Sunday, December 8, 2024

BARATANG ISLAND ANDAMAN

       Baratang Island, Andaman & Nicobar.  Sebuah pulau yang menyimpan khazanah kecantikan tersendiri.  Terletak 300km ke Utara Port Blair.  Mungkin diantara kita tidak pernah mendengar nama malah lebih-lebih lagi mengunjungi daerah tersebut.
    Walau pun sebuah daerah kecil tetapi saya diketemukan dengan sebuah Masjid yang menandakan didaerah ini terdapat komuniti Islam.  
        Semua kenderaan yang hendak ke utara akan  melintasi penempatan Suku Jarwa.  Tiada orang awam dibenarkan melintasi kawasan ini secara bersendirian yang jaraknya 55km daripada pos kawalan keselamatan dan mengambil masa 1J30M.  Kawasan ini diklafikasikan sebagai hutan simpanan dan kawasan larangan kepada semua orang awam.   Setiap hari terdapat 4 konvoi yang  diescort oleh pasukan keselamatan daripada kedua-dua arah.  Arah daripada Port Blair dibuka seawal jam 6 pagi.  

    Kami bertolak daripada Port Blair seawal jam 03.15am dan sampai di pos kawalan  yang jauhnya 45km sekitar jam 04.00am.  Walau pun begitu ada kenderaan yang terdahulu telah berbaris panjang di sepanjang jalan.  Sementara menunggu jam 06.00am dianggarkan kenderaan telah mencapai 2km dibelakang.
    Disni disediakan kemudahan tandas awam dan gerai-gerai jualan untuk minum pagi.  Kerana selepas memasuki kawasan Suku Jarwa kenderaan tidak dibenarkan berhenti samaada ada untuk membuang air atau dalam keadaan sekali pun.  
(Sabar menanti di Pos Kawalan Keselamatan)

(Jetty sebelum memasuki Baratang Island.  Kawasan terahir selepas melintasi kawasan Jarwa Tribal)

    Sebaik melepasi kawasan Jarwa Tribal kami menaiki ferry menyeberangi ke Baratang Island.  Perjalanan 30m dengan ferry usang yang memuatkan beberapa kenderaan dan penumpang.  Sesampai diseberang terus menaiki bot ke Baratang Cave selama 45 minit.




Wednesday, December 4, 2024

ANDAMAN & NICOBAR ISLANDS

    
    Sabar menanti.  Perancangan lebih sepuluh tahun gara-gara mencari laluan pendek dan murah.  Andaman dan Nicobar Islands terletak di tengah-tengan lautan Hindi yang jauh daripada daratan.  Di utara ialah Myanmar, di Timur ialah Thailand dan diselatan ialah Indonesia.  

    Mempunyai penduduk sekitar 40K yang berasal daripada keturunan  Mangali.  Mempuyai 4 Tribal dikenali sebagai Jarawa,  Andamanesi, Onge dan Sentinelese.

    Populasi Jarawa dianggarkan sekitar 100 orang.  Mereka ini menghuni kawasan Baratang dan kelihatan lebih modern.  Mereka boleh dilihat ditepian jalan daripada Port Blair menuju keutara. Manakala yang lain-lainnya tidak diketahui.  Diantara 4 Tribal ini, Sentenelesi dikatakan ganas dan mereka tinggal dipulau terpencil berasingan yang terpencil.

    

Tanggal 24 November 24 merupakan hari yang ditunggu-tunggu oleh pengembara yang ingin ke Andaman & Nicobar Islands.  Air Asia dengan bangganya telah melancarkan penerbangan sulung Antarabangsa ke Port Blair.  Selama ini pengembara hanya menggunakan penerbangan domestik daripada Kolkata dan Chennai ke Port Blair.

    Penerbangan sulung AirAsia dengan Kod AK55 mendarat dengan selamat di Port Blair tepat jam 10.45 pagi waktu tempatan.  Penerbangan mengambil masa 2J10M daripada Kuala Lumpur dengan kapasiti 85% penumpang.  Diberi mandian "Selamat Datang" tradisi airlines dan  upacara selamat datang  yang meriah di terminal.

