Monday, March 31, 2014

TRAVEL DURING MYSTERY OF MH370

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Assalamualikum, 
Kalau dulu ZBA berasa seronok sekali apabila terkena "Airpocket" semasa penerbangan.  Masih ingat dikepala bersama pesawat Charlie 130H, Caribau DH6, Dart Herald, Cessna 402B, Bristol Freighter, Boeng 707, Fokker 27, Fokker 28, Boeng 747-400-200  dan pesawat rotari Allouette III, Sikosky S61 dan pesawat-pesawat yang seangkatan denganya. 
Sejak kemalangan MH370 perasaan ini tetiba berubah. Berenjut sedikit pesawat diudara terasa nyawa telah melayang. Sekelip itu juga mulut akan kumat kamit membaca itu dan ini untuk memohon sesuatu kepada Allah. 
Berbalik kepada cerita MH370, pesawat mistri yang menuju China tetapi dilapurkan "berahir" di Lautan Hindi. Pesawat canggih tetapi politaik sahaja yang serba menyetahui. 
                                                      98J dibelanjakan hanya untuk mendapatkan 100-300 cebisan sampah disamping itu dan ini. Kesihan dan sayu kepada pihak keluarga yang menunggu dan mendengar berita yang yang tidak kesahihan. Kesihan kepada raayat China yang menanti 10 ton buah manggis yang tidak bermusim hilang dan mungkin suatu hari nanti akan tumbuh mereta di Lautan Hindi. Kini berita tentangnya telah hampir tidak kedengaran.  
Itulah kita.  Adanya berita dimedia sosial dikatakan menghasut, mereka cerita dan sebagainya.  Sedangkan kita mesti sedar bahawa penulis dimedia sosial, bukanlah manusia-manusia bodoh yang tidak boleh dipertimbangkan kelojikan penulisan mereka. Tahukah kita, mungkin mereka adalah intan permata yang tidak pernah mahu mendapatkan publisiti murahan. Cakap mereka sebenarnya adalah luahan rasa simpati kepada keluarga mangsa tetapi bukan kerana publisiti. Tetapi kita tidak berbuat demikian malah mempergunakan orang-orang yang tidak berkaitan dengan "penerbangan" untuk bercakap.  Dengan itu, tidak hairanlah satu soalan yang ditanyakan  pemberita asing menimbulkan sepuluh persoalan apabila diberi jawapan.  Dua soalan menjadi dua puluh persoalan dan seterusnya, akhirnya menjadi ratusan soalan dengan ribuan tandatanya. Sepatutnya jika ada 10 soalan yang diajukan dengan setiap satu jawapan  yang  diberikan  akan  berkurangan  menjadi  sembilan  dan  berkurangan  lagi  dan
lagi  sehinggalah  menyelesaikan  masalah.  Orang yang bijak sesalunya akan berkata benar tidak sama dengan orang bodoh yang selalu berdalih dan menimbulkan persoalan dan tidak boleh dipercayai. 

Sebenarnya ZBA tidak mahu menyentuh persoalan sensitif tersebut tetapi memadai dari sedikit pengalaman yang ada untuk dikongsi bersama pembaca.  Kita sepatutnya mengambil semua resourses yang ada untuk dikaji,  dianalisa dan diambil tindakan. 
Teringat kepada pesawat-pesawat terbang yang menjadi nostaljia kepada ZBA, kalau dahulunya kami enjoy tetapi sejak peristiwa MH370,  sebenarnya ZBA kembali menjadi tikus yang ketakutan. Ditakdirkan Allah sekembalikan dari Flores  tempoh hari dalam perjalanan Maumere ke Kupang ZBA menaiki pesawat Fokker ATR 70 Wing Air.  Tidak dapat digambarkan kerisauan sebelum penerbangan.  Tetapi akhirnya selamat mendarat dengan selamat. Alhamdulillah.
Kini sejak Mistri MH 370, ZBA telah telah menaiki tiga jenis pesawat udara.  Fokker ATR 70, Boeng 737-900 dan Airbus 320-200.  Insyaallah disusuli dengan Boeng 777-300-200, Airbus 330-300 dan Airbus 319-200, 321-200 dalam perjalanan ke Morrocco akhir April nanti.
Apa pun kita harus bersyukur kepada Allah dan anggaplah sesuatu musibah itu adalah satu dugaan yang disebaliknya ada hikmah dibelakang.  Kepada keluarga Juruterbang dan semua muslimin dan muslimat didalamnya, pada pandangan ZBA mereka masih dipelihara Allah. Insyaallah.
 Pesawat Allouette III dan Sikosky S61 yang banyak berbakti kepada negara 1M.






























