat dengan Crotia dan Bosnia dengan ketiga-tiga etnik bergabung.
Hasil nukilan ZBA ini adalah daripada anak seorang doktor etnik Islam yang meninggal dunia di Lapangan Terbang Sarajevo semasa perang Balkan.

Strategi dan Peperangan.
Perang mempunyai tatacara tersendiri. Negara boleh berperang tetapi tidak semua boleh dibunuh dan dimusnahkan sesuka hati.   Kanak-kanak, wanita, orang-orang tua, rumah-rumah ibadat, kemudahan awan tidak boleh dibunuh dan dimusnahkan. Tetapi perang Balkans bukan sahaja perang pembunuhan dan penghapusan harta benda. Perang ini lebih dahsyat daripada itu. Perang yang amat kejam  ini sebenarnya perang dendam dan penghapusan etnik. Mangsanya adalah Etnik Bosnia yang berugama Islam yang tidak berdosa. Ditakdirnya tanpa bantuan antarabangsa, sudah pasti umat Islam yang merangkumi 44% daripada   populasi penduduk Bosnia akan pupus dan kita tidak akan nampak lagi negara umat Islam teramai di Balkans.  
Hakikat ini ZBA lihat sendiri dibandar-bandar yang majoriti penduduk berugama Islam. Mereka menerima pukulan paling hebat dengan semua kemudahan awam serta masjid-masjid dimusnahkan. Apatah lagi kehilangan nyawa dengan ribuan pusara dapat dilihat sehingga hari ini.  Paling menyayat hati dalam masa seminggu sahaja di Srebrenica, 8,640 orang umat Islam telah dibunuh dengan kejam. Sebenarnya peperangan bukan menghalalkan cara untuk kemenangan dan tidak mengambil kira peri kemanusiaan dan kerosakan kemudahan awam. Tetapi Bosnia mencerikan kepada dunia bahawa peperangan Balkans adalah satu perbuatan yang paling kejam diabad ini.
Sarajevo ibu negara Bosnia Herzegovina. Sebuah negara bergunung ganang selepas Greece di Balkans.  Terletak disebuah lembah yang subur dan ditengah-tengahnya mengalir Sungai Vilsonovo.  Di kelilingi oleh bukit bukau dan pergunungan. Begitu juga bandar-bandar lain di Bosnia. Sarajevo sebuah bandar yang cantik selepas Budapest di Balkans. 
Dari segi percaturan strategik peperangan, sesiapa yang terdahulu dapat mengusai kawasan pergunungan akan mempunyai "Advantage" yang tinggi untuk mengatasi pihak lawan.  
Ini terjadi di Sarajevo dimana pihak lawan telah mengepong Sarajevo sebaik peperangan bermula. Puak Serb menguasai pergunungan tinggi ditimur yang paling hampir dengan bandar Sarajevo yang sangat  strategik untuk melancarkan serangan.  
Manakala tentera kerajaan Bosnia (Bosnia Islam dan Croat) pua hanya mengusai bukit-bukit yang jauh daripada Sarajevo untuk mempertahan diri dan melancarkan serangan.  Jadi tidak hairanlah dengan peralatan yang canggih mereka dapat
bermaharaja lela menyerang Sarajevo.  Jika di lihat dari kawasan Serb melancarkan serangan, kita dapati jika mereka menggunakan senjata seperti mortar, GPMG, AK 47 dan senjata kecil sekali pun, Serb akan dapat menembak kedalam lingkungan jarak "Killing area" dengan tepat kesasaran.  Ini belum lagi kemusnahan dan kematian yang bakal diterima jika menggunakan meriam, kereta kebal dan sebagainya.
Kini apa yang tinggal dan menjadi kenangan seumur hidup bagi penduduk Islam Bosnia dikawasan pergunungan dan bukit-bukit disekeliling Sarajevo ialah "Tanah Perkuburan".
