Sunday, March 12, 2017

KUNMING CITY OF ETERNAL SPRING

Negara ke-3 bagi siri merayap tahun 2017. Merupakan siaran ulangan kali yang ke 11 mungkin menjelajahi Negara China. Kali terahir mengunjungi China ialah pada bulan Mei 2016 semasa overland daripada Bukhara ke Xian selama 44 hari. Siri terpanjang setakat ini.
Oppsss  !!!,  air pocket. Tersedar ZBA daripada lamunan semasa pesawat membuat circut untuk mendarat di Lapangan terbang Kunming pada petang 15 Mac 2017. Dari jauh kelihatan bumi Kunming yang berbukit dengan lembah dan jurang dibawah.  Cuaca agak terang dan kelihatan seakan panas dibawah sana.
Pesawat AAsia mendarat dengan selamat dan tepat berdasarkan jadual penerbangan. Kami meninggalkan pesawat dan menuju pemeriksaan Imigrasi dan Kastam.  Proses berjalan lancar tanpa sebarang masalah.
Seorang petugas wanita bertanya ZBA, apakah ini pertama kali mengunjungi China.  Dengan  tenang jawapan diberikan.  Ini merupakan kali ke-11 merangkumi seluruh China. Tergamam beliau dan terus beredar dengan senyuman manis.
Diluar sana terjumpa muka Melayu tetapi sebagaimana kebiasaan, malas nak melayan. Walhal dalam pesawat tadi cuma terdapat kami berdua sahaja Melayu.
Sambil mencari arah dan untuk mendapatkan teksi ke Station keretapi Kunming, ZBA didekati
seorang lelaki Melayu dan bertanya kyabar.  Suara seiras Indon maka jawapannya juga Indon. Rupa-rupanya beliau Melayu dan kami memulakan perbualan. Dalam pada itu datang seorang lagi lelaki muda Melayu dan memperkenalkan diri. Alkisah mereka berdua adalah Kounselor Malaysia di Kunming.  Orang pertama bergelar Datuk dan kedua sebagai pembantu beliau.
Dari perbualan, kedatangan mereka ialah untuk menyambut satu rombongan dari kaum China yang membuat rangka lawatan ke Kunming yang diketuai oleh seorang Ketua Cawangan MCA. Terlintas dalam fikiran ZBA,  sampai  ke Kunming
rupa-rupanya politaik Malaysia. Apakah wajar seorang yang bergelar Datuk daripada jawatan yang disandang mewakili DYMM dipergunakan untuk menyambut kedatangan     Apek dan Aso-aso tua semata-mata  kerana mereka daripada    parti  MCA.    
Wakil Counselor sebenar diamanahkan tugas untuk hal-hal kepentingan negara dan bukan kepentingan individu kepartian yang tidak ada kena mengena dengan tugas Kaunselor. Maaf, itu hanya dari kaca mata penulis.
Kunming Airport terletak 38 km daripada pusat bandar Kunming. Tiada perhubungan metro setakat ini kecuali teksi dan Airport Bus. Tambang bas ialah CNY25 seorang dan teksi CNY75-100. ZBA memilik teksi kerana lebih murah jika dibandingkan dengan bas sejajar dengan kami berempat.  
Perjalanan mengambil masa lebih 45 minit dan memberi kesempatan kepada ZBA untuk berehat sebentar sebelum meneruskan perjalanan dengan keretapi ke Lijiang. Merupakan ibu kota terbesar di Yunan. Membangun dengan pesat dan berketerampilan.  Dari jalanraya bersimpang siur dan bertingkat dan bangunan moden pencakar langit  dengan tanaman kontan menghijau disana sini memperlihatkan Kunming patut sekali digelarkan sebagai City of eternal Spring.  
Sebagaimana kebanyakan bandar-bandar besar yang lain di China, Kunming adalah bandar yang selamat untuk dikunjungi amnya seluruh China.
Makluman.  Zaman semakin canggih dan bermanfaat untuk semua pengguna tetapi kesilapan dan kealpaan menjadi pengajaran kepada individu dan sepatutnya dikongsi bersama.
Sebagai persediaan dan mengelakan daripada kegagalan
untuk mendapatkan tiket perjalanan keretapi di China, ZBA telah membuat tempahan online daripada Travelchinaguide.com. Satu perkara yang mudah dan semuanya berjalan lancar. Manakala pihak agent juga
amat membantu semasa terjadinya sebarang masalah.  Oleh yang demikian adalah diingatkan jika kita membuat tempahan dengan menggunakan number passport antarabangsa yang lama dan ketika memulakan perjalanan kita menggunakan number passport yang baru, akan berlaku tidak match dalam sistem keretapi China. Tiket tidak akan dikeluarkan (issue) oleh mana-
mana stesen keretapi China walau pun kita mempunyai "Pickup No" yang sah. Ini kerana untuk warga asing, tiket dikeluarkan berdasarkan kepada number passpot terkini. Juga semakan dipintu kemasukan ke stesen keretapi berdasarkan passport yang dibawa bersama.  Jika ini terjadi, untuk mendapatkan "refund" daripada agent, pembaca dikehendaki membatalkan tempahan terlebih dahulu dan menghubungi agent.

Tindakan.  Penempah tiket hendaklah menghubungi Agent dan menyertakan  salinan passport terbaru untuk dibuat pindaan.  Agent tidak akan mengenakan sebarang bayaran begitu juga refund sepenuhnya akan  dipulangkan. 
Malam nanti ZBA akan memulakan perjalanan ke Lijiang dan kita akan ke Kunming semula selepas ZBA mengunjungi Dali. Satu yang menarik di Kunmig akan diceritakan dalam artikal berikutnya.


No comments:

Post a Comment