LOVE TO FLY WITH

Friday, March 28, 2014

KUPANG NUSA TENGGARA BARAT

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum,
Dengan mobil gratis beserta supir daripada hotel ke Bandara Frans Seda beerti malam nanti ZBA telah berada di Bali. Tempahan pesawat Sky-Aviation disaat akhir kerana menunggu teman-teman yang berjanji untuk turut serta ke Flores rupa-rupanya telah membawa padah. Sudahlah harganya telah meningkat mahal, manakala penerbanganya pula telah dibatalkan tanpa sebarang makluman.  Mengikut kata pegawai bertugas panggilan telefon telah dibuat manakala email telah dihantar.  Berbelek dalam talifon tiada dicatatkan sebarang panggilan masuk manakala email telah seminggu tidak dibaca.  
Berlaku perang mulut antara ZBA    dan    pegawai   berkenaan. 
ZBA berkeras dalam apa keadaan sekali pun penerbangan petang ini harus diteruskan agar tidak terlepas connecting flight pada keesokan harinya.   Nasib menyebelahi ZBA secara kebetulan ada dua lagi penerbangan keluar daripada Maumere petang ini menuju Kupang dengan pesawat berkipas (Baling-baling).  Dalam hati kecil berbisik, telah 20 tahun tidak menaiki pesawat jenis ini. Terkenang peristiwa MH370 berlegar-legar didalam kepala. Teringat pesawat Caribau dan Dart Herald satu ketika dulu. Hati menjadi gementar tetapi digagahi juga dek kerana dua hikmah.

Pertama kerana ZBA dapat terbang  melewati bandar Kupang di Timur Barat. Sesuatu yang tidak pernah terfikir untuk sampai di Kupang sebelumnya. Kedua, keesokan harinya dapat terbang bersama pesawat jet penerbangan Garuda daripada

Kupang ke Bali. Alhamdulillah, sejam kemudian penerbangan pesawat berkipas ATR-700 mendarat dengan selamat di Bandara El Tari Kupang.   Masa masih ada dan kesempatan ini memberi laluan kepada ZBA untuk merayap ke bandar Kupang yang terletak 9.7km daripada bandara.
Segala memang hikmah yang terancang.  Sekali lagi Allah mempermudahkan perjalanan ini. Kebetulan seorang pemandu ojek bersetuju membawa ZBA kekota Kupang dan seterusnya menghantar ke hotel penginapan dan besoknya mengambil dan dihantarkan semula ke Bandara El Tari dengan bayaran Rp 50,000.  
Hampir 2 jam kami melewati bandar Kupang.  Bandar ini tidaklah sebesar sebagaimana disangkakan  memadai dengan satu pusingan.  Banyak yang dapat dilihat dan diabadikan sebagai kenangan.  Mempunyai jalan dua lorong yang cantik dan kotanya tidak banyak perubahan dengan kota-kota lain di seluruh Indonesia.  Majoriti penduduk Kupang adalah Protestan dan Islam.  Hasil utama adalah pertanian dan perikanan juga sebagai kota pemerintah terbesar didaerah Nusa Tenggara Barat. 





