Tentu ramai yang ingin mengetahui bagaimana Bosnia dapat bertahan selama empat tahun peperangan.  Jawapanya mudah kerana dengan bantuan antarabangsa dan satu lagi ialah dengan pembinaan "Tunnel of Hope" yang dibina dibawah lapangan terbang antarabangsa Sarajevo oleh sekumpulan "Jurutera daripada pelombong-pelombong" Bosnia sendiri.   
Sarajevo Tunnel was constructed by the besieged citizens of Sarajevo in order to link the city of Sarajevo, which was entirely cut-off by Serbian forces, with the Bosnian-held territory on the other end of the supposedly neutral area at the Sarajevo Airport controlled by the United Nations. The tunnel linked the Sarajevo neighbourhoods of Dobrinja and Butmir.
Beginning in January 1993, the Sarajevo Tunnel was dug by Bosnian volunteers working in 8-hour shifts. The Sarajevo tunnel was completed in mid-1993, which allowed food and humanitarian aid to come into the city, and people to get out. The tunnel was one of the major ways of by passing the international arms embargo and providing the city defenders with weaponry.
The tunnel was 1.5 metres (4.9 ft) in height and about 1m in width, and ran for approximately 960 metres (3,150 ft) in length. During the time it was used, it is estimated that 20 million tons of food entered the city, and 1 million people passed in and out of it.
The tunnel was most famously used to transport the former Bosnian president Alija Izetbegović in his wheelchair which was run on the railway of the tunnel. The 20 metres (66 ft) of tunnel that are left today now form part of a museum in Sarajevo, which is open to visitors every working day from 9 am to 4 pm.
The house in which the tunnel's southern entrance was hidden is now a museum.
The tunnel was ingeniously dug in a wide L-shape in order to prevent the Serb forces from caving it in with shells, since the tunnel exit points could not remain a secret for too long.
From 1993 to 1995 the tunnel further developed by putting in a mineshaft-like railway, drainage pumps and digging out crossing points where people coming from two different sides could pass by each other as the tunnel was not wide enough to do that everywhere.
Dua pengajaran dapat ZBA  rumuskan disini walau pun peperangan telah berlalu. Kemungkinan untuk meletus lagi peperangan adalah "Possible" jika langkah-langkah tidak dibuat bagi menghindarkan jurang diantara etnik,  Bosnia Islam, Serb dan Croat. Pengangguran dikatakan mencapai 30% di Bosnia.  Ekonomi masih di pegang oleh etnik Serb dan
Bosnia Islam masih ketinggalan didalam serba serbi. Manakala minority Croat pun merupakan duri dalam daging yang akan memihak kepada Croat atau Bosnia Islam bilamana salah satu daripadanya memegang kuasa.
Bosnia Islam wajib bangkit sekarang. Bangkit dalam erti kata menguasai tampuk pemerintahan, ekonomi, ketenteraan, budaya dan sebagainya. 
Dari segi penghayatan Islam, secara kasar Bosnia Islam telah kembali aktif kepada Islam.  Masjid-masjid telah melaungkan azam apabila menandakan masuk waktu solat dan tidak kurang jemaah yang melaksanakan kewajipan.  Satu kesedaran yang baik dan kita berharap Bosnia satu ketika nanti akan menjadi sebuah negara Islam yang berdaulah. Insyaallah.

