Tuesday, May 9, 2017

HAWAI'I ISLANDS


Osaka International Airport
Berita menggemparkan dunia.  Presiden Amerika dengan lantang ingin menghadkan kemasukan warga asing khusus yang negaranya ada kaitan dengan keganasan ke Amerika Syarikat.  Perkara ini bukan sahaja ditentang oleh raayatnya malah disanggah oleh negara-negara seluruh dunia. Walau bagaimana pun akhirnya dengan rasmi cadangan tersebut dibatalkan oleh mahkamah. 
Maka timbul rasa kegembiraan semula dikalangan pengembara. Berita ini ditambah lagi dengan kelulusan hak pendaratan  Air Asia X yang mengembangkan sayapnya ke Hawaii. Tahniah Mr Tony. ZBA mendapat offer terbaik dengan RM 930.00 tiket penerbangan ulang alik ke Hawaii. Tiket termurah didunia. Penerbangan 28 jam pergi balik dengan persinggahan di Osaka, Japan menuju Hawaii di tengah-tengah Lautan Pasifik.
Igauan pertama masih bermain dikepala. Bagaimana pula untuk mendapatkan visa ke US. Satu persoalan yang sukar diberi jawapan. Untung sabut timbul tapi kalau untung batu tenggelam. Tiket penerbangan RM 930.00 dan bayaran Visa RM 720.00 bakal terbang jikaVisa tidak diluluskan. 
Ramai yang pening kepala memikirkan tentang masalah ini. Khususnya bertambah fobia bagi mereka-mereka yang pernah ke Iran dan mempunyai stamping negara tersebut.  ZBA juga dulu pernah memikirkan benda yang sama.  Mana mungkin
Pakistan Visa dan stamping yang tertera memungkinkan ZBA boleh mendapatkan visa trasit ke US dalam perjalanan ke Amerika Latin melalui New York dan Miami. Alhamdulillah, tanpa persoalan visa transit diluluskan dan masih sedia digunakan sehingga 2019. Kini stamping Iran pula tertera dengan gahnya dibuku merah kesayangan.

Tanggal April 2017.  Belum cuba belum tahu.  Andaian yang bermacam-macam tidak akan menyelesaikan masalah. Tiket penerbangan sudah ditangan dan kini giliran memburu visa diteruskan. Persiapan mengisi borang dibuat dengan rapi dan bayaran dibuat secara on-line. (Sila pastikan borang permohonan dibuat dengan telus kerana US amat teliti dengan setiap permohonan).  Bayaran USD 160 bersamaan RM 720.00 melalui Ambank.  Simpan segala dukument yang berkaitan untuk dibawa bersama semasa temuduga.  Termasuk 2 keping gambar terkini berlatar belakangkan warna putih dengan saix 2x2 inci.  
Tarikh temuduga juga atas pilihan sendiri. Amat mudah jika kita mengikuti peraturan semasa temuduga. Paling lama proses mengambil masa sekitar satu jam.  ZBA memilih jam 08.30am dan beratur dalam masa tidak lebih 10 minit. Memasuki kaunter dan ditanya  3 soalan cepu emas dalam masa kurang 5 minit selesai.
Jadi, tidak perlulah kita membuat andaian pelbagai dalam persoalan untuk mendapatkan visa ke US.  Apa yang penting kita kena telus semasa mengisi borang permohonan  dan dengan yakin menjawab semua soalan semasa temuduga.   ZBA dibekalkan dengan 10 tahun visa dan selepas ini bermulalah episod  menjelajah Benua Amerika dan Central Amerika.
Jam 2 petang penerbangan AA pesawat Airbus 330-300 bermula daripada KLIA2 menuju Osaka.  Cuaca agak terang dan penerbangan 6J30 minit ke Osaka berjalan dengan baik dan selamat mendarat jam 1900.  4j transit memberi peluang kepada penumpang untuk melayani internet percuma yang serba lancar di Osaka.
Angkatan Mr Tony dengan bangganya di Honolulu HNL, Hawaii
Penerbangan diteruskan menuju Honolulu, Hawaii pada jam 12.01am dan dimaklumkan akan mengambil masa 8j15 dan mendarat mengikut jadual jam 12.30 petang dengan suhu 30C. Alhamdulillah.
Aloha !, aloha ! mengambut ketibaan para penumpang dengan tiupan angin kencang diluar bangunan terminal. Semua penumpang berjalan keluar kearah terminal utama yang dianggarkan 700m daripada Gate 28 dimana pemeriksaan imigrasi dan kastam bagi semua penumpang keluar masuk lapangan terbang HNL.  

