Friday, April 3, 2015

WORLD SEVEN WONDERS OF NATURE

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Assalamualaikum,
Lombok to Komodo Island
Indonesia memiliki salah satu daripada 7 dalam katogeri Seven Vonders of Nature (7woN). Letaknya di Kepulauan Komodo atau Komodo National Park. Merangkumi 3 buah pulau dikenali sebagai Pulau Komodo, Rinca dan Padar.  
Komodo National Park Entrance.
Terletak digugusan Kepulauan Nusa Tenggara barat. Pembaca yang ingin kesana diberi dua alternatif samaada dengan pelayaran atau pesawat.  Satu. Daripada Labuhan Lombok, Kepulauan Lombok dengan pelayaran kombinasi 4H/3M terus ke Labuan Bajo.  Kedua dengan pesawat terbang daripada Bali ke Labuan Bajo atau Bali-Maumere ke Labuan Bajo dan sebaliknya.


Biawak Komodo, Kepulauan Flores.  Indonesia
Amerika Selatan.  Menempatkan satu daripada 7woN.  Tidak dinafikan bahawa Cape Town di SA merupakan salah satu destinasi tercantik didunia.  Ini diperakui lagi dengan keujudan 7woN yang dikenali dengan nama Table Mountain.























Vietnam.  Negara Asia keempat selepas Indonesia, Filipina dan Korea Selatan yang memiliki salah satu daripada 7woN.  Ha Long Bay (Descending Dragon) satu pusat peranginan kepulauan yang cantik menjadi tarikan pelancung daripada seluruh dunia. 

  1. Hạ Long Bay is a UNESCO World Heritage Site, and a popular travel destination, in Quảng Ninh Province, Vietnam. Administratively, the bay belongs to Hạ Long City, Cẩm Phả town, and part of Vân Đồn District.
Kunjungan ZBA ke Ha Long Bay ialah ketika musim sejuk dengan keadaan cuaca agak mendung.
Perkampungan Nelayan di Ha Long Bay

Filipina.  Terkenal dengan kecantikan pantai pantai peranginan. Contoh, Boracay, Caron, El Nido dan sebagainya. Salah satu daripadanya tergolong didalam 7woN. Underground River yang terletak 1J perjalanan daripada Puerto Princesa. The Puerto Princesa Subterranean River National Park is a protected area of the Philippines located about 80 kilometres north of the city centre of Puerto Princesa, Palawan. The river is also called Puerto Princesa Underground River.  ZBA berkesempatan menjelajah Palawan Island tetapi tidak berkesempatan melawat ke lokasi. 

Korea Selatan. Jeju Province is one of the nine provinces of South Korea. The province is situated on and coterminous with the nation's largest island of Jeju, formerly transliterated as Cheju. 
Jeju Island South Korea















Iguacu Falls (Brazail).  Main  falls seen from Brazil and dropping into Iguazu River, Argentina.

























Iguazu Main Fall (Brazil)

 Secara amnya ZBA telah melawati 6/7 daripada 7woN setakat ini.
                     MY DREAM CAME TRUE

Thursday, April 2, 2015

SEVEN WONDERS IN THE WORLD

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Assalamualaikum,
Tajuk ini dikatogerikan dalam tiga bahagian. Satu.  Sebagai Seven Wonders of Nature. Kedua.  Seven Wonders of Cities dan yang ketiga Seven Wonders of The World. Tetapi yang menjadi idaman setiap pengembara ialah Seven Wonders of The World.  Walau bagaimana pun penilaian ini tertakluk kepada satu jawatankuasa khas yang akan membuat pengundian pada setiap tahun.  Oleh yang demikian Seven Wonders in the World akan berubah mengikut pengundian dari masa kesemasa.  
India. Taj Mahal, seindah nama dan kemasyuranya telah sinonim sebagai 7witW sejak daripada dahulu.  Belum pernah terkeluar daripada senarai pengundian.  Berdiri teguh seindah cinta seorang raja kepada permaisurinya.  Terletak ditepi Sungai Yamuna dan mengikut ceritanya batu-batu marmar untuk pembinaan Taj Mahal didatangkan sejauh 400km daripada seluruh India.
Taj Mahal, Agra.  India
Dahulunya Eiiffel Tower di Paris, Peranchis, Piramid di Cairo, Egypt, Menara Pisa di Italy, Angkor Wat di Siem Reap, Cambodia dan beberapa tempat lagi telah diistiharkan sebagai seven wonders in the world tetapi kini telah ditandingi oleh 7witW yang terkini selepas pengundian yang dilakukan pada tahun 2015.