Aou Malaysian Firsdt Group Arriving Port Blair
     (Our Malaysian First Group Arriving Port Blair by AirAsia)
       Ini adalah trip saya yang ke 8 memasuki India.  Kebiasaannya Imigresen India amat effision dalam mengendalikan kedatangan penumpang dimana-mana lapangan terbang.  Tapi kali ini amat berbedza sekali dimana mereka mengambil masa lebih dua jam mengendalikan lebih kurang 150 orang penumpang dalam penerbangan sulung antarabangsa.  Sepintas lalu terdapat 8 counter imigresen beroperasi tetapi kegagalam sistem computer nampak perlahan dan seorang penumpang mengambil masa 5 ke 10 minit untuk melepasi kaunter imigresen.  Walau bagaimanapun semasa pulang didapati operasi berjalan lancar dan memudahkan.

Saya menempa penginapan di daerah elit berdekatan laut di Port Blair.  Terletak diatas sebuah bukit dan restorant ditingkat atas dan mengadap laut.  


        Selepas makan tengahari, sajian masakan ala India saya mengunjungi Cellular Jail yang terletak sekitar 2km daripada hotel.  Sedikit tentang masakan ala India di Andaman.  Makanan tiada banyak perbezaan dengan masakan India ditanah besar India.  Ayam dikatakan halal dan restoran mereka bersih daripada unsur-unsur "Kehinduan" sebagaimana terdapat di Malaysia.  Tiada dipamirkan dengan gambar-gambart patung keagamaan yang biasa kita dapati apabila mengunjungi premis-premis kepunyaan orang-orang India.
Manakala kuil-kuil India pula jarang kita dapati kecuali di Neil Island terdapat sedikit perbezaan.  Walau bagaimana pun premis-premis makanan mereka bebas daripada kehinduan yang saya maksudkan.



    1km daripada hotel kami menginap terdapat sebuah Masjid Jamee Port Blain menandakan kehadiran Islam sejak lama di Andaman & Nicobar Island.

        Cellular Jail.  Sebuah pusat tahanan zaman Colonial British yang masih kekal sehingga kini.  Menempatkan tahanan daripada pelbagai katogari kesalahan yang dilakukan.  Mereka majoroti didatangkan daripada seluruh India untuk menerima hukuman setimpal dengan kesalahan masing-masing setelah dijatuhkan hukuman oleh pihak Colonial. Terdapat lebih kurang 600 sel tahanan yang masih utuh dan dipelihara sebagai muzium untuk tontotan jenerasi tentang kekejaman colonial keatas menyarakat India.


(Lubang kecil yang digunakan untuk memasuki sesuatu kepada banduan.  Tiada kemudahan tandas disediakan).


        Dipintu masuk Cellular Jail terdapat sebuah bangunan yang sekarang ini dijadikan Muzium untuk kita melihat kesan daripada kekejaman manusia kepada manusia yang lain.
    Pada setiap malam hari diadakan pertunjukan secara simbolik bagi mengenang peristiwa dimana kekejaman dan deraan yang dilakukan kepada  banduan-banduan. Dinamakan sebagai "Sound & Light Show" Pertunjukan ini diadakan dalam dua bahasa selama lebih kurang 45 minit..  Hindi dan Inggeris.  Amat menyentuh hati betapa kejamnya pihak colonial yang menjajah sesebuah negara.  Pada pandangan saya ini bukan sahaja terjadi di India malah seluruh tanah jajahan British ketika itu.
(Semasa pertunjukan "Sound & Light Show" gambar dipancarkan ke dua bangunan perjara dihadapan).