Keesokan harinya ZBA berlepas ke Bali dari Bandara El Tari Kupang.  Dalam keadaan demikian, sekali syukur kehadrat Ilahi kerana dengan hikmahNya Kupang termasuk dalam destinasi terahir dalam pengembaraan "Hunting Komodo by 7D Camera".  
Secara keseluruhanya perjalanan 11H/10M berahir di Denpasar, Bali. Laluan yang dilalui ialah Kuala Lumpur-Lombok-Mataran-Labuan Lombok-Komodo Island dan Labuan Bajo (Sea trial).  Overland Flores daripada Labuan Bajo-Ruteng-Bajawa-Ende-Moni dan Maumere.  Fly off Maumere-Kupang-Bali dan Kuala Lumpur.  Perbelanjaan keseluruhan ialah sekitar RM 1.7K.









SALAM HORMAT
from
zainaltobiak@yahoo.com.my
for further detail.

Monday, March 24, 2014

FLORES OVERLAND TRIP

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum,

Sebenarnya bukan good morning Luang Prabang.  Tetapi good aftenoon Ruteng di kepulauan Flores. 
Tanah Flores masih menjadi daya tarikan tersendiri untuk dikunjungi.  Alam yang masih "perawan"  tetapi kesukaran menjadikan penentangan tersendiri. 
Sepetang hilir mudek dibandar Labuan Bajo menikmati keindahan sunset setelah 3H/2M dalam pelayaran menjejaki haiwan komodo. Suasana bandar ini damai dengan tiupan angin pantai yang menyegarkan.  Dari kejauhan lautan terpampang sebuah Masjid berkubahkan hijau seolah-olah menggamit setiap pengunjung yang beragama Islam.  
Labuan Baju dikatakan bandar terbesar di Flores.  Tetapi bandarnya tidak lebih daripada penempatan dikiri kanan sebuah jalan berdebu sepanjang lebih kurang 1.5km panjang dari hujung ke hujung.  Didepannya laut dan pelabuhan dan dibelakangnya kawasan berbukit. Satu suku bangsa tetapi berlainan agama.  50% x 50% antara Islam dan Protestan. Pekerjaan utama ialah nelayan laut dalam dan bertani.
Dimaklumlkan bahawa penangkapan ikan tuna adalah hasil utama mereka.  Harga sekilo sekitar RM12.00 dan saiz tuna sekecil 20 kg sehingga 100 kg. 
Terdapat beberapa hotel mewah tetapi semuanya diluar bandar dan terletak ditepi pantai. Manakala didalam bandar kebanyakanya hotel bertaraf sederhana dan budget.  Harga disekitar Rp100,000 sehingga Rp250,000 bergantung samaada berhawa dingin atau tidak. ZBA menginap di Bajo Beach Hotel dengan harga Rp150,000 untuk standard twin tanpa hawa dingin. Secara keseluruhannya hotel berharga Rp200,000 keatas adalah dalam keadaan berkemampuan dan agak selisa bagi bandar sebesar Labuan Bajo.
Cara terbaik untuk overland Flores adalah dengan menyewa kereta bersama pemandu (Supir).  Harga terbaik bagi seorang ialah Rp2,500.00 untuk 4H/3M termasuk hotel dan entrance fee tetapi tidak termasuk camera.  Camera dikenakan bayaran  sekitar Rp50,000. untuk orang asing dan Rp5,000 untuk lokal.  Perjalanan merentas Flores ialah sejauh 750km daripada Labuan Bajo - Ruteng - Bajawa - Ende - Moni dan Maumere atau seterusnya 137 km lagi ke Larantuka.
Kenderaan yang digunakan biasanya Toyota Advanza. Jika berdua, bertiga dan berempat dalam satu kenderaan, harga paling murah sekitar Rp1,800.00 bagi jangkamasa yang dinyatakan. Dengan kondisi jalan yang kurang selisa, bersimpang siur dan naik turun bukit, lurah dan sebagainya ZBA nasihatkan 3 penumpang adalah amat selisa bagi satu-satu perjalanan.  Dimaklumkan sepanjang 750 km (470 batu), tiada satu jalan selurus 1 km yang bakal ditempuh kecuali penuh dengan liku-liku tajam dan merbahaya.  Purata kederasan kenderaan dijalanan ialah antara 40 dan 70 kmj.  Kurangkan makan dan sediakan plastik muntah kepada sesiapa yang agak mabuk diatas jalanraya.
Pembaca boleh menggunakan kenderaan awam. Terdapat perkhidmatan bas disediakan diantara bandar-bandar yang dinyata.  Tetapi bagi perjalanan terus Labuan Bajo - Maumere akan bermalam di Bajawa dengan perbelanjaan sendiri dan perkhidmatanya adalah terhad kepada waktu-waktu tertentu sahaja. Terus terang ZBA nyatakan bahawa  perjalanan begini khususnya di Flores "amat tidak selisadan merbahaya serta mengambil masa disamping "risiko yang amat tinggi".  Apa pun tidak salah untuk mencuba satau-satu pengalaman.  
