Wednesday, February 27, 2013

MEKONG DELTA VIETNAM

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani

Assalamualaikum,

Sungai Mekong tidak perlu diterangkan lebih lanjut. Mengalir merentasi Negara China, Myanmar, Thailand, Laos, Cambodia dan Vietnam.  Merupakan  sungai ke-12 terpanjang didunia. Sungai yang mendatangkan rahmat dan nadi bagi pendududuk negara-negara berkenaan samaada rahmat yang merupakan sumber air, pengangkutan, pelancungan, pertanian dan  perikanan.  ZBA pernah melihat sungai ini dari dekat  samaada di Myanmar, Thailand, Laos, Cambodia dan Vietnam sendiri.  

   

Merah melambangkan Independent struggle of Vietnam. Bintang 5 membawa pengertian tradisional division of the people including scholars, peasants, craftmen, merchants and soldiers.
Blogs kali ini akan berkisar kepada "Lembah Mekong" yang terkenal di Vietnam.  Terletak 98 km daripada HCMC dan perjalanan dengan bus mengambil masa 3 jam.  Letih macam nak mampus tapi aku tabik dengan pemandu-pemandu di Vietnam.  Mereka memang berhemah dan bertatatertib yang tinggi semasa di jalanraya.  Kalaulah pemandu motosikal di negara 1M menunggang motosikal di HCMC, aku kira dari  sepuluh pemandu, dalam masa 30 minit, 8 daripada mereka telah dimasukan ke hospital dengan lima kematian tragik.

 ZBA melalui jalan federal dua lane yang selesa untuk sampai kesebuah bandar ditepian Sungai Mekong yang dikenali sebagai Cai Be.  Dalam perjalanan kami singgah untuk 20 minit toilet stop disamping mendapatkan sedikit biscut untuk mengalas perut.  Disepanjang perjalanan apa yang ZBA perhatikan, Vietnam sekarang telah berubah sekali jika dibandingkan semasa kunjungan yang lampau.  Negara mereka kini memasuki era perindustrian disamping pertanian yang terbaik kini.  Delta Mekong kini merupakan pengeksport beras utama dunia mengatasi Thailand bagi satu ketika dulu.  Dikiri kanan jalan pula buah-buahan tempatan segar terdapat dimana-mana.  Peliknya saiz buah-buahan seperti ciku, longan, mempelam, jambu, epal tempatan, nona, dragon fruit dan sebagainya lebih besar daripada yang terdapat dikebanyakan negara-negara Asean.   

Dilihat dari segi penempatan, rumah-rumah penduduk Vietnam keseluruhannya masih dibawah tahap kemewahan.  Restoran atau kedai menjual makanan di tepi-tepi jalan mengamalkan konsep santai semasa menjamu selera.  Mereka menggantung hammock (Ayunan) berjajaran dan diantaranya diletakan sebuah meja dan dua buah kerusi.  Sambil makan dan minum mereka juga berkesempatan merehatkan badan diayunan melepaskan penat lelah seharian. 
Satu lagi fenomina menarik apabila pembaca melalui perjalanan ini ke Cai Be. Pembaca akan terpandang dan akan melihat satu benda aneh ada dimana-mana.  Satu, dua, tiga dan sebagainya.  Sama-ada ditengah sawah, bersebelahan rumah, tepi saliran dan dimana-mana sahaja yang bersesuaian.  "Perkuburan".  Telah menjadi kebiasaan bagi masyarakat Vietnam, mayat simati akan dikebumikan ditempat-tempat yang ZBA sebutkan diatas.  Tidak menjadi satu perkara asing atau ajaib sebab sepanjang yang ZBA lihat daripada sempadan China di Utara sampailah ke HCMC di selatan, perkuburan bagi masyarakat Vietnam berselirak ditengah-tengah sawah dan sebagainya.  
Selain dari itu pemandangan sawah padi terbentang luas adalah pemandangan biasa yang dapat kita lihat disepanjang perjalanan menuju Cai Be.      
Cai Be.  Sebuah bandar kecil terletak ibarat sebuah pulau yang dipisahkan oleh Sungai Mekong dengan sebuah anak sungai dari aliran Sungai Mekong. Terletak didaerah berasingan dengan bandar Vinh Long ke barat Sungai Mekong.  Pekan kecil Cai Be ialah bandar timbunan hasil pertanian seperti sayur-sayuran, buah-buahan tropika segar dari daerah-daerah lain dan diperdagangkan secara "Floating Market" di Delta Mekong.  Puluhan sampan, tongkang-tongkang yang sarat dengan  hasil pertanian memperdagangkan hasil masing-masing dalam suasana hiruk pikok.  Pemandangan dan kemeriahan ini dapat dilihat khusus diawal dimana ribuan pengunjung disekitar Cai Be akan keluar untuk membeli barangan keperluan harian.