WELLCOME TO JURUSALEM OF BALKANS 

Sunday, February 28, 2016

BALKANS TRAIN JOURNEYS PART 1


The Balkans peninsula is, according to some definitions, what lies south of the rivers Sava and Danube from the city of Belgrade. This definition, however, then would rule out part of northern Serbia, known as Vojvodina, a good part of Croatia, Romania and, of course, Slovenia. Historically, all these countries/regions were usually considered to be part of the Balkan countries, as Slovenia, too, was once part of Yugoslavia. It is their recent independence that has allowed for the Slovenes to re-proclaim
their desire to be considered Central European. Lastly, much of Greece also resides upon the Balkan Peninsula; however, the Greeks, like the Slovenes and northern Croats, also distance themselves from the Balkans, and, as its major travel destinations (apart from Athens) lie upon its islands, it is almost exclusively considered as a part of Southern Europe.
Khazanah tersembunyi sejak beberapa abad bagi negara-negara tersebut akhirnya terungkai jua.  Sebelumnya mereka dianggap negara asing yang jauh daripada pengaruh morden dimana sejak berabad dijajah dan ditakluki dan diletakan dibawah pengaruh USSR.
Kini semuanya berlalu dan mereka membenarkan dunia bebas bergerak kesana kemari di negara-negara mereka. Keujudan beberapa negara baru pecahan daripada kejatuhan Republik Yogoslavia akibat perang Balkans 1992-1995 seperti Mecodonia, Crotia, Serbia dan Bosnia Hezagovina.
Kini negara-negara tersebut sudah tidak asing lagi bagi pelancung-pelancung asing. 1M mula dikenali di Balkans ketika dan selepas tamat perang Balkan.  Banyak sumbangan telah diberikan dalam bentuk kemanusian dan ketenteraan. Sebuah Masjid berkubah biru didirikan khas di Bosnia sebagai
sumbangan ikhlas kerajaan dan raayat 1M kepada saudara-saudara Islam Bosnia tersergam indah di Sarajevo. Banyak kenangan manis diceritakan oleh warga-warga tua tentang 1M 20 tahun lalu. Tahniah DrM dan syabbas ATM yang memainkan peranan penting demi keamanan dunia dan Islam sejagat.
Menyusuri kisah ini, ZBA akan huraikan secara terperinci dalam "The grave yard of Sarajevo".
Bermula dari Kuala Lumpur, penerbangan menuju Doha, Qatar (7J). Dari Doha menuju Istanbul, Turkey (4j) dan hari yang sama dari Istanbul menuju Athens (1J).  satu perjalanan yang panjang dan membosankan kerana laluan ini adalah laluan routine bagi ZBA sebelumnya. Episod Balkan train journey bermula dari Athens ke Thessolaniki.
Ramai daripada 1M telah mengunjungi negara-negara Balkan dan mengenalinya.  Ada yang bergelar sebagai pelancung dan ada yang bergelar sebagai pengembara. Dua cara yang ketara berbedza. Melancung biasanya mengambil masa yang pendek dan menggunakan pengangkutan udara.  Mereka membayar lebih demi keselesaan.  Mendengar burung kakak tua berbicara tetapi kurang ilmu yang dibawa pulang.  Datang dengan stail yang bergaya dan pulang dengan kemegahan bershopping sakan.  Tidak salah kerana mereka bersedia membayar dari hasil keringat yang sedia ada.  
Ini pula yang bergelar "Pengembara".  Kata setengah orang "Kaki sengkek". Tidur di Masjid dan dijalanan.  Dalam erti kata lain tidak berduit.  Tetapi kalangan ini lebih baik daripada "Kaki-kaki balik kampung".  
Setidak tidaknya walaupun dalam keadaan sukar mereka masih mahu mengembara untuk melihat yang tersurat dan tersirat.  Kalangan ini bisanya tidak berkukuk dibawah tempurung malah tidak terkurung dibawahnya. 
Pelancung dan Pengembara.  Dua istilah yang berbedza tetapi dengan maksud yang sama.  Ingin melihat dunia dari sudut dan pandangan yang sama.  Satu dari sudut "Sterio type" dengan sekadar mendengar dan satu lagi dengan cara "Mengkaji dan menyelidik". Sebenarnya pengembara lebih mengenali dunia jika dibandingkan dengan pelancung.   

FASA 1. Balkans Train Journey bermula daripada Athens menuju Thessaloniki. Hujan rengai rengai mengiringi ZBA daripada Athens House GH ke Metro Station dan seterusnya 5 minit kemudian ke Larissa Station.  Larissa Station merupakan station perhubungan metro dan keretapi di Athens. Keretapi bertolak  07.18 am tepat pada waktunya.  Tambang ialah RM 161.00 atau bersamaan 35 EUR. Tiket boleh dibeli dalam talian bagi memudahkan perjalanan berikutnya. Perjalanan dijangka mengambil masa 5j30m.
Keadaan dalam keretapi Greece tidaklah seselesa yang disangka jika dibandingkan dengan Europe Trains yang lain.Walau bagaimanapun selesa dengan kos yang dibayar. Keretapi menyusur pergi meninggalkan Larissa

