Saturday, July 12, 2014

FORTIFIED PLACE RABAT

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum,
Rabat.  Bandar terahir dalam rangka merayap ZBA ke Morocco. Bandar pentadbiran dan ibu negara Morocco. Bertolak dari Casablanca dengan keretapi pagi dan sampai di Rabat 1J kemudian. Tambang yang dikenakan ialah 35.00Dh.  Terdapat dua station di Rabat.  Satunya Rabat Agdal ditengah bandar dan satu lagi ialah Ain Sebaa, station sebelum Rabat Agdal. Tambang ialah 55.00Dh dan 80.00Dh untuk perjalanan ekspress. Apa pun ZBA nasihatkan agar mengambil keretapi terus ke Rabat Agdal.
Perkhidmatan keretapi mereka agak canggih walaupun perkhidmatanya telah berusia. Landasannya lebar dan pergerakan keretapi amat lancar dan senyap.






























































































Tidak dilupakan juga bahawa Rabat juga mempunyai Sisten Trem yang canggih jika dibandingkan dengan 1M. Tambang adalah sama sebagaimana sistem Trem di Casablanca.

Ketika ZBA di Rabat, matahari terang tetapi cuacanya sejuk dan masih memerlukan pakaian sejuk untuk berada dimana-mana. ZBA memilih  untuk tidak mahu merayap dibandar ini kerana masa sehari takut-takut tidak sempat untuk merayap keseluruhan Rabat.   Alternatif terbaik ialah dengan menyewa kenderaan atau teksi dengan harga yang berpatutan. Kesudahannya dalam tawar menawar dengan Bahasa Inggeris, Perancis, Arab dan taici dan  pelbagai, sebuah teksi yang pemandunya sedikit boleh   berbahasa Inggeris bersetuju untuk membawa kami tanpa batasan waktu dengan harga 200.00Dh (RM 80.00).
Tempat-tempat lawatan menjadi kemestian ialah Hassan Tower, Rabat Royal Palace, Kasbah of the Udayas, Chellah dan Medina of Rabat.


















Gambar diatas dan dibawah ialah sebahagian daripada Rabat Royal Palace dan Chellah. ZBA tidak memasuki Rabat Royal Palace kerana kebetulan ada acara didalam.  Walau bagaimana pun Chellah lebih berketerampilan.  Bayaran pintu masuk 10.00Dh bagi seorang pengunjung.


 

 Chellah.  Ruins commemorating the once powerful Roman Port and Town.
Daripada Chellah,  ZBA merayap ke Hassan Tower.  Hassan Tower sebenarnya ialah "Lone Standing minaret of a never finished Mosque that was intended to be the greatest one of the world".  Terletak ditas sebuah tanah tinggi dua km daripada Chellah. 

                     

 Didataran yang sama juga kita melawat Mausoleum of Mohammed V.  This beautiful ornamented pavilion holds a tomb of the Morroccon Sultan and his two sons.  Truly a masterpiece of Islamic  architecture.

 Cuaca mulai panas terik dan 3 km daripada sini ZBA melawat Kisbah of the Udayas. "This tradasional kasbah towers over the river mouth and thus offers wonderful views".



























Destinasi terahir.  Medina of Rabat.  Sama sebagaimana Medina dimana-mana di Morrocco. "A charming little old town centre for an ideal place for wondering around and shopping for souvenirs".  Tertarik dengan telatah peniaga, ZBA tidak ketinggalan membeli sedikit buah tamar dan kismis untuk dibawa pulang.





























Sebelum kembali ke Rabat, berikut sedikit sebanyak apa yang dilihat untuk tontonan pembaca.  Rabat sesungguh sebuah bandar yang wajar dilawati ketika berada di Morocco selepas Casablanca, Marrakech, Fez dan Tangier.  





























































































Penamat sudah agenda merayap ke Morocco.  ZBA  kembali ke Casablanca.  Besoknya kami akan mengambil penerbangan awal 3.10am menuju Roma.  Dari Roma menuju Istanbul.  Di Istanbul kami belum lagi membeli belah.  Satu perkara yang sukar diterima. Perayap membeli belah.  Oh tidak.  Sebenarnya jamu-jamu mata sahaja. 
Walaupun penerbangan awal pagi,  petang lagi ZBA telah berada di lapangan terbang kerana keretapi terahir ialah jam 10.00pm.  Kami tidak mahu mengambil risiko dan lebih senang berehat selepas check-out daripada hotel.
Selepas pemeriksaan Imigrasi, ZBA memasuki ruang menunggu untuk berlepas.  Satu laluan masuk dibuka dan berdiri disana seorang petugas berpakaian seragam.  Sekali lagi ZBA dikejutkan dengan fenomena yang sama ketika ketibaan. Petugas tersebut tanpa segan silu menanyakan.  "Are have money ?.   Dengan selamba ZBA menjawab "What money ?".  All money are gone !.  Kebetulan memang semua wang Dirham telah ditukarkan ke Euro dan berbaki 60.00Dh untuk membeli minuman.
Kejadian ini bukan sahaja berlaku kepada ZBA, malah boleh dikatakan kepada semua orang asing yang melintasi dihadapan mereka.  Hendak dikatakan mereka perasuah mungkin tidak kerana mereka secara terang-terang meminta.  Tetapi jika bukan perasuah kenapa meminta.  Pembaca sendiri yang tahu jawapannya.
ZBA tinggalkan Morrocco dengan seribu kenangan.  Mungkin untuk kembali lagi, mungkin juga tetapi kepada Kaki Trevel, Morrocco senantiasa mengalu-alukan kedatangan kalian.

CONTINUE WITH 8 COUNTRY SOUTH AFRICA 


No comments:

Post a Comment