Assalamualaikum,
Khlong Tapee Surat Thani. |
Dari wing pesawat Air Asia penerbangan Kuala Lumpur ke Surat Thani yang mengambil
masa 1J30M, kini Surat Thani telah berubah wajah dimana dahulunya hutan telah ditukar wajah dengan tanaman kelapa sawit, getah dan kelapa yang merupakan nadi pendapatan utama penduduk setempat disamping pendapatan daripada hasil perikanan. Thailand, negara pertanian terulung dunia dalam exsport hasil pertanian yang berkualiti tinggi. Disana sini kelihatan juga air bertakung yang menggambarkan mereka juga kini dilanda musim tengkujuh pada setiap akhir dan hujung tahun.

Surat Thani sebenarnya menumpang tuah daripada kemasyuran Koh Samui dan menjadi terkenal kepada pelancung-pelancung yang transit sebelum dan selepas melawat Koh Samui. Banyak kemudahan transpotasi disediakan daripada LTST untuk kepusat bandar. Tambang airport bus ialah B100 manakala teksi B400 dan mengambil masa kurang lebih 45M perjalanan.
![]() |
Best Surat Thani Muslim Food |
Muslim food stall Night Market |
Tidak banyak tempat-tempat menarik untuk dilawati disini. Satu-satunya yang menjadi tarikan masa kini ialah Ratchaprapa Dam, 70 km daripada Surat Thani. Kepada pembaca yang merancang ke sana sepatutnya mengambil kesempatan untuk melawat dam tersebut yang tidak kurang menariknya.
Surat Thani Night Market |
Dari Surat Thani juga kita boleh menggunakan perkhidmatan bas dan van jika ingin menaiki ferry daripada Donsak ke Koh Samui. Kombonasi tiket Van + Ferry ialah B210 seorang untuk perjalanan sehala. Perjalanan mengambil masa hampir tiga jam dan lebih bagikedua-dua perkhidmatan tersebut.
![]() |
Bersama-sama Penari-penari Kebudayaan Thai. |
Bagi ZBA Surat Thani juga harusdilawati jika pembaca telah berada didaerah ini. Pergi melalui Surat Thani dan kembali terus ke LTST atau sebaliknya daripada Koh Samui.
http://www.zainaltobiaqtravel.blogspot.com
Khoopp Khun Khaapp