Thursday, April 25, 2019

FIJI ISLAND PARADISE



Seminggu selepas Ramadhan Al-Mubarak ZBA merayap lagi.  Terima kasih Fiji Airways yang menawarkan tiket paling murah ke Nadi, Fiji daripada Singapura serendah RM 1,900.00. Penerbangan mengambil masa 10J dan 05M.  Dua kali makan dengan layanan istimewa "Bula" daripada crew penerbangan.  Fiji Airways adalah merupakan penerbangan code sharing bersama Singapore Airline,  British Airways dan Japan Airlines.































Kepulauan Fiji terletak di Facific Selatan dan ke Timur Australian.  Antara penerbangan yang beroperasi kesana ialah Korea  Airline melalui Inchon.  Filipina Airlines melalui Manila dan American Airlines melalui LAX dan San Francisco, USA.  Manakala selebihnya penerbangan daripada Australia dan NZ dan Kepulauan Pacific Selatan.  Sebelumnya tambang ke Fiji sekitar RM 4K daripada destinasi Asia.
Laluan berkenderaan sejauh 652km mengambil masa 18 jam.  Fasa 1 Nadi ke Suva.
 Fasa 11 Suva ke Nadi.
 

































Sebagai sebuah negara kecil,  Fiji mempunyai dua lapangan terbang.  Nadi yang terbesar mengendalikan penerbangan antarabangsa dan domestik.  Manakala Suva pula mengendalikan penerbangan domestik.  Terletak lebih kurang 200km diantara satu sama lain.
Nadi airport hanya beroperasi diwaktu siang hari sahaja dan mempunyai 5 aerobridge disebuah bangunan dua tingkat dengan serba kekurangan tetapi  servis yang terbaik.
"Bula" ketika ketibaan






