        Kita terkesan dengan gema dan suara yang dipaparkan.  Kejam, zalim, tidak berhati perut.  Sudah lah datang sebagai penjajah.  Menindas dan mengaut semua khazanah sesebuah negara malah bertindak diluar tabii kemanusiaan.  
        Diselang seli dengan laungan tahanan,  dipaparkan juga "Sikitol" yang menjadi tali barut kepada penjajah.  Mereka tidak mempunyai peri kemanusian langsung kepada sesama insan senegara.  Dan mereka ini ada dimana-mana.  Termasukan lah di Malaya satu ketika dulu.  
        Celullar Jail mencerikan segala-galanya tentang sikap penjajah dan Sikitol serta tahanan-tahanan yang diperjarakan di Cellular Jail.  Semuga sejarah ini menjadi iktibar bahawa kekejaman dan penindasan akan berlaku dalam ketamakan manusia mengejar sesuatu.
        Besoknya seawal jam 03.00am kami akan bertolak ke Baratang Island.  Terletak 300km daripada Port Blair ke Utara.

    WELLCOME TO BARATANG ISLAND

Friday, November 8, 2024

DERAWAN ISLAND

       Mutiara terpencil di Lautan Sulawesi.  Orang lebih mengenali Raja Ampat daripada Derawan.  Walau bagaimana pun kedua duanya di Lautan yang sama.  Dari pandangan saya kecantikan alam semula jadi lebih sedikit kepada Raja Ampat.  Apa pun Derawan Island wajar dikunjungan bagi mereka mereka yang cintakan  "Back to Nature".

    Terdapat dua laluan untuk kedaerah tersebut daripada Kuala Lumpur.  Satu kita boleh ambil penerbangan Airasia atau Scoot ke Balik Papan dan penerbangan Citilink daripada   Balik Papan ke Berau atau Tarakan. Daripada Berau Airport ke Tanjung Batu, 2 jam dengan kenderaan darat dan seterusnya daripada Tanjung Batu menaiki speed boat lebih kurang 45 minit ke Derawan Island.

     Kedua dengan penerbangan 2 jam 50 minit daripada KLIA ke Tawau dan meneruskan perjalanan dengan Ferri sekali sehari ke Tarakan.  Atau ferry daripada Tawau ke Nunukan dan seterusnya ke Tarakan.  Tambang sehala terkini ialah RM 200.00 untuk perjalanan sehala ferri Tawau ke Tarakan.  Manakala daripada Tarakan kembali ke Tawau pula IDR 850.000.  Disini saya syorkan beli tiket daripada Klook kerana lebih murah dan senang.

   Masa perjalanan adalah 3 jam bergantung kepada cuaca.  Ferri daripada Tawau bertolak jam 11.00am juga sebaliknya daripada Tarakan,  Perlu dingat, penumpang digalakan berada di pelabuhan satu jam lebih awal.

   Walau pun Derawan Island 3 jam perjalanan daripada Tarakan tetapi tiada pengangkutan awam (Feri) ulang alik bagi penduduk setempat.  Jadi kepada sesiapa yang hendak kesana dikehendaki menyewa bot secara sendirian atau berkongsi dengan penumpang lain.  Bagi pelancung mereka diangkut dengan bot khas yang semuanya termasuk dalam package.

        Perjalanan kami hari ini tertangguh kerana  menanti 2 penumpang lain daripada Pontianak.  Walau bagaimana pun selepas makan tengah hari sekitar jam 3.00pm kami bertolak ke Derawan Island.  Cuaca agak tenang dan perjalanan berjalan lancar menaiki bot dengan  12 capasiti penumpang.  Agak selesa dengan kelajuan 25 ke 30 knot.
     Tiada apa yang dapat dilihat selain laut yang terbentang luas.  Sekali sekala kelihatan jongkang-jongkang bersusun menanti giliran untuk muatan arang batu (Batu bara)


     Sebagaimana yang dijangkakan kami selamat sampai di Derawan Island sekitar jam 18.00pm dengan cuaca terang dan masih panas.  Sunset bakal menjelma dan penginapan kami hari ini adalah berupa chalet atas laut (Idaman Cottage) dengan pemandangan yang amat menarik.
     Air laut sedang pasang dan tidak diduga kami dapat melihat beberapa ekor penyu hijau dipermukaan sedang mencari makanan.  Satu pengalaman yang menarik.


