Friday, April 29, 2016

BALTIC SCANDINAVIAN JOURNEY TO RUSSIA




The Scandinavian Peninsula of northern Europe includes the countries of Norway and Sweden. Some sources include the small Finland projection of land (marked with an arrow) that separates Norway from Sweden within the peninsula's landmass number, and so do we.Extending outh from the Barents Sea, the peninsula is approximately 1,150 mi (1,850 km) long, with an area of about 290,000 sq mi (750,000 sq km).
About 25% of the peninsula lies north of the Arctic Circle, while 94% of the population of the peninsula lives south of the Arctic Circle.
The Scandinavian Peninsula occupies a large slice of the Baltic Shield which also includes Finland, the northeastern edge of Russia, and land under the Baltic Sea. Over 10,000 years ago - totally covered by ice - the weight of that ice (four kilometers thick) caused the Baltic Shield's terrain to slowly sink.
When the ice finally melted, the shield slowly rose again, especially in the north, and the south (in sort of a balancing) continues to sink, a tendency that persists to this day along the Baltic Sea. This estimated 1-meter-per-century sinking has caused slight flooding in the low-lying areas and is forecasted to continue.
Cuaca petang yang baik dengan langkah restu dariNya, ZBA berangkat dengan penerbangan Vietnam Airlines pesawat Airbus 321 menuju destinasi transit yang pertama, Hanoi. Kami terpaksa bermalam di Hanoi kerana penerbangan berikutnya ialah pada keesokan hari. 
Sedikit tentang VA.  Selama ini  kita memandang sebelah mata tentang keupayaan mereka daripada berbagai sudut. Namun hari ini Vietnam telah bangun dan menandingi 1M. Kalau dulu kaki sho0ping berkunjung ke Guangzhou dan Bandung untuk membeli belah.  Tapi sekarang segalanya berubah arah ke HCMC.  Persoalannya kenapa dan mengapa, nampaknya kita harus melihat kearah dalaman negara sendiri.
Vietnam Airlines. Satu jenama yang tidak pernah dijangka akan menandingi MAS. Tapi kini mereka yakin dan  mereka berjaya. Bagi kita MAS telah dihancurkan oleh bapak-bapak keparat dengan kerugian berbilion ringgit tapi masih berkukuk seolah-olah yang terbaik.  Kesihan setelah ditimpa berbagai musibah kini menunggu masa untuk di re-jenamakan.  Malang bagi satu bangsa yang korap. Tetapi itulah realiti daripada tangan-tangan yang kotor
Berbalik kepada VA, mereka berjaya menakluki dunia dengan berbagai destinasi terkini dan terancang. Memiliki fleet terbaru Airbus 350 dan Dreamliner 787 yang menyumbang kearah pepulariti mereka.  Tahniah dan sekalung harapan bagi kami para pengembara yang sekadar menumpang keselesaan penerbangan.
Baltik Scandinavian Journey bermula dan ZBA terbang ke Moscow sebagai destinasi kedua.  Penerbangan VN65 dengan pesawat Airbus 330-300 dengan kapisiti 85% penumpang, yang kebanyakanya ialah Vietnamis.  Mungkin kami ber4 sahaja daripada negara  1M.  10j45m diudara.  Makanan dan minuman dihidangkan sebagaimana lain-lain penerbangan didunia.  Bagi pembaca yang pertama kali dengan VA, tidak perlu bimbang dengan kehalalan makanan yang disediakan. Mereka menyediakan menu untuk pilihan dan terpulanglah kepada pembaca untuk memilihnya.
Gambar bawah "Trans Siberian Journey 2010"
Sedikit unik tentang penerbangan ini.  VA tidak terbang melintasi China untuk ke Moscow. Sebaliknya mereka memilih penerbangan melalui ruang
udara Thailand, Bangladesh, India, dan terus keutara menuju Moscow. Penerbangan tenang dan menyakinkan dan kami mendarat di Lapangan Terbang            Domodedovo,
Moscow sekitar jam 16.10pm. Cuaca panas tetapi udara masih sejuk dan kami meneruskan perjalanan ke Moscow dengan airport train sehala beharga RUB 470 sehingga Paveletskaya Station. Dari sini pembaca boleh mengambil mana-mana laluan metro yang untuk explore Moscow dengan cara yang mudah, selamat dan murah.  Sila cetak Moscow  Metro map untuk panduan dan dibawa bersama.
Moscow 2010
Ini adalah kunjungan kedua ZBA ke Moscow selepas 6 tahun merentasi 3 Trans. Trans-Sberian  Journey, Trans Manchuria dan Trans Monggolian.  Jadi untuk trip ini tidak lah sangat menjadi satu kesukaran untuk mengingati semula tempat-tempat untuk dilawati. 























