Sunday, February 9, 2014

GOLDEN TRIANGLE

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani

Assalamualaikum,
Kali ketiga berada didaerah ini sejak tahun 80an.  Daerah penuh sinonim dengan cerita-cerita kecantikan wanita-wanita Thai yang berkulit putih, manis yang menjadi idaman setiap lelaki yang berkunjung ke Thailand.
Banyak perubahan telah berlaku disini.  Segala-galanya berubah. Berubah mengikut keadaan masa, tetapi aku bersyukur kepada Allah kerana masih diberi kesempatan merayap dikawasan ini sekali lagi.
ZBA meninggalkan Huoay Xai di Laos dan masuk ke Chiang Kong ke Thailand dalam perjalanan terus ke Chiang Rai. Kini perjalanan diantara kedua negara ini amat mudah melalui satu jambatan baru yang di kenali sebagai "Frienship Bridge".  Huoay Xai mempunyai sebuah perhentian bas yang cantik dan lengkap dengan sebuah guest house didalamnya.  
Dari sini disediakan perkhidmatan bas ke Chiang Kong, Chiang Mai, Luang Prabang dan juga China.  Apa yang menarik perhatian ZBA, stesen bas ini amat bersih jika dibandingkan dengan stesen-stesen bas yang terdapat dinegara 1M.  Dilengkapi dengan segala keperluan dan kemudahan untuk penumpang mempersiapkan diri bagi memulakan perjalanan jauh. 


ZBA  memilih perjalanan terus ke Chiang Rai dengan tambang sehala  RM 18.00 bagi perjalanan selama 4 jam . Perjalanan yang kami tempuhi amat selesa sekali walaupun melalui kawasan berbukit kerana sistem jalanraya di Thailand adalah dalam kelas tersendiri disamping pemandu yang sabar dan berhemah. Jalanraya  mereka  walaupun dalam  kelas  persekutuan tetapi   berada   dalam   kelompok "Highway" jika dibandingkan dengan 1M. 
Jalanrayanya rata, tiada tampal menampal, lubang, lopak dan sebagainya.   Sebenarnya raayat Thai amat beruntung walaupun bukan "negara berpendapatan tinggi atau No 1 didunia atau negara dunia contoh" tetapi mereka dapat menikmati kehidupan yang lebih selesa.
Sudahlah jalanraya mereka bertaraf antarabangsa, jalanraya pula dipenuhi dengan kereta-kereta 4 X 4 dan kereta-kereta mewah dari jenama Toyota dan jenama-jenama terkenal lain. Melihat kepada perkhidmatan bas mereka, siapakah negara 1M yang beria-ria untuk mempromosi Tahun Melawat Malaysia. Soalannya bolehkah kita menandingi Thailand dari segi penyediaan pesarana kepada pelancung. Jawapannya kita masih ditakok lama selagi masih menggunakan "Otak Lembu", 1M tidak akan kemana.  Jika bermodalkan air liur maka pulanganya adalah angan-angan dan syok sendiri.  Itu satu realiti.  Realiti yang terpampang dihadapan mata.
                  Bagai dijangka, 4 jam kemudian ZBA telah berada di Chiang Rai. Kami menginap disebuah GH yang terlebih dahulu ditempah.  Biliknya serba sederhana tetapi kemas dan bersih. Harganya teramat murah sekitar RM30.00 semalam dan menyediakan segala kemudahan mengikut kehendak pelancung. Sebagai contoh, bolehkah di negara 1M kita menyewa sebuah motosikal dibawah 125cc dengan bayaran RM 10.00 sehari.  Atau, mampukah kita merendahkan kadar hotel bertaraf 3* dan kebawah diparas RM 100.00 semalam. Tetapi itulah hakakat sebenarnya di "Thailand". Dengan demikian tidak hairanlah rata-rata pelanggan mereka adalah pelancung  Barat yang turut bersama merasai kemakmuran di Negara Gajah Putih, Thailand. Sepengtahuan ZBA, Thailand adalah satu-satunya negara didunia yang paling selamat  untuk dikunjungi. Bukan itu sahaja, penduduknya amat mesra pelancung dengan bersifat jujur, amanah dan sedia membantu dalam apa keadaan.   Itu belum lagi disoal tentang makanan. Sesungguhnya makanan mereka antara yang amat digemari.