Selepas pemeriksaan Imigrasi dan Kastam, ZBA keluar diruang ketibaaan.  Suasana aman dan damai.  Tiada hirok pikok sama ada daripada  pemandu pelancung dan juga pemandu teksi yang menjerit jerit mencari pelanggan.  Satu suasana yang asing jika dibandingkan dengan lapangan terbang yang lain diseluruh dunia.  Mereka amat sopan dan berbudi bahasa dengan orang asing.  Cuma apa yang kita dengar daripada mereka adalah perkataan "Bula" yang bermaksud selamat datang.  Tahniah Fijian !.
ZBA terus terus ke kaunter pertukaran wang asing.  Ya, Fijian dollars tidak terjual dimana-mana sekali pun di Singapura.  Jadi kepada pembaca diingatkan membawa USD atau AUD  yang merupakan pertukaran paling laris di Fiji.  1 FD bersamaan RM 2.00 semasaRate yang terbaik ialah di Nadi Airport jika dibandingkan ditempat-tempat lain di Fiji.  
Bagi melengkapkan pengembaraan keseluruhan Fiji, ZBA menyewa kenderaan awam dan dimaklumkan bahawa pemanduan mereka adalah dikiri jalan ketika memandu.  Sama dengan kita di Malaysia dan lesen memandu kita diterima baik disana.
Fiji jantung hatiKu
Fiji cuma mempunyai satu gred petrol sahaja iaitu  RON 97 dengan harga FD2.00 seliter bersamaan RM 4.00 seliter.  Pengendali minyak terdiri daripada Pacific, mobil dan Esso.  Diingatkan bahawa cuma pekan-pekan besar sahaja terdapat kemudahan stesen minyak.  
Sebelumnya kami dimaklumkan agar memandu secara berhemah dan mengikut peraturan sedia ada.  Fiji menetapkan kelajuan maksima di seluruh kepulauan pada 80 kmj.  Manakala camera keselamatan dipasang dimana-mana sahaja dengan papan tanda menunjukan kelajuan maksima 60 kmj.  Tanda amaran menunjukan camera dipasang lebih kurang 200m sebelum camera beroperasi.  Fiji cuma mengamalkan dua kelajuan sahaja iaitu 60 kmj dan 80 kmj.  Selain daripada itu terdapat juga anggota polis trafik membuat pemeriksaan ditempat-tempat yang tidak dijangkakan.  
Satu kelainan yang ZBA nampak ialah selepas hak kelajuan 60 kmj dan sebelum memasuki kelajuan 80 kmj akan terdapat bonggol untuk memperlahankan kenderaan.  Jadi harus hati-hati dan jika melanggar peraturan dan disabitkan kesalahan, itu adalah perbuatan sendiri.
Selesai urusan documentasi, ZBA  memulakan perjalanan menuju Sigatoka.  Jalanrayanya agak baik dan kami melewati kawasan bandar Nadi, perumahan raayat dan pertanian.  Sesungguhnya Fiji adalah sebuah negara pertanian khususnya tanaman  tebu yang merupakan eksport terpenting. 
Ketika ini harga satu tan tebu ialah sekitar FD 85.00 di pasaran tempatan. Selain daripada itu terdapat tanaman nenas, limau, betik Hawaian dan berbagai buah-buahan tropika yang lain.
Kuda adalah haiwan peliharaan disamping lembu dan kambing.  Sebenarnya pada pandangan ZBA, banyak lagi yang boleh dibuat oleh Fiji untuk menambahkan pendapatan dan mengujudkan bidang pekerjaan kepada penduduk khususnya dalam bidang pertanian.  Banyak kawasan tanah yang tidak diteroka dan dibangunkan dibiarkan hutan sepanjang jalan menuju Sigatoka dan amnya diseluruh Fiji.  
Fiji secara total hanya mengharapkan kepada sektor pelancungan bagi menjana ekonomi dan meneruskan kesinambungan pembangunan negara.  Dengan itu tidak hairanlah ramai daripada papulasi raayat keseluruhan 1 juta  orang yang telah berhijrah ke Australia dan New Zealand sebagai pemastautin dan mencari pekerjaan.
Dua etnik terbesar Fiji ialah Peribumi Fijian dan kaum pendatang India.  India pula terdiri daripada selatan dan utara India.  Mereka mewakili 40% daripada penduduk Fiji dan 10% daripadanya berugama Islam.
Kaum India didapati mengusai ekonomi dan mereka dilihat lebih mewah dan mendiami kawasan-kawasan bandar dan menjalankan perniagaan.  Selain daripada itu terdapat juga kaum Sikh dan China yang dilihat mula memonopoli ekonomi Fiji. 
Sedia maklum, Fiji
menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi negara.  Bahasa Fijian sebagai bahasa kedua disamping bahasa-bahasa lain.  Semua mata pelajaran disekolah diajar dalam bahasa Inggeris.  Dari pengamatan ZBA, bahasa ibunda mereka cuma dipertuturkan  jika sesama kaum sendiri sahaja samaada Fijian atau India.  Tetapi apabila melibatkan kaum-kaum lain mereka akan bertutur dalam Bahasa Inggeris.
Satu yang amat menarik perhatian dan wajar dicontohi.  Fiji mengamalkan "Education is priority".  Mereka amat mengutamakan pelajaran untuk raayat mereka.  Sebagai contoh yang ZBA lihat sendiri ialah walaupun didalam hutan, jika terdapat perkampungan walaupun sekecil mana sekali pun, disitu terdapat  sekolah.  Syabas dan tahniah Fiji !.





Persinggahan pertama ZBA ialah Sigatoka.  Sebuah bandar kecil dimana dalam rancangan awal kami akan bermalam disini.  Dari sini pembaca yang berminat untuk melihat sand dunes boleh berbuat demikian kerana lokasinya hanya 30m berkenderaan. 

Bandar yang lengang dan tidak menarik perhatian.  Selepas makan tengah hari ZBA meneruskan perjalanan menuju Mango Bay.  Dalam kesempatan masa ZBA singgah di Sigatoka Mosque yang merupakan persingahan pertama Masjid di Fiji.