 Satu-satu perkhidmatan bas ekspress yang disediakan ialah oleh "Travel Gunung Mas" No Tel 08852 1047.  Tetapi pasti ingat bas yang digunakan bukanlah sebagaimana Trans-Nasional di Negara 1M.  Mereka sekadar  menggunakan "Bas Mini" dengan kapisiti lebih kurang 24 penumpang. (Silap-silap mereka masukan macam ayam dalam raga). 
Hari ini pastinya hari yang meletihkan.  ZBA akan menempuh perjalanan panjang melintasi sebahagian timur Flores daripada Labuan Bajo menuju Ruteng seteruskan perhentian pertama di Bajawa.  Labuan Baju - Ruteng 137 km dan Ruteng Bajawa 135 km.  Masa dianggarkan selama 10-11jam.  Nasib tidak menyebelahi ZBA hari ini.  Dek tanah runtuh yang menutup keseluruhan jalanraya di sebuah kawasan berbukit,  hujan dan becak, ZBA tergendala hampir dua jam sebelum dapat meneruskan perjalanan. 
Sebagaimana dinyatakan sebelumnya, hutan-hutan di Flores masih "perawan", cantik dan seolah-olah ditinggalkan oleh arus pembangunan.  Segar dan nyaman dengan penjanaan oksijan yang maksimum.  Ini
ditambah lagi dengan cuaca bukitnya yang dingin dan menyegarkan.   Oleh yang demikian sepanjang perjalanan yang dilalui daripada Labuan Bajo - Ruteng - Bajawa, semuanya menghijau.  Daripada hutan, tanaman dan sebagainya.  Jarang sekali kita temui tanah lapang kecuali kawasan hutan.  Jika ada pun ialah sawah padi yang juga sedang menghijau, tanaman kontan seperti jagung dan sayur-sayuran.
ZBA singgah sebentar dibandar Ruteng untuk makan tengahari.
Nasi padang memang sinonim dengan Indonesia.  Lazat dan ada dimana-mana. Kebanyakan para pedagang adalah pemastautin tetap yang didatangkan daripada Sumatra.  Sebelumnya ZBA melawat sebuah pusat kebudayaan masyarakat Manggarai di Ruteng. Meneruskan perjalanan ialah menuju Kampong Tado sejauh 21 km melalui Kampong Denge via Dintor. Dari situ berjalan kaki sejauh 4 km ke Waerebo untuk sampai ke satu-satunya kampong tradisi  masyarakat Manggarai yang terletak diparas 1,000dpl yang masih boleh dilihat.
Penat tetapi diwajah terbayang kepuasan. Seterusnya meneruskan perjalanan ke Bajawa. 45M sebelum Bajawa ZBA singgah di sebuah perkampungan dimana kawasan ini merupakan kawasan lembah yang ditanam dengan padi.  Satu yang menarik dapat dilihat disini ialah pesawah menanam padi dan petak-petak sawah dicantumkan menjadi "Spider wep" atau "sarang lelabah".  Secara kebetulan padi pada ketika ini pada
peringkat akan menunduk, kita dapat lihat dengan jelas jaluran-jaluran yang didatangkan dari berbagai arah bercantum disatu pusat membentuk sarang lelabah.  Pemandangan indah ini dapat dilihat dari sebuah bukit setinggi lebih kurang 50m.  Tiada bayaran khusus dikenakan memadai sedikit derma ikhlas sejumlah Rp10,000.  ZBA sampai di lembah Bajawa lewat petang dalam cuaca amat dingin.
Bajawa "Kota dingin".  Sememangnya sejuk diwaktu malam. Sebuah bandar dikelilingi oleh bukit bukau dan tertetak di tengah-tengah Kepulauan Flores. Tingginya 6,000dpl dengan sejumlah 50,000 penduduk. Majoriti penduduk berugama kristian dari suku kaum Ngadha. Banyak tempat-tempat menarik boleh dilawati disini seperti gunung berapi, air panas, kebudayaan setempat dan cara hidup sesuatu kaum.   Sekiranya pembaca melewati daerah in pada Disember-Febuari jangan lupa melawat Bena dimana diadakan acara "Tradasional Thankgiving" yang dikenali sebagai "Reba". Atau setiap bulan Jun-Julai diadakan perlawanan tradisional tinju dikenali sebagai "Sagi atau Sudu" disebuah bandar kecil di Soa atau Wolorowa pada setiap tahun.  ZBA berkesempatan melawat beberapa tempat menarik sepanjang berada di Bajawa.


