Thursday, May 2, 2013

POTALA PALACE LHASA TIBET

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani

Assalamualaikum,

Potala Palace. Cantik lagi bersejarah.  Diistiharkan oleh UNESCO sebagai kota warisan sejarah.  Dibangunkan diatas sebuah bukit didaerah pergunungan Lhasa yang tingginya 3,600m dari paras laut.  Tersergam indah dan sentiasa dipagari dan dikelililingi oleh ratusan penganut Buddha dari  seawal pagi hingga kepetang.  Disini ZBA tidak akan menceritakan secara terperinci berkenaan Potala Palace memadai dengan paparan gambar-gambar sebagai hiasan.  Keterangan lanjut pembaca boleh merujuk kepada web-web rasmi bagi mengetahui  sejarah pembinaan dan arkitek kejayaan Potala Palace. 



 Potala Palace with the sunshine day.  Capture by Canon 450D with Lens 18-250mm Tamron.




Sejarah pembinaan Potala Palace bermula pada  abad  ke 7 tetapi musnah dipanah petir semasa pemerintahan Tsang Tsen Gampo,  King of Tibet pada abad ke 9.  Dibina dan dibangunkan semula oleh Lheng Tharma tetapi sekali lagi musnah oleh kebakaran.   Selepas itu dengan inisiatif  33 King  of   Tibet,   Potala   Palace tertegak  kembali   sehingga   kehari   ini.     Arkiteknya   yang terkenal dikenali sebagai Songtsan Gampo yang  juga  merupakan  5th  Dalai  Lama.   Dibuka pada umum pada tahun 1649.  Tiket masuk berharga RMB 100.
Dibina diatas sebuah bukit pada ketinggian 150m dengan kelebaran 400m.  Mempunyai 13 tingkat dengan 1,000 bilik serta sebuah gua batu. Dibahagikan kepada dua seksyen yang berasingan.  Seksyen Putih sebagai Political Section dan   Seksyen Merah  sebagai Religius Section.


Secara keseluruhannya Potala Palace telah dibangunkan semula pada abad ke 17 oleh Dalai Lama yang ke 5.  Beliau juga telah menyatukan kedua-dua seksyen putih dan merah kepada satu "Both Political & Religius" juga terkenal dengan panggilan "White Palace".
Kesemua Dalai Lama daripada 5 hingga 13 Dalai Lama meninggal dan stupa mereka terdapat di Potala Palace kecuali Dalai Lama ke 6 meninggalkan Tibet dan meninggal di Mongolia.  Dalai Lama ke 14 kini yang berusia 87 tahun dikatakan melarikan diri ke India dan hidup dalam buangan sehingga hari ini sejak tahun 1959.  Dari tarikh tersebut dikatakan China dengan rasminya mengistiharkan Tibet sebagai sebahagian daripada China sehingga sekarang.  

Walau apa pun tanggapan pembaca berhubung penaklukan China keatas Tibet, ZBA berpendapat dari apa yang ada kepada Tibet sekarang, China telah melakukan segala-galanya yang terbaik demi kemakmuran bersama.  Oleh yang demikian, usahlah kita termakan dengan propaganda murahan yang digembur-gemburkan oleh media keparat yang mencari keuntungan tanpa melihat kepada realiti dan hakikat sebenar.

Melihat dari segi infrastruktur yang dimiliki oleh Tibet sekarang, pembangunan begini mungkin mustahil jika Tibet merdeka.  



                                                                        Tibetan Muslim.  Sedia maklum 10%  daripada penduduk Tibet adalah Muslim.  Mereka kebanyakan adalah dari kalangan traders yang berjaya disamping petani dan penternak.  Tetapi selain daripada bandar Shigatse, Gyantse dan Lhasa ZBA tidak ketemui Masjid. 

Old Lhasa. Gambar kanan sebagai landmark, 100m daripada sini adalah merupakan kawasan penempatan masyarakat Islam Tibet di Beijing Nan Lu Road. Terdapat sebuah Masjid dikenali sebagai Lhasa Mosque atau Big Mosque.  Manakala 150m daripada Lhasa Mosque ada lagi sebuah masjid dikenali sebagai Little Mosque.

Tibetan Muslim amat senang dikenali.  Kaum lelaki mereka pada keseluruhannya berpakaian kemas dengan  songkok putih (Lebai) dikepala.  Kaum wanita pula memakai tudung sebagai kebanyakan muslimah dinegara-negara lain. Ada juga terdapat diantara mereka yang berpakaian purdah.  Syiar Islam nampaknya berkembang pesat walau pun mereka minority dalam masyarakat yang  berpegang teguh dan patuh kepada ajaran Buddha.