Kepada pembaca yang pertama kali mengunjungi Moscow, adalah dinasihatkan untuk merujuk kepada "Moscow Attractions" sebagai panduan agar tidak ketinggalan membuat lawatan ketempat-tempat menarik yang semestinya dilawati.  Selain daripada apa yang terdapat di Moscow, pembaca juga dinasihatkan untuk melawat Kazan.
"Kazan is a city in southwest Russia, on the banks of the Volga and Kazanka rivers. The capital of the Republic of Tatarstan, a semi-autonomous region, it's known for the centuries-old Kazan Kremlin, a fortified citadel containing museums and sacred sites. Kremlin landmarks include the tiered Tower of Soyembika, the blue-and-gold domed Annunciation Cathedral and the vast, colorful Kul Sharif Mosque".

Satu lagi ialah yang dikenali sebagai "Russians Golden Ring"


 
 
 
 

Gambar-gambar diatas menunjukan Moscow hari ini.

4H/3M ZBA menghabiskan masa di Moscow.  Sebuah bandaraya yang tenang dan selamat untuk dikunjungi. Orang Russia nampak agak sombong kerana mereka tidak banyak bercakap tetapi hakikatnya mereka satu bangsa yang bertatatertib, mudah didekati dan berbudi bahasa.  
Terdapat ramai juga penduduk yang berugama Islam. Mereka kebanyakan daripada kaum Tartar tetapi sukar untuk mengenali samaada mereka Islam atau sebaliknya. Wajah  mereka serupa 

dengan penduduk Russia yang lain dan sukar  untuk di klasifikasikan samaada mereka Islam atau tidak diantaranya.  Kecuali, kaum wanita Islam dapat dibezakan dengan pakaian menutup kepala. Terdapat beberapa buah masjid disekeliling Moscow. Satunya yang terbesar dan termorden dikenali sebagai "Moscow Cathedral Mosque".  Dibuka dengan rasminya oleh Presiden Vladimir Putin pada tahun 2015. Satu mercu tanda tentang kehadiran masyarakat Islam di Moscow. 
Moscow Cathedral Mosque
 















ZBA meninggalkan Moscow menuju Saint Petersburg. Sebuah bandar tertua di Rusia yang penuh dengan kesan sejarah yang dahulunya dikenali sebagai Petrograd ditukar kepada Leningrad dan kembali dikenali sebagai Saint Petersburg sehingga sekarang.
Leningrad Station Moscow
"St. Petersburg is a Russian port city on the Baltic Sea. It was the imperial capital for 2 centuries, having been founded in 1703 by Peter the Great, subject of the city's iconic “Bronze Horseman” statue. It remains Russia's cultural center, with venues like the ultramodern Mariinsky Theatre hosting opera and ballet, and the State Russian Museum showcasing Russian art, from Orthodox icon paintings to Kandinsky works".
On The train Hotel


Perjalanan keretapi malam yang mendamaikan.  Koc tempat tidur berempat dua ingkat yang bersih dan disediakan semua kelengkapan.  Ibarat hotel bergerak 4* dilandasan. Kenapa tidak, harganya pun mencecah USD48.50 untuk satu perjalanan seorang. 7j lebih perjalanan tanpa  henti sejauh 650km  diantara Moscow dan Saint Petersburg. Tiket boleh di beli melalui Russian train com secara dalam talian. (e-ticket). Tepat mengikut jaduan ZBA sampai didestinasi dalam suasana cuaca yang sejuk dibawah 20C.
Salah satu mercu tanda St Petersburg
Saint Petersburg Central Mosque
Saint Petersburg. Sebuah bandaraya yang cantik. Diklafikasikan seiring dengan Istanbul, Rome, Cape Town, Sydney, Auckland dan bandaraya bandaraya lain yang tercantik didunia.  Menerima kunjungan ribuan pelancung setiap hari. Tapi malang ianya tidak berapa dikenali oleh oleh pembaca-pembaca sekalian. Malah setengah daripada kita akan bertanya di mana Saint Petersbug.  Tetapi sekarang kita boleh mendapatkan maklumat dihujung jari kita dan mengetahui sejarah pembangunan bandaraya ini.