                                        (Idaman Cottage)
      Tiada apa-apa aktiviti petang ni.  Kami memilih untuk bersantai dianjung tinjau penginapan menikmati keindahan alam  Derawan Island ciptaan Allah.  Ada yang memilih untuk berehat dibilik kerana keletihan sementara menanti makan malam.
       Bagi saya Derawan Island masih memelihara keaslian semula jadi  daripada kampung nelayan ke destinasi pelancungan yang berpotensi.  
        Selepas sunset masuk waktu maghrib dan berkumandang Azan daripada Masjid berdekatan.  Saya difahamkam bahawa majority penduduk Derawan Island adalah Muslim dan kebanyakn daripada mereka adalah nelayan dan ramai juga berada disektor pelancungan,
       Selepas maghrib makan malam disediakan serba ringkas tetapi enak dengan suasana layanan dan persekitaran yang cantik.  Briefing untuk hari besok dilakukan oleh tour guide untuk aktiviti keesokan harinya.

        Seawal jam 07.00am hari kedua kami bergerak menuju Maratua Island.  Sebuah pulau pelancungan elit dengan 2 jam perjalanan.  Cuaca juga memihak  dengan air laut yang tenang memudahkan kelancaran bot.
       Kebiasaannya laluan daripada Derawan ke Maratua jika bernasib baik kita akan diringi dengan puluhan ekor ikan lumba-lumba.  Tetapi pagi ini agak sepi dan tiada kelihatan seekor pun mereka timbul dipermukaan laut.
         Maratua Island atau Maratua Atoll mempunyai beberapa buah perkampungan dan terdapat resort-resort antarabangsa. Salah satunya ialah Maratua Resort yang  dimaklumkan kepunyaan ushawan Malaysia. Jadi tidak hairanlah disana terdapat sebuah lapangan terbang untuk pendaratan pesawat-pesawat kecil.  
Setiba kami diresort, kami disajikan dengan minuman kopi dan teh panas dengan sedikit oleh-oleh tempatan sebagai "Minuman selamat datang".




             Sebenarnya perhentian di Maratua Resort adalah setakat untuk mengambil gambar dan menantikan air pasang sebelum meneruskan perjalanan  ke Gua Halo Tabung.  

         Gua Halo Tabung adalah sebuah gua yang unik dengan kejernihan airnya yang membiru.  Terletak di daratan 30 minit daripada Maratua Resort.  Perlu berjalan kaki melalui denai sejauh lebih kurang 100 meter daripada pantai  kedalam.

       Gua Halo Tabung merupakan salah satu tumpuan pelancung yang terletak di Kampung Payung-Payung.  Mempunyai kedalaman sehingga 25 meter dan terbentuk daripada batu-batu karst.  Airnya adalah daripada sumber air laut yang meresapi  masuk melalui celah-celah batu dan menjadi  sebuah kolam.
         Volume air didalam gua mengikuti pasang surut air laut.  Jarak antara gua dan bibir daratan yang berperbatasan dengan air laut sekitar 50 meter.
       Airnya memiliki rasa payau meski pun airnya berasal daripada laut.  Namun proses masuknya air kedalam gua melewati celah-celah karst menjadikan airnya payau.
  Aktiviti utama yang biasa dilakukan oleh pelancung ialah berenang didalam gua .  
      Apa yang  menarik biasanya  diketemukan didalam gua ini adalah posisi atap gua yang terpisah menjadi dua, sehingga jika berenang daripada bawah harus melewati sebuah lorong karst.
Air didalam gua amat sejuk, jernih sehinggakan batuan yang ada dinding ke dindingnya boleh dilihat dari atas ketika terpancar sinar matahari dan terjadinya warna pantulan air yang membiru.