Bena Village.  Terletak 8 km daripada Bajawa dengan melalui laluan berliku. Meredah kampung, belukar dan hutan buluh dan turun naik bukit disamping kita dapat melihat dengan jelas gunung berapi Inerie. Merupakan   kampung    tradisi
yang masih dipelihara tetapi lebih sebagai "Tourist Attraction".  Berdekatan dengan Bena Village terdapat beberapa lagi perkampungan tradisi yang dikenali sebagai Bela, Nage, Suza dan Jerebu'u.

Terletak 15 km daripada Bajawa melalui bandar kecil Mangulewa melalui kawasan tanaman koko dan penanaman buluh.  Disini penduduk tempatan masih mengekalkan tradisi adat resam turun temurun.  Setiap rumah  yang dibena mengikut bentuk tradisi lama dan didalam bilik  akan digantungkan dengan simbul Su'awi atau Vi'i yang merupakan satu amalan kepercayaan kunu.  (Su'awi is sticks of bamboo tied with dried squash and cocanut shells).   

Wogo              Village.
Kepada pembaca yang ingin mengenali secara dekat kehidupan masyarakat  di Mangulewa, Sobo dan Wogo, terdapat lokal tour yang bekerjasama dengan penduduk tempatan untuk mengatur seremoni tarian klassik seperti tarian Jai dan Teke.
Satu lagi tempat menarik ialah Mengerudu Air Panas, 25 km           daripada             Bajawa. 
Pertembungan diantara dua anak sungai daripada kawasan pergunungan.  Dari arah kiri mengalir air sejuk yang deras dan dari kanan mengalir air panas dari anak sungai yang berlainan. Pertembungan ini membentuk air suam yang segar dan sangat sesuai untuk mandi manda. Tiada bayaran dikenakan tetapi untuk kesana terpaksa menempuh laluan berbatu yang agak sukar. 

