Thursday, January 7, 2016

CENTRAL ASIA PEARL OF ASTANA


Hujan renyai-renyai dengan cuaca yang sejuk di Almaty pagi ini. Tiket keretapi kelas 2 (Kupe) tempat tidur sudah ditangan dan ZBA meninggalkan hotel penginapan dan berjalan kaki ke Stesyen Keretapi yang terletak 800M daripada hotel. Sebenarnya terdapat tiga jenis pengangkutan awam untuk sampai ke stesyen.
Bus No 5, Trem No 2 dan metro.  Tapi memandangkan masa masih awal dan cuaca yang segar dan selisa kami memilih untuk berjalan kaki disamping dapat mencari sedikit makanan sebagai bekalan untuk makan dalam keretapi. Apa yang perlu sebagai "perayap jalanan" air miniral adalah satu kemestian dalam apa keadaan.  Sedikit tissue, buah-buahan segar dan roti atau kek mengikut citarasa.  
Sejak 1997 Astana mengambil alih sebagai Ibu Negara merangkap pusat pentabiran kerajaan Kazakstan. Sebelumnya sejak turun temurun ibu negara berpusat di Almaty yang kini terkenal dengan pusat commersial terkenal dan terbesar di Asia Tengah.
Astana dibina berkonsepkan bandaraya paling moden abad ini dan diberi gelaran sebagai "Peal of Doha in Central Asia". Konsep ini juga merupai "Putrajaya" di Malaysia.  Banyak berpendapat Putrajaya adalah saduran daripada Astana dan ada pula yang mengatakan disebaliknya. Mana satu terdahulu dan terkemudian tidak menjadi persoalan.  Dari konsep binaan  didapati Astana lebih morden, teratur, tersusun dan mempunyai banyak bangunan-bangunan yang canggih sungguhpun tidak mencapai tahap pencakar langit.  Canggih dan berkerampilan.
Keretapi yang ZBA tumpangi bertolak mengikut jadual.  Jam menunjukan  1.30pm waktu Almaty.  Keretapi penuh dengan penumpang dan perlahan-lahan meninggalkan Almaty.  Station pertama selepas 30 minit ialah Almaty 11, dan selepas 2 atau 3 jam sekali barulah terdapat satu station lagi.  Amat membosankan. Selepas satu jam perjalanan tiada apa-apa yang menarik dijalanan  sekadar kandang kuda, kambing di tepi-tepi landasan keretapi. 
Almaty Railway Station dan pemandangan perjalanan ke Astana
 

Tiada alternatif walau pun mata mengantuk tetapi hati tetap ingin melihat secara terperinci bumi Kazakstan.  Telah menjadi tabiat ZBA, jarang sekali tidor dalam perjalanan siang hari.  Sama ada dengan keretapi, bas, kapal dan apa jua kenderaan.  Seolah-olah rasa kehilangan sesuatu jika tertidor.  
Satu demi satu station ditinggal pergi tetapi keadaan muka bumi sama dan tiada perubahan. Ramai teman-teman katil bersebelahan telah dua tiga kali bangun tidur, makan dan minum tetapi ZBA masih dengan DSLR ditangan untuk merakamkan sesuatu sebagai kenangan.

Pernghabisan kepada hari siang adalah malam. Beberapa gambar sunset sempat dirakamkan untuk santapan mata.







Sang matahari melabuhkan tirainya untuk petang ini, ZBA menceraikan semua DSLR dan memasukan kedalam beg. Episod seterusnya sehinggalah keesokan harinya.  Sayup sayup deruan keretapi membelah malam yang hitam pekat dan sesedar ZBA telah berada disebuah station yang agak besar dan dikejutkan dengan kebisingan penjaja "Ikan Salmon".  Baunya amat mengancam tetapi keenakan tidur telah melupakan segala-galanya.




