Makanan Halal.  Tidak menjadi masalah.  Masyarakat Tibet menggemari "Me segera"-"Pulling mee" atau " Lam mee". Dimasak sebagaimana mee sup atau digoreng basah sebagaimana mee goring.  Satu lagi dijadikan Kao teow sup.  Sedap dan menyelerakan.  Tapi pembaca harus ingat bahawa sepinggan mee di Tibet tidak sama banyak dengan sepinggan mee di1M.  Ini kerana sepinggan mee di Tibet boleh dimakan bersama bertiga  di1M.  Contoh, ZBA order satu masakan untuk berempat, yang datangnya sepinggan besar complait seekor ayam.  Akhirnya kena taupau.

Masyarakat Tibet tidak menggemari nasi. Nasi cuma makanan sampingan. Minuman pagi pula ialah capati (Lempeng) daripada tepong oat dan dimakan dengan susu yak.

Daging dan susu Yak adaklah makanan dan minuman harian.  Ayam dan daging kamping dan babi sebagai tambahan sampingan. (Gambar kanan hidangan yak untuk makan tengahari ZBA).  Didalam mangkok adalah tea dan masih belum dihidangkan ialah Koa teow sup.  Pembaca boleh bayangkan ini sahaja pun boleh dimakan berdua sedangkan belum termasuk Koa teow ?.  Mereka sememangnya kuat makan dan dalam bahasa orang Kedah  dipanggil "makankedarah".  Tetapi  ingat badan mereka  besar-besar dan tinggi.  Setengah daripada bentuk badan orang Melayu.

Keselamatan.  Sebelumnya sebagai peringatan apabila pembaca semasa  berada di Lhasa atau dimana-mana Tibet, jangan sekali-kali bercakap tentang politik yang melibatkan Tibet.  Perkara ini amat sensitif kepada pemerintah China atau kalangan Tibetan sendiri.  Jangan sekali-kali mengambil gambar dengan berlatar belakangkan bena-bena yang dibawa.  Jika tertangkap, pembaca tiada pilihan sama-ada dipenjara atau dikenakan denda yang berat.

Situasi keselamatan di Lhasa semasa kunjungan ZBA juga dalam keadaan tegang tetapi terkawal.  Kami dinasihatkan tidak keluar daripada kawasan terhad Lhasa tanpa guide.  Persekitaran Lhasa Old Town dikawal ketat oleh pasukan keselamatan.  Semua pengunjung samaada penduduk tempatan atau pelancung dikehendaki menunjukan identiti masing-masing dan semua beg-beg dibuka untuk pemeriksaan.  Ratusan anggota Polis, Tentera, Bomba lengkap dengan peralatan tempur berjaga-jaga seolah-olah berada didalam zon peperangan.  


Jangan ambil mudah dan membuat sesuka hati.  Ratusan Camera Litar CCTV selalu memerhati dan ditempatkan  dimana-mana diatas kepada anda.  "Awas anda sedang diperhati".


Ditempat-tempat tinggi kelihatan pasukan keselamatan mengawasi setiap penjuru termasuk dibumbung Big Mosque.  Walau bagaimana pun aktiviti harian penduduk berjalan seperti biasa.  Orang ramai seolah-olah telah biasa dengan situasi tersebut.

Alhamdulillah sepanjang 4H/3M ZBA di Lhasa segalanya berjalan sebagaimana dirancang.  Besok genap seminggu ZBA berada dan bernafas dipergunungan dan akan meneruskan perjalanan ke Beijing dengan keretapi selama 3H/2M lagi.







Penjual Manisan Lebah Batu dengan timbanganya.  Berkhasiat khusus menyembuhkan penyakit lelah.


"Tobiak Travel"

JOURNEY WILL NEVER END


Saturday, April 20, 2013

TRANS-TIBETAN GYANTSE TO LHASA

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani

Assalamualaikum,

Gyantse sebuah bandar di pergunungan Tibet.  Berada diketinggian 3,950m daripada paras laut.  Jika pembaca bergambar, kita seolah-olah "tinggi" daripada pergunungan disekeliling.  Pergunungan batu-batan dan kawasan lapang seolah-olah padang pasir terbentang luas.  Ternakan ialah pemandangan biasa bagi penduduk dikawasan ini.  
Gyantse merupakan bandar ketiga terbesar di Tibet.  Tiada apa  keistimewa buat  Gyantse memadai dengan sebuah monastry dikenali sebagai Tashilunpo sebagai tarikan pelancung.  Juga disini terbina sebuah tugu peringatan buat mengenang jasa perwira-perwira Tibet melawan penjajah Inggeris yang didatangkan daripada Nepal dan India.  Difahamkan penjajahan Inggeris ke atas Tibet berlaku pada tahun 1904.  Dalam peperangan tersebut, kedua-dua belah pihak mengakui akan kemenangan mereka keatas lawan masing-masing.  Tetapi hakikat sebenar, Inggeris telah gagal menguasai Tibet dan dihalau keluar sehinggalah hari ini.


