Sunday, October 30, 2016

SCENIC TRAIN JOURNEY BUDAPEST TO ZAGREB

Dibayangi kejadian keganasan di Paris yang mengorbankan beberapa mangsa, tempias kepada kejadian itu Hungary juga mengambil langkah-langkah keselamatan yang tegas.  ZBA dikejudkan dengan penempatan anggota polis dan tentera yang lengkap disemua tempat tumpuan ramai pengunjung. Keadaan di Stesen keretapi bagaikan zon perang. Pasukan khas daripada kedua-dua cawangan tersebut dalam keadaan siap siaga bertindak. Tetapi dengan laluan "senyum", kami seperti biasa diterima dengan baik sebagai pelancung.
Mengikut jadual, keretapi daripada Budapest menuju Zagreb bertolak jam 14.45 dan dijangka sampai ke Zagreb jam 20.44pm Tambang ialah EUR 29 bagi kelas 2 untuk 4 orang sebilik yang agak selisa.
Walau     bagaimana        pun kebiasaanya "Keretapi antara Negara" tidak ramai penumpang khususnya yang melintasi sempadan negara. Menjadi perkara biasa keretapi akan berhenti distesen terahir dan mengambil masa lebih satu jam untuk urusan pertukaran lokomotif dan pemeriksaan imigrasi.
Selepas memasuki negara berikutnya, sekali lagi keretapi berhenti untuk pemeriksaan kemasukan oleh pihak Imigrasi negara berikutnya.  Lama mana kita harus menunggu kebiasaan bergantung kepada jumlah
penumpang sedia ada. Kurang lebih sekitar 50 penumpang didalam dua gerabak yang terahir. Kebiasaan mengambil masa 1 jam dan lebih.
Mana-mana negara didunia kebanyakan laluan   keretapi
adalah "Laluan belakang" yang memperlihatkan kita kepada kehidupan penduduk setempat. Ini bermakna perjalanan 30 minit pertama kita pada awal perjalanan ialah "City live". Realiti
kehidupan sebenar penduduk disesuatu bandaraya. Kalau teratur, tersusun dan cantik bermakna, masyarakatnya juga begitu.  Tapi jika sebaliknya samalah seperti kita lihat di 1M.  Rumah-rumah dibina membelakangkan landasan keretapi dan lihatlah bagaimana kehidupan masyarakat kita. 
Budapest dilihat lebih teratur dan tersusun sehinggalah ZBA memasuki pusingan berikutnya dimana keretapi menyusur laluan pergunungan mengikuti susuh bukit yang curam.
Kebiasaanya disana mengalir sungai yang jernih dan terpelihara. Jadi untuk laluan ini pembaca harus memilih tempat duduk disebelak kanan perjalanan. Keretapi masuk dan keluar terowong adalah perkara biasa.  Pemandangan amat cantik kerana ketika ini keadaan tumbuh tumbuhan masih diperingkat awal berbunga.  Lupakan saja hasrat untuk tidur jika tidak mahu terlepas pandangan. 




















Melihat kepada penempatan penduduk, dilaluan ini tidak ada bandar besar dimana jarang sekali keretapi berhenti dan menurunkan penumpang kecuali beberapa stesen kecil pada jarak yang jauh.  Penduduk hidup dalam kelompok-kelompok kecil ditebing-tebing sungai dan dihubungi dengan jalan raya yang seiring dengan landasan keretapi. Rumah-rumah mereka tidak besar tetapi dalam bentuk sesebuah. Tidak kelihatan kawasan perindustrian kecuali pertanian dan ternakan secara kecil-kecilan.   
Secara keseluruhan, sepanjang perjalanan menuju Crotia daripada Hungary kita akan melintasi kawasan berbukit, hutan dan sungai  bersebelahan sehinggalah di sempadan kedua negara.  Mereka dipisahkan oleh sebuah sungai yang dikenali sebagai Mur River.
Hari telah merangkak malam dan ZBA  meneruskan perjalanan menyeberangi sempadan.  Sayup-sayup dikejauhan, berbalam-balam nyalaan lampu.  Tidak apa yang dapat dilihat diluar kecuali  deruan keretapi memecah kesunyian petang.
Jam menunjukan 20.45pm dan ZBA tiba di Stesen Keretapi Zagreb.  Stesen masih dipenuhi orang ramai dan kami dijemput oleh tuan punya GH yang terletak kurang 1km daripada sini.