Perlahan-lahan keretapi menyusuri perhentian destinasi terahir, Astana.  Waktu tempatan menunjukan hampir jam 0900 am. Sebentar lagi ZBA akan turun dan menjejaki bumi Astana.  Diluar sana kelihatan pekerja keretapi berbaju tebal dan ini menunjukan bahawa cuaca sejuk diluar sana.  Ramai para penumbang telah bangun dan bersiap-siap dengan beg masing-
masing.  Satu kebiasaan, kami acah tak acah sahaja.  Mungkin juga sedang mencari arah dan tidak mahu dipancung oleh pemandu-pemandu teksi yang mencari kesempatan mencekek pelanggan. Secara kebetulan dalam pada itu ada seorang hamba Allah, seorang pelajar universiti katanya, dalam bahasa Inggeris yang tersekat-sekat menegur ZBA. Dari mana dan hendak kemana.  Hotel, jawab
saya pendek sambil menunjukan alamat hotel berdasarkan tempahan di booking.com.  Mudah katanya sambil menunjukan bas No 10 yang sedia menunggu diplatform, 50 meter diluar daripada station keretapi. Sambil berbincang sesuatu dengan pemandu bas beliau turun dan beredar setelah memberi salam perpisahan.
Astana terbahagi kepada dua bandar.  Satu dikenali sebagai bandar lama dan satu lagi yang dikenali sebagai "Pearl of Doha in Central Asia".  Bandar morden dan merupakan bandar pentadbiran kerajaan Kazakstan.  Kalau di 1M, ibarat Putrajaya. Keduanya berada dalam jarak 12 km atau 35 minit dengan bas.  Penginapan ZBA betul-betul terletak dipintu masuk dan berhadapan dengan Istana Presiden.
Setengah kalangan mengatakan Astana adalah acuan daripada Putrajaya dan sebaliknya.  Itu tidak penting bagi ZBA.  Jika diamati dari susunan dan bangunan canggih yang dibangunkan, Astana lebih berketerampilan dan sesuai di gelar "Pearl of Doha in Central Asia" dan bukannya Putrajaya.
ZBA tidak bercadang untuk menceritakan kecantikan Astana secara terperinci memadai dengan gambar-gambar untuk dibuat penilaian oleh pembaca.  Semua tempat-tempat menarik dikumpulkan dalam sebuah bandaraya yang morden. Manakala jarak Astana dengan bandar-bandar lain adalah diluar ratusan km perjalanan.
Berikut dibawah tempat-tempat menarik yang menjadi kunjungan pelancung. (Astana City Attraction)
Bayterek Monument

President Palace

Palace of peace and Reconciliation 

Nur Astana Mosque
Khan Shatyr Entertainment  Center














































ZBA merayap seluruh bandar  Astana   selama berada    disana selama 4H/3M.  Belum pernah ada bandaraya secantik Astana kecuali Doha dan Dubai. Adalah amat beruntung  kepada sesiapa yang berjaya sampai kepadanya.                                       

WE LOVE YOU TOO ASTANA


ALMATY CITY OF APPLE TREES



Almaty merupakan bandar terbesar di Kazakstan. Mempunyai populasi sejumlah  1.5J penduduk dan merupakan ibu negara Kazakstan sehinggalah tahun 1997 apabila ibu negara mereka  berpindah ke "Pearl of Doha of Central Asia" Astana. Walau bagaimana pun kegiatan ekonominya masih berpusat disini  dan satu-satunya yang dikenali di Central Asia. 
Dikenali sebagai "Garden of Aden" kerana kecantikan serta cuaca dan kedudukan strategiknya di Tran-Ili Alatau yang berlatar belakangkan banjaran pergunungan. 

Almaty membawa maksud "City of Apples". Masyarakat Turkic menamakan "Apple" sebagai ALMA dan "Ata" sebagai UNTUK BAPA. Jadi lagendanya kemungkinan itu sebab mereka menggelarkan sebagai "The Garden of Aden".  Oleh kerana keadaan cuaca,  apple disini dikatakan daripada spesis yang terbaik didunia.  Hakikat ini memang benar kerana spesis terbesar yang pernah ZBA lihat ialah seberat hampir 1.5kg yang dijual di stesyen keretapi Almaty.
Almaty Metro Station
ZBA menjadikan Almaty Алматы), sebagai "Stepping stone" sebelum meneruskan perjalanan berikutnya kerana bandaraya ini terletak di tengah-tengah perjalanan barat ketimur. ZBA dari Bishkek, Almaty, Astana, Almaty dan seterusnya ke China. 
Alma-Ata merupakan hub transpotasi yang terbaik
Almaty National Mosque 
bagi pergerakan ke lokasi lokasi berkenaan.  Sama ada keretapi, long distance bus dan sebagainya. Sairan bas station  terletak northwest  of Almaty dan merupakan station bas perjalanan jarak jauh dan dihubungkan dengan tram, metro dan lokal bas serta teksi.  Almaty metro adalah yang tercantik di Asia Tengah setakat ini jika dibandingkan dengan Tashkent Metro.  

