Friday, July 11, 2014

KINGDOM OF MORROCCO

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum, 
Sebut pasal Casablanca kebanyakan pembaca tahu dimana sebenarnya Casablanca. Casablanca menjadi terkenal dengan sebuah filem satu ketika dulu.  Tapi kini merupakan sebuah bandar terbesar di Morocco. Bandar tua peninggalan penjajahan Peranchis di negara Afrika Utara.
Penduduknya daripada keturunan Berbers dan bertutur Bahasa Arab sebagai bahasa rasmi disamping Bahasa Peranchis sebagai bahasa kedua.  Walau bagaimanapun Bahasa Inggeris digunapakai dan difahami walaupun tidak menyeluruh.
Raayat 1M yang ingin berkunjung ke Morrocco dikenakan Visa dengan bayaran RM 88.00.  Sah laku bergantung kepada tempoh terhad berdasarkan keperluan masing-masing.

Dari Rome,  penerbangan mengambil masa 3.25 M dan kami mendarat di Lapangan Antarabangsa Mohammed V CMN. Gambar atas menunjukan pemandangan dari udara pada ketinggian 3,000K sebelum pendaratan.  Hamparan buminya rata dan apa yang kita lihat ialah kawasan pertanian dan penempatan. Cuaca terang tetapi angin bertiup kencang dengan cuaca sejuk sekitar 19C.  
LTA Mohammed agak tenang kerana semasa kami sampai cuma satu penerbangan antarabangsa.  Selesai pemeriksaan Imigrasi ZBA terus keluar untuk mendapatkan tiket keretapi menuju Marrakech. Sebagai makluman Morrocco mempunyai sistem keretapi yang agak baik jika dibandingkan dengan 1M.  Stesen keretapi LTA Mohammed terletak ditingkat bawah tetapi tiada perkhidmatan bas awam ke LPT kecuali teksi dan kenderaan awam persendirian.
Perkongsian Pengalaman.   Semasa ZBA berjalan keluar, disatu laluan penumpang berdiri seorang anggota keselamatan dan secara kebetulan meminta passport untuk pemeriksaan. Dengan senyum mesra ZBA mengeluarkan passport dan beliau mengambil dan membelek-belek dari satu muka surat kepada yang lain dan bertanyakan soalan.  "First time Morrocco".  Yes, jawab saya pendek dan senyum. You have money ?.  No, only credit card. Secara kebetulan ZBA belum lagi menukar matawang dirham. 
Beliau terdiam mendengar jawapan ZBA secara spontan dan terus dengan muka masam menyerahkan kembali passport. Dalam ingatan ZBA,  ini satu perbuatan tidak bermoral yang ditunjukan oleh kakitangan perkhidmatan awam yang diamanah dikhalayak ramai. Oleh yang demikian kepada pembaca-pembaca yang bercadang atau merancang untuk melalui LTA Mohammed, harus berhati-hati dan pandai untuk mematahkan putir belit mereka.

























ZBA tidak mengambil masa lama selepas kejadian tersebut.  Terus membeli tiket keretapi menuju  Casa Voyageurs (Casablanca).  Bayaran bagi kelas kedua ialah 40,00Dh sehala. Perjalanan mengambil masa 1J30M.  Pemandangan indah ketika petang hari menjadikan perjalanan ZBA berjalan lancar.  Kelihatan dikiri kanan trek keretapi, tanaman gandum begitu subur sekali ketika ini.  Musim menuai mungkin dalam sebulan mendatang. Ternakan seperti bebiri, lembu dan kuda berkeliaran disana sini.



































































































Dari Casa Voyageurs, ZBA membeli tiket  bagi meneruskan perjalanan ke Marrakech kerana kami tidak bercadang untuk explore Casablanca kecuali pada hari-hari terahir lawatan.  Tiket keretapi daripada Casa Voyageurs ke Marrakech berharga 90,00Dh sehala untuk kelas dua dan perjalanan dijangka mengambil masa 3J10M mengikut jadual.  Tiket bagi kelas pertama ialah 140,00Dh. Walau bagaimana pun ZBA lebih selesa diruang kelas dua kerana terbuka dan luas jika dibandingkan dengan compartmen berenam dikelas satu. Secara amnya tiada apa-apa perbezaan diantara dua kelas ini.  Kecuali di kelas satu mempunyai number tempat duduk tetapi dikelas dua sebaliknya.  Tepat jam 6.50 kami bertolak ke Marrakech.












































































Pemandangan Bandar Marrakech diawal pagi dan dan dibawah ialah persekitaran Masjid Koutaubia dengan Menara yang cantik.




Diawal pagi walaupun panas matahari namun hakikatnya cuaca masih sejuk dan memerlukan pakaian tebal untuk berjalan diluar.  ZBA tidak menggunakan kenderaan awam sebaliknya  berjalan kaki untuk melihat Marrakech dari dekat. Marrakech tidak mempunyai sistem Metro.  Manakala teksinya cuma memuatkan 3 penumpang sahaja.  Bayaran minimum ialah 20,00Dh.  