Sigatoka Mosque
Keadaan tidak banyak berubah.  Jalan yang kami lalui kali ini banyak melalui jalan berbukit dan dikiri kanan hutan.  Jarang sekali kelihatan penempatan penduduk kecuali dibandar-bandar kecil.  Kenderaan tidak banyak dijalanan tetapi kami memandu secara berhemah dan mengikut had kelajuan yang dibenarkan. Jarak diantara destinasi tidaklah jauh tetapi mengambil masa yang agak panjang.  Untuk makluman pembaca, Fiji tidak mempunyai motosikal diatas jalanraya.  Sepanjang kami memandu daripada Nadi ke  Suva sejauh lebih 200km tidak kelihatan sebuah pun motosikal.  Ajaib tetapi realiti buat Fiji.
Banyak buah betik hawaian dijual ditepi-tepi jalan.  Buahnya mirip mempelam dan dijual berlonggok longgok.  5 atau 6 biji selonggok berharga FD2.00.  Tapi rasanya tidak semanis sebagaimana yang kita dapati di Malaysia.
Hari semakin petang, kami melintasi bandar persisir pantai Mango Bay.  Tidak banyak yang dapat dilihat tetapi bandar ini merupakan bandar untuk kita membuat explore ke pulau-pulau berdekatan.  ZBA meneruskan perjalanan dalam cuaca petang yang gelap dan hujan.  Kami mengambil keputusan untuk menginap di Suva dan mengakhiri lop pertama menglilingi kepulauan Viti Levu.

Sebagaimana yang pembaca maklum, penginapan di Fiji adalah terlalu mahal.  Jadi kami tidak banyak pilihan.  Oleh yang demikian kami memilih untuk berehat dan menginap di Colo-i-Suvo.  Resort yang terkenal untuk aktiviti santai dan riadah.  Harga semalaman ialah FD 76.00 bagi bilik berdua dan berkongsi bilik air.  Terletak 30m daripada Suva.
Sementelahan telah kesini kami tidak ketinggalan untuk explore kecantikan hutan simpanan Colo-i-Suva.  Sebenarnya ini bukan cita rasa kita tetapi amat terkenal bagi pelancung daripada barat dan juga NZ serta Australia.








Colo-i-Suva 


 National Park


Tengahari kami kembali ke Suvo dan menginap di Home Apartment.  Apartment dua bilik dengan serba keselesaan.  Canggih, terletak didalam bandar Suva dan berdekatan dengan serba keperluan.  Dua malam disini cuma RM 495.00.  Harga runtuh setelah rebooking disaat-saat akhir.  Harga sebenar ialah RM 859.00.  Pemiliknya ialah sebuah keluarga China yang berhijrah ke Fiji sejak lima tahun lalu.  Mereka merupakan pemilik property management dan mempunyai beberapa buah apartment disini.
 Fiji Government Office
Suvo merupakan pusat pentadbiran.  Majority urusan pentadbiran terletak disini.  Bandarnya agak besar dengan segala keperluan morden serta pelabuhan.  Malaysia High Commission juga menempatkan pejabat mereka disini.  Bangunan Pacific House,  Tingkat  5.  ZBA sempat meluangkan masa dan bersama mereka bertanya kyabar. 
Fiji President House
Sesungguhnya untuk mengenali masyarakat sesuatu tempat dengan lebih dekat, ZBA memilih pasar untuk melihat sendiri dan berbual dengan penduduk tempatan.  Tetapi perlu ingat, pasar adalah suatu tempat yang sibuk dengan berbagai ragam manusia setempat.  Oleh yang demikian kita perlu berhati-hati kerana jenayah seringkali berlaku didalam keadaan manusia yang ramai dan sibuk.
Pasar Suva terletak berhampiran pandai dan pelabuhan. Bersih dan kemas.  Pasar ikan dan daging dipisahkan antara satu sama lain. Daging halal dijual berasingan tetapi tidak kelihatan daging dijual dipasaran.  Stesyen bas juga disana dengan town center bersebelahan.  Jauh antara sama sama lain ialah didalam jarak berjalan kaki.  
Tidak sukar untuk kita berkomunikasi dengan masyarakat Fiji.  Orang kampung penjual sayur kampung ditepi jalan  sekali pun boleh berbahasa Inggeris dengan baik.  Mereka menjawab segala pertanyaan kita dengan ikhlas dan berbudi bahasa.  Bagi ZBA secara keseluruhan masyarakat Fiji adalah satu masyarakat yang unik dan kaya dengan budi bahasa.  Mereka tidak menghampakan sebarang persoalan kita malah sentiasa bersedia membantu jika diperlukan.  "Bula Fiji".
Fiji mempunyai dua jenis masakan.  Satu masakan peribumi Fijian dikenali sebagai Falawa dan Bilani Makani.  Makanan ini dibuat daripada ubi kayu dicampurkan dengan kelapa parut, digaul, dibungkus dengan daun pisang  dan dibakar.  Bilani Mikani pula dibungkus dengan sejenis daun dan direbus. Dimakan dengan kari daging, ikan, sup dan sebagainya.  Kalau di Malaysia seiras seperti lempeng atau pun nasi himpit yang dibungkus dengan daun pisang dan direbus dan dimakan dengan kuah lontong.
Falawa
Satu lagi makanan Fiji yang agak mordern ialah ubi rebus.  Dihidangkan satu set mengandungi ubi kayu rebus, sayur, ikan,  salad, cili padi dan asam limau nipis.