Maaf saya tidak berniat untuk menceritakan tentang sejarah tetapi sekadar memberi penerangan secara bergambar apa yang saya lihat semasa mengunjungi Saint Petersburg.
Saint Petersburg mempunyai populasi penganut berugama Islam sekitar 50 ribu orang. Mempunyai empat buah masjid dan yang terbesar dimana ZBA lawati adalah seperti digambar. Menara masjid ini dengan jelas dapat dilihat daripada St Peter Old Town. Malah bagi sesiapa yang mengusuri sungai pula, selepas melintasi jambatan yang ketiga disebelah kanan, terpampang kubah dan dua menara daripada jauh.  Terletak hampir 150 meter daripada metro station. Di sini pembaca boleh mendapatkan kafe-kafe halal dan juga makanan yang disediakan oleh penduduk tempatan.
Wanita Islam di perkarangan Masjid sebelum Solat Jumaat
Dimaklumkan bahawa kedatangan orang-orang Islam kesini adalah penghijrahan pekerja-pekerja yang datang daripada Central Asia dan Caucasus. Juga dimaklumkan bahawa pembinaan Masjid ini adalah sumbangan daripada kerajaan Russia ketika itu atas penghargaan dan jasa-jasa tentera-tentera Russia yang beragama Islam.
Ruang dalam Dewan Solat Lelaki
Hari ini 26 August 2016, dimaklumkan bahawa masjid ini dalam proses membaik pulih dan menaik taraf. Walau bagaimanapun dewan solat masih boleh digunakan dan samaada dewan solat lelaki dan perempuan. 


Sekembalinya daripada menziarahi Central Mosque ZBA berjalan kaki  lebih kurang 1km menuju Military Muzium. Satu pameran yang menakjubkan bagaimaina keupayaan Russia memperlengkapkan angkatan tentera mereka dan amat digeruni oleh musuh-musuh mereka daripada blok barat. 

Saint Petersburg Military Muzium
 
Bersebelahan dengan Military Muzium terletak ditebing Neva River sebuah pulau kecil.  Disini terletak apa yang dikenali sebagai Peter and Paul Fortress. Ribuan pengunjung mengunjungi tempat ini setiap hari.

















Tidak lengkap sekiranya ZBA tidak membawa pembaca melihat " St Peter Old Town"



















Sunday, April 17, 2016

ATHENS GREECE


The Ottoman empire went on to flourish in Greece for four hundred years and it was not until the Greek War of Independence (1821-1829) that it was finally ousted. Greece was the first country to secure its independence from the Turkish occupation. After a long and bloody conflict, in 1830 an independent Greek kingdom was formed which was finally ratified by the Treaty of Constantinople in July 1832. This kingdom however did not cover all of modern day Greece. The struggle for liberation of all the regions of Greek speaking people continued right up to the end of the Second World War. The Ionian islands were incorporated in 1864, followed by parts of Epirus and Thessaly in 1881.



PAGE UNDER CONSTRUCTION
THANK YOU

Saturday, April 16, 2016

TUNISIA AND ALGERIA TRAIN OVERLAND


My idea is to cross into Algeria from Tunisia at Ghardimaou-Souk Ahras, or at Tabarka-El Kala-(Annaba) crossings, and to travel on to Algiers from there. Is it doable provided, I plan ahead and read up some more, or would it mean taking serious risks.
Enam bulan mencari bahan dan kaji  selidik    sebelum    realiti  perjalanan  ini dilakukan.
Sebenarnya tidak ada info yang benar-benar meyakinkan sesiapa.  Berkat tawakal dan sedikit pengalaman untuk mengharungi rintangan ini walaupun pada asasnya dilihat paling    sukar.  Sukar bukan sahaja kepada masalah pergerakan transpotasi, bahasa, muka bumi dan perjalanan itu sendiri.