Tidak lengkap dengan kemeriahan penduduk tempatan membeli barangan keperluan, ribuan pelancung asing juga menumpang kemeriahan setiap hari dari bot-bot sewa khas yang hilir mudik di Delta Mekong.  Tetapi tumpuan pelancung tertumpu kepada aktiviti penduduk setempat seperti tempat membuat kraftangan, fruit gardens,  cocanut candy dan sebagainya.  Tetapi bagi  ZBA, Thailand floting market dan Samarinda floating market lebih banyak aktiviti jika dibandingkan dengan disini.
Dua tujuan berbedza tetapi satu matlamat.  Rezeki di Sungai Mekong.
                    
Tengaharinya kami menyusur terusan kecil menuju An Binh Island dalam perjalanan menuju  Vinh Long sambil berehat dan makan tengahari.  Cuaca hari ini amat panas dan berada sekitar 36C.  Apa yang menarik perhatian ZBA semasa melalui terusan ini ialah banyak sekali tongkang-tongkang yang sarat memuatkan buah-buahan hasil dari kerja keras petani-petani di Delta Mekong.  Sebut sahaja samaada tembikai, nenas, pisang, sayur-sayuran, longan, mempelam, jagung, padi dan sebagainya.  Kekadang hairan bagaimana sayur-saturan dan buah-buahan boleh hidup subur dan berbuah dalam skala saiz yang besar.  


Bot menyusur terus melalui terusan yang luasnya dalam lingkungan 70m dari tebing ke  tebing. Jawapan  ternyata dipemerhatian dikiri kanan pulau An Binh berjajaran pokok-pokok buah-buahan ditanam dan berbuah dengan subur terutamnya longan dan mempelam.
Kita berhenti rehat sebentar di Pulau Ah Binh.  Sambil makan tengahari dan berehat dan lihatlah hebatnya tanaman nangka disini.  Temubual ZBA dengan pemiliknya yang juga merupakan pemilik guest house dan restoran, nangka ini pokoknya baru berusia 2 tahun dan sedang berbuah.  Mereka menggunakan tanah yang dikaut daripada  Sungai Mekong sebagai baja.  Satu anugerah Allah kepada penduduk-penduduk di Delta Mekong.
Dikelapangan masa ZBA mengambil kesempatan dengan menaiki basikal menjelajah pulai ini  jauh kedalam.  Alangkah terperanjatnya apabila melihat bahawa 90% daripada tanah dipulau ini ditanam dengan pokok-pokok buah-buahan. Sebut apa saja buah-buahan tropika seperti longan, mempelam, pisang, rambutan, limau dan sebagainya.  Sesungguhnya Vietnam membangun dari apa yang mereka katakan  seperti terkandung  didalam  Visi lambang negara Vietnam itu sendiri.
Sebahagian daripada aktiviti harian Sungai Mekong