Catatan Pengalaman.  Kisah ini berlaku semasa pertemuan ZBA secara tidak sengaja dengan seorang BP daripada Germany di Mekong River, Vietnam setahun lalu.  Kami bertukar pandangan dan pengalaman masing-masing dalam dunia pengembaraan khususnya mengenai Thailand.  
Dipendekan cerita, beliau memaklumkan bahawa beliau sejak  kebelakangan ini setiap tahun akan mengunjungi Thailand (Krabi) dan tinggal disana tidak kurang daripada 3 bulan dalam setahun. Dalam tempuh tersebut mereka tinggal ditempat yang sama dan menikmati kemudahan yang sama.   Katanya mereka menganggap tempat tersebut sebagai kampung halaman mereka.  ZBA merasa hairan dan bertanyakan apakah keistimewaan tempat tersebut.  Dengan senyuman pasangan berkenaan menjawab "This is where we call Thailand".                                                                                            Kiri  :  Masjid Chiang Mai                                                                                                           Bawah :   Tahun  baru  Masihi 2013 ZBA berada di Hadyai dan tahun Masihi 2014 pula berada di Chiang Rai.
Kisah kedua.  Seorang lelaki dari Germany.  Berumur 70an dan bersama dalam keretapi daripada Bangkok ke Butterworth dalam perjalanan ke Batam dan seluruh Indonesia selama 6 bulan. Anehnya pengembara ini apabila disoal tentang berapa lama beliau akan tinggal di Negara 1M. Jawapanya "tidak" dan beliau akan terus memasuki Singapura atau Batam sebaik tiba di Johore Baharu. Apabila disoal lebih lanjut, kenapa beliau berbuat demikian sedangkan banyak tempat-tempat menarik yang boleh dilawati di 1M.  Mr Clous memberikan jawapan mati kepada ZBA.  "There are nothing to see in Malaysia". Dan banyak lagi kisah-kisah sedih dan menyayat hati untuk dipaparkan tentang sebuah Negara yang dikenali sebagai 1M.
Keesokan harinya kami merayap "Golden Trangle" dengan menyewa sebuah Datsun Almera  dengan harga RM 120.oo.  
  


















Blog ini mungkin ada sedikit copyright dari pengalaman sebelumnya dan pembaca boleh merujuk di dalam http://www.zainaltobiaktravel.blogspot.com.  Oleh yang demikian disini hanya sedikit paparan akan ZBA paparkan beserta dengan gambar-gambar terkini.  Golden Triangle telah banyak mengalami perubahan dan menerima kedatangan pelancung yang ramai saban hari. 




Dikesempatan masa semasa di Chiang Rai, ZBA  melawat semula perkampungan "Long Neck Karenyang terletak 12 Km daripada bandar Chiang Rai. 
Entrace fee  ialah B300 bagi seorang pelawat. Walau bagaimanapun semua pengunjung harus membuat satu pusing sejauh 1.5km dari sebuah penempatan sehingga akhir. Diperkampungan ini kita akan dipertontonkan bagaimana  kehidupan tradisional masyarakat Karen,  Ahka,  Yao, Lahu dan Palong yang diwarisi sejak turun temurun.  Paparan lengkap sila rujuk  :  www.longneckkaren.com untuk informasi lengkap.






































Keesokan harinya ZBA meninggalkan Chiang Rai menuju Chiang Mai  menaiki bas dengan tambang  150B untuk masa 4 jam perjalanan.  Melalui ruang  tingkap, kita akan dapat melihat bagaimana  kejayaan Thailand memajukan negara mereka khususnya dalam bidang pertanian.  Kejayaan mereka kini amat ketara jika dibandingkan dengan negara 1M yang dikatakan menandingi Thailand satu ketika dulu (1980an) tetapi tidak hari ini.  Thailand telah berjaya mengorak langkah dalam banyak bidang dan meninggalkan omongan kosong para pencacai dinegara 1M. 
Dari Chiang Mai ZBA meneruskan perjalanan ke Pai untuk 3H/2M.  Dari Pai kembali semula ke Chiang Mai dan seterusnya menaiki bas 12 jam ke Bangkok (563B).  Dari Bangkok berkeretapi 15jam ke Hadyai (855B).  Meneruskan perjalanan lagi dengan bas ke Kuala Lumpur (500B).  Ini bermakna ZBA menghabiskan masa dalam perjalanan selama 3H/2M daripada Pai ke Kuala Lumpur.

LAOS-THAILAND OVERLAND.   Kuala Lumpur-Vientiane-Vang Vieng-Luang Prabang-Pakbeng-Huoay Xai-Chiang Kong-Chiang Rai- Pai-Bangkok-Hadyai-Kuala Lumpur.

                 KHOP KHON KHAP

2 comments:

  1. suke sgt baca. Best le abe dpt menambah lagi pgtahuan, menimba pengalaman di tempat baharu. Semoga terus sukses..

    ReplyDelete