Sunday, April 9, 2017

ZHANGJIAJIE GLASS BRIDGE

Mencipta rekod dunia sebagai jambatan kaca terpanjang dan tertinggi didunia setakat ini. (Zhangjiajie Grand Conyan Glass Bridge). Dibuka dengan rasminya pada Ogos 2016 bagi pengunjung yang ingin menikmati panaroma Zhangjiajia Grand Canyon. Permulaan operasi hanya 8,000 pengunjung sahaja dibenarkan pada satu-satu hari untuk menikmati keindahan kecantikan daripada jambatan ini.  Itu pun pelawat diingatkan agar mendapatkan tiket resevasi sebelum berkunjung kerana harapan untuk individu mendapatkan tiket adalah terlalu tipis khususnya dihari-hari cuti umum di China.
Catatan tentang Zhangjiajie Grand Canyon Glass Bridge.
Panjang   -   430 meters bersamaan 1410 kaki
Lebar  -   6 meters bersamaan 20 kaki
Tinggi   -   300 meters bersamaan 984 kaki
(Dikira daripada lantai jambatan ke jurang paling dalam)

Daripada maklumat petugas, setiap masa cuma 600 pengunjung sahaja dibenarkan berada diatas jambatan selama satu jam dan kebenaran keluar/masuk dikawal sepenuhnya. Pengunjung juga dikehendaki memakai kasut khas (Sarung kasut) yang disediakan dan dipulangkan dipintu keluar. Sabar menanti giliran adalah amalan yang mulia dan pembaca lebih dihormati.
 Demi keselamatan, jangan bersandar di railing, berlari atau melakukan aksi-aksi merbahaya semasa bergambar dan sebagainya.  
Bagi pengunjung yang mempunyai masalah kesihatan umpama darah tinggi, jantung atau takut kepada ketinggian, adalah dinasihatkan  bertenang dan berkeyakinan  yang mereka boleh mencapai impian yang dihajatkan

"Beg duit, talipon bimbit dan beg kecil yang bersesuaian dibenarkan dibawa masuk tetapi sebarang jenis camera, Ipad dan sebagainya diistilahkan sebagai barangan larangan. Pembaca dikehendaki bersedia dari awal tidak membawa barangan tersebut.  Perlu diingat memasuki Zhangjiajie Glass Bridge, pembaca tidak dibenarkan keluar sehinggalah membuat satu pusingan yang mengambil masa sekurang-kurangnya 3 jam dan keluar melalui arah yang berlainan dan tidak akan kembali lagi ke laluan masuk".

Jambatan ini merupakan satu yang unik dengan perkembangan teknologi terkini.  Satu idea yang baik dan bagus untuk menguji "keberanian dan kecekalan" sesaorang. Keseluruhan pengunjung kesini agak teruja untuk melihat dan mencuba sesuatu yang agak ganjil untuk dicuba.  Tidak kurang pula ramai yang gementar untuk meletakan kaki diatas kepingan kaca dengan pemandangan jurang 300m kebawah.  Dan macam-macam ragam manusia dapat dilihat diatas jambatan tersebut.
Bagi ZBA, tiada yang kelainan semasa melintasi Zhangjiajie Grand Conyan.  Tiada perasaan malah ibarat melintasi jambatan biasa sahaja.  Lain padang lain belalang, manakala lain orang lain pula perasaanya. Selamat mencuba buat semuanya.
Dimaklumkan diatas tiada laluan keluar selepas melintasi jambatan.  Episod kali ini ialah menuruni jurang 300m yang dimaksudkan dengan menuruni beratus-ratus anak tangga yang sempit diantara banjaran gunung kebawah. Ribuan manusia bertali arus. 
Bersama peminat dari China

Peringkat kedua kepada penurunan ini, pelawat  diberi kesempatan menggunakan "Gelungsur" untuk sampai kebawah. Pelawat dibekalkan dengan pelapik dibahagian ponggong dan sarung tangan. Menggelungsur didalam gelung yang jaraknya hampir 100m adalah saya satu kelainan sebagai alternatif yang cepat untuk sampai kebawah.  Dibawah mengalir sebuah anak sungai yang jernih dengan sebuah air terjun yang mendamaikan.

Sekarang kita berada di "Lantai" Grand Canyon.  300 meter diatas sana ialah Zhangjiajie Bridge.  Dari sini kita menghala keluar. Hanya satu laluan dan semua pengunjung menghala ke arah yang sama. Semua trek berada ditepi kiri sungai dan kita dapat menghayati kecantikan alam semula jadi yang tidak diterokai.  Air terjun disana sini dengan fauna dan flora yang cantik. 
Penghujung kepada laluan ini ialah sebuah gua yang dikenali sebagai "Pirate Cave".  Dari situ kita berpatah balik kebelakang dan trek kini berada di sebelah kanan sungai.  20 minit berjalan kita akan menemui sebuah tasik yang airnya membiru.  Kelihatan bot-bot penumpang berulang alik membawa pengunjung ke destinasi penamat dimana semua penumpang diangkut keluar menggunakan bas-bas pelancungan yang tersedia.
Keseluruhan tours ini mengambil masa lebih kurang 3 ke 4 jam. Satu jangkamasa yang cukup untuk kita menghayati kecantikan alam semulajadi Zhangjiajie Grand Canyon dari dekat.  
Bagi pengunjung yang kurang upaya dan berkemampuan, adalah dinasihatkan agar tidak mengambil risiko kerana tiada jalan mudah untuk meneruskan perjalanan trek ini.








WELLCOME TO ZHANGJIAJIE


No comments:

Post a Comment