Jordan. Petra, Keujudannya tidak dinafikan. Satu ukiran dinding yang unik peninggalan tamadhun silam yang terpelihara sehingga kini.  Seni binaanya masih utuh walaupun telah berusia ratusan  tahun.
Petra, Jordan 
China. 3 kali ZBA memanjat Tembok Besar Negeri China. Pertama kali semasa musim sejuk dan selebihnya dimusim panas.  Bagi ZBA, TBNC memang ajaib.  Satu binaan yang kukuh dengan gaya kretif seorang panglima perang yang bijaksana untuk mempertahankan China daripada serangan Monggol.
Kepada pengunjung ke China adalah satu kemestian yang tidak wajar untuk tidak dilawati. Pembaca boleh kesini sama ada melalui Beijing atau Tianjian yang jaraknya 30m dengan keretapi laju diantara keduanya.
The Great Wall of China

Roman Collosseum, Rome.  Italy


Italy.  Sebuah negara yang banyak sekali peninggalan kesan sejarah.  Kota Rome dan Pompeeii menceritakan segala-galanya. Salah satu yang masih kekal sejak dulu dalam senarai 7witW ialah Collosseum. ZBA pernah dua kali menjejaki Rome dan mendapati puluhan ribu pelancung mengunjungi Collosseum setiap hari.
Macchu Picchu, Peru

ZBA di Puncak Maccu Picchu salah satu daripada Seven Wonders in The World
 
  1. Machu Picchu is an Incan citadel set high in the Andes Mountains in Peru, above the Urubamba River valley. Built in the 15th century and later abandoned, it’s renowned for its sophisticated dry-stone walls that fuse huge blocks without the use of mortar, intriguing buildings that play on astronomical alignments, and panoramic views. Its exact former use remains a mystery. 






Christ the Redeemer is an Art Deco statue of Jesus Christ in Rio de Janeiro, Brazil, created by French sculptor Paul Landowski and built by the Brazilian engineer Heitor da Silva Costa, in collaboration with the French engineer Albert Caquot.

Pada pandangan ZBA Christ the Reedemer bukanlah satu yang patut dimasukan didalam pengundian sebagai salah satu pembinaan ajaib didunia.  Tidak sehebat Pyramid tetapi kerana menggambarkan "Kristian" ianya dinobatkan.  Satu perkara yang dilihat tidak adil dan tidak bijaksana menjadikan Christ the Reedemer sebagai salah satu daripada 7 pembinaan ajaib didunia.

Setakat ini ZBA telah mengunjungi 6/7 "7witW" kecuali Pyramid at Chichen Hzu.  Mexico.

Sunday, March 15, 2015

LATIN AMERICA TRAVEL BEGIN

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani,

Assalamualikum,

World Final Destination. Satu tekad dan nekad yang diidamkan oleh "Perayap Jalanan". Menuju Benua yang ke-7 dunia yang merupakan benua terahir dalam siri jelajah dunia dalam usia 61 tahun. Alhamdulillah semuanya kerana IzinNya.
AlQuran Surah Al-Ankabut 29:20
Mengembaralah kamu dimuka bumi, serta lihatlah bagaimana Allah telah memulakan ciptaan makhluk-makhluk dari asal jadinya; kemudian Allah akan memulakan ciptaan itu semula (pada hari akhirat) dalam bentuk kejadian yang baharu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
Upper Deck MAS 380-800
Benua ketujuh. Benua Amerika. Merangkumi utara dan selatan dicantum menjadi Amerika Latin. Disana ZBA akan melawat dua daripada "7 wonder in the world" di Machu Picchu dan Cristh  the Redeemer serta tasik tertinggi dunia "Titicaca Lake" Pastinya disana akan tercacak bendera kegemaran "Hijau Putih" dengan kibaran megah melambangkan daulah keIslaman. Walaupun kosnya paling tinggi dalam sejarah "Perayap Jalanan" tapi  apa ada pada wang kalau kita yang selalu menjadi hambanya. Biarlah kali ini dia menjadi hamba yang paling setia kepada ZBA.