Tapi kalau tidak dipecahkan ruyung dimana akan dapat sagunya. Setakat ini belum ada dari pengembara tegar sekalipun yang menulis dan menggambarkan keadaan sebenar di perjalanan ini.
Sekmen ini sengaja ZBA jadikan satu topik khusus sebagai panduan bagi kesenangan pengembara-pengembara akan datang. Biar pahit getir ini kami tanggung asalkan dapat membuka satu laluan baru yang dapat dikongsi bersama.
Awal pagi ZBA meninggalkan hotel penginapan yang terletak  lebih   kurang  800m   menuju    ke stesyen  keretapi
dengan berjalan kaki.  Angin kencang dengan hujan renyai-renyai mengiringi impian ZBA.  Tiket perjalanan telah ditempah sehari sebelum dengan harga TUN 10.35.  Kelas dua tempat duduk daripada Tunis ke Ghardimaou. Keretapi dijangka berlepas 06.15am dan mengambil masa      3.5J.    ke   destinasi tujuan.    Sebagai makluman pembaca, terdapat 4 perjalanan keretapi ke destinasi tersebut dalam sehari dengan koc kelas 1 dan 2.  Perbezaan diantara koc ini hanya gimik sahaja kerana tiada perbezaan bagi kedua-duanya.  Tandas dalam   keretapi,  lebih   baik
tandas awam di Indonesia. Sungguhpun diawal pagi namun terdapat ramai juga penumpang  keretapi 6 koc yang ada bersama-sama ZBA dalam perjalanan ini. Keretapi bertolak 10 minit lewat dan perlahan-lahan meninggalkan rumah-rumah batu usang Tunis disamping
berhenti dan menaikan penumpang.
Setengah jam perjalanan cuaca amat baik dan lama kelamaan menjadi mendung dan hujan renyai-renyai. Penumpang ada yang telah mulai berdengkor dan setengahnya dalam lamunan sambil menikmati pemandangan ladang pertanian dan ternakan diluar. ZBA mengambil kesempatan ini melihat gelagat masyarakat Tunisia.  Daripada rupa paras sehinggalah mengenali sedikit sebanyak   adat  resam, pakaian,  makanan  dan kebudayaan mereka yang unik. Mereka dominant daripada Bangsa Arab dan bertutur juga dalam bahasa arab. Bahasa Perancis adalah bahasa kedua dalam pertuturan mahupun tulisan tulisan dipapan-papan tanda dimana-mana. Walau bagaimana         pun       dilihat 
daripada rupa paras khususnya kaum lelaki, mereka lebih kacak dan mirip kepada kacukan Sepangol, Perancis dan Italy. Bagi wanita pula sukar dibezakan daripada wanita-wanita daripada tanah Arab yang lain kecuali cara mereka berpakaian.
Satu jam keretapi meluncur pergi.  Dua jam 30minit lagi sebagaimana dicatakan masa ketibaan.  Satu bandar kesatu bandar dan cuaca masih mendung diluar. ZBA malas untuk merakamkan apa-apa kerana tiada yang special untuk dirakamkan malahan cuaca yang kurang baik.
Sedikit sebanyak memadai ZBA maklumkan bahawa muka bumi Tunisia adalah sebuah negara yang subur pada keseluruhannya. Tetapi diperjalanan ini agak sedikit berbedza jika dibanding daripada Tunis ke bandar El Kantaoui 130 km keselatan Tunis.         Disana        banyak
kawasan lapang yang sesuai untuk tujuan penternakan. Manakala tanaman ladang-ladang pokok zaiton juga subur ditanam dikawasan-kawasan agak lembab secara perladangan yang luas. Pembaca juga boleh behenti ditepian jalan bagi melihat bagaimana rupa bentuk buah zaiton yang sebenar sebelum diproses untuk mendapatkan minyak yang dijual ditepi-tepi jalan.
Laluan Tunis ke Ghardimaou pula yang menghala ke barat agak berlainan kerana kawasan tersebut merupakan kawasan tanah pamah yang subur khusus untuk pertanian dan sedikit sahaja yang digunakan untuk penternakan.  Ketika ZBA melintasi kawasan ini, kita akan dapat melihat bumi Tunisia menghijau dimana-mana.  Tanaman subur dan kelihatan petani-petani mengusahakan pertanian mereka diladang-ladang yang luas.  Paling jelas ialah tanaman gandum, barli, jagung, kentang dan pelbagai termasuk tanaman kontan. Dipendekan cerita  dari Tunis menuju Ghardimaou jika berkeretapi itulah yang bakal pembaca dapat lihat disepanjang perjalanan.
Jadual ketibaan keretapi kedestinasi satu jam lewat daripada jadual asal.  Hujan turun semasa ketibaan ZBA di stesyen Ghardimaou.  Jam menunjukan 11 pagi dan kami mencari arah tujuan.  Ghardimaou sebuah pekan kecil dengan serba serbi kekurangan.
Dua masalah awal ZBA hadapi. Satunya tiada infomasi tentang bandar kecil ini. Kedua masalah bahasa untuk berkomunikasi dengan pihak berkuasa atau penduduk setempat.  Apa yang terdapat diatas kertas hasil kaji selidik tidak  sama dengan apa yang ada terbentang dihadapan. ZBA bertekad dengan pengalaman sedia ada.  Pantang berpatah balik,  perjalanan mesti diteruskan mengikut plan awal sebagaimana dirancang.  Kesusahan adalah dugaan dan semua dugaan akan mencipta satu kenangan dan pengalaman yang amat berguna.  