War Monument
Sebuah bandaraya lama dan usang dan tidak banyak tempat-tempat yang menarik. Bangunan tinggi cuma beberapa sahaja yang dilihat melebihi 8 tingkat. (Hotel) Amat sukar bagi kita untuk mencari hotel dan sebagainya jika tidak faham berbahasa Russia atau Kazakstan.
Perbualan dengan penduduk tempatan amat sukar untuk difahami. Oleh yang demikian, kepada pembaca sila pastikan hotel booking dicetak dalam bahasa Kazak bagi memudahkan perjalanan.
Salah satu tempat menarik yang wajar dikunjungi semasa berada disini ialah
Gereja tertua di Almaty
Ile-Alatau National Park. Menjadi daya tarikan khususnya semasa musim sejuk.
ZBA tidak berpeluang kerana semasa kunjungan kami, merupakan musim panas dan cable car dalam proses baikpulih.  Oleh yang demikian ZBA hanya mengambil kesempatan merayap didalam bandar sahaja.

Almaty mempunyai  pelbagai etnik tetapi yang terbesar ialah Kazak, Russian dan Turkey. Tetapi agak sukar untuk membezakan mana yang berugama Islam atau kristian. Mereka menggunakan bahasa kazak dalam pertuturan harian.
Keselamatan.  Info dari penduduk setempat juga pengalaman sendiri, Almaty adalah selamat untuk dilawati pada bila-bila masa.  Manakala makanan halal tidak menjadi masalah sama ada makanan mentah atau yang telah siap dimasak.  Tapi nasi bukan makanan utama jika dibandingkan dengan roti. Daging kambing dan kuda adalah kegemaran penduduk Kazakstan. 
Sebut mengenai daging kuda sebenarnya semua orang mengenali kuda sebagai binatang tunggangan. Tetapi mungkin tidak pernah mengetahui yang kuda adalah sumber daging untuk makanan harian.  Mungkin agak pelik bagi kita jika disebut daging kuda atau daging kuda boleh dimakan.  Sering kali didengar apabila menyebut sahaja daging kuda, dalam benak masyarakat kita akan menyebut bahawa daging kuda adalah liat dan panas apabila dimakan.  Sebenarnya belum cuba belum tahu.  Belum rasa belum tahu keenakanya. Sesungguhnya daging kuda juga spesial sebagaimana daging lembu.

Sebelumnya ZBA ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Saudara Abdul Rahman dan Isteri Puan Ain Hj Zakariah dan 3 anak-anak yang manja.  Bermula dengan sahabat FB semasa
dalam perjalanan di Asia Tengah, kami berjumpa dan bermesra di perantauan. (Almaty).  Sebagai makluman Saudara Abdul Rahman adalah duta kecil Kementerian Pelancungan yang ditempatkan bertugas di Almaty. Beliau dan keluarga telah setahun bermastautin di Almaty. Sebuah keluarga yang ramah dan berkesempatan mengajak kami kerumah untuk makan malam. Disanalah ZBA mengenali daging kuda masakan kicap yang enak Puan Ain.  Amat menyelerakan ditambah lagi kari kepala ikan solomon yang tidak termampu untuk kita makan dinegara sendiri dek harga yang terlalu mahal.  Sayor chop choy dan sebagainya. Satu perkataan yang mampu terkeluar dari mulut kami "Alhamdulillah".
Jutaan terima kasih ZBA kepada mereka sekeluarga.  Kami makan seolah-olah 3 bulan tidak makan makanan 1M.  Walhal baru sebulan ZBA di AsiaTengah.  Itulah sebenarnya gara-gara peminat setia dengan "Nasi".
Bagi ZBA tiada perbezaan diantara daging lembu dan daging kuda. Semuanya bergantung kepada menu dan cara mana
daging-daging itu dimasak. Tidak terasa yang dikatakan liat malah tidak berasa kepanasan sebagaimana yang diceritakan sebelum ini. Tetapi satu "Keistimewaan" yang terdapat pada daging kuda. Maaf, sebenarnya kami diberi "tapau" oleh Puan Ain dan kami membawa pulang ke hotel penginapan.  Satu pengalaman yang berguna, daging kuda yang telah siap dimasak boleh bertahan selama 5 hari tanpa basi, bertukar warna dan bau. Masih sedap dimakan walaupun kami membawanya melangkahi dua negara. Dari Almaty (Kazakstan) hingga ke Urumqi (China). Masyaallah.
ZBA dua kali berada di Almaty.  Pertama dari Bishkek ke Almaty kemudian Astana ke Almaty.  Kali terahir Almaty ke Urumqi, China.  Satu perjalanan yang jauh untuk kita kongsi bersama diatas pengalaman ini.


PRAY FOR LONG JOURNEY INTO CHINA