Destinasi berikutnya ialah Vinh Long "City of Land Market".  Destinasi ini jaraknya 1 jam perjalanan dengan menaiki bot dari Pulau Ah Binh.  Sebelum sampai disini,  kita juga boleh berperahu untuk melihat keindahan penempatan ditebing-tebing sungai juga melihat usaha-usaha pertanian penduduk setempat.   Petangnya kami tiba dilokasi terahir Vinh Long.
Dikesempatan masa yang ada ZBA sarankan agar pembaca tidak melepaskan peluang untuk melawat pasar harian Vinh Long.  Banyak perbezaan yang pembaca dapat bandingkan dengan pasar-pasar harian yang pernah kita lawati. Sebagai contoh, ikan segar dari Sungai Mekong, lambakan buah-buahan tempatan yang segar, makanan isotik yang masih hidup dan sebagainya.  Al-maklum, pasarlah katanya,  baunya sememangnya tidak menyenangkan.
Jam menunjukan 3pm dan kami harus menempuh perjalanan yang jauh ke HCMC.  Kali ini kami melewati Express Way (Highway) tetapi dalam nada pemanduan berhemah raayat Vietnam. Melewati satu sahaja tol dengan kenderaan biasa dikenakan bayaran VNR 40,000 bagi perjalanan sejauh 72 km.  Sepanjang perjalanan ini pembaca hanya dihidangkan dengan pemandangan sawah padi yang menghijau ibarat bendera "PAS" sehinggalah sampai kedestinasi.  Alhamdulillah bersyukur kepada Allah atas nikmat dan keselamatan yang dikurniakaNya  kepada kami "Pengembara Jalanan".

WE SAW THE REALITY AND WE WROTE FACT

Tuesday, February 12, 2013

HO CHI MINH CITY

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani

Assalamualaikum,


HCMC kota metropolis yang menggambarkan dua demensi pembangunan membezakan  diantara lama dan baru.  Pesat membangun selepas era perang dengan merujuk kepada  jenis perniagaan tradisi dan trend morden terkini.
Pengembara Jalanan  
Memorial HCMC Vietnam


Vietnamese flag represent  with Yellow means symbol of  generosity and Red hardiness, bravery, strength and valour.
Selepas berahirnya perang Vietnam 1975, Saigon ibu negara Vietnam Selatan telah ditukar kepada Ho Chi Minh City (HCMC) dan Vietnam tidak lagi dikenali sebagai Vietnam Utara atau Selatan malah disatukan menjadi Vietnam dan beribunegarakan Hanoi.  Hari ini HCMC berkembang dengan pesat dan merupakan diantara salah sebuah bandar syurga membeli belah terkenal di Asia. Di bahagiakan dengan 19 districts + 5 rurul districts dengan districts 1, 2 dan 3 ditengah-tengah HCMC sebagai pusat pentadbiran dan perniagaan  bagi semua  aktiviti-aktiviti harian.
Dari Kuala Lumpur ke HCMC adalah masa  penerbangan yang menggembirakan.  Apatah lagi jika cuaca cerah dimana dari ketinggigian 34,000K, kita akan dapat melihat keindahan bumi 1M, Selatan Thailand dan melintasi Teluk Siam kemudian kurang daripada 2 jam kita telah berada di landasan terbang antarabangsa Tan Son Nhat HCMC.  Terletak keutara 6 km daripada district 1.  Kepada pembaca yang mungkin pertama kali melawat HCMC, ZBA akan memberikan sedikit tips bagaimana untuk mendapatkan perkhidmatan kenderaan termurah dan menjimatkan.  
Sebagaimana airport lain didunia, disini juga tidak kurang banyaknya penyangak yang sedang  menunggu untuk membaham mangsa-mangsanya.  Walau bagaimanapun seingatan ZBA, penyangak di negara 1M lebih teruk jika dibandingkan daripada ratusan airport yang pernah dilawati.  Ingat.  Kembali kepada blogs ZBA yang telah menerangkan segala-galanya. Kita mesti bersabar dan tidak tergopoh gapah untuk mendapatkan kenderaan kedestinasi tujuan.  Banyak pilihan berdasarkan kemampuan disediakan dimana-mana lapangan terbang. Tetapi kepada yang berduit kenapa tidak kerana semuanya dihujung jari.  Itu mereka tetapi yang ZBA maksudkan sekarang ialah KITA.