Perhentian rehat dan makan tengah hari Pulau Kakaban

  
      Dua perkara penting ketika berada di pulau ini.  Pertama kita dapat berenang dengan Jelly Fish (Sekarang tempat ini ditutup untuk sementara proses pengubahsuaian) dan keduanya snorkling.
      Sebelah petang dalam perjalanan ke Pulau Sangalaki kami bernasib baik  ditemani  dengan lompatan ikan lumba-lumba.  Belasan ikan lumba-lumba mengiringi bot dan membuat lompatan aksi-aksi yang menarik.  Jadi kehampaan untuk dilihat dibelah pagi digantikan dengan aksi sebelah petang.
       Petangnya kami menuju Pulau Sangalaki.  Pulau penetasan penyu dan kehadiran Manta Rays.  Malang Manta Rays tidak kelihatan dan kami pulang ke Derawan Island.

    Pengembaraan diteruskan buat hari yang ketiga.  Seawal selepas subuh kami bertolak ke Pulau Talisayan mencuba nasib untuk berenang beriringan dengan Wheal Shark. Tapi tiada kepastian sama ada dapat bertemu atau tidak.   Satu-satunya lokasi yang menjadi tarikan pelancung ke Derawan Island.  

Derawan Island Sunrise
        Ketika ini matahari masih belum kelihatan diufuk timor dan dalam samar-samar kecerahan laut bot kami membelah Lautan Celebis.
      Pulau Talisayan terletak 2 jam perjalanan laut daripada Derawan.  Disana terbina pelantar-pelantar nelayan menangkap ikan.  Juga disana menjadi tumpuan wheal shark untuk mendapatkan makanan daripada nelayan-nelayan yang menjatuhkan ikan-ikan yang menjadi makanan mereka.  Manakala air dicurahkan daripada atas pelantar senantiasa ketika wheal shark sedang makan. Dimaklumkan jika bernasib baik, 5,6 ekor wheal shark akan kelihatan dipermukaan laut dalam satu-satu masa bergantung kepada nasib dan kekadang tiada.
        Pada saya wheal shark ialah spesis ikan yang jinak.  Mereka boleh membesar sehingga 18 meter panjang dan berat mencapai 34 ton.  Kita dilarang sama sekali menyentuh wheal shark dalam apa keadaan sekalipun.

    Pagi ini saya orang yang pertama turun dan berenang dengan wheal shark.  Terpegun dan terpinga serta seram untuk mendekatinya.  Melihat kepada mulut yang besar dan luas, sebesar tubuh saya dengan berat 70 kg sudah tentu senang-senang untuk saya ditelan tanpa kyabar berita.  
    Berulang kali saya mencuba akhirnya dapat juga merakamkan saat-sata terbaik walaupun cemas bersama wheal shark.  Satu pengalaman yang sukar dicari ganti.  
    Selepas berada hampir 3 jam di Talisayan kami bergerak pula untuk minum pagi disebuah pulau kecil yang cantik.  Pulau ini dulunya mungkin penempatan nelayan tempatan.  Terdapat sebuah batu nisan kanak-kanak perempuan dipantainya yang seringkali dilanda ombak pasang surut.  Namun kedua batu nisan masih berdiri tegak dan kelihatan utuh walaupun sejak lama berhadapan fenomina ombak.