ZBA menemui beberapa pegawai polis petugas stesyen keretapi dengan yang sedikit berpengtahuan dalam Bahasa Inggeris. Garis panduan diberikan tetapi ZBA tidak membantah apa yang dimaklumkan tetapi dalam hati masih bertegas dengan plan asal. Mereka menyesyorkan untuk kami ke Jendauba dan melintasi sempadan di Wilayah Barbouch yang terletak 196km daripada Ghardimaou.  Satu kerja gila yang menghabiskan masa dan wang. 
Kami keluar mendapatkan teksi tetapi satu pengalaman baru kita belajar daripada bangsa Arab Algeria. Dalam pada tawar menawar, ramai antara mereka ingin menunjuk "terror" mereka dengan tujuan untuk mencekek atau memotong kepala pelancung. Sedangkan tiada seorang pun diantara mereka yang tahu bahawa sempadan terdekat  Tunisia dan Algeria hanya 5km daripada Ghardimaou. Maaf mereka tersilap percaturan sedangkan dihadapan mereka adalah "Traveller" bukan pelancung.  ZBA tinggalkan mereka dan kembali menemui penjual buah-buahan yang pada awalnya memaklumkan ZBA tentang sempadan berdekatan yang sama sebagaimana dalam catatan ZBA.
ZBA mengambil sikap perhati dan lihat sementara seorang teman berurusan dengan penjual buah tadi.  Kebetulan setelah betul-betul yakin dengan apa  yang diperkatakan beliau dan menyamai info ZBA, barulah kami mengambil keputusan untuk mendapatkan teksi ke lokasi berkenaan. Seorang penjaja jalanan yang mulia.  Berbudi bahasa dan peramah serta jujur.   Semuga Allah memberkati usaha beliau dan mencurahkan rezeki yang halal serta berterusan. Sekali lagi penjaja tersebut telah menolong kami untuk mendapatkan sebuah teksi bagi membawa ZBA kesempadan Ghardimaou (Tunisia) dan Sidi El Hemissi (Algeria) yang jaraknya 5km dengan bayaran TUN 5
Ghardimaou (Tunisian Arabicغار الدماء‎) is a town in the north-west of Tunisia about 192 km from Tunis. It belongs to theJendouba Governorate. The town has about 64,000 inhabitants (64,170 in 2014). The rail line from Tunis passing along theMedjerda river ends at Ghardimou; it was built in 1878, and formerly crossed eastwards the border into AlgeriaSouk Ahras, the first stop in Algeria, is 16 km away.
Sebuah bandar kecil dengan pemandangan yang  cantik. Dikelilingi oleh bukit-bukit yang menghijau dengan tanaman kontan.  Juga kelihatan ternakan kambing dan bebiri oleh penduduk setempat.  30 minit perjalanan ZBA sampai disempadan dan memasuki jalan tanah merah  sebaik untuk sampai ke Pos Sempadan.
Di Pos Sempadan keadaan nampak tenang.  Jarang-jarang kelihatan kenderaan melalui laluan ini.  Sekali sekali sahaja kelihatan orang menyeberangi sempadan.  Itu pun semuanya local daripada sebelah menyebelah sempadan.  Mungkin pegawai bertugas juga berasa asing menerima kedatangan kami.  Pengawal  sempadan dengan senjata ditangan dan setengahnya bergalas dibahu.  ZBA kenali mereka sebagai AK 47.  Salam diberi sebagai persahabatan sesama Muslim. Dijawab baik dan bersopan santun, ini menandakan anda telah "one step" dihadapan untuk mengambil hati pegawai bertugas.  ZBA berborak panjang dengan mereka disamping memuji-muji akan kecantikan dan keramahan raayat Tunisia.  Satu tektik yang wajib digunakan agar kita tidak tergendala untuk memasuki atau melepasi sempadan sesabuah negara.  Passport diserahkan kepada kaunter Polis Sempadan.  
Sebagai makluman,  negara-negara  Balkan, Tunisia dan Algeria tidak menggunakan khidmat "Pegawai Imigresen" disempadan malah menggunakan perkhidmatan "Pasukan Polis" bagi mengendalikan urusan keluar/masuk dan "Passport stamping". 30 minit berlalu, passport kami masih diatas meja dan beberapa pengunjung lain yang terkemudian telah pun berlalu melepasi sempadan. 
Masa yang kami amat cemburu berlalu terus. Tetiba ZBA dipanggil kedalam bilik.  Disana terdapat seorang  pegawai berpangkat Kapten sedia menunggu dengan seorang pegawai lain yang berpakaian awam.  Dengan hormat ZBA memberi salam dan dijemput duduk.   Disinilah bermulanya perang saikoloji dimana akan menguji minda dan kesabaran dan pengalaman sesaorang pengembara untuk melepasi halangan-halangan yang bakal mendatang. Segalanya berahir dalam 30 minit. Soalan-soalan banyak berkisar kepada keselamatan, tujuan, kenapa dan mengapa  serta berapa banyak wang dibawa.  Fasa pertama berahir dan fasa kedua adalah proses passport stamping, lagi memakan masa hampir satu jam. Memasuki fasa ketiga ialah kastam clearence.  Lagi satu jam dan jumlah masa yang dibazirkan di sini ialah sekitar 3 jam semata-mata untuk membuat clearence Keluar daripada bumi Tunisia.  Proses keluar begini dimana-mana destinasi dunia sekali pun kebiasaanya menyambil masa kurang daripada 30 minit.  Sesungguhnya penantian adalah satu siksaan.


