Tuesday, March 17, 2020

ZANZIBAR ISLAND


Sebuah pulau di Selatan Tanzania. 8 jam penerbangan daripada Kuala Lumpur menuju Oman dan 5 jam penerbangan ke  Zanzibar. 2 jam perjalanan dengan ferry ke Dar Es Salam. Mempuyai sebuah lapangan terbang kecil yang  usang tetapi agak sibuk yang terletak 12 km daripada pusat bandar yang dikenali sebagai Stone Town.    

Zanzibar merupakan destinasi yang selamat untuk dikunjungi.  Majority penduduknya berugama Islam dan bertutur dalam bahasa Swahili.  Mengusahakan pertanian sebagai sumber makanan  disamping sumber perikanan dan pelancungan.
ZBA mendarat tengah malam waktu tempatan. Setiap penerbangan Oman Air  akan  membuat persinggahan disini pergi dan balik ke Dar Es Salam.   
Zanzibar Airport
Lapangan terbang cukup simple hanya sekadar kemudahan  asas. Tidak ada tempat persinggahan didalam terminal ketibaan.  Selepas imigresen dan kastam, semua penumpang dikehendaki keluar daripada balai ketibaan dan terus keluar.
Sebagaimana kebiasaan ramai saudara mara menunggu ketibaan diluar termasuk perkhidmatan teksi untuk keperluan pergerakan kedestinasi.
Satu yang menarik perhatian disini, tidak ada panggilan dan laungan daripada pemandu-pemandu teksi yang bersedia memberi perkhidmatan.  Suasana  tenang dan pergerakan menjadi lancar tanpa gangguan.  Satu fenomena yang ganjil dan perkara yang sama boleh kita lihat di Fiji yang seolah olah tidak hairan dengan kedatangan tetamu.  Sikap terpuji yang wajar dicontohi.  
Saya bercadang menghabiskan masa 4H/3M untuk menyelongkari bumi Zanzibar.  Antara tempat-tempat menarik yang semestinya wajar bagi setiap pengembara menyunjunginya ialah StoneTown, Prison Island, Jozani Chwaka National Park, Nungwi beach dan beberapa pantai peranginan lain.
Kami memilih sebuah hotel 3* yang selesa berjarak 200 meter daripada ferry terminal bagi memudahkan pergerakan hari-hari berikutnya.
Zanzibar suatu ketika dulu merupakan sebuah pusat perdagangan utama bagi negara-negara Afrika dan Timur Tengah.  Agak mengejudkan bahawa Zanzibar adalah dibawah pemerintahan Kerajaan Oman pada satu ketika dahulu juga beberapa kerajaan barat.  Mereka salih berganti pemerintahan dan akhirnya bersatu dibawah Tanzania.  "Tan" adalah singkatan daripada negara Tangayika (Nama asal Tanzania) dan "Zan" singkatan daripada Zanzibar sekarang.   Kedua duanya digabungkan menjadi satu negara dengan satu bendera yang diberi nama "Tanzania" dibawah satu kerajaan sehingga sekarang. 
Jadi tidak hairanlah Zanzibar mempunya sejarah tersendiri dengan peninggalan zaman penjajah yang masih ketara.