Gyantse agak berbedza disegi lanskap pergunungan.  Kawasan bandaranya ditanam dan ditumbuhi pokok-pokok dikeseluruhan pekan.  Walau bagaimana pun buat masa sekarang hanya kelihatan batang dan ranting sahaja berjuluran tanpa sedikit pun daun. Tiada bangunan tinggi yang melebihi 6 tingkat dibina di Gyantse  Almaklum mereka mempunyai kawasan tanah lapang yang membolehkan sesipa sahaja  memiliki tanah pada pandangan ZBA.
Dilembah-lembah terdapat usaha-usaha pembajakan untuk tanaman oat yang merupakan makanan utama penduduk Tibet.  Anak-anak sungai kecil mengalirkan air yang jernih dari kawasan pergunungan untuk membantu pengairan tanaman. 

ZBA melintasi sebuah tasik yang airnya lebih biru daripada kebiruan langit.  Dikenali sebagai Tasik Yamdrok yang dikepung oleh banjaran gunung dan terdapat sebuah empangan kecil untuk tujuan pengairan dan sumber air.  Ditebingnya  merupakan lingkaran  jalanraya yang memusing berbingkai dikeliling tasik sehinggalah melintasi susuh banjaran gunung yang lain. 
 Yamdrok Lake.  Sebuah tasik yang hebat dan saujana mata memandang.  Airnya membiru sebirunya. Jika dipandang langit yang membiru, biru lagi air ditasik. Terbentang luas diparas 4,300m daripada paras laut.  Dipagari batu batan pergunungan yang gondol tanpa sebatang pepohon kayu.  Gigi airnya pasir memutih tetapi tiada kelihatan aktiviti didalamnya.  Nun ditebing sebelah sana berbalam-balam penempatan berkelompok  penduduk Tibet demi sebuah kehidupan.  Manakala tidak kurang juga di laluan utama kekadang kita akan melintasi sebuah kehidupan ditepian jalan dan kehidupan nomad pengambala dipergunungan.

Melintasi Yamdrok Lake mengambil masa satu jam dari  permulaan kepenghujung bersamaan 70 km. (Kederasan 4X4 sekitar 70kmj).  Kedalaman yang dicatakan ialah 400m kedasar sebenar.  Walau bagaimana pun disegi perjalanan melalui lebuhraya Tibetan, faktor keselamatan dan keselesaan amat dititik beratkan sekali. Satu kebanggaan penduduk Tibet kerana mereka bernaung dibawah China.


Hari ini adalah hari kelima kami berada diparas melebihi 3,500m daripada paras laut.  Selepas minum pagi bersarapankan dua keping roti berserta telor mata kerbau dengan sebiji pisang, ZBA meninggalkan bandar Shigatse 90km menuju Gyantse.  Sebagaimana biasa kami akan keluar selepas jam 9.00 pagi dimana ketika ini cuaca agak panas sedikit walaupun suhu masih diparas 6-10C. 
Kami bergerak perlahan kerana pemandu terpaksa mematuhi "speed limit" berdasarkan waktu pemanduan yang dibenarkan.  Dengan kederasan 60-70kmj kami dapat menikmati keindahan pagi yang segar dan pemandangan persekitaran yang jauh dan terang  sayup-sayup mata memandang. 



Setelah melewati Tasik Yamdrok, melalui Tsola Path (4,600m) dan Gampola Path (4,700m) kelihatan  lanskap mengalami perubahan yang ketara.  Rumput-rumput kering walaupun masih dilitupi salji tetapi menampakan adanya rezeki untuk binatang ternakan. Gembala-gembala Nomad berada dilereng-lereng gunung menemani ternakan dalam cahaya matahari terik.


