Dari Lijiang, ZBA terpaksa merangka perjalanan berpatah balik ke Kunming disebabkan tiada pengangkutan keretapi terus ke Zhangjiajie. Diantara dua bandar ini terdapat satu lagi bandar yang kaya dengan kesan sejarah silam dikenali sebagai Dali. Jaraknya cuma 2 jam perjalanan daripada Lijiang. Sebuah bandar yang dikelilingi oleh sebuah tasik air tawar yang besar dan luas.
"Dali is a city in China’s southwestern Yunnan province, on the shores of Erhai Lake. Its history stretches back to the kingdom of Nanzhao (8th century). The walled old city, from the Ming dynasty, contains traditional homes and towers from the Bai ethnic minority. Beyond the old city rise the Three Pagodas of Chong Sheng Temple, dating to the 9th century".
Berikut adalah beberapa tempat yang menjadi tumpuan pelancung yang wajar dilawati.
Dali Ancient City. Terletak 15km daripada Xiagun dan 40 minit daripada stesyen keretapi yang jaraknya 26km dengan bayaran 40RMB.
dikenakan kepada pengunjung dan masa yang diperlukan untuk lawatan sekurang-kurangnya 3 jam. Bagi memudahkan perjalanan, didalamnya disediakan bas eletrik yang beroperasi daripada Gate Selatan ulang alik.
Mempunyai enam pintu masuk yang merupakan pos sentri untuk kawalan keselamatan oleh pihak tentera. Gate-gate tersebut dikenali sebagai Wenxian Gate, South Gate, North Gate, Cangshan Gate, Erhai Gate dan Wuhua Tower. Diantara gate-gate berkenaan, South Gate merupakan pintu utama yang juga dikenali sebagai "Double Crane Tower" yang merupakan simbul kepada Ancient Town.
Hari kedua ZBA berkesempatan melawat Three Pagodas of Chongshen. Sebuah monument lama bagi penganut buddha yang merupakan monument tertinggi di Dali. Bangunan 3 pagodas ini dapat dilihat dari mana-mana arah di Dali. Bewarna kuning dan terletak dalam sebuah taman yang luas.
Bangunan ini berbentuk tirus 16 tingkat keatas. Pelawat tidak dibenarkan masuk kemungkinan atas faktor-faktor keselamatan.
Bangunan ini berbentuk tirus 16 tingkat keatas. Pelawat tidak dibenarkan masuk kemungkinan atas faktor-faktor keselamatan.
Simbul Kekayaan Keluarga YAN |
Xizhou traditional houses are built in typical Bai style, called "Sanfang Yizhaobi", which is a courtyard rooms on three sides and a screen wall on the remaining side. Another Bai architectural design is called the "Sihe anjing", which is composed of one big courtyard with four smaller ones at the four corners of the main one. Xizhou Town is composed of more than 88 compounds of this kind. Some have several yards and some have yards within yards. These houses often have painted roofs and pillars, upturned eaves, and "dougong" systems (double bow-shaped brackets on columns supporting upturned eaves), which are unique to the Bai minority.
Upon entering, one's eyes will fall upon the principal house with it's screen wall and two wings. According to the tradition of Bai-style architecture, the screen wall should face east in order to make use of the early morning sun and reflect the light into the inner rooms. Additionally, the screen wall, adorned with elaborate caligraphy and paintings, is considered as a talisman; the Bai people believe it brings good blessing.
Walking inside, one will see the second and then the third parts, each of the parts is enclosed by four houses with four small rooms built between each of the houses.The final house of the compound embraces a modern, western architectural style.
Dari rumah keluarga Yan, ZBA melayari Erhai Lake kesebuah pulau ditengah tasik yang dikenali sebagai Dali Nanzhao Honey Moon Island.
Sebuah pulau kecil menempatkan sebuah taman dan sebuah To'Kong Buddha dengan beberapa hotel. Perjalanan kesini mengambil masa 2 jam dengan feri dan satu persembahan tarian dengan mempertontonkan tradisi masyarakat Dali yang berbilang etnik kepada penumpang. Sungguh mempesona dan menghiburkan. Penuntut disajikan dengan teh madu tradisional yang manis dan menyelerakan.
Sebelum mengakhiri perjalanan hari ini, ZBA tidak ketinggalan melawat "Taman Rama-Rama". Terletak ditepi sebuah bukit dengan taman rimbunan buluh yang cantik. Kawasan ini banyak menempatkan rumah-rumah penduduk Islam Dali dengan sebuah Masjid yang cantik bewarna hijau sebagai mercu tanda.
Dali. Tidak terkenal sebagaimana Lijiang. Ini bukan bermakna Dali tidak menarik untuk dilawati. Bagi ZBA, Dali mempunyai tarikan yang tersendiri. Jadi kepada pembaca yang mengunjungi Lijiang, adalah tidak keterlaluan jika menghabiskan 3H/2M untuk menikmati kecantikan Dali dalam perjalanan pulang daripada Lijiang.
zainaltobiaq.blogspot.com
No comments:
Post a Comment