Dalam perbualan dengan dua pegawai Polis sebentar tadi, ZBA dijanjikan untuk menumpang sebuah kenderaan secara FOC yang kebetulan  akan melintasi sempadan ke Algeria. Seorang lelaki lewat 50an dengan sebuah kenderaan dipenghujung usia rupa-rupanya sabar menanti diluar untuk membawa kami.  Sebaik keluar daripada pemerksaan kastam,  beliau terus menghampiri ZBA dan memuatkan backpack ke dalam buntut kenderaan. Seorang yang peramah dan bersopan santun tetapi malang tidak boleh berbahasa Inggeris untuk berbual kecuali dengan bahasa taici sambil gelak ketawa tanda persahabatan.
Kenderaan kami mengharungi jalan tanah merah  yang lembab dek hujan sebentar tadi.  Kenderaan mula mendaki bukit yang berliku dan curam.  Jauh kelihatan pemandangan menghijau yang mendamaikan di sempadan Tunisi.
Difahamkan  jarak diantara kedua pusat imigrasi cuma 7km sahaja dan perjalanan dengan kenderaan akan mengambil masa lebih kurang 30m. Persempadan ini dalam bahasa antarabangsa di panggil "No men land,  kawasan mati katak".  Bermaksud kedua-kedua negara tidak akan bertanggungjawab keatas apa-apa kemalangan yang terjadi melibatkan pengguna.  Beberapa buah sahaja penempatan penduduk terdapat dikiri kanan. Seram sejuk  juga mengenangkan jika terjadi sesuatu yang tidak diingini. Sambil berbual,  pemandu yang telah sebati dengan liku-liku selekoh jalan tanah merah ini yang sebentar kekiri dan sebentar kekanan meneruskan kelajuan kenderaannya. Akhirnya ZBA sampai dikemuncak bukit dan pemandangan mula berubah.  Kearah timur masih dengan pemandangan desa dan lembah Tunisia yang cantik dan kesebelah barat pula kelihatan hutan simpanan dan jalanraya yang dalam proses pembinaan semula. Kemungkinan dalam masa satu,dua tahun lagi jalan yang menghubong Ghardimaou dan Sidi El Hemissi di Algeria akan menjadi pintu masuk utama kedua negara bagi daerah ini.
Suasana kelihatan sunyi dan tiada langsong penghuni menghuni dikawasan ini.  Sebentar kemudian ZBA lihat terdapat pos keselamatan baru sedang dalam pembinaan dan kemungkinan akan menempakan pusat pemeriksaan setempat yang lebih kemas dan selesa.  Kami mula menuruni bukit dan jalan kelihatan agak licin dengan pemandu memperlahankan kenderaan dengan  penuh berhati-hati. Dari sini kita telah boleh melihat kehijauan lembah Sidi El Hemissi dan ZBA melintasi pos kawalan keselamatan yang pertama. Pasukan keselamatan lengkap dengan senjata AK47 dan pakaian serba hijau dalam keadaan siap siaga berada dalam benteng pertahanan dan disekitarnya.  2m kemudian ZBA sampai dipintu masuk utama komplek pemeriksaan tentera, Imigresen dan kastam. Kami diarahkan menunjukan passport untuk pemeriksaan sebelum dibenarkan masuk. 
Passport diserahkan kepada petugas imigresen.  Episod kalam kabut bermula.  Petugas menyoal ZBA  dari mana hendak kemana dan apa tujuan dan sebagai. Banyak soalan-soalan adalah berhubung kait dengan keselamatan yang perlu diberi jawapan dengan penuh teliti dan waspada.  Bagi ZBA yang telah biasa dengan keadaan ini tidak menjadi persoalan untuk menyediakan jawapan dan bukti-bukti yang telah sedia ada untuk ditunjukan jika dikehendaki berbuat demikian. Sebagai contoh kepada pembaca yang ingin melawat Algeria, sila pastikan kesahihan VOA dan tempahan tempat tinggal serta alamat yang tepat terlebih dahulu. Jika tidak,  kemungkinan anda tidak dibenarkan masuk adalah satu kepastian. Kelulusan untuk memasuki Algeria bukanlah satu perkara yang senang jika dibandingkan dengan negara-negara yang pernah ZBA lawati.  Mereka menggunakan saikoloji bagi mengetahui siapa sebenar kita dan apa tujuan memasuki Algeria.  Sebenarnya itu adalah satu procidur yang betul bagi mengelakan sebarang kemungkinan yang boleh memudharatkan keselamatan negara mereka.