Bermula daripada Kuala Lumpur (KLIA) dengan penerbangan share kod MAS (Airbus380) menuju Paris (CDG). Dengan pesawat tercanggih  dunia terkini yang dijangka mengambil masa 13J diudara. Penerbangan paling jauh dan lama bagi julung kalinya. Transit di Paris selama 4J dan delay 1J. Dari Paris (CDG) meneruskan perjalanan dengan American Airline (AA Boeng 767) menuju New York (JFK).  Perjalanan mengambil masa 7J30M.
JFK International Airport, New York, USA
Transit selama 8J dan seterusnya meneruskan perjalanan dengan (AA Boeng 777) menuju Buenos Aires (EZE). Layover EZE  selama 9J sebelum meneruskan perjalanan ke Lima (LIM). Dari EZE ke LIM, ZBA memilih LAN Airlines (Airbus 320) dan penerbangan mengambil masa 4J30M.
AEP Domestik Airport, Buenos Aires
Penerbangan rentas bermula daripada Kuala Lumpur pada 26 Apr 15 jam 11.40pm dengan destinasi terahir di Lima, Peru pada 28 Apr 15 jam 10.20pm. Jarak penerbangan ialah 27,910km. Jumlah jam penerbangan selama 36J dan 45M untuk perjalanan  sehala.
Sajian makan malam MAS
Walau  pun semua penerbangan adalah pesawat commersial yang menyajikan makanan tetapi dalam penerbangan kali ini ketahanan mental amat diperlukan kerana perlu menempuh perjalanan dalam tekanan udara tinggi sepanjang perjalanan.
Lima International Airport, Peru
Semalaman di Lima, Peru dan keesokan paginya ZBA akan meneruskan lagi perjalanan menuju Cusco.  Penerbangan cuma mengambil masa 1J30M. Penerbangan ini dikira unik sebab ZBA pertama kali menaiki pesawat BAe 146 dengan empat injin berkembar.  Pesawat ini walaupun kecil tetapi mempunyai tempat duduk yang luas dan lapang. Dari sana barulah ZBA akan memulakan pengembaraan dibumi Latin Amerika.
Pesawat BAe 146 over Cusco Airport (3800MSNM)
Sedikit mengenai Pesawat MAS380-800 yang kini belum menjangkau satu tahun dalam perkhidmatan. Pesawat dari luaran nampak canggih tetapi didalam seakan-akan "rumah buruk".
EZE International Airport Buenos Aires
Dekorasi kabin dan tandas amat basic dan tidak sepadan dengan publisiti yang diberikan. Mungkin juga kerana kita berkehendakan "Basic" dan bukan "Full speck", maka inilah yang kita ada sekarang. Dengan kemelut                       hutang,
Santiago International Airport, Chile

bencana yang menimpa MAS dan sebagainya, pada pandangan ZBA, MAS akan lebih malang jika inilah penonjolan yang dipamirkan sebagai penerbangan komersial nasional negara. Makanan yang disajikan juga jauh lebih teruk kualiti jika
CDG International Airport, Paris
dibandingkan zaman kegemilangan nya dahulu. Ini ditambah lagi dengan tersebarnya berita daripada
CNN yang MAS akan menjual 3 buah 380-800 yang baru dimilikinya. Apapun imej MAS adalah sukar untuk dipulihkan kerana angkara kegelojohan dan politaik yang mencari keuntungan hasil keringat negara.
Miami International Airport, USA
Perjalanan 3 benua. Asia, Eropah dan Amerika. Merentasi Lautan Atlantik, melewati 4 bandaraya utama seperti Paris, New York, Buenos Aires dan Lima, Peru. 
Sedikit tentang penerbangan awam (commersial) negara-negara Amerika Latin. Sukar dipercayai tetapi itulah yang bakal terjadi kepada sesiapa yang bakal menaiki penerbanganAmerican Airlines(AA). Dipintu masuk (Boarding Gate), penumpang akan disoal siasat secara tidak langsung dengan berbagai soalan dalam kelumpuk individu, keluarga dan berkumpulan. Bentuk soalan-soalan yang disoal ialah sebagaimana kita ditemuduga untuk mendapatkan visa ke US. Ini akan mengambil masa sekitar 10-15M.  Oleh yang demikian penumpag AA diminta berada di boarding gate berdasarkan masa yang diberikan agar tidak ketinggalan penerbangan.