Tengahari ZBA meneruskan perjalanan menuju Ende dan bercadang untuk bermalam di Moni sebelum awal pagi menikmati keindahan sunrise di Gunung berapi Kelimutu.  Perjalanan yang penat dan meletihkan.  Laluan berliku dan dikiri kanan ialah hutan rimba.  Sekali sekala menempuh kawasan bandar-bandar kecil, penempatan penduduk dan  ZBA berhenti 
untuk  berehat,   minum     dan sesambil menikmati keindahan alam ciptaan Allah.    Salah satu bandar terbesar diperjalanan ini ialah Ende.  Bantar tepi pantai yang cantik dengan sebuah Masjid tersergam indah dilaluan masuk.   Difahamkam Ende merupakan bandar yang paling banyak dihuni oleh masyarakat Islam pedagang yang datangnya daripada seluruh Indonesia. Secara amnya ZBA tidak singgah dikota Ende kerana waktu telah petang dan perjalanan  masih memerlukan lebih kurang 3 jam. Kami berhenti sekadar mengambil gambar. Dibawah ialah gambar  Blue Stone Beach yang terkenal dengan batu-batu yang bewarna biru.
          




















Kini Ende ditinggal pergi dengan arah tujuan Moni.  Sebuah pekan kecil sebagai transit untuk mendaki Gunung Kelimutu yang terkenal dengan kecantikan 3  danau yang berlainan warna yang menjadi impian setiap pengembara ke Flores. Danau Kelimutu terletak diketinggian 1,640dpl dan kali terahir meletus ialah pada tahun 1969.  Dari Moni untuk ke Gunung Kelimutu mengambil masa 40 minit berkenderaan untuk sampai di Kelimutu National Park. Dari sana  pelawat terpaksa berjalan kaki mendaki anak tangga setinggi lebih kurang 100m dalam kegelapan malam sekitar jam 5.00am dengan suhu berada sekitar 18C. Berjalan lagi di tanah datar sejauh 400meter dan sekali lagi mendaki dianak tangga sejauh 200m untuk sampai kemenara tinjau.  
Moni sekadar sebuah kampung dan tidak lebih daripada itu.  Keistimewaanya ialah sebagai pengantara bagi pelancong untuk bermalam sebelum awal-awal subuh menaiki Gunung Kelimutu. Sunggupun demikian, Moni berjaya                  menyediakan
keperluan asas penginapan yang bersesuaian.  Sebagai makluman bagi kaum muslimin yang sampai disini mereka tidak harus kelaparan kerana terdapat 3 buah kedai makan dan juga mengusahakan chelet untuk disewa pada harga purata  Rp 200,000 dan keatas.  Satunya Arianty GH, Al-Hidayah dan Nusa Bunga.  Kedudukan mereka bersebelahan jalan besar Ende ke Maumere.  Jarak antara satu sama lain lebih jurang 70m.  
Dipuncak Gunung Kelimutu terdapat 3 buah danau yang berbedza warna pada setiap tahun disebabkan oleh aktiviti alam dan gunung. Warna danau Tiwu Ata Mbupu (Danau bagi arwah orang tua) bewarna biru.  Danau Tiwu Nua Muri Koo Fai (Danau bagi arwah muda-mudi)  bewarna hijau.  Manakala danau Tiwu Ata Polo (Danau bagi orang jahat) bewarna choklat.  Masyarakat setempat mempercayai perubahan warna kepada ketiga-tiga danau tersebut adalah disebabkan perubahan dalam politik dan sosial yang terjadi di Indonesia.
                   Gambar2
Kiri : Danau Tiwu Ato Mbupu
Kanan sekali : Danau Tiwu Ata Polo dan dibawah : Danau Tiwo Naamuri Koofai.
Selepas menikmati keindahan matahari terbit di puncak Gunung Kelimutu dan abadikan kecantikan dalam lensa masing-masing, ZBA pulang dan bersiap untuk destinasi terahir ke Maumere.  
Tiada banyak perbezaan muka bumi daripada Moni ke Maumere.  Maumere bandar terbesar didaerah Sikka sebelum Larantuka bandar paling terahir ke timur Flores.  Sebelum Maumere ada dua tempat bersejarah peninggalan Portugis di Flores iaitu Lela dan Sikka. (Gereja lama dan tertua). 
ZBA tidak singgah didua bandar kecil tersebut walaupun hanya 23 km daripada Maumere.   ZBA lebih senang menjejaki kaum muslimin yang bermastautin di sebuah kampung 2 km daripada Maumere dikenali sebagai Kampung Wuring yang mempunyai penduduk 100% Islam daripada 2,200 orang.