Stone Town of Zanzibar is a well-preserved example of a Swahili coastal trading center.
Stone Town is the old part of Zanzibar City, built on a triangular peninsula of land on the western coast of the island. Its Swahili architecture incorporates elements of Arab, Persian, Indian, European and African styles. The Arab houses are particularly noticeable because they have large and ornately carved wooden doors and other unusual features such as enclosed wooden verandas.
The site has probably been occupied for around three centuries with buildings only being constructed with stone since the 1830s. The town was the centre of trade on the East African coast between Asia and Africa before the colonization of the mainland in the late 1800s after which the focus moved to Mombasa and Dar es Salam. The main export was spices and particularly cloves.
Stone Town was a major centre for the slave trade. Slaves were obtained from mainland Africa and traded with the Middle East. 
Stone Town is probably different from mainland Tanzania. it has historic buildings, museums, bustling city life. This all is the result of the very different route in history Zanzibar has taken from its partner Tanganyika, with which it has formed the United Republic of Tanzania since 1964. Its attraction lies in the car-free narrow streets which show the Arabic and Asian influences.  I made separate visits to Stone Town, which is almost hassle-free to walk around on your own, exploring more and more of the backstreets.
The bigger late 19th century monuments are located at the main street looking out over the sea. It starts up north with the Old Dispensary, a turquoise coloured ornate building that looks very Indian. The Palace Museum is located in the former palace and shows the life of the Omani sultans that ruled
Zanzibar from 1698 until independence. Its interior decoration is a mix of European and Indian styles. Next to it stands the House of Wonders, now a museum of Zanzibar history. The Old Fort is like an old fort everywhere - they do survive quite well due to their sturdy construction, but this isn't more than a set of walls. A lot of the historic monuments in Stone Town are very run-down anyway. The house of notorious slave trader Tippu Tip even looks to be taken over by a family of squatters.
Jozani Forest is the largest area of indigenous forest on Zanzibar Island. Situated south of Chwaka Bay on low-lying land, the area is prone to flooding, which nurtures a lush swamplike environment of moisture-loving trees and ferns. The whole area is protected under Jozani-Chwaka National Park, and is famously home populations of Zanzibar Red Colobus Monkey (an endangered species only in Zanzibar) as well as other monkey species, bushbabies, duikers and more than 40 species of birds.
Red Colobus Monkey
The main activity is following the forest nature trail (about 45 minutes  walk). Nearby is a boardwalk through the creek-side mangroves.
The park entrance gate and info centre (plus a small cafe and a scattering of craft stalls) is 35km southeast of Zanzibar Town, just off the road to Paje. Most people come on an organised tour, but you can also get here on bus 309 or 310 from Paje or Zanzibar town.
Changuu Island, also known as Prison Island, is just off the coast of Stone Town, Zanzibar.  Now become as tourist attraction, Prison Island was once a place where slaves were detained and at one point it also served as a place for quarantine.
The boat ride from Stone Town takes 20-30 minutes with cost of USD 20 depend on seas condition during the  times. Arriving on the island, there is a mysterious rustic wooden bridge that hovers a few meters above the water jetting out into the sea.
One side of Prison Island is a refuge for giant sea tortoises, originally a gift from the Seychelles. A 5 minute walk across the island leads to the former prison ruins. Though in their successful days it was a torturous place to be, nowadays the ocean cliffs, the overgrowth of the plants on the stone walls, and the view of the turquoise ocean is gorgeous.
Giant Tortoise 

Tortoise yang dipelihara disini berasal daripada Synheles dan terdapat sekitar 200 ekor.  Anak-anak kecil dipisahkan daripada ibu dan dilepaskan setelah meningkat umur 6 bulan.  Paling unik umur mereka boleh mencecah ratusan tahun dan paling besar adalah dari spesis jantan seberat 95 kg dan lebih.  Spesis betina amat kecil dibandingkan dengan spesis jantan (Foto diatas).




The small sandy beach on Prison Island  is a a quiet place where you can peacefully relax or sunbathe.

If you would like to snorkel, the boat will take you a few meters off shore where you can disembark into deeper water with an small area of coral.  A quick walk to the end of the wooden bridge and a look back at Prison Island is a charming view to cherish!  It’s a view that almost makes you wish that you were arrested and thrown onto Prison Island Zanzibar!



Collection of Prison Island Foto 2020.


























Bagi melengkapkan kunjungan ZBA ke Zanzibar, saya juga berkesempatan melawat sebuah Masjid pertama dan tertua di Zanzibar.  Terletak dibarat Stone Town dan mengambil masa hampir dua jam dengan kenderaan.  Masjid ini masih digunakan sehingga sekarang.



Berikut sedikit sebanyak gambaran tentang kehidupan penduduk di Zanzibar.  Jalan raya masih ditahap dunia ketiga.  Pembangunan adalah terhad.  Pertanian diusahakan hanya sekadar cukup makan.  Perikanan hanyalah untuk kegunaan seharian.


 Perkampungan Nelayan yang
serba sederhana ibarat kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang 


Secara kebetulan semasa ZBA berada disini adalah musim persekolahan.  Kita dapat melihat dengan jelas akan kemiskinan yang mereka hadapi.  Kanak-kanak sekolah masih lagi ada yang berkaki ayam kesekolah.  Secara jelas mereka adalah dari kalangan masyarakat Islam melihat cara pemakaian seragam sekolah kanak-kanak perempuan.  Masyaallah  !!!.
Hanya sedikit gambaran ringkas yang dapat ZBA nukilkan disini. Mata yang melihat lebih mengenali dan menitiskan air mata melihat keadaan Zanzibar yang sebenar.  Kami mempunyai misi khas ke Zanzibar  suatu hari nanti bagi membantu khususnya kanak-kanak Islam yang amat memerlukan bantuan untuk meneruskan kesinambungan perkembangan Islam disana.
Sesungguhnya perjalanan ZBA masih jauh dan kami akan bergerak ke Dar Es Salam bagi misi safari selanjutnya.  Perjalanan ke Dar Es Salam mengambil masa dua jam dengan perkhidmatan feri ulang alik dengan tiket berharga USD 35 bagi kelas ekonomi.



Perkhidmatan feri Zanzibar ke  Dar Es Salam dan bawah pemandangan Dar Es Salam daripada laut

 WELLCOME TO DAR ES SALAM


SAFARI ! SAFARI ! SAFARI !