Passport kami masih diatas meja petugas.  Pelawat lain datang dan pergi.  Dimaklumkan bahawa kami diperlukan Visa untuk memasuki Algeria.  Di Kuala Lumpur ZBA dimaklumkan bahawa Malaysia tidak dikenakan visa untuk memasuki Algeria bagi tempoh 30 hari. Berulang kali ZBA nyatakan kepada pegawai bertugas.  Jawapanya mereka akan mendapatkan pengesahan daripada kedutaan. 2J berlalu tanpa jawapan.  Kami menunggu dengan air muka yang manis seolah-olah memohon simpati.  Hati didalam siapa tahu.  Sumpah seranah tetapi tiada siapa yang mendengarnya. Apa sebenarnya yang terjadi.  Pada hemat dan pandangan ZBA, mereka sebenarnya membuat tapisan keselamatan bagi menentu kami tidak mempunyai ajenda tersendiri semasa memasuki dan berada di Algeria.
3 jam masa hampir berlalu akhirnya passport kami menerima stamping kemasukan  tanpa sebarang penjelasan, kenapa dan mengapa yang menyebabkan kelewatan.  Kami tidak ingin menoleh kebalakang dan terus untuk proses periksaan kastam.  
Habis semua khazanah diperiksa dari sekecil hp kepada keseluruhan bacakpack.  Algeria,  tidak disangka engkau bertindak sekejam itu kepada sesama Muslim.  Apalah yang ada kepada kami hanya seorang "musafir jalanan".  Kami juga mengerti apa itu keselamatan yang dimaksudkan.  Tapi janganlah sampai hp kami juga dibuka semua aplikasi untuk melihat satu persatu "bom" didalam.  One in the life time after 61 years travelling  expirient.  Satu jam lagi menjadikan 4 jam tergendala.  Dan mungkin berapa lama lagi sementara kami mendapatkan kenderaan  untuk meneruskan perjalanan.
Penantian satu siksaan.  Cuaca mulai  sejuk diluar. Waktu amat mencemburui keadaan. Lapar dan dahaga dan kepenatan yang tidak terhingga. Sedikit kegelisahan dan ketakutan mula terbayang kerana diluar komplek imigrasi tiada penempatan manusia yang dapat dilihat.  Pekan terdekat Sidi El Hemissi dimaklumkan 12 km diluar.  Ain Zana juga masih kehadapan 18km. Tetapi kami sekadar merancang manakala dengan berkat ayat-ayat pelindong dan pengasih yang dibaca, Allah telah menurunkan perlindungan kepada hamba-hambaNya yang sedang bermusafir. Sesungguhnya Allah amat mengasihani dan memakbulkan segera doa orang-orang yang sedang bermusafir. Yakin dan percayalah.  Insyaallah.
Hampir jam 5pm, sebagaimana dijanjikan oleh pegawai Imigresen yang kami kenali, tiba sebuah kenderaan dengan dua rakan didalamnya dan lima termasuk kami bertiga. Didahulu dengan dengan sekumpulan 4 anggota pengiring sempadan yang lengkap bersenjata mendahului kami keluar daripada komplek imigrasi dan meneruskan perjalanan menuju Ain Zana.
Berbalik kepada pemandu kami daripada Tunisia sebelumnya , ZBA terdetik bahawa beliau sebenarnya bukan seorang petani sebagaimana penampilan beliau bersama kami tadi.  Ini dapat diperhatikan dengan layanan mesra dan keperihatinan beliau sepajang perjalanan dan di Imigrasi Algeria.   "Beliau seorang perisik dan anggota keselamatan". Oleh yang demikian kepada pembaca, kita seharusnya berhati-hati didalam semua pergerakan khususnya dinegara-negara yang asing bagi kita.  Rancangan awal beliau akan menemani kami sehingga ke Ain Zana tanpa sebarang bayaran.
ZBA menepuh jalan berliku.  Naik turun bukit dan menempuh lembah yang cantik dengan kehijauan pertanian dan ternakan yang  meragut dengan rakus. Jarang-jarang sekali kelihatan kenderaan berselisih dan kenderaan bergerak disekitar 70kmj.  Kenderaan 4 x 4 pengiring hanya berada 50 meter dihadapan bilamana dapat melihat antara satu sama lain. Cuaca sejuk dan hujan renyai-renyai. Jalanraya kelas 3 yang kecil dan sempit serta kasar permukaan.  Jarang sekali  kita dapat melihat penempatan penduduk dikiri kanan jalan kecuali di  Ain Zana sebuah pekan kecil yang terletak diatas sebuah bukit yang tinggi.