Zagreb Historical Building

Laluan tram untuk ke Zagreb old Town

Zagreb pemandangan daripada Old Town








Zagreb diantara bandar termurah di Balkan. Merupakan ibu negara bagi Crotia. Penduduknya terdiri daripada Croat, Serbia dan lain-lain.  Terdapat sedikit minority Croat yang berugama Islam.  Di Zagreb terdapat sebuah Masjid yang terletak 4km daripada Zagreb. Penduduknya peramah dan negaranya selamat untuk dikunjungi.
Selain daripada Old Town yang menjadi tarikan pelancung ke sini, kebanyakan kawasan pelancungan adalah diluar Zagreb.   Mempunyai rangkaian transpotasi yang baik dan tidak menjadi masalah untuk bergerak kemana sahaja. Maklumat terperinci, pembaca boleh dapati daripada google sebagai nota untuk membuat perancangan perjalanan.

























WELL COME TO REPUBLIC OF CROTIA

Friday, September 23, 2016

THE BEAUTIFUL OF SAINT PETERSBURG

Saint Petersburg tidak terkenal secantik Cape Town di Afrika Selatan.  Tidak pernah dikenal nama sekenal Rome di Italy. Tidak popular seperti Istanbul di Turkey.  Tidak terbayang pun secantik Rio De Jenairo di Brazil.  Semuanya gara-gara ianya terletak jauh diutara Russia dan di berada dalam USSR.  Tapi pada hakikatnya St Petersburg adalah sebuah bandaraya standing dengan nama-nama termashsyur seperti diatas.  Menyingkap kembali sejarah St Petersburg merupakan ibu negara Russian sebelum berpindah ke Moscow.  Merupakan bandar kedua terbesar dalam seluruh Kesatuan Soviet Union.  Beberapa kali telah ditukar nama dan kekal dengan nama sekarang sejak Jul 1991.




MOSCOW CITY TO REMEMBER

Tidak kenal maka tiada cinta. Apabila bercinta mudah jatuh hati.  Apabila hati bertaup maka sukar dilupakan. Dilokasi yang sama 2010 ZBA berada disini. Moscow aku datang lagi menziarahi kerana ungkapan diatas. Masih teringat dalam ingatan kali pertama menjejaki kaki disini yang pada ketika itu Moscow bukan dari kalangan bandaraya dunia yang dikehendaki.  Malah dikecam sehingga diandaikan sebagai dunia luar oleh puak-puak kapitalis.

Thursday, June 9, 2016

BALKANS TRAIN JOURNEYS PART 11

Bucharest, in southern Romania, is the country's capital and commercial center. Its most iconic structure is the massive, communist-era Palatul Parlamentului government building, which has 1,100 rooms. Nearby, the historic Lipscani district is home to an energetic nightlife scene as well as tiny Eastern Orthodox Stavropoleos Church and 15th-century Curtea Veche palace, where Prince Vlad III (“The Impaler”) once ruled.
ZBA disambut dengan hujan salji sebaik sampai di Bucharest. 4H/3M ZBA menghabiskan masa merayap keseluruhan bandaraya Bucharest.  Sebuah bandaraya yang bersih dan cantik dengan peninggalan bangunan-bangunan lama era sebelumnya. Kini masanya ZBA untuk bergerak kedestinasi berikutnya, Budapest. 
Setiap malam terdapat satu perjalanan keretapi malam ulang alik diantara Bucharest dan Budapest. Meninggalkan Bucharest pada jam    19.30pm dan tiba di Budapest keesokan paginya.  Station keretapi Bucharest terletak ditengah-tengah pusat bandar dan dihubungkan dengan teksi, trem, bas dan metro stesyen bersebelahannya.
Stesyen keretapi Budapest tidaklah secanggih yang disangkakan memadai jika dikatakan sebagai sederhana.
ZBA membeli tiket sehari sebelumnya tetapi pembaca tidak perlu bimbang untuk mendapatkan tiket  pada hari yang sama.  Kecuali pada musim spring dan summer, adalah dinasihatkan untuk membeli tiket seawal 3 hari sebelum. Tambang untuk klass pertama ialah USD 72 dan kelas kedua USD 37.  Kelas pertama menempatkan dua katil bersebelahan yang lebih individu.  Manakala  kelas dua pula katil berempat dan mempunyai ruang diatas untuk menempatkan bag. Dihujung kiri dan kanan adalah tandas untuk kegunaan umum.  Secara asasnya tandas keretapi mereka adalah bersih tetapi  air panas tidak disediakan.