Thursday, October 24, 2019

BARIO KELABIT HANDSHAKE

 

Selamat tahun baru 2020.  Penerbangan pertama bagi tahun baru selepas seketika menanti berahirnya cuti tahunan persekolahan yang mengundang ribuan ibubapa bercuti bersama keluarga didalam dan diluar negara.  Riuh rendah fb menceritakan pengalaman masing-masing.  Berbagai reaksi dan gelagat berfoto menandakan kegembiraan masing-masing.  Syabas kerana sudi berkongsi pengalaman dan kegembiraan bersama.  
Pertama kali menaiki Pesawat
 Twin Otter daripada Miri ke Bario



























Tahun 2020, sebagai menyambut tahun baru ZBA terbang dengan pesawat ATR 70 ke Kuala Terangganu dan diikuti dengan Pesawat Twin Otter ke Bario.  Terasa kegayatan kerana kali terahir menaiki pesawat jenis ATR 70 ialah sekitar 4 tahun lalu daripada Maumere ke Kupang.  Tapi lebih menyayat ketika terbang dengan pesawat Twin Otter walaupun hanya mengambil masa 50 minit diudara.  Penerbangan sulung merayap dalam negara ke tanah tinggi "Land of hundred handshake"di Bario Sarawak.

Para penumpang didalam pesawat
Melintasi Gunung Mulu
Sungai Baram pemandangan dari pesawat


Sebaik mungkin untuk berkunjung dan melawat Bario ialah 3H/2M minimum. Walau bagaimana pun demi keselesaan disyorkan 4H/3M.  Ini bermakna kita wajar  mengambil penerbangan pagi ke Miri dan pada hari yang sama penerbangan tengahari ke Bario.  Atau, bermalam satu malam di Miri dan penerbangan pagi ke Bario.  Dalam erti kata lain masa sepenuhnya di Bario ialah 3H/2M dikira wajar dan cukup bagi melakukan aktiviti-aktiviti disana. Pengunjung dinasihatkan menggunakan perkhidmatan pemandu pelancung kerana jarak diantara satu-satu attraction adalah jauh dan terpencil didalam hutan.
Jadual kepulangan pula ialah dengan penerbangan tengahari daripada Bario dan penerbangan lewat petang kedestinasi masing-masing daripada Miri.

ZBA memulakan trip ke Bario dengan bermalam semalaman di Miri.  Awal sehari kerana tujuan melawat bandar Miri dan persekitarannya.  Miri, antara sebuah bandar terbesar di Sarawak yang kaya dengan pengeluaran minyak.  Walau bagaimana pun tidak banyak perubahan jika dibandingkan dengan tahun-tahun sebelumnya.  Bandar ini  dikatakan akan ditandingi oleh Bintulu yang merupakan bandar memproses gas terulung di Sarawak.
Nenek ini berusia 78 tahun dan masih berladang
Tepat jam 10.00am kami mendarat disebuah lapangan terbang kecil yang dikatakan lapangan terbang ketiga dibina sejak perang dunia kedua di Bario.  Juga dimaklumkan ini adalah antara lapangan terbang termahal pernah dibina kerana bario ketika itu belum lagi dapat ditembusi dengan pengangkutan darat daripada mana-mana destinasi di Sarawak.
Cuaca ketika ini agak sejuk dan beransur panas ditengahari.  Walau bagaimana pun cuaca akan menurun secara mendadak pada waktu malam hari sehingga keparas 15C.  Pada waktu malam khususnya diawal pagi kita akan dapat melihat awan tebal menyeliputi Lembah Bario dan beransur hilang setelah terbit matahari.  Ini adalah fenomina biasa yang dapat dilihat setiap hari.  Ramai penggemar "sunrise" akan berkampung dibukit berhampiran untuk merakamkan  suasana yang cantik, unik dan indah ini.
Perkampungan Bario Asal





























Penduduk  Bario adalah dari suku kaum "Kelabit" yang berasal daripada Kalimantan dan berhijrah ke Bario sejak sekian  lama.  Mereka merupakan satu kaum yang mengamalkan cara hidup dengan adat istiadat yang tersendiri.  Kehidupan mereka amat harmoni dan secara peribadi ZBA katakan Kaum Kelabit adalah suku kaum yang amat peramah dan mempunyai budi pekerti yang amat tinggi. 
Pekerjaan utama ialah bertani dan memburu. Hasil utama ialah padi, nenas, kayu manis dan lain lain. Beras Bario dikatakan diantara beras yang terbaik di Malaysia.  Berharga RM 16.50 sekilogram dipasaran dan RM 13.00 kg di pasaran tempatan, Bario. Manakala hasil buruan ialah kerbau liar, rusa, kijang, babi hutan, pelanduk dan sebagainya. 
Keseluruhan penduduk Bario berugama Kristian dan cuma satu keluarga sahaja yang bertukar dan menganut Agama Islam di Bario ketika ini.  Jumlah mereka dimaklumkan sekitar 1,400 orang dan terdapat juga sedikit suku kaum "Kayan" yang tinggal diluar persekitaran lembah Bario.
Mereka mendapat semua kemudahan asas yang disediakan oleh kerajaan.  Kemudahan eletrik daripada tenaga solar,  bekalan air bersih, Pejabat Daerah, Klinik, Sekolah dan sebagainya.
Fakta Suku Kelabit.