Sao Paulo International Airport
Perkara yang juga akan berlaku apabila penumpang menyerahkan custum decleration form kepada pegawai kastam bertugas. Banyak soalan-soalan bodoh dipersoalkan. Walau bagaimana pun kita harus akur dan senantiasa senyum bagi memudahkan segala urusan.
Dalam penerbangan commersial di Amerika Latin, 90% sajian yang dihidangkan adalah boleh dimakan kerana mereka tidak menghidangkan "Babi". Menu utama ialah pasta dan ayam disamping salat, biskut, roti dan sebagainya.  Tetapi harus waspada kepada penerbangan yang kurang daripada 2J kerana mereka akan menghidangkan minuman ringan dengan sanwish yang kekadang didatangkan dengan "ham".  
CDG Paris International Airport
Satu kebanggaan bagi negara-negara Asia dan Timur Tengah kerana pramugari kita lebih berkerampilan dan cantik-cantik jika dibandingkan dengan mereka.  Secara ikhlas ZBA katakan 50% pramugari mereka boleh dipanggil "Nenek". Bagi mereka pramugari bukanlah satu pekerjaan glamour malah sekadar pekerjaan biasa.
Satu perasaan sahaja apabila kita berada diudara.  "Jatuh pasti mati" tapi bagi ZBA ajal dimana-mana.  Tetapi setakat ini belum pernah dan mohon dihindarkan Allah daripada kejadian yang tidak diingini. Tetapi perasan itu akan tinggal dalam mimpi sekiranya kita mendapat "three @ four in one", bermaksud kekurangan penumpang dan kita dapat menggunakan 3 @ 4 seat sekali untuk tidur sepanjang penerbangan. 
Sao Paulo International Airport
Tektiknya dengan cara kita memasuki pesawat paling akhir atau menggunakan khidmat check-in dan meminta seat kosong disaat-saat terahir check-in.  Apa pun ini terpulang kepada "luck" sesaorang. Kebiasaanya teknik ZBA ini berkesan dan jarang sekali tersasar kecuali pesawat dipenuhi penumpang.
Diringkas cerita perjalanan pergi ZBA ke Amerika Latin bermula Kuala Lumpur menuju Paris.  Paris-New York. New York-Buenos Aires. Buenos Aires-Lima. 
Penerbangan Domestik. Lima-Cusco. Cusco-Lima. Lima-Santiago.  Santiago-Buenos Aires. Buenos Aires-Sao Paulo. Sao Paulo-Rio De Janeiro. Rio De Janeiro-Buenos Aires. Buenos Aires-Iguazu.  Iguazu-Buenos Aires.
Penerbangan        balik. Buenos Aires-Miami.  Miami-Frankfurt. Franfurt-Kuala Lumpur. Jumlah keseluruhan jam penerbangan antarabangsa ialah 68jam pergi dan balik.  Ini tidak termasuk penerbangan domestik lebih kurang 20jam.
Satu pengalaman bersejarah dalam hidup.  Walau bagaimanapun ZBA bersyukur kepada Allah atas kurnianNya yang tidak terhingga dalam semua nikmat yang membolehkan "Perayap Jalanan" menjejaki 7 benua didunia yang meliputi satu dunia. 
Cita-cita yang bermula ketika melakukan trail seusia muda 15 tahun tercapai sudah.  45 tahun menghadapi suka duka, liku-liku kehidupan dari penghayatan Firman Allah dalam Al-Quran dari Surat Al-Ankabut Ayat 20.


SUBHANALLAH, WALHAMDULILLAH, WALLAH HUAKBAR