Sebenarnya semua tempat-tempat menarik di HCMC telah ZBA lawati beberapa tahun yang lalu semasa overlands daripada Macao ke Hong Kong Ke China, ke Vietnam, ke Cambodia dan ke Thailand. Tetapi pengalaman ini adalah khusus untuk pembaca yang ingin melawat HCMC secara termurah.
Tempat-tempat  menarik yang menjadi tumpuan samaada kaki boros membeli belah atau kutu rayap ialah disekitar Ben Thanh Market, Le Loi Avenue, Dong Khoi Street, Nguyen Hue Street.  Apa yang ZBA ingin maklumkan ialah untuk sampai kesini dari TSN Airport dengan menggunakan perkhidmatan Airport Bus yang murah dimana dan bagaimana untuk mendapatkannya.  Perkhidmatan teksi sememangnya tidak perlu dinyatakan.  Tambangnya diantara VNR 120,000-130,000 bermeter dan lumsum VNR 150,000 atau USD 7-8.  Teksi mereka juga canggih.  Jika pembaca telah menghabiskan VNR di HCMC, kita tidak perlu membuat pertukaran lagi untuk tambang teksi.  Teksi mereka sedia menerima credit card.  Canggih.

Airport Bus.  Jangan terpedaya dan percaya  dengan pembohongan "Ulat" yang mengatakan tiada perkhidmatan bas ke HCMC

Sebenar terdapat  bas    diluar kanan bangunan terminal.  Murah dengan syarat kita tidak membawa beg seakan orang mengerjakan Haji. Setakat 10 kg dengan satu beg sememangnya tidak menjadi masalah.  Kalau lebih mungkin dikenakan bayaran tambahan VND 3,000.  Masih boleh sebab tambang untuk satu hala perjalanan cuma VNR 5,000.  Masa perjalanan kepusat bandar HCMC (District 1) kurang lebih 35 minit.  Bus bewarna biru senantiasa menunggu diluar balai ketibaan dengan Number Pengenalan 152 bertulisan merah.  Pembaca juga boleh menggunakan perkhidmatan yang sama sekiranya ingin kembali ke TSN Airport dari perhentian berhadapan Ben Thanh  Market. Tips terkini.  Semua pelancung asing dikenakan tambahan VNR 5,000 menjadikan VNR 10,000 seorang bagi satu hala perjalanan.  Bagi kedua-dua hala sememangnya tidak menjadi masalah untuk mendapatkan perkhidmatan ini.