    Pulau ini dikenali dengan nama Pulau Manimbara.  30 minit berjalan kaki disekeliling.  Pokok-pokok kelapa menjulang tinggi menandakan bahawa satu ketika dulu Pulau Manimbara pernah dihuni oleh penduduk setempat.  Terletak satu jam perjalanan daripada Talisayan dan 2 jam menghala ke Labuan Cermin.  Merupan lokasi persinggahan bagi bot-bot yang menghala ke Labuan Cermin dan sebaliknya.  Satu jam kami disini dengan suasana yang tenang dan damai.
    Siap minum pagi ala Indon stail, nasi kuning dan maggi goreng serta seketul ayam goreng,   bot meluncur terus ke Labuan Cermin.  Destinasi paling jauh dalam dan terahir untuk hari ini.  Kami sampai disana lebih kurang jam 11am dalam keadaan  cuaca yang amat baik.
Muara Labuan Cermin yang terkenal dengan kehadiran buaya-buaya dua alam.  Air masin dan air tawar.
      Sedia maklum hari ini adalah Hari Digarhayu Republik Indonesia bersamaan 17 Agustus 2024.  Ramai para penduduk setempat bersantai dan perahu klotok juga beroperasi mengikut jadual.  Walau bagaimana pun kami bernasib baik dapat meneruskan perjalanan ke Danau Labuan Cermin awal daripada dijangkakan.  Daripada muara kedalam danau menaki perahu klotok mengambil masa sekitar 15 minit.
    Danau Labuan cermin amat terkenal dikalangan pelancung tempatan mahu pun luar negara.  Namnya diambil daripada nama daerah dimana terletaknya danau ini yang bernama Labuan Kelambu.  Manalaka asal cermin diambil berdasarkan ketenangan air danau yang memantulkan bayangan dan cahaya dari luar yang sangat jelas kelihatan  seperti cermin. Keunikan Danau Labuan Cermin ialah bukan sahaja airnya yang jernih tetapi airnya yang mempunyai dua rasa.  Bahagian permukaan airnya tawar dan bahagian dasarnya air masin.  Satu ketentuan Allah untuk makhluknya agar berfikir tentang alam kejadian PenciptaNya yang Maha Agung.

    Dalam keseronokan berada di Danau Labuan Cermin, pelancung diingatkan bahawa lokasi ini banyak dihuni oleh buaya-buaya liar yang kelihatan timbul berjemur didaratan juga di danau.  Pernah dilapurkan satu ketika dulu buaya besar sepanjang 4.7 meter ditemui disini dan telah dipindahkan ke lokasi lain.  
Danau Labuan Cermin ketika ini telah dipagar supaya tidak diceroboh oleh mamalia bahaya ini. Kerana pernah juga satu ketika buaya ini masuk dan berada dalam Danau Labuan Cermin yang seringkali dilawati pelancung.  Dalam keseronokan pengunjung harus berwaspada demi keselamatan.
   


        Selepas mandi manda dan menghayati kecantikan Danau Labuan Cermin, kami pulang kepengkalan untuk makan tengahari.  Suasana semakin sibuk dengan kedatangan pelancung yang agak ramai kerana cuti umum. Selepas makan dan berehat kami terus memasuki bot dan berlepas pulang ke Derawan Island.
    Dari Labuan cermin ke Derawan dianggarkan sekitar 3 jam jika keadaan laut dan cuaca yang mengizinkan.  Apa pun mengikut perancangan awal kami harus berada di Derwan Island sebelum sunset.
Sebaik keluar dimuara sungai sebagaimana dimaklumkan oleh pemandu pelancung kelihatan dua ekor buaya sedang berjemur dibenteng.  Jadi benarlah bahawa kawasan dipersekitaran Labuan Cermin adalah kediaman spesis buaya-buaya liar  dua alam.  Buaya air masin dan buaya air tawar.
    Angin laut yang panas dengan tempiasan angin daripada keluncuran bot  yang laju membuatkan antara kami tertidur dalam perjalanan.
    Satu jam sebelum kami sampai ke Derawan Island, kami dikejudkan dengan sesuatu yang didak dijangkakan.  Injin boat tetiba berhenti dan kami terapung dilautan luas.  Hari makin senja tetapi syukur kerana keadaan laut yang tenang dengan keadan cuaca yang terang.Juruteknik memaklumkan bahawa mereka kehabisan petrol (Bensen).  Percubaan menghubungi lokasi terdekat untuk mendapatkan bantuan dan petrol gagal kerana tiada liputan telifon.
    Satu jam terapung dan dibawa arus laut yang kuat.  Alhamdulliah, Kapten mendapat isyarat telifon dan bantuan dalam perjalanan.  Empat jam kemudian kami diselamatkan dan tiba di Derawan Island.  
    Hari keempat kami pulang semula ke Tarakan - Tawau dan terbang ke Kuala Lumpur.
Suasana ketika tersadai di Lautan Celebis
Bagi ZBA ini merupakan asam garam dalam dunia pengembaraan.