Thursday, July 10, 2014

HISTORICAL OF ROME

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum,
Kali kedua berada dibandar mafia ini.  Bandar penyangak yang memberi seribu kenangan sepanjang karier "merayap" selepas Egypt.  Dua kali beg kamera dibuka dalam beringat dan waspada.  Namun Alhamdulillah tiada apa kehilangan tetapi meninggalkan kenangan yang amat sukar untuk dilupakan.
Kepada sahabat diluar, ingat sebelum terkena.  Hatix jika didalam metro dan dijalanan. 
Banyak diantara mereka yang menjalankan aktiviti ini adalah wanita.  Bergerak secara kumpulan dan motif operandi ialah penumpang metro yang bersesak-sesak.
Dalam artikal ini ZBA tidak menulis panjang lebar memadai dengan gambar-gambar sebagai paparan.  Cerita panjang lebar berkenaan Rome kerana pembaca boleh dapatkan daripada htttp://www.zainaltobiaktravel.blogspot.com semasa kunjungan ZBA beberapa-berapa tahun lepas.























Diawal pagi ZBA meninggalkan Istanbul menuju Rome. Penerbangan Alitalia Airbus 321 mendarat selamat di Lapangan Terbang International Rome Fiumicino.  Kebetulan penerbangan berikutnya menuju Casablanca pada jam 2pm.  Ini bermakna ZBA mempunyai masa 6j untuk bebas kemana-mana.  Dikesempatan ini ZBA sekali lagi berpeluang mengunjungi kota penuh bersejarah Rome.



Dalam usaha menjimatkan masa ZBA menumpang  sebuah van dengan bayaran Euro25 daripada Airport menuju Rome pulang pergi sejauh 28km.  Kunjungan yang bermakna ini memberi gambaran kepada ZBA bahawa Rome adalah kota kedua terbesar didunia selepas Istanbul yang menerima kunjungan pelancung paling ramai setakat tempoh ZBA merayap keseluruh dunia kecuali bumi Latin Amerika.  
Banyak perubahan dan pembaikan pulih sedang dilakukan kepada artifak-artifak bersejarah agar tidak lenyap dan usang untuk tontonan jenerasi akan datang.  Tiga jam berlalu, ZBA meninggalkan Rome dan meneruskan perjalanan menuju Casablanca, Morrocco.

 http://www.zainaltobiaqtravel.blogspot.com


No comments:

Post a Comment