Peringatan. Kepada para pembaca yang ingin mengunjungi Hawaii adalah diasihatkan membuat deklarasi diborang kastam yang disediakan tanpa gagal keatas semua barangan yang hendak dibawa masuk. Kegagalan berbuat demikian jika tertangkap, penalti USD1,000 akan dikenakan. Juga dimaklumkan barangan berunsur penternakan dan pertanian tidak dibenarkan dibawa masuk ke Hawaii.
Secara kebetulan semasa ketibaan, banyak counter imigrasi dibuka bagi memudahkan urusan kemasukan.  ZBA agak tergamam sebentar untuk memilih mana satu counter yang hendak dituju.  Dalam
hati berkata-kata. Silap-silap pilihan dan haribulan takut-takut banyak soalan yang ditanya dan jika nasib tidak menyebelahi kita, tahanan sementara dan soal siasat akan dikenakan khas kepada pelawat Muslim yang khususnya diawal dan penghujung nama mereka sebagai "Muhammed".  Jadi jalan terbaik bertawakkal dan mohon perlindungan daripadaNya.
Sebagaimana biasa ZBA biasanya akan apporach secara terbaik dengan senyum manis dan menyediakan document selengkapnya.  Hampir 3 minit juga ZBA dicounter dengan helaian passport
disemak satu persatu. Tetiba, soalan pertama muncul. Apakah tujuan anda melawat Hawaii. Kedua, dengan siapa berapa lama akan menetap di Hawaii. Soalan kacang putih. Alhamdulillah selepas itu kedengaran boom !, menandakan bahawa passport kita telah diberi stamping tanda kelulusan.  Dalam hati Alhamdulillah bersyukur kerana ini merupakan kali ke 3 ZBA diberi kesempatan untuk memasuki USA.  Selepas itu ZBA tidak membuang masa terus bergegas turun kebawah untuk urusan begasi dan pemeriksaan kastam.
Secara kebetulan bersama ZBA ke Hawaii dalam penerbangan yang sama terdapat 2 lelaki Malaysia dan 1 Singapore. Kami memasuki counter imigrasi yang berlainan tetapi ingin bergerak ke  lokasi dan tujuan yang sama.
Di kaunter begasi, ZBA menunggu hampir 15 minit dan 2 sahabat daripada Malaysia berjaya melepasi pemeriksaan imigrasi manakala 1 lagi Singapore tersangkut dan ditahan untuk sessi soal siasat selama lebih satu jam atas sebab yang dinyatakan diatas. Oleh yang demikian, peringatan kepada pembaca sungguhpun kita berjaya memperolehi visa tetapi tidak bermakna kita senang untuk keluar masuk ke USA.
Oleh kerana kami ber4, perkongsian kenderaan adalah alternatif terbaik dan murah. Kami menyewa sebuah Datsun 2.0CC selama dua hari dengan kos all in USD 36.40 seorang.
Bagi pembaca yang menggunakan kenderaan awam, banyak perkhidmatan alternatif disediakan untuk ke pusat bandar Waikiki. Satunya ialah perkhidmatan bus #19 dan #20 terus ke Waikiki Beach dan Hotels yang berdekatan yang mengambil masa 1j30m. Tambang yang dikenakan ialah USD 2.50 seorang dan dibayar terus melalui mesin bersebelahan pemandu dengan note kertas atau shiling. Tiada tunai dipulangkan jika pembaca tidak mempunyai pertukaran yang genap.  Perlu diingat tiket berkenaan boleh digunapakai 3 kali dengan syarat tidak melewati masa yang ditetapkan. Kekerapan bus adalah setiap 20 ke 30 minit dan perhentian bus terdapat ditingkat satu berhadapan dengan departure hall. 
Walau bagaimana pun didalam bus tercatat, penumpang tidak dibenarkan membawa baggage yang berlebihan.  Kekadang ada pemandu yang bersimpati dan memberi kebenaran. Terpulang kepada budibicara bilamana kita berkumunikasi dengan mereka.
Pemandangan Waikiki Beach seawal pagi sehinggalah malam.