Sebentar lagi ZBA akan menempuh kawasan glacier yang merupakan puncak pergunungan tertinggi perjalanan Trans-Tibetan.  Dari kejauhan telah nampak jelas bahagian puncaknya yang diseliputi salji tebal lagi putih.  Makin dihampiri semakin bercahaya kemuncaknya dan pembaca adalah dinasihatkan untuk memakai cermin mata gelap ketika berhadapan dengan salji.  Puncak glacier ini dikenali sebagai Kharola Glacier.  Ketinggian yang dicatatkan ialah 5,560m dari paras laut.
Pada awalnya berdesing juga telinga apabila 4 X 4 kami membuat pendakian.  Pernafasan mulai tersekat dan telinga terasa seolah-olah tekanan daripada luar.  Bengang dan terpaksa acap kali menelan air lior atau menutup hidung dan menghembus dari dalam.  Pendakian diteruskan dan kami berada dipuncak 5,560m  pada jam 2.30pm dengan cuaca  panas terik tetapi dengan tiupan angin pergunungan suhu berada sekitar 5-8C.
ZBA singgah di Kharola Glacier selama 30 minit untuk bergambar kenangan dan toilet stop.  Sebenarnya kami tidak mahu mengambil risiko daripada kekurangan oksijan  diparas ini.  Udara amat nipis dan harus bernafas perlahan-lahan.  Tapi segalanya berjalan lancar dengan kehendak Allah.
Diperhentian ini didapati lebih kurang 100 orang pelancung tempatan turut bersama mengambil kesempatan  menikmati keindahan alam disamping  kelihatan juga penduduk tempatan menghampiri pelanggan untuk menawarkan barangan produk tempatan sebagai kenangan.
Setelah berada dipeak, kini tiba pula masanya menuruni menuju lembah pergunungan.  Sekali lagi telinga berdesing dan pernafasan menjadi agak cepat dari biasa.  Almaklum pada satu ketika kenderaan 4 X 4 kami  bergerak mengelilingi lima putaran  sebuah pergunungan dengan selekoh "S" yang berbelit dan tajam.  ZBA kagum kepandaian manusia mencari arah jalanan menembusi pergunungan.

Alhamdulillah segalanya selamat dan ZBA kini berada dilembah pergunungan Himalaya yang subur dan mengalir ditengah-tengahnya sebuah sungai yang amat jernih airnya.  Kami mengambil masa 1 jam 30 minit menuruni dari ketinggian 5,560m dan kini berada diparas sekitar 3,700m.  Wow lega dapat bernafas dengan lancar dan sekarang berada 70km sahaja lagi untuk sampai ke destinasi terahir Trans-Tibetan.


Berehat sebentar dilembah sementara menanti time out dan sempat juga bergambar sebagai kenangan.  Disini terletak sebuah pekan kecil dan dikiri kanan jalan terdapat penempatan penduduk.  Lanskap tidak lagi gersang malah terdapat pokok-pokok menghijau di penempatan mereka.  Pemandangan sungguh cantik dengan binatang ternakan menghiasi dataran yang luas.





Gambar atas lihat waraknya
masyarakat Tibet mengamalkan ajaran Buddha



Kiri Juga merupakan tempat  (Pemujaan) dan kanan kaum pekerja berjalan pulang.





















Kini ZBA melewati kawasan lembah dan berada 10km daripada Lapangan Terbang Lhasa .  LTLhasa merupakan satu-satunya perhubungan udara yang menghubungkan Lhasa dengan  Tibet, China dan penerbangan antarabangsa.  Juga terletak didalam lembah yang dikelilingi pergunungan dan ditepian sungai yang mengalir ditengah-tengahnya.  Satu jambatan dengan jalanraya dua lorong yang kemas dan cantik membelah pergunungan menuju Lhasa.


TLhasa terletak dibarat Lhasa sejauh 40km dan dihubungkan dengan sebuah lebuhraya empat lorong disamping landasan keretapi terbaru menghubungkan Lhasa dengan Shigatse sejauh 349km yang masih dalam pembinaan dan dijangka beroperasi Disember 2013.  


Waktu sekarang menunjukan jam 5pm waktu tempatan, cuaca terang disekitar Lhasa manakala pergunungan masih diselaputi salji tebal.  ZBA dijangka berada disini selama 3H/2M sebelum meneruskan perjalanan dengan keretapi ke Beijing.  Terasa lega dihati kerana paras ketinggian disini cuma 3,600m sahaja dan harap-harap dapat menyesuaikan diri dengan cuaca setempat.
Lawatan berikutnya ialah Potala Palace, Norbulinka, Sera Moanastry, Jokhang, Barkhor dan Drepung Monastry.  Insyaallah ZBA akan huraikan dengan panjang lebar apa yang dikatakan Potala Palace dalam blog yang lain.


























ENJOY YOUR JOURNEY
http://www.zainaltobiaqtravel.blogspot.com