Tiada banyak yang dapat dilihat dan diceritakan tentang perjalanan ini kerana selepas matahari terbenam, inilah masa yang terbaik untuk  pengembara melepaskan geram masing-masing untuk tidur.  Tidak juga terkecuali bagi ZBA. Cuma sekali sekala
sahaja terjaga semasa keretapi berhenti di stesyen dek kerana lampu yang terang diluar. Diawal pagi sekitar jam 6.00am barulah kami dikejutkan kerana keretapi telah berada disempadan Romania dan Hungary. Dua orang pegawai imigresen bagi setiap koc akan mendatangi daripada satu cabin kesatu cabin untuk urusan passport.   Keseluruhan proses ini berjalan hampir 45minit dan selepas itu keretapi akan bergerak melintasi sempadan menuju Budapest, Hungary.
30minit kemudian sekali lagi keretapi akan berhenti selepas memasuki Hungary.  Kali ini juga untuk urusan passport. Kita tidak perlu turun dan proses stemping dilakukan oleh Pegawai Imigresen dari cabin ke cabin sehingga selesai. Keseluruhan masa yang diambil disempadan kedua negara untuk pemeriksaan Imigresen ialah sekitar 2jam. 



















Kesampaian kami pada pada ini dalam suasana agak muram kerana cuaca agak sejuk dan diawal pagi. Keretapi perjalanan pagi berbaris menunggu saat dan ketika untuk bertolak kedestinasi masing-masing.  


Dari semalam hanya sekali menjamah nasi.  Kini nasi juga yang dicari. Alhamdulillah terpampang dihadapan sebuah kedai kebab makanan halal.  Dalam kesejukan pagi terasa satu perasaan kegembiraan setiap kali berjumpa makanan halal. Harga jangan dipersoalkan. Tiada satu yang murah selagi berjualbeli dengan Euro jika dibandingkan dengan nilai Rupiah Malaysia dinegara-negara Balkans. Selesai membeli tiket perjalanan seterusnya ke Zagreb dengan keenakan kebab ditangan, ZBA menuju kehotel penginapan. Segala-galanya berjalan baik dan kini masa untuk berehat sebentar untuk mencari arah merayap seterusnya.
Budapest.  Seindah nama dan lokasi kedudukan.  Sangat cantik dan berketerampilan. Bandar terdekatnya Praque juga menjadi rakan saingannya diBalkan.  Jadi, tidak dinafikan bahawa dua lokasi ini adalah satu lokasi yang wajar untuk dilawati bagi rakan-rakan yang belum berkesempatan. Bagi mereka-mereka yang masih muda dan bertenaga, explore dengan berjalan kaki agak jauh tetapi perlu mengambil masa lebih daripada 4H/3M.  Walau bagaimanapun cara terbaik ialah hop on off bus dan metro  disamping kemudahan tram dan pengangkutan air yang tersedia ada.
Satu taktik pengggunaan hop on off bus secara jimat dan efektif.  "Bukan tipu tetapi cara untuk menjimatkan kos". 
Kebiasaanya hop on  off bus akan memperuntukan satu tiket untuk explore sesebuah bandar bagi jangkamasa 48 jam dengan satu kos untuk seorang.  Jadi jika kita ber4, inilah advantage  yang perlu kita ambil kerana setiap tiket yang kita beli tidak tertulis
nama dan identiti pengguna kecuali tarikh yang tertera. Oleh yang demikian untuk yang ber4, beli sahaja 2 tiket untuk berdua.  Hari pertama 2 orang explore dahulu dan hari kedua berikutnya 2 orang lagi.  Cara ini menjimatkan kita setengah daripada perbelanjaan dengan 4 orang dapat menikmati keistimewaan yang sama.
Sepintas lalu, negara-negara Balkans ialah negara-negara yang selamat untuk dilawati bagi semua katogeri pelawat. Walau bagaimana pun harus dan perlu diingat, SCAM ada dimana-mana lokasi khususnya dimana-mana apabila terdapat imigran orang-orang berkulit hitam. 
Secara keseluruhan ZBA merayap keseluruhan Budapest. Banyak pengalaman berguna yang dapat dikongsi bersama. Walau bagaimanapun dengan teknologi serba canggih, pembaca boleh mendapatkan maklumat yang tepat
dihujung jari sendiri dengan pertolongan abang google. Setidak-tidaknya pembaca juga berusaha untuk membaca dan faham dan menjadikan satu pengalaman yang berguna tanpa bergantung kepada itinerary orang lain.
Percayalah itinerary adalah satu guide line sesaorang dan 85% berbedza dengan kehendak nulari sesaorang pengembara dari berbagai sudut. Rancang perjalanan sendiri adalah satu kemestian untuk kita mendapat apa yang kita kehendaki.  Dari situ berkongsilah pengalaman dan jadikan yang terbaik sebagai pedoman bersama.
4H/3M berahir disini.  ZBA merayap lagi bagi destinasi berikutnya Zagreb.  Sebuah negara baru dibarat Hungary juga dengan menaiki keretapi dengan moto "Balkans by Train". 
                                SEE U IN ZAGREB