Masyarakat Hawaii adalah dari keturunan Polynesia.  Warna kulit mereka seakan kita tetapi berbadan gempal dan besar. Maaf, minah-minah perempuan mereka majoriti ibarat tong drum !. Bukan mengeji tetapi realiti yang ZBA lihat.  Orangnya peramah   dan   sebuah   pulau 
amat selamat untuk dilawati. Dalam pada itu tidak kurang juga orang asing yang bermastautin dan bekerja disini. Contoh, Jepun, China, Korea, Thailand, Filipina dan pelbagai. Walau bagaimanapun mereka berperangai american standard jika dibandingkan dengan pendatang asing yang berada dinegaraKu yang berperangai sama dengan menteri-menteri pasola sedia ada.
Penginapan.  Jangan jadi pengembara jika berkira sangat tentang budget. Sememangnya Hawaii mahal segala-galanya bagi kita yang menggunakan Rupiah Malaysia. Bagi penduduk US, Hawaii adalah destinasi musim panas yang terkenal bagi mereka. Segala-galanya kerana cuaca dan kecantikan pantai-pantai peranginan yang terdapat di Hawaii disamping kemudahan yang disediakan.
Berbalik kepada cerita accomodasi. Secara purata adalah sederhana bagi penduduk US yang berbelanja dengan USD. Mampu dimiliki dan enjoy dengan harga yang ditawarkan. Tetapi tidak kita yang menggunakan RM (Rupiah Malaysia), belum pernah dalam sejarah ZBA merayap dikenakan bayaran hampir RM 200.00 satu malam penginapan.  Itu pun penginapan berunsur hostel 4 orang serumah dan 2 orang sebilik dengan satu bilik air.  Kos yang dikenakan ialah per-person bukan sebuah rumah.  Jadi kepada pengunjung ke Hawaii,  mohon maklum bahawa semua hotel-hotel di Hawaii mengenakan kos penginapan berdasarkan per-head dan bukannya per-room. Secara purata penginapan dihotel ialah RM 350.00 untuk seorang semalam.
Kepulauan Hawaii sebenarnya mewakili 4 pulau yang terbesar.  Walau bagaimana pun Oahu adalah pusat bandar Hawaii yang merupakan tumpuan segalanya. Jadi dalam artikal ini ZBA akan tumpukan kepada Pulau Oahu sebagai sumber  informasi kepada pembaca.
Oahu dan kepulauan Hawaii keseluruhannya ialah pulau-pulau jelmaan daripada letusan gunung berapi ratusan tahun yang silam. Dua sumber utama mereka ialah pelancungan dan pertanian.  Jadi tidak hairanlah jika semua kehendak pelancungan terdapat di Hawaii.  Aloha, aloha, aloha !
Oahu Island Circle Part 1. Bermula seawal pagi.  Cuaca panas dan berangin tetapi badan tidak berpeluh.  Dari Waikiki menuju Nuuanu Pali look out melalui Hwy #61. Perjalanan lebih kurang 30 minit melalui kawasan perumahan dan hutan simpanan. Merupakan view point yang agak tinggi dan pandangan kearah Kailua dan Lanikai. Angin bertiup kencang dan ketika kunjungan kami telah ramai pengunjung sebelumnya. Tiada apa yang istimewa kecuali view point daripada kawasan tinggi mengadap dataran dan lautan lepas.  Masa 30-45 minit adalah mencukupi untuk bersantai disini.

Dari Nuuanu Pali kami bergerak menuju Kailua melalui Hwy #83 menuruni bukit. Jalan raya tidak sibuk dan tidak banyak kenderaan dijalanan. Perjalanan berjalan lancar sehingga Kaaawa dan berhenti rehat di Kualoa Beach Park (Chinaman's Hat).  Pantai yang cantik dengan air yang membiru memanjang dan kawasan perkelahan yang menarik. 