Kampung Wuring ialah sebuah kampung nelayan yang didiami oleh dua kelumpuk terbesar masyarakat Islam di Maumere. Satunya daripada Suku Bugis berasal daripada Sulawesi dan satu puak lagi ialah suku kaum Bajau yang terkenal dengan kehandalan mereka menguasai lautan.  Mereka keseluruhanya berugama Islam dan tinggal aman damai sebagai nelayan. Walaupun begitu, dilihat secara keseluruhan mereka adalah  miskin dan kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang.

Oleh yang demikian kepada pembaca yang membaca catatan ini agar dapat menyampaikan massage ini secara terang kepada kepada dermawan kita di1M.  Bagus selama ini kita selalu menyalurkan "Daging korban" ke Kemboja tetapi jangan lupa hakikatnya ada lagi  saudara semuslim kita yang memerlukan bantuan. Pandanglah ke Maumere, Bima dan keseluruhan Nusa Tenggara Barat yang minoriti penduduknya seugama dengan kita.  Islam.  Sesungguhnya Islam itu bersaudara.

Kampung Wuring megah dengan sebuah Masjid dan didalamnya kumpulan Tabliq mengimarahkan Masjid. Alhamdulillah ZBA mengambil kesempatan itu berbual dengan mereka tentang Islam di Maumere khususnya berhubung dakwah dan aktiviti.  Setakat yang dimahlumkan, Alhamdulillah didaerah Sikka mempunyai 45 buah Masjid dengan penduduk yang berugama Islam sekitar 30,000 orang.


















Lihat kanak-kanak ini berganding tenaga bersama-sama ayah dan ibu serta sanak saudara mengangkut bancuhan simen untuk pembinaan sebuah Surau dipelantar laut. Gambar bawah menunjukan tapak sebuah Surau bersama-sama kanak-kanak muslimin setempat.



















Maumere dari kata mata penulis hanyalah sebuah bandar yang menyaksikan kedatangan pelancung  untuk berehat sebelum meneruskan perjalanan ke Gunung Kelimutu atau meneruskan overland Kepulauan Flores dari timur ke barat.  Satu-satunya pantai yang menarik ialah Waiara Beach yang terletak 12 km daripada Maumere. Sesuai untuk mandi manda dan snorkeling.










ZBA menginap di Pelita Hotel dengan kadar terbaik Rp 290,000 yang terletak dipinggir pantai dan 5 minit perjalanan dengan kenderaan gratis ke lapangan terbang.  Serba serbi selesa dengan minuman pagi yang amat menyelerakan.  
Disini  berahirnya 10H/9M ZBA mengelingkap rahsia Kepulauan Flores khususnya dan amnya Nusa Tenggara Barat. Banyak isi yang berguna dan pengalaman yang mencabar. Sebagai makluman pembaca, dalam pengembaraan ini ZBA berkongsi dengan seorang teman yang berasal daripada German selama 4H/3M merentas bumi Flores bertuah.  Keesokan harinya ZBA dijangka terbang ke Bali dan seterusnya 1M.  As Salam buat semua dan kenalilah Flores dimata sendiri bukan sekadar dari pengalaman "ZBA Perayap Jalanan".

http//:www.zainaltobiaqtravel.blogspot.com