Kemudahan pengangkutan di HCMC.  Ini bergantung kepada apa yang pembaca berminat serta kemampuan yang sedia ada.  Berjalan kaki.  Didalam District 1, semua tempat-tempat yang menarik perhatian pelancung adalah didalam jangkauan pejalan kaki.  Kaki merayap semacam ZBA sememangnya tiada bermasaalah tetapi bagi yang ada kelas tersendiri, daily tours adalah pilihan yang tepat.
Teksi.  Perkhidmatan teksi bermeter agak murah jika dibandingkan dengan negara sombong 1M.  Tambang yang dikenakan ialah sekitar USD 0.7/1 km. 
Bus.  Bagi perjalanan kurang daripada 15 km didalam bandar, kadar tambang yang dikenakan ialah USD 0.3 atau bersamaan VNR 4,000-5,000. Tetapi pembaca harus terlebih dahulu mengenalpasti laluan berdasarkan kepada number-number tertera agar tidak tersasar laluan.  Kebanyakan laluan bus akan berhenti  di stesyen bersebelahan bulatan bertentangan dengan Ben Thanh Market.
Xe om (Sae Ohm).  Motorbike Teksi. 
 Murah tetapi harus pandai tawar menawar.  Pemutar alam sememangnya ada dimana-mana.  Harus diingat "Backpacker" tidak mengamalkan tip kecuali ditipu.  Itu tip yang sebenarnya.
Beca satu penumpang.  Jangan dicuba ini pembelit besar.  Mereka ini seringkali berlegar dihadapan Benh Thanh Market dan siang dan malam.
Islam di Vietnam.  Satu ketika dahulu, Vietnam memang dikenali dengan kekuatan Kerajaan Islam Champa  tetapi kini hanya tinggal tawarikh.  Islam kini hanya dianuti oleh sekumpulan kecil etnik yang dikenali sebagai Cham yang katanya berasal daripada keturunan Melayu.  Mereka menghuni sebuah perkampungan di daerah Chau Doc (ZBA pernah melewati daerah ini 10 tahun yang lampau).  Mereka kebanyakannya tinggal dipinggir sungai (Rumah Air) dan bekerja sebagai petani dan nelayan.  Ketika itu kehidupan mereka amat dhaif jika dibanding dengan kehidupan didaerah-daerah lain.  Disamping bangsa Cham yang dianggap sebagai dominen dengan keIslaman mereka terdapat juga miniriti kaum lain yang berugama Islam.  Mereka merupakan kaum perkahwinan campur meliputi kaum Cham, Khmer, Malay, Minang, Viet, China dan Arab.
Dewasa ini dianggarkan 65,000 penganut Islam di Vietnam dan di HCMC sahaja terdapat lebih kurang 5,000 orang dengan 12 buah Masjid untuk kemudahan mereka beribadat. Diantara Masjid di HCMC  yang menjadi tumpuan penganut Islam ialah Jamia Al Muslimin di Dong Du  Dist. 1. Cho Lon Mosque Dist. 5 (China Town) dan Jamiul Islamiah Tran Hung Dao  Dist. 1.

Makanan Halal.  Dengan adanya masyarakat Islam dan  kebanjiran pelancung Islam di HCMC, perkara pokok bagi  mencari makanan halal adalah tidak sepayah yang dijangka.  Tidak perlu ZBA maklumkan secara terperinci memadai dengan mencari dilaman-laman web yang berkaitan dengan "Halal Foods" di Vietnam. Disekitar Benh Thanh Market sahaja terdapat tidak kurang dari 6 kedai makanan yang menjual makanan Islam.  Harganya agak tinggi jika dibandingkan dengan kita.  Rasanya enak khususnya dalam penyediaan kari yang betul-betul menggunakan santan dan ramuan yang amat menyelerakan.  Sila mencuba masakan "Cham Muslim" yang menjadi pilihan ZBA.


Membeli belah.  Kunjungan ZBA kali ini ialah membawa keluarga untuk Shopping.  Ini sememangnya berita gembira kepada pembaca dari kalangan wanita ?.  Insyaallah ZBA akan dapatkan sebanyak mungkin maklumat khusus berhubung tempat-tempat terbaik untuk membeli belah di HCMC .  Berdasarkan pengalaman lalu, HCMC tidaklah seteruk membeli belah di China sampaikan pada suatu ketika peniaga melemparkan calculator semasa tawar menawar.  Apa pun harus diingat khususnya kaum wanita agar tidak tamak dan gunakan setengah hari untuk merayap dan dapatkan perbandingan harga sebelum membuat keputusan untuk membeli.  
Pengalaman ZBA diseluruh bandar-bandar di Asia. Wanita Melayu sememangnya gelojoh dan tamak  dan tidak berhemah semasa berbelanja diluar negara.  Mereka ditipu hidup-hidup oleh para peniaga.  Oleh sebab itu dinegara-negara tertentu ada peniaga yang kononya fasih berbahasa Melayu (Sebenarnya beberapa perkataan sahaja) untuk menarik pelanggan. Manakala bagi kaum wanita apabila disapa sahaja oleh  peniaga dengan berbahasa Melayu, mereka terus menjadi terlalu ramah dan mesra dek termakan oleh  pujuk rayu.  Dari episod ini bermulalah  tawar menawar ala-chin-chai dan mereka akan disembelih sewenang-wenangnya.  Oleh itu jika kita amati fenomena ini  ada dimana-mana diluar negara yang menjadi tempat tumpuan wanita Melayu membeli belah.
Tips membeli belah. Kebanyakan tempat membeli belah adalah kawasan terbuka dan panas dengan kesesakan yang melampau.  Suara hingar bingar dan bermacam-macam dengan gelagat manusia selaku  pembeli dan penjual.  Oleh yang demikian elakan berhimpit-himpit dan cari peluang terbaik untuk membeli belah.  Berbelanja dalam keadaan tenang dan berhemah dalam tawar menawar.  Berinteraksi dengan baik dan dapatkan barangan berkualiti dengan harga yang berpatutan.  