Station dan
ZBA mengambil kedudukan yang selisa bagi mencari objek dan pemandangan terbaik untuk dirakam dan dikongsi bersama dengan pembaca. Dua jam pertama, sebagaimana biasa kita akan lihat kehidupan masyarakat setempat. Makin jauh makin berubah dan akhirnya kawasan pemandangan sinonim ialah kawasan pertanian, perladangan dan ternakan.  Tidak dinafikan bahawa Greece juga merupakan negara pertanian

kerana negara mereka mempunyai tanah pamah yang luas
dibahagian selatan tetapi tidak dibahagian utara. Bahagian utara boleh dikatakan kawasan bergunung ganang sehingga satu jam lagi perjalanan ke Thessolaniki kita dapati semula kawasan pertanian yang luas.
Ramai pengembara menggambarkan perjalanan daripada Athens ke Thessonaliki sebagai "Scenic Trains Journey",  tetapi bagi ZBA hanya 1/3 sahaja kebenaran tersebut.  Itu pun selepas 3j perjalanan
daripada Athens dimana keretapi akan melalui kawasan pergunungan. Pemandangan daripada atas kearah lembah pertanian dibawah sememangnya cantik. Ketika itu keretapi akan membuat satu bulatan pusingan menyusuri lereng pergunungan tinggi dan curam. Selebihnya keretapi akan melalui kawasan pertanian sehinggalah keretapi sampai ke destinasi Thessolaniki jam 1300 pm.
Athens to Thessolaniki Scenic Train Journey
FASA 2. Thessolaniki ke Sofia. Sesampai ZBA di Thessolaniki, kami masih mempunyai masa untuk merayap di bandar kedua terbesar Greece ini. Bandaraya ini terletak ditepi laut yang cantik dan seiras pandangan
sama dengan kedudukan bandaraya Alexandariah di Egypt. Merupakan bandar laluan darat utama daripada negara-negara Balkans yang lain untuk ke Turkey dan sebaliknya. Kepada pengkaji sejarah Kerajaan Othmaniah, Thessanoliki masih tersimpan khazanah keagungan mereka sehingga kehari ini.  Bandarnya tersusun cantik , kemas serta bersih dan landmark bandar ini ialah "White Tower of Thessaloniki". 


 Thessaloniki dan khazanah peninggalan keagungan Kerajaan Othmaniah Turkey.



















Keesokan harinya   diawal  pagi  ZBA   telah   berada  di station
keretapi Thessaloliki. Keretapi  bertolak seawal jam 06.55am dan dijangka sampai ke destinasi jam 1400pm. Perjalanan 7j dan kos yang dikenakan ialah RM 81.00 bersamaan EUR 18. Sebagai makluman tiket bagi perjalanan ini hanya dijual sebelum keretapi bertolak dihari yang sama. Hanya satu perjalanan sahaja bagi setiap hari.  
Add caption
Keretapi ini sebenarnya adalah "Koc tumpangan" kepada sebuah keretapi yang menghala kejurusan yang sama sehingga kesempadan Greece dan Bulgaria.  Selepas itu 2 gerabak koc tumpangan ini akan ditarik oleh lokomotif Bulgaria sehinggalah Sofia dan ulang alik.
Stesyen keretapi terahir dimana "Koc Tumpangan" diceraikan dan disambong dengan lokomotif Bulgaria.