Suku kaum Kelabit amat kecil dari segi jumlah dan satu-satunya hanya menghuni di daerah Lembah Bario.  Mempunyai susuk badan sama dengan kaum-kaum lain di Malaysia.  Namun terdapat satu keistimewaan bagi mereka.  Mereka merupakan masyarakat yang pintar dan ramai dikalangan suku Kelabit berjaya dalam kerjaya dan memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara amnya.   
Diantaranya suku Kelabit pernah ada yang menjawat jawatan sebagai Menteri dalam kerajaan,  Speaker DUN Sarawak, Fellow University, Doctor dan bermacam-macam proffesion yang lain.  Ini merupakan satu kebanggaan kepada kaumnya sendiri malah menyumbang kepada pembangunan negara.
Mengikut satu kajian pembangunan minda kaum Kelabit ini dikaitkan dengan satu  sumber asli "Garam".  Garam yang diproses  sendiri yang mana masih diusahakan sehingga sekarang.  Air masin daripada sebuah telaga yang berada diketinggian 3,200kdpl dipanas dan disejatkan sehingga menghasilkan garam yang digunakan sebagai perasa dalam makanan harian sejak berkurun.  Kajian mengatakan kepintaran mereka adalah daripada garam yang dimakan.

Sebagaimana yang kita sedia maklum masyarakat pendalaman adalah mesra alam.  Manusia dan alam adalah saling bergantungan membantu dan memerlukan.  Semua sumber alam ciptaanNya memberikan manfaat kepada manusia.  Cuma cara mana manfaatnya sahaja atas kepintaran manusia untuk menilai dan menggunakannya. Sebenarnya setiap kejadian dan ciptaan  Allah  mempunyai keistimewaan yang tersendiri.
Ikhtiar hidup dengan keadaan setempat adalah amat penting.  Ini bukan sahaja tertumpu kepada kaum Kelabit yang menghuni lembah Bario malah semua kaum-kaum pendalaman diseluruh dunia.
Satu daripada ikhtiar hidup  mereka adalah  membuat "Teh" daripada sejenis daun.  Daun tersebut direndam didalam air panas dan akan menghasilkan teh sebagaimana teh commersial yang lain malah lebih wangi dan sedap daripada kebiasaan yang sedia ada. Dimaklumkan bahawa ialah mempunyai khasiat yang tersendiri dari segi kesihatan.
Sejak WW11 lagi Bario telah dibangunkan dengan sebuah lapangan terbang untuk kegunaan tentera Inggeris memerangi Jepun.  Jadi tidak hairanlah sekarang kita dapat melihat beberapa scrap bangkai kapat terbang di Lembah Bario.  Walau bagaimana pun lapangan terbang terdahulu sukar dikesan kerana telah bertukar menjadi sawah padi atau penempatan dan digantikan dengan lapangan terbang terkini.























Dua foto paling atas ialah serpihan bilah Helicopter yang terdapat di Kampong Pak Umor dan dua foto dibawah ialah bangkai helicopter tentera British berhampiran lapangan terbang lama.
Kepada pengembara yang ingin "Back to Nature",  Bario adalah salah  satu daripadanya.  Tidak ada hotel di Bario tetapi terdapat beberapa guest house yang menyediakan penginapan termasuk makanan tiga kali sehari dalam satu kos.  Dari pengamatan ZBA, Labang dan Pak Mus Guest House adalah yang terbaik bagi yang berugama Islam. 

Dewasa ini Lembah Bario telah agak sepi dimana ramai cerdik pandai  mereka telah berhijrah meninggalkan kampung halaman ke bandar setelah menjawat jawatan dalam kerajaan mahupun swasta. Rumah-rumah ditinggalkan kosong  tanpa penghuni kecuali mereka kembali ketika musim perayaan.  Walau bagaimana pun masih ada gulungan tua yang masih mengusahakan pertanian turun temurun.  Mereka juga mengamalkan adat tradisi nenek moyang sehingga kini.
ZBA menghabiskan masa 3H2M di Bario sebelum pulang melalui Miri ke Semenanjung.

Gadis Kelabit di Lembah Baria ketika dulu

zainaltobiaq.blogspot.com