Di HCMC, kebiasaanya peniaga akan menawarkan harga yang tinggi dan diluar munasabah.  Selaku pembeli yang bijak penawaran harga terbaik ialah dalam lingkungan 40-70% rendah dari harga tawaran.  Elakan daripada membawa jumlah tunai yang berlebihan semasa berbelanja dan amalkan sikap tidak menunjuk-nunjuk semasa membayar.  Ingat bahawasanya dimana-mana didunia, pelancung khususnya kaum wanita adalah tumpuan utama (Target) oleh penyeluk saku dan peniaga yang rakus.
Nasihat.  ZBA tidak melarang dan bertujuan menyalahkan sesiapa jika ingin berbelanja besar diluar negara.  Tetapi sekilas pandang menunjukan sikap kita yang terlalu  boros.  Membuang duit sekadar mengatakan kita berbelanja diluar negara dengan konon-kononya serba mewah. Akibat dan kesanya akan berturutan dan pemangsanya seterusnya ialah dari kaum dan bangsa sendiri.  Contohnya apa yang pernah ZBA lihat berlaku didepan mata seperti di  Bandung, Yokjakarta dan Solo Indonesia, Shenzen, Guangzhou, Beijing China, Bangkok, Hadyai Thailand, Dubai UAE dan lain-lain.
Benh Thanh Market.  Ibarat membeli belah di TAR.  Majority peniaga boleh berbahasa Melayu walaupun sepuluh patah.  Boleh dikatakan dimana sahaja ZBA pergi mereka akan menyapa dalam Bahasa Melayu.  Tapi maaf, aku tak mengenalkan diri ini dari 1M.  Itu perangkap mereka. Dari mulut seorang peniaga tempatan, bahawa perniagaan disini  lumayan sekali.  60% pembeli  datangnya daripada 1M.  Rata-rata wanita bertudung samaada didalam atau diluar pasar Benh Thanh adalah dari 1M.  Dalam penerbangan  60% adalah Melayu.  Satu-satunya destinasi paling ramai orang Melayu dalam penerbangan Air Asia yang pernah ZBA lihat.


Benh Tay Market.  Terletak agak jauh daripada Benh Thanh Market di Quan 5 (Dis. 5).  Tidak popular untuk pelancung dan lebih kepada jualan borong untuk penduduk tempatan.  Barangan daganganya agak murah tetapi tidak mencapai kualiti yang sepatutnya.  Untuk kesana pembaca boleh menaiki bus No 1 bewarna biru dan berhawa dingin dengan tambang VNR 5,000 dan turun di Cho Lon diakhir perhentian.  Berjalan kaki 200m diluar perhentian bus.