Kedua. Masakan India.  Ini terdapat dimana-mana restoran di Fiji.  Keseluruhan daging yang dimasak dikatakan "Halal" walaupun restoran kepunyaan orang-orang India.  Tidak ada masakan babi dihidangkan.  Manakala makanan segera Mc Donalds adalah "Halal".  Sijil halal dikeluarkan dan disahkan oleh Fiji Muslim League dan dipamirkan. 
Secara keseluruhan buah-buahan tempatan yang terdapat di Fiji sama sebagaimana terdapat di Malaysia. Satu-satunya yang menjadi kelainan ialah buah "Sengkuang" sememangnya tumbuh subur di Fiji.  Kali terahir ZBA melihat dan merasai buah sengkuang adalah semasa zaman kanak-kanak ditahun 1960an dulu.  Nostaljia mengimbau zaman kanak-kanak yang sukar dilupakan.
Buah Sengkuang
3H/2M  ZBA berada di Suva.  Tidak banyak yang dapat dilihat.  Hari berikutnya kami meneruskan perjalanan mengelilingi Pulau Viti Levu menuju Nausori.  Sebuah bandar sederhana besar ketimur.  Dari sana ke Kasavo dan Korovou.
Daripada Korovou, kami melalui laluan tepi pantai ke Natovi.  Jalan pada mulanya agak baik dan dipertengahan jalan kami melalui jalan batu kerikil yang sempit dan sukar.  Muat-muat sebuah kenderaan.  Langsong tidak menjumpai sebuah pun kenderaan diperjalanan sejauh 45km. 
Naik turun bukit dan lembah.  Tidak ada penempatan penduduk kecuali satu dua tempat terdapat beberapa buah rumah kampung.  Tidak ada perhubungan internet tetapi terdapat bekalan eletrik.  Kami mengharungi dengan tabah kerana untuk berpatah balik adalah satu yang mustahil sebab terpaksa menghadapi situasi yang sama.  Selaku pengembara, perjalanan harus diteruskan.  
Bandar (Kampung) berikutnya Notovi dan Namarai.  Jalan makin sukar dan cabaran untuk mendaki dan menuruni bukit yang curam dan merbahaya.  Kami bersyukur kerana tidak hujan jika tidak keadaan akan berubah dan bertambah sukar.  


Namarai

Dari Namarai masih berbaki 12km menuju Barotu.  Persimpangan jalan besar menuju Raki-Raki.  Cabaran dengan risiko yang tinggi.  Bukit bukau makin curam dengan batu krikil menyebabkan cengkaman yang longgar.  Kenderaan menggelungsur dan berpusing.  Pemanduan paling mencabar dan kemalangan boleh berlaku bila-bila masa jika tidak dikawal dengan tenang dan baik.
45km mengambil masa 3jam dan akhirnya ZBA sampai ke Barotu.  Perasaan gembira tergambar diwajah masing-masing.  Berehat sebentar sebelum bergerak ke Raki-Raki.
My Fijian Horse

Alhamdulillah.  Segala-galanya dengan izinNya.  ZBA memasuki semula jalan persekutuan dan memandu menuju Volivoli Beach dan berhenti beberapa ketika bergambar dilokasi lokasi menarik untuk bergambar. Jalan raya satu lorong yang cantik  dan dikiri kanan ladang-ladang tebu subur menghijau.  Penempatan penduduk disepanjang perjalanan dengan aktiviti routine harian. 