Semasa kami melintasi Ain Zana, hujan agak lebat dan kabus tebal dengan jarak penglihatan kurang daripada 10 meter. Kenderaan   pengiring tersesat dihadapan dan kami berpatah balik untuk meneruskan perjalanan yang masih tinggal lebih kurang 40 km.  
Dalam fikiran ZBA masih sangsi dengan tugasan pengiring keselamatan dihadapan.  Apakah mereka diarahkan atau memungkinkan perjalanan tidak selamat atau curiga dengan 
kami  atau sememangnya semua pelawat asing yang melalui laluan ini dimestikan bagi mereka mendapat layanan pengiring keselamatan.  Satu persoalan yang berkisar dikepala sejak tadi. Kalau jawapanya "ya", sudah tentu faktor keselamatan menjadi pertimbangan mereka.  Rumusannya akan ZBA rumuskan diakhir artikai ini.
Kenderaan bergerak terus dan keadaan muka bumi masih tidak banyak perubahan.  Makin lama kami semakin hampir menuju destinasi terahir Souk Ahras.  Kami tempuhi laluan penuh berliku dan penuh persoalan. Daripada kawasan berbukit yang menghajau, merentasi kawasan pergunungan dan lurah, kini sedikit semi sedikit kelihatan perkampungan dan seterusnya.  ZBA dipandu bagaikan seorang VVIP. Kekadang didalam bandar kenderaan yang ditumpangi dipintas oleh kenderaan lain sementara kenderaan keselamatan berselang dengan sebuah kenderaan dihadapatan pun tidak dibenarkan.  Mereka memandu terus kami kedestinasi yang tidak dimaklumkan. Dari sebuah kenderaan keselamatan kini diikuti dengan sebuah lagi kenderaan polis yang lain.  Hebat sekali keselamatan yang diberikan kepada kami bertiga sehinggalah dihadapan ZBA ternampak sebuah komplek besar seakan-akan terminal bas. Tepat jam 6.30pm kami sampai didestinasi dan disambut pula dengan dua anggota polis yang mengambil alih daripada pengawal keselamatan sempadan.  ZBA mengucapkan terima kasih kepada mereka dan mereka beredar meninggalkan kami untuk berurusan dengan  2 anggota polis tempatan. ZBA membayar TUN 20 kepada kenderaan yang kami tumpangi sebagaimana dijanjikan sebelumnya.
Passport kami diambil dan dicatatkan butir-butir pengenalan.  ZBA dibawa kekaunter tiket dan dipastikan kami telah mendapat tiket bus ke Algiers barulah kedua anggota polis tersebut beredar.  Bus ke Algiers dijangka bertolak jam 9.00pm dan kami masih mempunyai masa 2j untuk berehat dan makan minum sebelum meneruskan perjalanan. Alhamdulillah.  Perjalanan trajik dan mencemaskan selama 12 jam daripada Tunis berahir disini.  
Makluman.  Sebenarnya tidak ada perkhidmatan keretapi sebagaimana dimaklumkan  yang menghubungkan Siddi El Hemissi ke Souk Ahras.  Begitu juga daripada Souk Ahras ke Algiers.  Perkhidmatan ini telah ditamatkan dan ini bermakna keretapi Algeria mempunyai satu laluan sahaja daripada Oran-Algiers-Annaba yang menghubungkan barat dan timur Algeria.  Juga, tidak ada perkhidmatan teksi yang menghubungkan Ghardimaou (Tunisia) dengan Souk Ahras (Algeria) sepanjang lebih kurang 67km. 
ZBA meninggalkan Souk Ahras menuju Algiers dalam malam yang hitam pekat.  Tidak suatu pun dapat diperhatikan dilaluan ini sehinggalah keesokan harinya.  
Jangan mempercayai mereka.  Kami dimaklumkan bahawa perkhidmatan bas express ini akan mengambil masa 7 j dan cuma berhenti untuk satu perhentian sahaja.  Apa yang sebenarnya berlaku mereka berhenti dimana sahaja lebih daripada 20 kali mengambil dan menurunkan penumpang. Diakhir perjalanan semua ruang didalam bas dipenuhi penumpang bergelimpangan dilantai.


ALGERIA 
PENGALAMAN DAN PENGAJARAN