Pasar Manik.  Tidak ramai yang tahu tetapi ramai yang menggemari.  Harganya sangat murah jika dibandingkan dengan negara 1M.  Terletak disebuah banguan besar dilaluan bus No 1. Dibahagian belakangnya ialah pasar harian.  Dari Cho Lon Bus Station  lebih kurang 200m.  Pembaca boleh bertanya kepada penduduk tempatan dengan menyebut "Thu"ong Xa - Dai Quang Ninh"

Penginapan.  Pembaca dinasihatkan merujuk kepada      "www.booking.com".  Pilihlah berdasarkan kemampuan dan keselesaan masing-masing.  Seelok mungkin carilah hotel-hotel yang berdekatan dengan kemudahan pengangkutan awam agar senang bergerak kesana kemari dengan mudah.  Tetapi bagi " kaki merayap" pilihan tepat ialah Guest House yang menjadi tumpuan "Bacakpacker" seluruh dunia agar kita dapat bersama-sama mereka berkongsi pengalaman dalam dunia pengembaraan.  Paling penting, bersih dan dilengkapi kemudahan Wi fi serta internet untuk berkomunikasi dan mendapatkan maklumat terkini.


Haidrofoil pengangkutan antara HCMC dan Vung Tung sebuah pulau peranginan di Vietnam.  Tambang VNR 250,000pp satu hala untuk satu perjalanan.  


Bangunan lama lagi bersejarah. Atas Reunification Palace. Kiri General Post Office, kanan Notre Dame  dan bawah Former Residen of South Vietnam before April 1975 War.

 
Attractions.  Disetiap negara mempunyai kelebihan tersendiri yang dikurniakan Allah kepada makhluknya.  Tiada satu pun tempat didunia yang terbaik dari yang terbaik kerana semuanya "Terbaik" dan mempunyai keistimewaan yang tersendiri.  Firman Allah dalam Surah An-Ankabut Ayat 20 menceritakan kebesaran Allah yang Maha Pencipta.  Di Vietnam sendiri khususnya HCMC  jika berpeluang kunjungilah tempat-tempat berikut sebagai realiti halua mata yang ingin melihat. Reunification Hall, War Remmants Museum, City Hall HCMC, Museum of Vietnam History dan Cu Chi Tunnel.   Atau kunjungi "Mekong Delta" bagi melihat pasar terapong yang terkenal di Vietnam.  Rujuk : http://www.zainaltobiaktravel.blogspot.com untuk mendapatkan maklumat yang mungkin bermanfaat kepada pembaca.
Perkongsian pengalaman dari HCMC.  Sungguh pun negara ini baru membangun selepas era perang namun mereka menunjukan kesungguhan khususnya dalam produk-produk tempatan dan pelancungan.  Setiap hari HCMC menerima ribuan pelancung bukan sahaja dari negara-negara Asean malah ribuan dari seluruh pelusuk dunia.  Ribuan pelancung melawati Delta Mekong dan HCMC setiap hari.  

HCMC hari ini tidak sebagaimana dikedatangan ZBA beberapa tahun yang lepas.  Kotanya bersih walaupun tanpa tong sampah disediakan.  Raayatnya jarang sekali kita nampak merokok dan membuang puntung-puntong rokok  lebih-lebih lagi sampah sarap dimerata-rata tempat awam.

Dari lapangan terbang TSA dan kembali, tiada seorang pun anggota polis berpakaian seragam yang dapat ZBA  lihat selama 5H/4M  merayap dikota ini.  Timbul kehairanan didalam hati kenapa negara 1M yang dikatakan aman mempunyai anggota keselamatan dimana-mana.  

Ribuan motosikal dijalan raya setiap minit bersimpang siur dipersimpangan.  Tiada kemalangan dilapurkan.  Tiada "Mat Setan" walaupun satu dicelah-celah ribuan motosikal.  Pengangkutan awam  berjalan lancar.  Kenapa dan mengapa, tentu ada yang ingin mencari jawapan.  Tiada kenderaan awam dibenarkan "parking" dibahu-bahu jalan kecuali motosikal di berenda bangunan. Tiada penguatkuasa tetapi mereka mempunyai kekuatan sivik yang tinggi dibandingkan dengan "Negara yang akan mencapai taraf berpendapatan tinggi" 1M.  Tidak hairan dalam masa kurang 5 tahun, mereka akan menandingi kita dalam serba serbi menghadapi cabaran kehidupan morden.

WE ARE NOT CONDEM ANYONE BUT TELLING  THE TRUTH