Perjalanan pagi ini masih didalam   Greece sehinggalah kesebuah bandar sempadan setelah 4j bertolak daripada Thessaloniki.  Keretapi bertukar lokomoti dibandar diatas. Koc tumpangan ditarik oleh Lokomotif
Bulgaria dan bertolak menuju dan melintasi sempadan yang jaraknya 12km. Setelah memasuki Bulgaria train akan berhenti disebuah perhentian kecil selama 1j untuk tujuan pemeriksaan Imigresen.
Para penumpang tidak dibenarkan turun dan dikehendaki berada ditempat duduk masing-masing. Pihak Imigresen akan mengutip semua passport untuk tujuan stamping dan mengembalikan semula
selepas 30m.  Satu proses yang mudah dan dilihat sebagai efishen.  Tiada pemeriksaan kastam dilakukan kepada penumpang keretapi.
FASA 3.  Sememangkan terdapat perubahan ketara apabila kita memasuki
sebuah negara kesebuah negara yang lain. Paling nyata ialah "tulisan" yang terpampang dimana-mana. Inilah yang dikatakan "Lain padang lain belalang".  Ini tidak terkecuali bagi negara Bulgaria yang dilihat sebagai pesat membangun. 
Keretapi bertolak mengikut jadual.  Lanskap pada asasnya tidak banyak berubah ketika ini. Begitu juga rumah-rumah penduduk tempat antara kedua negara, Bulgaria dan Greece. Landasan keretapi sejajar
dengan jalanraya yang juga mengalir sebuah sungai yang cantik bersebelahan. Penempatan penduduk kebanyakannya berada dilereng-lereng bukit dan dilembah-lembah sungai dimana aktiviti pertanian dijalankan.  Mereka juga dilihat mengusakan ternakan seperti bebiri, kambing, lembu dan lain-lain.
Tidak dinafikan sepanjang perjalanan ZBA pagi ini, keretapi melalui kawsan berbukit-bukit dengan pemandangan cantik yang sukar dilupakan.  Dari sempadan keretapi mengambil masa lebih kurang 3j kedestinasi tujuan, Sofia.  ZBA sampai di Sofia tepat mengikut jadual jam 2pm.  Cuaca masih sejuk tetapi sinar matahari memancar terang.  
ZBA memperlengkapkan carta perjalanan untuk hari berikutnya. Menukar sedikit matawang Bulgaria sungguhpun pada asasnya mereka menerima Euro sebagai pertukaran yang mudah.  Menempah tiket perjalanan keretapi berikutnya dari Sofia untuk ke Bucharest. 
Sofia Train Central Station
Sofia sebuah bandar yang cantik. Khususnya melihat kepada senibina bangunan-bangunan lama yang masih kekal sehingga kehari ini. Antara yang menjadi tarikan ZBA ialah Bangunan Parlimen, Masjid dan Walking District . Walau bagaimana pun satu artikal khusus mengenainya akan diceritakan kemudian.  ZBA menghabiskan masa 3H/2M untuk menerokai bandar ini.
FASA 4. Perjalanan daripada Sofia ke Bucharest agak jauh dan kemungkinan memakan masa 12j dengan keretapi. Sebagaimana biasa "International Train" dalah merupakan "Koc umpangan" kepada perjalanan kedestinasi yang sama kesempadan. Tiket perjalanan berharga   RM 126.00 (EUR 29) sehala. Keretapi dijangka memulakan perjalanan seawal pagi jam 08.00am dan ZBA sampai ke destinasi jam 18.30pm. 1j lewat daripada yang dijadualkan.  Sebagai makluman  semua  keretapi  koc   tumpangan 

tidak melebihi      dua   gerabak dan tidak     ramai pelancung asing serta penduduk tempatan yang menggunakan perkhidmatan ini. Ini memberi peluang kepada kami berada didalam compartment yang sama, selesa sepanjang perjalanan. Pagi ini cuca agak dingin dan kami telah berada di Sofia Central Station untuk  destinasi  berikutnya 
Bucharest.  Keretapi perlahan-lahan meninggalkan Sofia yang pada pandangan ZBA sebuah bandar lama yang agak kurang terurus dan kotor dikawasan luar perbandaran. Bangunan-bangunan lama ditinggalkan kosong menjadikan jelik kepada sesiapa yang memandang.



















Sama juga sebagaimana perjalanan sebelumnya, perjalanan dibumi Balkans yang tidak banyak perubahan muka buminya diantara sebuah negara dengan yang lain. Begitu juga dengan kehidupan masyarakat tempatan.
Sungguhpun pada awalnya keretapi melalui kawasan pergunungan dan berbukit tetapi lama kelamaan berahir dikawasan lembah dan tanah pamah yang subur.  Ladang-ladang mulai menghijau dengan tanaman yang mulai muncul dan ternakan berkeliaran disana sini.
Musim sejuk dilihat telah sampai kepenghujung. Pokok-pokok mula mengeluarkan bunga pelbagai warna menjadikan lanskap berubah secara total.  
Seharian perjalanan dengan keretapi dan ZBA sampai di Bucharest 1j30m lewat daripada perjalanan asal.  Perjalanan berikutnya ialah daripada Bucharest menuju Budapest yang diceritakan dalam Balkans Train Journeys Part 11.


GREECE, BULGARIA & ROMANIA