Chinaman's Hat. Sebuah pulau kecil yang terletak tidak jauh daripada pantai. Dinamakan demikian kerana pulau ini dilihat berbentuk topi yang seringkali dipakai oleh orang-orang  China dahulu kala.  ZBA juga dimaklumkan oleh seorang
pewaris sebuah keluarga China disini bahawa Kualoa adalah tempat dimana penempatan pertama orang-orang China diHawaii.  Di kedainya dipamirkan gambar-gambar puluhan tahun yang mengesahkan bahawa kedatanga orang China  ke bumi Hawaii sejak lama.
Meneruskan perjalanan dan masih lagi melalui Hwy #83, kearah barat.  Perhentian seterusnya ialah Polynesian Culture Center, Turtle Bay dan Waimea Valley.  Perlu dingatkan bahawa semua perjalanan ZBA melalui jalan tepi laut yang berangin dengan pemandangan yang amat menakjukan.  Demi menjimatkan masa, ZBA tidak berhenti disemua pantai-pantai peranginan malah memilih pantai-pantai yang menjadi tumpuan sahaja. 

Dari jalan tepian pantai kami menuju Haleiwa dan memasuki Hwy #99 yang merupakan laluan tengah Pulau Oahu menuju Dole Plantation. Pusat memprosesan nenas di Hawaii. Tentu pembaca teringat satu jenama terkenal bernama "Dole".  Dole ialah jenama pengetin nenas yang terkenal diseluruh dunia. Terletak berdekatan bandar Wahiawa  diantara pergunungan Koolau dan Waianae  yang merupakan  kawasan   ladang tanaman nenas yang terbesar di Hawaii.
Hari agak petang dan mengakhiri perjalanan hari ini,  ZBA kembali semula ke Waikiki melalui Hwy #80 dan seterusnya memasuki ekspress way  H2 yang mengambil masa 45 minit ke Waikiki.
Oahu Island Circle Part 2. Hari kedua ZBA membuka laluan disebelah selatan Oahu. Terdapat beberapa sportpoint yang cantik disana.  Perjalanan tepi pantai melalui Hwy #72 dan jarak kurang daripada 100 km pergi balik sehingga ke Makapuu daripada Waikiki.
Destinasi pertama ialah Hanauma Bay Nature Preserve. Sebuah destinasi pantai yang dikatakan tercantik di Hawaii. Semasa kunjungi kami ribuan manusia bersantai di pantai dengan cuaca panas yang menjadi kegemaran.  
HBNR merupakan sebuah teluk kecil dikelilingi dengan kawasan tanah tinggi  dengan deretan pokok-pokok kelapa. Pantainya bersih dengan air laut yang membiru dan ombak yang sederhana dengan tiupan bayu laut yang amat menyegarkan.  Perlu diingatkan ini merupakan salah sebuah pantai peranginan berbayar yang dikenakan kepada setiap pengunjung. 
Dari HBNR, ZBA menuju Halona Blow Hole 5 minit berkenderaan.  10 minit keatas ialah Sandy Beach Park dan terahir ke Makapuu Point and Lake House.
Makapuu Point terdapat satu trak yang panjang dan pembaca boleh mendaki hingga keatas dengan berjalan kaki. Semua lokasi tersebut merupakan sportpoint yang paling digemari oleh pelancung asing.  Ribuan pengunjung berada ditempat-tempat ini setiap hari.  Bagi yang berkemampuan mereka boleh mengewa helicopter, para gliding, berkenderaan, basikal dan pelbagai.  Tidak ketinggalan terdapat perkhidmatan bus service #22 daripada Waikiki kesini.  Tambang purata bus di Hawaii ialah USD 2.50 untuk tiga perjalanan dalam satu tiket bagi satu tempoh masa yang ditetapkan.

Secara keseluruhan bagi penggemar pantai, Hawaii, Mauritius dan Maldives ialah syurga bagi segala-galanya. Kecantikan dan keindahan alam ciptaan Allah sukar untuk dinyatakan walaupun dengan akal yang waras. Allah Maha Pencipta dan penciptaanya Maha Agung.
Jadi masa seminggu adalah amat wajar dan sesuai untuk explore Oahu sahaja. Selebihnya pembaca boleh menerokai big Island dan kepulauan-kepulauan yang lain.
Secara peribadi, memandangkan Hawaii terletak jauh di Lautan Atlantik dan sukar serta mahal untuk dikunjungi, perancangan yang teliti dan penggunaan masa yang maksima adalah disarankan. Bagi ZBA 2 minggu adalah masa yang paling sesuai walaupun terpaksa berbelanja agak mahal tetapi kepuasan yang mungkin tidak berulang meninggalkan kesan yang berpanjangan.
 MAHALO !!!


No comments:

Post a Comment