Satu jam kemudian ZBA sampai di sebuah pekan kecil Ba Town dan terus menyusuri utara Fiji menuju Nadi.


Dua buah Masjid dilauan yang sama tetapi didua lokasi yang berasingan.
 


Masyaallah.  Belum pernah ZBA  melihat ketam sebesar ini.  Dianggarkan 2 ekor boleh mencapai berat lebih daripada 1kg.  Malang untuk hari-hari terahir ZBA menginap dihotel dan tidak ada fasilitas memasak.  Jadi sekadar bertanya berapa harga.  Dengan spontan beliau menjawab lebih kurang RM 90.00 sekilo. 
Jam 6.00pm ZBA sampai semula ke Nadi.  Masih berbaki 4H/3M untuk explore Nadi secara keseluruhan.  Secara umumnya aktiviti di Nadi banyak tertumpu kepada pantai, pulau dan riadah.  Jadi tidak hairanlah Fiji merupakan destinasi utama buat pelancung-pelancung daripada Australia dan New Zealand.







Denarau
Nadi

Denarau – the island that doesn’t feel like an island.
There’s no boat ride necessary to get to the home of the largest integrated resort in the South Pacific.
Attached to the mainland by a short causeway, Denarau is the place to be pampered. Less than 10km from Nadi, Denarau boasts nine large resorts, stunning beaches and an 18-hole championship golf course. Luxury suites, sparkling swimming pools, world-class cuisine, shopping and adventure options – Denarau has it all.
The great facilities at Denarau make it the natural home for a wide range of sporting, corporate and entertainment events. International golf tournaments are held at the world-class championship course, while Port Denarau hosts the annual Fiji International Jazz and Blues Festival, and each year the South Pacific Food and Wine Festival takes place across multiple resorts.
From Denarau you can easily access a huge selection of activities, from wildlife adventures to scenic tours; village visits to day cruises. Get your adrenaline pumping on a zip line, jump out of a plane, or get wet at the giant water park.
Banyak aktiviti pantai bermula daripada Denarau Port.  Dikesempatan yang ada ZBA telah mengambil satu package ke Pulau Malamala.  Terletak 30 minit daripada Denaru Port dengan menaiki catamaran.  Pulaunya cantik tetapi tidak banyak aktiviti yang disediakan.  Pulau ini lebih kepada tempat santai dan beristirehat sambil membawang.
Pulau Malamala tiada banyak perbezaan dengan Maldives bagi mereka yang pernah kesana.  Tetapi Maldives lebih berkerampilan dengan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan.





Malamala Island
Nadi





Malamala Island
Nadi



 Malamala Island
Nadi




Malamala Island
Nadi
Cara mudah untuk melakukan aktiviti di Denarau ialah dengan melawati webside tertentu yang kekadang mereka menawarkan harga diskaun yang amat murah.  Walau bagaimana pun tawaran tersebut bergantung kepada high dan low season.
Seminggu di Fiji secara keseluruhan ZBA telah mengelilingi keseluruh Kepulauan Veti Levu dengan kenderaan sejauh 652km.  Kami mengambil masa purata 18jam. Kos sewa kenderaan termasuk minyak untuk 5H/4M ialah RM1.1K.
Satu yang sukar dilupakan bagi Negara Kecil Kepulauan Pasific ini ialah kerahaman penduduk Fiji dengan tetamu mereka.  Bagi ZBA mereka setanding dengan penduduk Cuba yang merupakan dua negara didunia yang mempunyai penduduk bersifat sedemikian. 

ZBA terbang meninggalkan Fiji menuju Singapura.  Destinasi berikutnya ialah Nam Tok dan Ayothaya.

FIJI TIME

No comments:

Post a Comment