Tumpuan ZBA ialah "Medina Souks" yang sangat terkenal dan tempat tumpuan pelancung. Sebuah kawasan penempatan yang kelilingnya dan dipagari dengan tembok dan boleh dikatakan semua tempat-tempat bersejarah berada didalamnya.  Contoh. Koutoubia Minaret, Djemma El-Fna, The Ben Youssef Medersa dan lain. Medina Souks mudah diibaratkan sebagai pusat budaya, agama dan perniagaan.
Menariknya tentang Medina Souks ialah sebenarnya "Pasar pagi" yang diadakan disebuah kawasan lapang di Souks itu sendiri.  Kita dapat lihat berbagai ragam dan cara peniaga cuba memikat dan mendapatkan perhatian bagi melariskan jualan mereka.  Manakala dikawasan bazar tidak ubah sebagaimana bazar-bazar dinegara lain.  Harga barangan dan barangan yang diniagakan adalah sama tetapi terpulang kepada kebijaksanaan skil sesaorang membuat tawaran.


























Cuma satu ZBA ingin menyatakan bahawa pengalaman merayap di Medina Souks adalah tidak sama dengan bandar-bandar lain.  Kepada pembaca yang ingin explore secara terperinci dinasihatkan mengambil pemandu pelancungan. Medina Souks ialah kawasan bertembok yang luas dan dalamnya penempatan yang padat serta pusat commercial penduduk setempat.  Jika kita bergerak dimana-mana didalamnya, kita akan merasai kita berada ditempat yang sama kerana persekitarannya adalah sama. Rumah, kedai, tembok, lorong-lorong dan sebagainya.  Sedangkan kita telah memusing memusing keliling berjam-jam.  Tiada banguan atau sebuah "Landmark" yang boleh dijadikan panduan. Persekitarannya adalah sama dan jika peta ditangan sekalipun tidak dapat membantu menunjukan arah.  Tetapi dengan pengalaman dan "Kompas raayat", bagi ZBA adalah perkara biasa.  Alhamdulillah segala-galanya berjalan lancar.






































Sebenarnya banyak aktiviti boleh dilakukan diluar Marrakech kepada sesiapa yang mempunyai masa lawatan yang panjang.  Lantaran itu bercuti ke Marrakech bukan masa yang sesuai untuk setakat 3H/2M. Sila rancang perjalanan secara terperinci untuk mengenali Morrocco secara detail.  Sebelum pulang ke Casablanca ZBA sempat juga menghabiskan kunjungan ketempat-tempat yang menjadi kemestian.  

Secara amnya penduduk Marrakech amat mesra pelancung dan mengenali negara-negara umat Islam.

MARRAKECH FROM EYE OF VIEWS

Thursday, July 10, 2014

HISTORICAL OF ROME

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum,
Kali kedua berada dibandar mafia ini.  Bandar penyangak yang memberi seribu kenangan sepanjang karier "merayap" selepas Egypt.  Dua kali beg kamera dibuka dalam beringat dan waspada.  Namun Alhamdulillah tiada apa kehilangan tetapi meninggalkan kenangan yang amat sukar untuk dilupakan.
Kepada sahabat diluar, ingat sebelum terkena.  Hatix jika didalam metro dan dijalanan. 
Banyak diantara mereka yang menjalankan aktiviti ini adalah wanita.  Bergerak secara kumpulan dan motif operandi ialah penumpang metro yang bersesak-sesak.
Dalam artikal ini ZBA tidak menulis panjang lebar memadai dengan gambar-gambar sebagai paparan.  Cerita panjang lebar berkenaan Rome kerana pembaca boleh dapatkan daripada htttp://www.zainaltobiaktravel.blogspot.com semasa kunjungan ZBA beberapa-berapa tahun lepas.























Diawal pagi ZBA meninggalkan Istanbul menuju Rome. Penerbangan Alitalia Airbus 321 mendarat selamat di Lapangan Terbang International Rome Fiumicino.  Kebetulan penerbangan berikutnya menuju Casablanca pada jam 2pm.  Ini bermakna ZBA mempunyai masa 6j untuk bebas kemana-mana.  Dikesempatan ini ZBA sekali lagi berpeluang mengunjungi kota penuh bersejarah Rome.



Dalam usaha menjimatkan masa ZBA menumpang  sebuah van dengan bayaran Euro25 daripada Airport menuju Rome pulang pergi sejauh 28km.  Kunjungan yang bermakna ini memberi gambaran kepada ZBA bahawa Rome adalah kota kedua terbesar didunia selepas Istanbul yang menerima kunjungan pelancung paling ramai setakat tempoh ZBA merayap keseluruh dunia kecuali bumi Latin Amerika.  
Banyak perubahan dan pembaikan pulih sedang dilakukan kepada artifak-artifak bersejarah agar tidak lenyap dan usang untuk tontonan jenerasi akan datang.  Tiga jam berlalu, ZBA meninggalkan Rome dan meneruskan perjalanan menuju Casablanca, Morrocco.

 http://www.zainaltobiaqtravel.blogspot.com